Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2009

abc_jackson_080304_ssh

bila aku baca Kosmo! mengenai laporan autopsi Micheal Jackson, aku tertanya-tanya sendiri, naperlah dia sanggup menyeksakan dirnya sendiri semata-mata kerana terlalu obses dengan penampilan diri

bagi aku kalau dia tak bedah sana-sini pun orang tetap akan puja dia kerana he’s the one and only

tapi nak buat macam mana, kita ni namanya je rambut sama hitam tapi hati dan ‘pembacaan’ kita ni lain-lain

du_01_2apapun benda dah berlalu…kalau betul jasadnya pulang sebagai seorang Muslim, moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau

kerana sama ada kita baik macam Nabi atau jahat macam syaitan, hanya Allah yang tahu nasib kita di padang Mahsyar kelak

semuanya akan dihitung, baik atau buruk, walau sebesar zarah…semua ada perkiraannya

nasib baik, ke syurgalah kita…nasib tak baik, ke neraka jahanamlah kita, Nauzubillah.

Read Full Post »

Akulah Jutawan Itu!

 

Image043

Dah beberapa hari aku tak update blog ini, rasanya jarang aku tak update lama macam ni kecualilah aku kat luar wilayah yang bernama Malaysia

actually aku diserang demam dan selsema yang agak kronik gak la, tapi taklah sampai ke penyakit yang bernama Selsema Babi itu

semalam selesema aku hampir pulih dengan sepenuhnya apabila menerima panggilan telefon dari seorang temanku

“Ril, kalau 1 Juta Peso Argentina agak-agak berapa nilainya kalau tukar duit Malaysia?” tanya member aku

“Setahu aku Peso Argentina ngan Ringgit Malaysia tak jauh sangat lari…maknanya kau akan dapat sekitar RM900,000, naper?,” tanya aku

“Bini aku terjumpa duit tu, aku dah check ngan bank, memang duit betul dan bukan palsu, masalahnya takde money changer kat sini yang boleh tukar duit tu, kat Singapore mungkin boleh,” katanya

Aku dah tersenyum sendiri. Wang besar, wang besar. AKu dah terbayang…kalau dah dapat tukar tu, paling busuk pun aku leh ‘kaut’ setengah juta daripada member baik aku nih

Aku nak beli kereta cash, aku nak beli rumah cash, balance aku nak gi ke zakat sikit…ada lebih simpan dalam ASB, ada baki aku nak jenjalan, yehaaaaaaaaaaa

lepas nyalakan sebatang rokok, aku cuba surf kat internet mengenai wang 1 Juta Peso Argentina yang dikatakan oleh member aku tu

Last-last ni yang aku dapat;

At present time our highest Argentina bill note is $100.
The peso you are referring has been out of circulation for more than 25 years (it was valid until 1981), after have been devaluated many times. It was called “peso moneda nacional” (peso national currency).
 

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read Full Post »

hs_selayang

apa perasaan korang jika salah seorang ahli keluarga korang yang tersayang meninggal dunia kerana sakit, tetapi telah diarahkan oleh doktor untuk menjalani bedah siasat atau post mortem hanya kerana doktor tak tahu apa nak diisi dalam ruangan PUNCA KEMATIAN dalam sijil kematian

inilah yang berlaku malam tadi di Hospital Selayang

ibu kepada seorang kenalanku telah disahkan menghidap Kanser Hati di tahap empat, tahap yang paling kritikal dari segi terma perubatan

memandangkan dirinya yang semakin lemah, kenalanku mengambil keputusan untuk membawa membawa ibunya ke Hospital Selayang, tempat di mana ibunya sering mendapatkan rawatan susulan

namun setibanya di Wad Kecemasan, ibunya tadi disahkan meninggal dunia. Dapat saja berita itu, aku terus ke sana untuk memberikan penghormatan yang terakhir kepada arwah.

Tetapi apa yang paling mengejutkan, doktor yang memeriksa arwah mengarahkan post mortem perlu dibuat terlebih dahulu dengan alasan beliau tak tahu punca kematian mangsa.

“Doktor tolonglah, kematian arwah takde unsur jenayah, doktor boleh check sendiri rekod perubatannya…dia memang ada kanser hati tahap empat. Lagipun kami bukan nak buat tuntutan insurans, tolonglah,” aku merayu sampai berbuih mulut-mulut pada doktor muda berkenaan.

“Tak boleh, kena buat post mortem, awak je kata kanser hati, but maybe kematiannya becoz of hypertension, heart attack, who knows,” katanya selamba.

“Doktor, adakah doktor nak bagitau saya setiap orang yang mati kat Hospital Selayang perlu post-mortem, OK lets say kawan saya mati sebab demam denggi kat hospital ni, adakah dia pun perlu post mortem? U pun tahu, AIDS pun boleh buat kita demam, selsema pun boleh buat kita demam, semua penyakit boleh buat kita demam, kalau macam tu ada seribu doktor kat bilik mayat pun tak cukup kalau semua orang mati kena post mortem!,” aku dah mula tak dapat menahan kemarahan.

“Errr….actually terpulang pada polis, kalau polis kata perlu post mortem, maknanya kena post mortem,”. Astaga. Doktor muda tu tunding jari kat polis pulak.

Aku kemudian pergi mendapatkan Sarjan yang mengendalikan kes itu.

“Saya ikut arahan doktor, kalau doktor kata post mortem, maknanya perlu post mortem,” kata Sarjan.

Aku dah semakin pening kepala. Yang doktor kata polis, yang polis kata doktor.

Keadaan semakin genting di bilik mayat.

tensiooooooonnnnnnnnnn

Sebenarnya, terus terang, aku tiada masalah dengan post mortem. Post mortem penting bagi menentukan punca kematian seseorang terutama yang bersangkut dengan kes jenayah

Post mortem juga penting kerana doktor boleh ‘mencantikkan’ sedikit fizikal mayat andaikata mangsa terlibat dalam kemalangan ngeri, kepala pecah ke, tangan terputus ke…maknanya bila post mortem, doktor bolehlah sambung balik tangan tu, ‘repair’ sikit kepala yang pecah tu…

pendek kata post mortem sangat penting namun seseorang doktor perlulah bertimbang rasa dan membuat keputusan berdasarkan kes, jangan main tembak je…dalam kes ni, dah tentu arwah sakit teruk akibat kanser, mati pun kat area hospital…aku tak nampak reason mengapa perlu buat post mortem!

Aku tak puas hati. Untuk pengetahuan korang, ni aku nak ajar satu benda, sebenarnya pihak waris masih boleh menghalang sesuatu post mortem dilaksanakan dengan syarat, korang kena buat satu report polis mengatakan korang akan BERTANGGUNG JAWAB jika ada perkara berbangkit dan TIDAK AKAN MENYALAHKAN pihak lain jika timbul masalah di kemudian hari.

Pun begitu, kalau polis percaya kematian itu ada unsur jenayah atau disebabkan kemalangan, then baru kita tidak boleh berbuat apa-apa, dalam hal ini kita serahkanlah kes itu kepada pihak polis untuk menanganinya

berbalik kepada kes tadi, aku kemudian bercakap sendiri dengan doktor di bahagian forensik mengenai apa yang terjadi

aku ceritakan sejarah pesakit, anak mangsa juga ada memberi butiran rawatan dan ubat yang diambil oleh arwah bagi meyakinkan beliau yang si mati benar-benar meninggal kerana kanser dan bukan disebabkan benda lain yang boleh menimbulkan kecurigaan

akhirnya setelah empat jam berbalah, berunding, bertekak….pihak hospital beralah dan bersetuju agar mayat ‘dilepaskan’ tanpa perlu menjalani sebarang bedah siasat, Alhamdulilah

justeru, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sejuta penghargaan kepada pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Batu Caves kerana memahami keluh resah waris dan sudah tentu kepada doktor di bahagian forensik Hospital Selayang yang bertindak menangani masalah ini dengan baik dan profesional

namun terus terang aku masih tidak puas dengan doktor muda tadi…aku tak faham kenapalah dia begitu angkuh seolah-olah tiada lagi ruang untuk berbincang dan bertolak ansur dengan kami

tapi tak mengapalah, mungkin bila benda ni terkena pada batang hidung dia sendiri, baru dia akan tahu langit tinggi rendah dan faham kesengsaraan yang kami lalui selama empat jam di bilik mayat tadi

satu malam yang panjang di Hospital Selayang…..

Read Full Post »

Image055

semua orang tahu bukan mudah nak jumpa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin

selain diakui  sebagai salah seorang Menteri Kewangan terbaik Malaysia, Daim juga juga seorang ahli perniagaan yang kaya raya

ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)

ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.

ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia!

aku sendiri secara kebetulan pernah mengunjungi salah sebuah cawangan banknya sewaktu dihantar bertugas di Tanzania, baca di sini

berbalik pada pertemuan petang tadi, segalanya bermula apabila bekas majikan aku, FM Prod-ASTRO diminta menghasilkan sebuah dokumentari mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim adalah salah seorang yang ditemuramah untuk program berkenaan

kami tiba di pejabatnya kira-kira pukul 3.30 petang, tak perlulah aku bagitahu lokasinya cuma cukuplah aku katakan ia ibarat sebuah galeri lukisan yang dilengkapi dengan CCTV dan kawalan keselamatan yang cukup ketat

memandangkan interview itu bermula pukul 4 petang, kami mengambil keputusan untuk sampai lebih awal, ini kerana semua orang tahu yang Daim sangat benci dengan mereka yang lambat, sifat tipikal seorang usahawan yang berjaya

mungkin kerana mahu memberi kami peluang untuk menyiapkan kelengkapan, beliau hanya muncul kira-kira 10 minit daripada waktu yang ditetapkan

percaya atau tidak, manusia yang kaya raya itu hanya mengenakan kemeja nipis, seluar panjang yang agak ‘faded’ dan berselipar, so simple!

tutur katanya agak perlahan dan tidak banyak bercakap, adakalanya soalan yang dikemukakan lebih panjang daripada jawapan yang beliau berikan

namun semuanya berubah apabila rakaman tamat, Daim ternyata semakin selesa berbual dengan kami

masa tu kami rasa ia bagaikan  perbualan seorang cucu dengan atuknya, sangat mesra dan santai

peluang tersebut kami gunakan sebaik-baiknya untuk menanyakan pelbagai persoalan, daripada ekonomi, politik, isu semasa, mengenai Anwar Ibrahim hinggalah kepada lifenya sekarang

aku tak berhajat untuk ulas lanjut, lagipun ini program TV, nak tahu tunggulah bila ia disiarkan nanti

cuma ada satu dua perkara mengenai Daim yang aku rasa kita boleh kongsi bersama. Berikut adalah beberapa petikan menarik dari perbualan tersebut;

– Saya suka membaca, belajar dan bekerja kuat. Lepas saya bersara, selain daripada berniaga, saya sebenarnya sambung belajar di England. Masih lagi berusaha nak tambah ilmu

– Saya suka bercampur dengan orang yang pandai kerana ia akan membuatkan saya berusaha untuk menjadi pandai atau lebih pandai daripada dia. Saya tak suka buang masa dan bercakap benda yang tak perlu.

– Orang sekarang masuk politik sebab nak jawatan, dari wakil rakyat nak jadi menteri, dari menteri nak jadi Perdana Menteri…tapi saya masuk politik kerana Tun Dr. Mahathir dan kerana saya rasa saya boleh memberi pandangan serta bekerja untuk negara saya walaupun di luar kerajaan saya boleh dapat lebih daripada apa yang saya dapat ketika menjadi seorang menteri

– Masa saya jadi Menteri Kewangan, saya berani berkata tidak kepada Dr. Mahathir jika saya merasakan kita tidak mempunyai duit yang cukup untuk satu-satu projek, ini duit rakyat dan kita kena jaga amanah itu, Alhamdulillah Dr. Mahathir memang suka dengar pandangan dan ikut cakap kita kalau kita mampu berhujah dan memberikan alasan yang baik dan profesional

Akhirnya temubual yang sepatutnya cuma sejam itu berlanjutan hingga satu jam setengah

actually banyak perkara sensitif yang turut kami bualkan tapi cukuplah setakat itu

yang pasti, pertemuan dengan Daim memang menjadi sejarah dalam hidup aku

kami menamatkan perbualan kami setelah setiausaha Tun mengingatkan appointment lain yang perlu dihadirnya

itulah dia…insan kecil berjiwa besar yang bernama, Daim Zainuddin.

SAK: Terkejut tgk CNN subuh tadi pasal Micheal Jackson mati. Anyway suka tengok blogger KuihManis semangat tanya soalan kat Tun Daim

Read Full Post »

Memori Kadet Polis

aku depan, tiga dari kiri

aku depan, tiga dari kiri

masa kat sekolah, aku ni memang suka sangat dengan badan beruniform

waktu di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur (SABKL), aku menyertai pasukan Kadet Polis

waktu tamat Tingkatan Lima, aku adalah adalah satu-satunya student yang memakai pangkat Sarjan di SABKL sekaligus jadi ketualah kononnya

actually aku dah tak berapa ingat sangat memori masa join Kadet Polis kecuali yang aku ingat, dari Form 2 hinggalah habis sekolah aku tak pernah miss perbarisan Hari Kebangsaan kat Dataran Merdeka

berkawad tu taklah penat sangat tapi berlatih berkawad tu yang macam nak mampos

sebulan sebelum acara dah berkampung kat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak

makan macam pelatih, tidur dorm pelatih, pendek kata macam polis betullah

pernah satu ketika tu, aku selamba je balik training dengan pakai full uniform…bila aku lalu kat kedai tomyam tempat aku selalu lepak, sorang budak Pattani tu boleh tegur aku

“Laaaa…abey ni polis ruponyo, gapo tak ghoyak, mati-mati saya ingat abey budok skoloh sebab selalu pakai baju  sekoloh, oh nyamar budok skolah sebab nok tangkap budok main game le ni, nasik baik dok gi main malam tadi,”.

Masa tu nak je aku bagitau, wei aku kadet polis je lah sengal….tapi seronok gak, sejak hari tu memanjang dapat disakun bila makan kat kedai dia 

bila kenang balik memang seronok…tak sangka lepas habis sekolah kerjaya aku pun ada kena mengena dengan polis bila jadi wartawan jenayah

dua kali lima lah tu…cuma ‘pistol’ aku pen dan ‘peluru’ aku buku nota. OK apa.

Read Full Post »

aku dan penyakit lupa dah tak boleh dipisahkan sejak azali lagi

item wajib yang perlu ada sebelum aku keluar rumah (alamak! gambar sikat leh terlupa...lupa lagik!)

item wajib yang perlu ada sebelum aku keluar rumah (alamak! gambar sikat leh terlupa...lupa lagik!)

 

pernah aku terlupa nak switch on suis peti sejuk masa aku form 2, masa tu family aku balik kampung

aku lak bantai pergi rombongan cik kiah kat satu tempat ni

kebetulan pula sehari sebelum tu mak aku bantai borong segala jenis ikan untuk stok seminggu

bila kami balik rumah, peti sejuk tu dah macam jadi peti simpan mayat, semua ikan dah jadi busuk, kembung dan berulat tak hengat dunia

seminggu bau tak hilang, kalau ikut arwah abah aku, dia dah nak campak peti sejuk tu kat tong sampah, nasib baik mak aku halang

berbalik pada penyakit lupa aku ni, disebabkan itu, setiap malam sebelum tidur, aku akan pastikan 8 item penting ni diletakkan sebaris agar bila aku nak pergi kerja, aku capai terus dan tidak ada yang tertinggal

kalau tak, confirm aku akan patah balik rumah kerana 8 item aku ni kiranya pelengkaplah dalam diari aku setiap hari, kurang satu maknanya aku akan gelisah macam kucing nak beranak

benda-bendanya adalah;

1. Kunci kereta

2. Kunci rumah

3. Handphone Blackberry ngan Nokia

4. Wallet Billabong aku

5. Cincin

6. Dunhill

7. Lighter

8. Sikat Bulat

tapi dalam aku dok beringat pun, selalu jugaklah salah satu daripada 8 item aku ni leh tercicir, yang paling kerap adalah sikat bulat aku dan lighter

aku rasa sejak lima tahun dulu, aku dah beli beratus sikat dan lighter, nasib badan….

Read Full Post »

mainpix

Aku hanya mampu geleng kepala dengan dakwaan seorang ustazah mengenai perangai buruk suaminya yang juga seorang ahli politik di sebuah negeri di semenanjung tanah air

dahlah sepanjang 10 tahun kahwin si suami hanya bagi RM300, dideranya pulak si isteri termasuk dipukul dan dirotan walaupun hanya di atas kesalahan kecil.

bab seks pula?

“Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang,” katanya

korang boleh bacaan pengakuan ustazah tersebut dengan klik kat sini

ustazah tu terus mendakwa yang suaminya memang nampak warak dan alim tetapi ia cuma lakonan semata-mata

“Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran,” katanya.

kalau betullah dakwaan si isteri, memang suaminya ini hanya layak di ‘alam florakan’ sebelum dihantar untuk dibuat kertas recycle!

SAK: Teringat filem Musang Berjanggut

Read Full Post »

sebagai wartawan jenayah, kami selalu diingatkan dengan beberapa istilah penting yang perlu diketahui bila melaporkan satu-satu kejadian

antaranya kejadian bunuh diri…kami memang berhati-hati dalam hal ini. Maklumlah, yang mati tu satu hal, tapi maruah keluarga si mati juga perlu dijaga

perkataan ‘bunuh diri’ hanya akan ditulis sekiranya perkara itu DISAHKAN atau DISEBUT SENDIRI  oleh pegawai polis yang memberikan statement, itupun jika pegawai berkenaan benar-benar seorang pegawai polis yang mempunyai ‘authority’ untuk bercakap dengan media, maknanya kalau setakat statement anggota atau inspektor biasa belum boleh dianggap ‘laku’.

pegawai polis pula selalunya akan mengklasifikasikan kes bunuh diri sebagai Sudden Death Report (SDR), iaitu kematian yang tidak mempunyai unsur-unsur jenayah

yang ini pun selalu orang keliru, SDR ni pun bukan hanya untuk kes bunuh diri sahaja, malah ia juga digunapakai pada kes-kes tertentu seperti terjatuh, serangan jantung, tergelincir dan sebagainya

ne_05_2aku menulis benda ini setelah membaca berita mengenai kematian pelajar ‘genius’ yang juga pelajar program ijazah Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dipercayai terjatuh dari tingkat empat, Kolej Kediaman Za’ba, di sini di Bangi pagi semalam 

Mangsa, Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang berasal dari Kelantan ditemui dalam keadaan mengiring serta berlumuran darah di kawasan tempat letak kereta oleh seorang tukang cuci kira-kira pukul 7 pagi.

Dalam kes Wan Siti Farihan, polis turut mengklasifikasikannya sebagai SDR.

Aku mohon sangatlah, janganlah kita berteka-teki atau terus menyimpulkan kes ini sebagai bunuh diri. Dosa besar jadinya

Ini kerana lepas ni ramailah yang akan membuat spekulasi yang bukan-bukan, maklumlah masyarakat kita ni senang dan suka membuat spekulasi

malah ada wartawan dah mula bertanya rakan-rakannya sama ada arwah mengalami putus cinta dan ada juga yang menulis arwah mungkin terjatuh sebab dikejar ‘lembaga’…baca sini

biarlah polis saja yang menyiasat perkara ini, bagi aku sama ada benar atau salah, tak perlu dipanjang-panjangkan melainkan ada unsur jenayah, kalau ada unsur jenayah, pembunuhnya mesti dicari

apapun hanya arwah dan Allah saja yang mengetahuinya…lagipun mangsa dah meninggal, dia tak mungkin lagi hidup semula dan mempertahankan dirinya sekiranya perkara ini fitnah

marilah kita sedekah Al-Fatihah banyak-banyak dan berdoa agar arwah ditempatkan bersama orang-orang yang solehah, itu yang sebaik-baiknya

ingat, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul, Wallahualam.

Read Full Post »

masih senyum walau parah ditembak (pix Ondscene)

Tuan Leoong masih senyum walau parah ditembak (pix Ondscene)

Cif Inspektor Ang Weai Leoong adalah pegawai Unit Jenayah Berat (D9) yang menyertai operasi memburu geng curi kereta mewah, Geng Ah Took

dn_09_1

 

dalam kejadian berbalas tembak dengan kumpulan itu di Bandar Sg Long, Kajang, Leoong telah ditembak hingga tulang kakinya hancur namun pasukannya berjaya membunuh dua penjenayah yang dikehendaki termasuk ketuanya, Ah Took

aku tak mungkin dalam melupakan kejadian itu kerana ia berlaku pada 5 November, tarikh hari jadi aku

semalam Tuan Leong dinaikkan pangkat ke ASP oleh Ketua Polis Negara sendiri bagi mengenang jasa dan pengorbanan pegawai muda berusia 31 tahun ini, syabas buat beliau.

