Peristiwa ini berlaku di awal tahun 90-an.
Aku ni antara student yang paling malas dalam bab menyertai kegiatan berpersatuan dalam universiti, bukan aku anti sosial, tetapi aku fed-up dengan telatah AJK-AJK poyo yang lebih sudu dari kuah…terutama yang bergelar senior
lebih meluat lagi bila abang-abang senior ini menggunakan kelebihan itu untuk mengayat adik-adik freshie sambil ‘meng-up’ kan diri masing-masing yang sebenarnya taklah sebijak mana pun
salah seorang AJK yang terlibat tu termasuklah member aku yang sekarang ni dah jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y. B Fairus Khairuddin
tapi dah nama pun student baru, mana diaorang nak bawa aku pun aku akur ajelah walaupun aku cukup menyampah dengan baju batik ala Mat Belia yang sering kami kena pakai masa dalam aktiviti berpersatuan ini
dipendekkan cerita, pada satu hari aku tak semena-mena ditarik untuk menyertai projek Persatuan Rakan Sebaya dan Kaunseling yang dalam rangka lawatan ke sekolah pemulihan akhlak wanita di Taman Sri Puteri Rembau
memang dengar macam best tapi ada ke patut antara aktivitinya aku perlu memberi kaunseling kepada remaja wanita yang rosak akhlak kat situ, pergh!
bayangkanlah, aku sendiri terdiri daripada student ‘rosak akhlak’ kerana sering keluar hostel sampai subuh tetiba aku lak kena bagi kaunseling kat puak-puak ni, hilang akal apa?
to make it short, selepas dua hari dilatih macam mana nak jadi kaunselor ‘bidan terjun’ maka kami beramai-ramai pergilah dengan dua bas kat sekolah tu
aku diberi satu grup student yang terdiri daripada 10 orang awek, seorang kena tangkap lari rumah, dua kena tangkap basah, sorang kena tangkap pukul mak sendiri manakala enam lagi pregnant, aduuhhhhhhhh
muka not bad la, tapi macam biasa, akukan ‘kaunselor’, mana leh ushar line, hehehe
mula-mula aku cover macho abis, maklumlah student U yang kononnya budak pandai dan berakhlak mulia…cakap pun tertib ala-ala budak Belia 4B Kampung Dodol lagaknya
tapi aku silap besar, awek-awek ni tak heran pun dengan aku, ada ke patut masa aku jalankan aktiviti yang dirancang, masing-masing boleh buat donno je, siap leh sembang sesama diaorang lagi, dalam hati aku patutlah korang masuk sekolah ni!
bila tengok apa yang aku buat tak jalan, aku pasang strategi lain. Langkah pertama aku bahasakan diri aku gua dan aku panggil diaorang dengan nama lu
Ada respond. Pastu kau nak tau apa aku buat, aku bantai tukar topik perbincangan. Urusetia bagi tajuk Muhasabah Diri, tapi aku bantai tukar jadi Seks dan Anda, hahahahahahaha
apalagi, meriahlah jadinya grup aku, awek-awek ini punyalah galak bertukar pendapat bila aku buka topik ni sampai member-member aku yang lain pun naik hairan, apalah yang meriah sangat grup discussion aku nih
tapi bukanlah aku ajak diaorang diskus yang kotor-kotor, just on the surfacelah, saje nak tarik perhatian sikit, kau nak mampus kalau urusetia tahu!
Lepas 10 minit bercerita pasal topik haru tu, barulah aku nampak diaorang selesa dengan aku, then baru aku start balik dengan topik yang urusetia bagi. Ternyata respond diaorg sangat dahsyat sampai loceng makan berbunyi pun diaorang taknak stop.
Sehari suntuk berada di sana macam-mcam aktiviti yang kami lakukan bersama, hah, jangan fikir yang bukan-bukan pulak, aktiviti senonohlah macam motivasi, kaunseling, mentor menti dan banyak lagilah
bila tiba masa kami nak balik, tetiba rasa syahdu pulak nak meninggalkan diaorang. Tetiba rasa kami sangat rapat antara satu sama lain.
Sebagai tanda terima kasih, kesemua mereka membuat persembahan khas untuk rombongan kami iaitu dengan menyanyi dan menari lagu Kini yang dipopularkan oleh Feminin. Masa tu lagu tersebut tengah toplah. Sampai sekarang bila aku dengar lagu tu kenangan di sana terus terimbau beb. Terus terang ia membuatkan aku sebak semacam
Namun ada sesuatu yang tidak disangka berlaku kira-kira 3 bulan selepas itu. Sedang aku bersiap-siap nak pergi kelas, warden hostel memanggil nama aku dan memberikan aku sekeping poskad.
“ABANG SYAHRIL, TERIMA KASIH KERANA SUDI JENGUK KAMI. SEBENARNYA KAMI TAK BOLEH TULIS SURAT KAT ORANG LAIN MELAINKAN FAMILI, INI PUN ADA AKAK KANTIN TOLONG POSKAN. JANGAN TANYA SIAPA KAMI KERANA KAMI ORANG JAHAT, TAK PERLU TAHU. SALAM”
Hah, aku macam tak percaya, agaknya siapalah di antara 10 orang budak perempuan dalam grup aku tu yang sanggup mengambil risiko hantar kad kat aku. Sehingga kini aku masih tertanya-tanya gerangannya
Mungkinkah dia juga salah seorang pembaca blog aku sekarang?
Hanya dia dan Tuhan saja yang tahu, kerana aku sendiri sampai sekarang masih tertanya-tanya siapakah gadis misteri tu…
SAK: Entry ini aku tulis selepas mendengar lagu Kini di stesen favourite, Sinar FM malam tadi
Bab AJK Poyo rasanya dah jadi sebahagian daripada permastautin tetap di IPTA. Sebab tu lah aku malas join aktiviti kat Uni. Main buat aktiviti sendiri. Tak payah ada AJK, tak payah minta kebenaran HEP dan yang penting sekali…boleh pakai T-shirt Pagoda, jeans koyak & selipar jepun!
Depa ni pandai cakap aje. Bak kata ZRA, “Cakap tak jatuh, kerja macam kepala b***h!”
Agak hang mana pergi semua AJK poyo ni?
wah hebat lu bro,merenyam jugak ahahahha.macam sespesis jer kita.hahaha..gadis misteri search……
Baca artikel ni teringat zaman sekolah menengah dulu. Zaman rock kapak tengah melanda…
Jiwa aku kategori rock kapak tapi penampilan maintain Minah Belia 4B cawangan Jasin. Ramai member2 aku yg cerdik mcm enstain tapi perangai ngalahkan setan..ada yg edar dadah..ada yg kaki keluar mlm pi funfair..ada yg mabuk todi..ada yg ponteng sekolah menyorok dlm tandas main judi.. Tapi bila aku join alumni, semua member2 malaun aku yg gengstar2 tu dah jd orang..jadi pilot, doktor pakar.. Kiranya kerja macam aku takde standard la..biasa2 je, kerjaya depa lagi dasyat.. Apapun, alam persekolahan paling best dlm sejarah hidup…nak buat perkara ala2 setan masa tu la..tapi pastikan sempat balik pangkal jalan untuk jadi orang semula.
Pesanan untuk adik2, kalau tak pasti mampu pulang ke pangkal jalan, jgn sekali2 cuba buat perkara ala2 setan, takut jadi setan terus…kuat ilmu & iman di dada untuk meneroka zaman ni.. – Nasihat ikhlas dari ex-Minah Belia 4B cawangan Jasin –
muteaudio
aku rasa ramai dah kerja kat Metro Parking…oklah janji halal, status apa kira
afidah
laaa….budak jasin rupanyeeerr
awang
lama tak dengor kabar kau…
salam…kalo x keberatan boleh sy dapatkn alamat penuh sekolah ni…
x semua yg masuk situ akhlak nya rosak..
ada jugak yg teraniaya…
boleh x kalu nak tngok gambar budak tahun 1999 dan 2000
boleh saya dapatkan alamat dan info tentang sekolah ni…….
sy bekas bdk TSPR..huhuh tp nk tau jge thn bile shahril menjenguk tempat tu??
nana?? anda juge bekas dak TSPR ke??
saya rasa dalam tahun 94-95 ieda
gatallllllllllllllll
i miss it
sy mencari cik aisyah.. warden bilik jaya
assalamualikum semua…
saya teringin sgt2 nk berkomunikasi n berkongsi cerita dengan remaja2 yang hyperaktif nie… tp sy xtaw kat mana n bgaimana… ada sape2 x cm ner sy boleh berjumpa dengan mereka…
sy pun bekas tspr jugak..tpi blog ni da lama..mesti tak dapat nk berhubung lagi.. nama nana tu sy kenal sorg je time tu nana yg sy kena jadi major kat sana..sekali dgn cina tuh.. tapi tak igt nama cina tuh…
cm ne nk msuk kt tempt ni.aku ade masalh ni..nk mntk tlg
cik aisyah yg garang tu kan…
Sy jgk bskas tspr….rindu semua ny….byk kngan2 bsama teman2 kt sana….sy bdk cik yati bilik indah….
Sy jgk bekas tspr..sy bdk cik yati..tahu 1997
Rindu teman2 tahun 1997….banyak kngan bsama teman…terutama team band…
salamualaikum….tak sume nye jahat bile masuk kat situ kan….budak2 kat dalam tu hanya jahat perwatakan sahaja,tapi hati diorang sangat baik…berkerjasama…bila ada b`day mmber2…mesti buat kek biskut kan kan??ingat tak??time tu lah ada kejutan besar2….ingat kenagan pada tahun 1998 hingga 2000…aku sempat ngan nana major kat sana tapi aku dak baru masa tu…pas die balik ganti kan dengan rozie n wan…aku dulu dak cik sa`diah..pas balik aku terus tunang n bahagia sampai skang….anak aku dah masuk 5 dah….suami aku tahu tu sume..die tak mengungkit ape2…alhamdullillah….teringat kat staf2 tersayang….
dah 13 tahun aku tinggal ka tempat tu….rindu aku pada staf2..terutama sekali pada cik sa`diah….ape khabar die skang??
saya mencari Puan Laila bilik Murni,sesiapa yang ada contact boleh bagi pada saya.terima kasihh,saya juga kenal farah farina.
assalam…lau x keberatan leh sy dptkn alamat n no fon tmpt nie
assalam…klau x keberatan bleh bg sy alamat lengkap n no fon tempat nie
sy cari pn. saadiah bilik indah dgn ng siew wei bilik aman tahun 2000
byk org slh anggap sekolah ni dgn sekolah sbp seri puteri,cyberjaya..
patut tukar nama sekolah ini.
salam… macam mana sy nk contact ngn Encik? sy nk tanya tentang rumah perlindungan wanita ni.
Farah farina abd razak…hello…pe kabo….bilik jaya bilik jaya….hahahahaaa
Ak dewi, dak cik aisyah bilik jaya…1997~1999…ak rindu sngt kt korang…dulu sama2 susah…ngis…ketawa…kena denda……yg paling ak xleh lupa, dek kerna lapo ak mkn ubi mentah2 tu geng….hihiii…opss 1 lg memory yg ak nk share…kepala ak kena botak!!!! Ak larik hahahahaa lawak2…..pic2 kt dlm ada dlm simpanan ak lg….akn ak simpan smpai bila2….yg kenal ak sudi2 lh add ye…muuuaahhhh
YE KEH