Suasana di dua buah premis empat nombor ekor di Lorong Rusa, di sini petang kelmarin bertukar kelam-kabut dengan ramai berlari lintang-pukang.
Semuanya gara-gara sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membuat serbuan pertama seumpamanya di negeri itu bagi menahan kaki judi.
Sebaik ternampak kelibat penguat kuasa, ada pelanggan beragama Islam melarikan diri manakala beberapa orang lagi cuba melawan sehingga bergelut dengan kakitangan JAIP.
Secara peribadi, aku tiada masalah dengan serbuan itu, bahkan aku lagi suka kerana ini saja cara nak ajar kaki nombor ekor supaya bertaubat mencari kekayaan dengan cara hampeh macam ni
Cuma yang aku tertanya-tanya, JAIP taknak ambil tindakan ke ke atas orang Melayu yang sanggup menerima jawatan tinggi dalam syarikat kasino dan perjudian di Genting Highlands tu?
bagi aku kalau yang kena tangkap ni kaki judi, orang kat bukit itu lagi ‘bapak segala taik judi’
kalau JAIPP dapat mengambil tindakan yang sama ke atas ‘big-big shot’ ini, aku rasa orang akan lebih respek kepada jabatan tersebut
bukan apa, orang sekarang ada mata untuk dilihat, ada telinga untuk didengar dan ada otak untuk berfikir
jangan ada double standard, nanti digelak dek orang je!
ustaz komando tak pernah jumpa, tapi doktor x-komando pernah lah.. lepas bersara buka klinik sendiri… apapun nak ucapkan tahniah pada ustaz kat JAIP.
Kepada Majlis Agama Islam Selangor Sila Datang serbu ke pusat judi Di Damansara Jaya Belakang KDU Kolej.Pusat Judi Toto dan 4D
Setiap Hari Rabu
ada orang Islam beli nombor ekor,
Polis peronda pun ada beli nombor
Artis pun ada beli nombor
Aku tak nak nanti DJ ni kena bala sebab opis aku kat sini
Errmmm…Aku sependapat gak ngan hang Sean…awat la depa tak pi tangkap kamjad mak mandin yg dok jadi “boss free” kat Genting tu…elok depa tu yg kena tangkap dulu…lagi satu “depa” yang dok jadi “boss segera” kat kilang Carlsberg kat tepi Federal Highway tu…sama la dok mentekedarah hasil duit haram…depa tak ngaji Pendidikan Islam ka dulu kat sekolah?
Kisah ini ibarat anak ikan baik cuma berani tangkap anak ikan jahat. Tak kan anak ikan baik nak tangkap bapak jaws jahat, nanti sekali bapak jaws ngap habis anak2 ikan baik ni. So persoalannya, sape nanti yang nak tangkap anak ikan jahat? sebab anak ikan baik dah kena ngap dengan bapak jaws? Emm..aku pun pening kepala…
buat kaki tikam ekor aku nasihatkan kalau nak main nombor juga kau beli nombor jangan tikam nombor,tikam itu jenayah dan niat dalam hati kalau semua nombor naik muflislah tokey nombor…judi itu haram setiap yang haram berdosa bila berdosa masuk NERAKA
akurase JAIP bkn tak nak tgkp,tp tak boleh tgkp sbb takde undang-undang untuk membolehkan mereka ditangkap… harap tahu undang-undang dlu baru bleh komen k…
jangan mudah kate kekurangan orang. bukan JAIp tak nak tangkap yang bapak2 ikan ni, tapi kawalan undang-undang terhad…kene faham undang-undang la sikit ye cik akak….
Saya setuju juga dengan tindakan JAIP ni memang bagus. Tetapi perlu diketahui bahawa Malaysia ni bukan negara islam yg sebenar. Sejujurnya inilah kenyataan yg kita patut terima. Islam secara rasmi di Malaysia ni hanyalah sebagai amalan ritual dan bukan sebagai perlembagaan negara. Di Malaysia tidak mengaplikasi konsep sebenar Islam itu sebagai agama yg meliputi seluruh aspek kehidupan.
Kalau negara Malaysia ni menggunakan ajaran Islam sebagai perlembagaan, sudah tentu pusat2 judi dan hiburan ni tiada. Dalam keadaan sekarang ni pihak2 badan agama seperti JAIP, JAIS, JAWI atau seangkatan dengannya sebenarnya dalam keadaan serba salah utk membuat serbuan dan tindakan terhadap kes2 seperti ini. Apatah lagi terhadap pusat judi yang sangat terkenal yg terselindung dibawah undang2 perlembagaan ciptaan manusia dibawah pemerintahan negara mereka sendiri. Ini kerana, Islam tidak mengajar umatnya untuk mencari kesalahan dan membuat serbuan secara sengaja terhadap pesalah & pembuat maksiat. Apatah lagi pusat judi ini adalah berada dibawah pentadbiran negara yg tidak mengamalkan undang-undang islam, lepas tu kita pulak nak serbu demi menjalankan undang-undang islam? Kita seolah2 sengaja mengintip2 di pusat judi untuk mencari orang islam sedangkan islam tidak mengajar kita mengintip2 kesalahan, dan sudah tentunya pusat judi ini majority nya non-muslim.
Pastinya kita takut kalau kita dipersoal oleh Allah ketika di Mahsyar nanti dimana kita cuba menghalang org yg buat maksiat sedangkan kita langsung tidak menjalankan usaha untuk menghapuskan pusat judi yg menjadi penyebab kepada maksiat itu sendiri. Semua itu pasti akan dipersoal oleh Allah yang maha adil. Walaupun pembuat maksiat itu berdosa, kita juga akan dipersoal sebab kita juga yang menyediakan pusat maksiat itu sendiri. Bayangkan jika diri kita berada di tempat badan agama ini. Umpama kita sendiri yang menggalakkan maksiat itu dengan mewujudkan pusat2 judi, tapi pada masa yang sama kita menghalang org yg buat maksiat dan berjudi. Adakah masuk akal?
Berlainan jika negara yang menjalankan sepenuhnya perundangan islam kemudian apabila terdapat orang yang membangunkan pusat judi secara terang-terangan seperti di Malaysia ini, barulah ketika itu sangat diwajibkan membendung dan menghalang pusat judi ini, bahkan secara serbuan sekalipun. Tetapi pada saya tiada juga kesalahan yg besar tindakan pihak JAIP ini. Mungkin niat mereka tidak mahu lebih ramai orang islam di Malaysia ini yang melakukan maksiat dan menjauhi tuntutan islam.
Setakat ini sahaja pandangan ikhlas dr saya sebagai seorang islam yang dhaif. Mudah-mudahan menjadi peringatan utk diri saya dan sesiapa yg membaca.