Read Full Post »

 

 

Silent_Disco_KL_2

(gambar hiasan je ni)

Dalam banyak-banyak operasi jenayah, operasi narkotik atau anti-dadah yang dijalankan di disko-disko adalah antara yang paling digemari wartawan jenayah

bukan kerana nak sangat tengok awek seksi menari kat dalam tu, tetapi ini kerana banyak ‘nilai berita’ yang pasti ditemui dalam operasi sedemikian

aku pula tidak begitu gemar menyertai operasi narkotik di disko-disko, ini kerana selalunya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk selesai

kalau dah beratus pengunjung dalam satu-satu disko, korang bayangkan masa yang perlu diambil jika tiap seorang daripada mereka perlu menjalani ujian air kencing atau urine test

lebih menyeksakan, jumlah toilet dalam satu-satu disko pula bukannya banyak…disebabkan itu kadang-kadang ujian air kencing ni mengambil masa hingga berjam-jam baru habis

operasi ini mengingatkan aku sewaktu menyertai serbuan narkotik di sebuah disko terkenal di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu

disko ini mempunyai ramai pengunjung kerana dikatakan ‘kebal’ dari tindakan undang-undang, maklumlah salah seorang pemegang syernya adalah seorang VVIP

namun persepsi itu ternyata salah apabila suatu malam disko ini telah menjadi sasaran Jabatan Narkotik IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman 

kecing

(ni baru gambar betul)

ketika aku sampai , pelbagai gelagat yang boleh diperhatikan, ada yang belum apa-apa dah menangis, ada  yang bagi alasan untuk keluar dari disko itu sekejap sebab tertinggal IC dalam kereta, ada yang buat-buat pengsan dan macam-macam lagilah

tapi yang paling aku tak boleh lupa bila ada pengunjung yang cuba tipu anggota polis yang menjalankan ujian air kencing dengan memasukkan air paip dalam botol kecil yang telah diberikan pada mereka

“Hoi! Kau ingat aku tak tahu kau bagi aku air paip, baik kau pergi kencing semula, lain kali kalau nak menipu pun bagilah air Sarsi, leh gak aku minum!,” kata Koperal Nan, detektif yang sering buat kami ketawa dengan lawak  bangangnya.

Bagi Koperal Nan, dia cukup tension kalau terpaksa memeriksa air kencing awek-awek disko yang tengah ‘period’…apa taknya, dah tentu air kencing tu bertukar dari warna teh O ke warna air sirap, hehehe

kat sini aku nak cerita gelagat seorang selebriti yang taklah famous sangat pun sewaktu menjalani ujian air kencing

aku memang tak kenal minah ni tapi member2 wartawan aku bagitahu dia selalu jadi pelakon ekstra dalam drama Melayu

disebabkan hendak mengelak daripada ditangkap, dia sanggup menipu kononnya air kencingnya tak mahu keluar dari ‘anunya’

“Tuan, air kencing saya tak mau keluar…..” katanya dengan nada manja. Seksi siot awek ni, skirt labuh sikit dari tali pinggang, pergh

“Abis tu air apa yang boleh keluar dari dalam badan kau ni dik kalau semuanya tak boleh keluar??,” tanya Koperal Nan. Kami yang faham sangat lawak ‘double meaning’ Koperal Nan ni hampir pecah perut punya ketawa.

Percaya atau tidak, disebabkan artis ini, operasi narkotik malam tu tertangguh hampir sejam kerana sampai kesudah dia mengadu tak boleh kencing

Disebabkan tidak tahan dengan kerenah artis ini, salah seorang pegawai polis wanita yang ada di situ jadi ‘hilang sabar’

korang nak tahu apa dia buat….dia bantai beli tiga botol air mineral saiz besar kat 7 Eleven dan terus memberikannya pada selebriti ini

“Aku nak kau minum tiga botol air mineral ni sampai habis, kalau tak boleh kencing juga, aku nak bawa kau ke hospital, biar doktor tebuk pundi kencing kau,” gertak pegawai tersebut.

Last-last artis perempuan ni pun mengalah…dia kencing jugalah akhirnya, itupun adalah dalam dua sudu teh…

Nak tahu resultnya….POSITIF SYABU!

Aku difahamkan dia datang naik kereta BMW, last-last time balik terpaksalah naik trak kaler biru, nasib badan….

SAK: Pergi test kencing manis je….nasib baik negatif!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: