
jenazah arwah sewaktu dibawa keluar dari masjid untuk dikebumikan
apabila aku dimaklumkan oleh rakan-rakan yang jenazah Yasmin sudah pun dibawa ke masjid untuk dikafankan, perasaan terkilan mula terbit dihatiku
mau taknya, dahlah masa di ICU aku tak dapat menjenguknya wajahnya yang terakhir, masa dah meninggal pun begitu
sampai saja di Masjid Abu Bakar As-Siddiq Seksyen 19 Subang Jaya, perasaan terkilan itu semakin menebal apabila keadaan di sana semakin sesak dengan sanak saudara, rakan taulan dan peminat pengarah nombor satu itu
nak parking kereta jangan cakaplah, sampai dah berlapis-lapis jadinya
tetapi Allah Maha Besar, tetiba aku boleh terpandang satu petak kosong betul-betul di sebelah kereta Perodua V6 yang membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga menziarahi jenazah
petak itu pula terletak berhadapan dengan pintu masuk masjid, so satu masalah dah selesai
dalam hati aku berkata…Ya Allah, bagilah aku tengok muka arwah, sekejap pun jadilah
entah macam mana sewaktu aku lalu di bilik mandi jenazah di masjid tersebut, masa itu jugalah pihak masjid baru selesai memandi dan mengkafankan arwah
pada mulanya pihak pentadbir masjid dan Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood (Mercy Malaysia) yang juga sahabat baik arwah hanya meminta saudara terdekat saja masuk ke dalam, namun disebabkan keadaan sangat sesak, tetiba dengan aku-aku sekali tertolak masuk ke bilik mandi jenazah tersebut
seingat aku hanya dalam 10 orang saja yang berada di situ termasuklah aku
akhirnya dapatlah aku menatap wajah Yasmin buat kali terakhir, Alhamdulillah
mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah?
well, terus terang aku katakan memang lain benar wajahnya, mungkin disebabkan hidungnya dah dimasukkan dengan kapas dan sedikit bengkak maka berbeza sikitlah berbanding sewaktu hidup
namun wajahnya sangat tenang, seolah-olah sedang tidur saja, sejuk mata sesiapa yang melihatnya
disebabkan masa agak suntuk kerana jenazah perlu dikebumikan sebelum Zohor, kami yang ada di situ pun beramai-ramai mengangkat arwah untuk di bawa ke ruang solat bagi disembahyangkan
Alhamdulillah, dekat lima saf penuh dengan jemaah..sewaktu imam membacakan doa, sayu betul terasa hati bila beratus-ratus orang yang yang hadir di situ mengamimkannya

masjid penuh sesak dengan mereka yang datang menziarahi arwah
namun sewaktu tiba di tanah perkuburan Islam USJ22, keadaan menjadi semakin sesak dengan mereka yang hadir
terus terang, tak pernah dalam sejarah aku lihat begitu ramai manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada si mati

hebat betul arwah, mutu kerjanya bukan saja disanjung orang tempatan malahan orang-orang Barat
malah penjaga kubur di situ juga mengakui tak pernah melihat orang seramai ini datang ke situ, kecuali sewaktu allahyarham Yusni Jaafar dikebumikan di situ tak lama dulu, time tu pun sesak juga kawasan berkenaan
Alhamdulillah, segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar dan tanpa masalah
cuaca yang pada mulanya agak mendung kemudiannya bertukar cerah, memudahkan lagi urusan persemadian
tinggallah Yasmin sendirian menghadap pencipta-Nya
damailah kau di sana…doa kami akan terus mengiringimu Yasmin.
Al-Fatihah.
SAK: Sebak melihat seniwati Azean Irdawati dan pelakon Sharifah Armani yang tak mampu menahan airmata setiap kali memandang wajah Allayarham.
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »