Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku
kelmarin aku lepak dengan salah seorang penyanyi kumpulan Kopratasa, Usop di Shah Alam
lama jugaklah aku lepak dengan dia borak…pelbagai bendalah yang kami bualkan dan topik utama mestilah perkembangan industri hiburan tempatan
pada kesempatan itu juga aku bertanya pada Usop, siapakah penulis sebenar lirik lagi Srikandi Cintaku, lagu nyanyian kumpulan Bloodshed yang dianggap salah sebuah lagu rock era 80’an terbaik pernah dihasilkan
ini kerana aku pernah dengar lirik lagu ‘berhantu’ tersebut sebenarnya ditulis oleh dia sendiri, bukannya Nasir Jani seperti mana yang diwar-warkan
ini jawapannya.
” Memang aku yang tulis lagu tu setelah M Nasir berikan iramanya. Nasir Jani kebetulan ada masa aku tulis lirik tu jadi dia adalah tambah sikit, malangnya dia yang dapat credit sebagai penulis lirik sepenuhnya lagu berkenaan sedangkan untuk pengetahuan kau, akulah yang menulis hampir keseluruhan senikatanya.
” Tapi aku takde nak kecoh-kecoh, biarlah kalau dia nak mengaku. Sampai sekarang aku ingat lagi bagaimana M Nasir berikan lagu itu pada Ramli MS untuk diberi sentuhan orkestra, sesuatu yang tak pernah berlaku pada zaman itu.
“Dulu mana ada lagu rock bunyi orkestra.. hasilnya lagu tu ‘meletup’ hingga ke hari ini,” kata Usop yang terkenal dengan lagu Permata Untuk Isteriku itu.
Tapi part ni paling memeranjatkan. Aku tanya Usop, bagaimana dia mendapat ilham untuk menulis lirik yang sepuitis itu.
Dia terdiam sejenak. Kemudian dia memberitahu aku yang segalanya bermula apabila dia terlibat dengan penggambaran drama untuk sebuah televisyen tempatan.
” Mungkin korang tak percaya kalau aku katakan yang aku terserempak dengan komunis masa shooting tu berlangsung. Bermula dengan peristiwa itulah akhirnya lirik Srikandi Cintaku terhasil,” katanya serius.
Tadi aku terlihat dalam Youtube lagu Srikandi Cintaku yang dinyanyikan semula oleh Awie, Nash dan Mus. Gempak sheikhhh. Mus tarik tak ingat dunianya beb.
Aku letak kat atas. Layannnnnnnnnnnnnnn
Ini lah lagu berhantu yang paling aku suka kat dunia ni..yg banyak memberi kesan dalam hidup aku..yang banyak membuat hidup aku terkesima…
Teringat aku satu ketika zaman sekolah menengah aku terlalu taksub dengan lagu ni sampai aku putus kawan…Ye lah kita org miskin, mana lah ada kawan yang sudi nak bagi pinjam walkman & kaset depa. Maka, lagu ni jugak yg buat aku berazam bersungguh2 untuk belajar tinggi2 dapat kerja best2 dapat duit banyak2 semata2 nak beli walkman kerana nak melayaaaaaannnnnnnnn lagu ni tanpa gangguan. Maklumla dulu zaman sekolah aku miskin, jgnkan nak beli kaset, bapak aku nak bagi duit belanja asrama rm10 sebulan pun menggeletar tulang lutut.
Kadang2 hasil seni ni boleh memberi impak yang amat besar dalam mengubah nasib hidup aku…nasib Serikandi Miskin..waaaaa.. Sedih wa cakap luu (intonasi kena ala2 rock kapak 80-an…)
Agreed with Afida….. This is my Number 1 all time favoourite!!!! Muziknya mencantas jiwa…. Tak keterlaluan if kita kata M. Nasir is a genius.
Buat penulis lirik sebenar, whatever due to u, insha Allah will come back.
Sean, dia x marah ke ko dedahkan benda ni kat umum?
credit to Abg Usop yang menulis dan mencipta..
takpe la..dunia ini kadang2 bukan tempat untuk kita bergelanggang dengan imbuhan2 yang kadang2 kita impikan..bukan…
seorang seniman akan berjuang dan terusan berjuang,walau pun perit…
Lagu ni memang real berhantu.. seakan ada roh, pernah member aku nyanyi dgn band dekat2 nak magrib.. meremang2 seakan ada entiti lan yang hadir..