Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2009

3880756-The_Chisel_and_Rock_Monument_in_Town_Square-Batu_Pahat

dari semalam aku telah ke Batu Pahat dan Kluang

di Batu Pahat aku sempat menikmati hidangan berbuka berupa Nasi Baryani Mak Eton kat Perserai dan satay Wak Lan yang famous itu

sebelum itu singgah sekejap di rumah member aku kat Sri Medan

Batu Pahat ni walaupun aku tak pernah sampai sebelum ini tetapi namanya cukup meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diriku

tak perlulah aku cerita apa bendanya tu tetapi bila dengar je nama Batu Pahat, setiap kali itulah urat dan nadiku bergetar-getar rasanya, perasaan gembira dan sedih sering bercampur-baur

P1010357_small

kemudian aku ke Kluang…tempat di mana arwah abah pernah bertugas di kem tentera di sana sekitar tahun 70-an dulu

Kluang juga ada sejarahnya kerana kat sini pun ramai sanak-saudaraku, yang paling aku ingat bagaimana aku pernah menghadiri majlis perkahwinan Noraniza Idris dengan ex-husbandnya Fareez di Kampung Melayu

gambarnya pun masih ada kat album aku, masa tu aku baru form 1 kalau tak silap

masa pusing-pusing kat Kluang tadi, sempatlah aku tengok Kopitiam Kluang Station yang terkenal tu, nasib baiklah puasa, kalau tak confirm aku ‘bermukim’ kat situ hehehehe

dari bandar Kluang aku menuju ke Penjara Kluang…actually itulah misi aku ke Johor sebenarnya ni

IMG_9427

buat apa kat sana? errr….nantilah aku cerita, yang pasti korang akan tahu ceritanya dalam tempoh 24 jam daripada entry ini ditulis, tunggggggggggguuuuuuuuuuu

Read Full Post »

Ramadan Di Bora Asmara

3630165438_e87f2fc95c_b

aku dengar nama Restoran Bora Asmara ni dah lama cuma kaki ni rasa macam berat je nak pergi ke situ, macam-macam komen kalau kita baca di internet, ada yang kata foodnya mahal, ada yang kata tak sedap, ada yang kata susah nak cari lokasi dan macam-macam lagilah

pemilik Bora Asmara ini juga adalah pemilik restoran Bora Ombak yang terkenal kat Ampang tu

cuma petang tadi entah kenapa tetiba teringin lak nak ke situ bawa ‘menteri-menteri kabinet ‘ aku berbuka puasa kat restoran ala-ala Bali ini

untuk elak daripada kelam-kabut aku pun booking lebih awal, bila sampai saja nama aku dah terpampang atas meja

Image008

untuk pengetahuan korang, Bora Asmara menyediakan lebih kurang 80 jenis kuih muih, lauk pauk dan juadah berbuka dengan harga cuma RM40 seorang

Antaranya Ayam Kuzi Kelantan, Ikan Keli Lemak Cili Api Negeri Sembilan, Sambal Sotong Peranakan Melaka, Gulai Patin Masak Tempoyak Perak, Sambal Udang Petai, Sup Kabing, Kurma Daging dan Ayam Masak Merah dan banyak lagilah. Kecur air liur aku.

aku rasa dengan pelbagai jenis makanan yang mereka hidangkan, ia ternyata cukup berbaloi dengan wang yang korang keluarkan itu

tapi sekali-sekala tu bolehlah, kalau selalu taukeh balak pun boleh bangkrap bro hehehehe

lokasi Bora Omba ni adalah di Sungai Penchala, tak jauh dari The Curve dan One Utama, agak konpius la kalau first time datang…tapi tanya je orang kat Sungai Penchala tu, semua orang tahu tempat tu

berbalik kepada makanan tadi, aku sangat puas hati kerana bukan saja banyak pilihan tetapi rasanya juga sangat sedap

Image015

aku tengok chef-chefnya semua muda-muda…muka macam baru keluar universiti…tetapi skill memasak mereka ternyata tidak kurang hebatnya

kepada mereka yang nak solat pun jangan risau, Bora Asmara ada menyediakan surau yang cukup luas dan selesa

so kepada mereka yang ingin berbukan puasa ala-ala hotel tetapi dengan harga yang agak murah, aku rasa Bora Asmara merupakan pilihan yang sangat tepat

Image022

bak kata member aku…kita selalu kena CUBA, TRY dan TEST…baru kita tahu best ke tak, selamat berbuka, bluuuuurrrrrrrrrrppppp, alhamdulillah.

Read Full Post »

Kepala Lembu

”Wahai manusia! Kami jadikan kamu daripada leaki dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya yang paling mulia daripada kamu ialah yang orang paling bertakwa dari kalangan kamu.” (al-Hujuraat: 13)

aku tidak dapat bayangkan betapa terkilannya aku dengan sikap orang kita yang mengusung kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 semalam

kenapa kepala lembu? ia jelas satu ‘insult’ kepada penganut Hindu

memang orang kita tak selesa dengan perkembangan yang berlaku tetapi ini bukanlah caranya untuk menyelesaikan masalah

Nabi Muhammad SAW lagi teruk kena dengan orang Quraisy di Mekah dan Madinah tapi takde pulak dia arah orang Islam hina agama puak-puak itu

tiada masalah yang tak boleh diselesaikan, syaratnya kita kena banyak berhemah dan bersabar…tunduk bukan bererti beralah

nak gaduh ni mudah tetapi bila dah kena sembelih sana sini, dah kena bunuh dan kelar sana sini, dah berterabur darah sana dan sini, masa tu satu sen pun dah tak berguna lagi

bak kata pepatah Inggeris, nak bina kota Rome ambil masa 1000 tahun, nak runtuhkan kota Rome hanya ambil masa sehari!

dua hari lagi kita akan menyambut kemerdekaan ke 52 tahun, namun masih ada rupanya rakyat kita yang belum merdeka pemikirannya

seperti mana yang aku tulus dalam Facebook aku…” TAK PERLU MARAH JIKA AGAMA KITA DIHINA KALAU KITA SENDIRI MENGHINA AGAMA ORANG”

mungkin lepas ni aku akan dituduh bela orang Hindu, aku akan dianggap penghuni neraka dan sebagainya…tak mengapalah, aku doakan mereka yang menuduh aku begitu akan menjadi orang pertama dimasukkan ke syurga!

SAK: Nak cari putu mayam kat bazar Ramadan…

Read Full Post »

Lagu Aku Ke Muzik-Muzik

ni masa latihan sebelum recording semalam

ni masa latihan sebelum recording semalam

sewaktu bertugas dengan sebuah syarikat pembekal kandungan dokumentari untuk Astro tahu lalu, kami diminta menghasilkan sebuah program kemanusiaan selama satu jam untuk siaran di Astro Prima

rancangan itu berjudul Citra Manusia di mana krew kami menjelajah hampir ke seluruh pelusuk negara, merakamkan pelbagai kisah suka duka, pahit manis insan-insan marhaen yang terpinggir di sebalik kemajuan negara

secara tak langsung, sebagai penerbit eksekutifnya, aku diminta untuk menghasilkan sebuah lirik untuk lagu tema program berkenaan

kebetulan penciptanya, iaitu saudara Ayie, bertugas sebagai jurukamera di syarikat yang sama, so aku pun bergabunglah dengan Ayie untuk menghasilkan lagu tersebut

untuk pengetahuan korang, Ayie yang juga bekas pemain gitar kumpulan Data adalah adik kepada penyanyi terkenal, Hazami

dalam diam-diam, Ayie telah merakaman album lagu-lagu puisinya sendiri dan lagu Citra Manusia merupakan salah sebuah lagu yang beliau muatkan dalam album tersebut

album ini bukanlah diterbitkan dalam skala besar-besaran atau untuk tujuan komersil, tetapi lebih kepada manifestasi kerja seni beliau

diam tak diam juga, lagu Citra Manusia ini semakin mendapat tempat di corong-corong radio hingga membolehkan ia dipertandingkan di Muzik-Muzik 2009

macam tak sangka pula lirik aku tu boleh dipertandingkan dalam program hiburan yang berprestij itu

so kalau nak dengar lagu berkenaan, jangan lupa menyaksikan Muzik-Muzik esok (Sabtu), secara peribadi lagu itu bagi aku sangat sedap, melankolik dan muzik arrangementnya sangat menarik, siap ada bunyi seruling lagi

nanti kalau ada kat Youtube, aku akan uploadkan kat blog ni

salam.

Read Full Post »

n_06blind

siapa tak kenal Senator Datuk Dr. Ismail Salleh, anak Melayu yang mencatat rekod Guiness Book kerana menjadi orang buta pertama dapat Phd

lebih pada itu, siapa yang tak kenal Dr. Ismail yang juga merupakan pakar ekonomi negara, pakar yang banyak membantu melahirkan idea-idea bernas demi kemajuan negara yang kita cintai ini

Dr Ismail, 61, anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech

aku difahamkan beliau meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini

menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Al-Fatihah.

SAK: Kita kehilangan lagi…

Read Full Post »

 

dah macam istana hotel ni

dah macam istana hotel ni

bila mendapat SMS dari rakanku untuk berbuka puasa di The Pullman Putrajaya Lakeside Hotel, aku tiba-tiba menjadi bingung sekejap

hotel amenda tu? kat mana lokasinya? best ke?

namun disebabkan dia dah susah payah booking untuk berbuka, aku yang tak tidur dari semalam redah jugalah kesesakan jalan raya dengan mata yang bengkak-bengkak

rupanya bukanlah susah benor nak mencari hotel ni, dekat Putrajaya International Convention Centre (PICC) je

tapi bila sampai kat satu kawasan istana, aku dah panik, alamak…manalak hotel ni

rupa-rupanya istana yang aku lihat itulah hotel yang dimaksudkan, makk oooiiii, mewahnya sioootttt

aku difahamkan, The Pullman merupakan hotel bertaraf lima bintang yang baru siap dibina di Putrajaya, baru buka untuk public tak sampai enam bulan

terus terang, kalau korang masuk hotel ni, confirm korang akan terpegun

pm_execroom_hires

mengetengahkan konsep ‘Ikon Malaysia’, hotel ini ia menawarkan pengalaman menginap di pusat peranginan bertemakan masyarakat Malaysia. Ini dapat dilihat menerusi empat blok dengan tema tersendiri iaitu Jasmine (India), Lotus (Cina), Bunga Tanjung (Melayu) dan Rafflesia (Borneo).

arkiteknya siapa lagi kalau bukan arkitek terkenal negara, Raja Datuk Baharin (arkitek Masjid Kristal di Terengganu)

dalam aku dok menikmati keindahan hotel ini, azan maghrib pun berkumandang

bila sampai ke restorannya pulak, aduh, bukan main cantik lagi dekorasinya

mewahnyeee....

mewahnyeee....

makan jangan cakaplah, aku rasa tak kurang daripada 40 jenis makanan terhidang dalam promosi buffet Ramadan mereka

bila dah kenyang tu rasa macam nak tidur kat sini je….tapi mengenangkan harga bilik yang juga ‘berbintang-bintang’, terpaksalah aku pulang saja dan tidur atas tilam buruk aku tu

harga buffet? RM85 satu kepala….so kalau berani bawaklah rombongan Cik Kiah untuk berbuka kat sini, silap haribulan balik pakai singlet je lah kan hehehehe

siaplah ko kambing...

siaplah ko kambing...

anyway terima kasih banyaklah kat sahabat aku yang ‘sorang’ ini kerana belanja aku berbuka puasa kat The Pullman, takde kau tak merasalah aku berbuka kat tempat mewah cenggini bro

murahlah rezeki kau hendaknya, Amiiiiinnnnnnnnnn.

SAK: Rasa macam anak raja sekejap

Read Full Post »

LeftHanded

aku tak tahu sama ada kengkawan aku sedar atau tidak yang aku ni kidal, actually kidal aku sangat teruk sehinggakan kekadang aku rasa tangan kanan aku macam tak berfungsi je

‘kesengsaraan’ aku bermula sejak tadika lagi bila aku tak tahu menulis huruf S dan angka 2 dengan betul…aku akan tulis 2 jadi S dan S jadi 2

percaya atau tidak, emak aku hampir-hampir nak keluarkan aku dari sekolah kerana tak sampai hati melihat aku dimarahi guru disebabkan gagal menulis dua benda tu dengan betul

seingat-ingat aku masa darjah 3 baru masalah itu dapat di atasi, satu lagi masalah orang kidal macam aku ini ialah corak tulisan

aku akui tulisan aku dan kebanyakan orang kidal ni tak cantik, macam biasalah, orang akan kutuk tulisan kami jadi begitu sebab guna tangan @#*%

seksanya orang kidal nak menulis...

seksanya orang kidal nak menulis...

tapi korang kena faham, masalah sering terjadi kerana apabila menulis, tangan individu kidal sering terkena pada tulisan

 malah, pandangan terhadap apa yang ditulis juga terhalang oleh tangan, masalah ini tidak dihadapi individu kanan kerana korang menulis dari kiri ke kanan dan tangan tidak terkena pada tulisan

antara masalah lain yang dihadapi oleh orang kidal macam aku ini apabila menggunakan pengasah pensil (kerana kedudukan mata pisau), membuka pintu khususnya jika tombol pintu berbentuk tangkai, menggunakan alat pembuka tin dan botol, menggunakan pembaris, garpu yang ada mata pisau (garpu kecil biasanya digunakan untuk sajian manisan) dan pisau kek (jenis lama yang ada pemotong pada belah kiri)

left-handed_Kitchen_tools

walaupun orang kidal sering dilabel dengan stigma yang negatif, dikatakan ada satu kelebihan yang mereka miliki iaitu ciri kepimpinan, ops, ini bukan gua cakap, tapi dalam kajian yang gua baca ler… antaranya termasuklah Alexander The Great, Julius Caesar, Napoleon Bonaparte, Bill Clinton, George Bush, Ronald Reagen, John Kennedy, Lee Hsien Loong dll. Malah Barrack Obama pun kidal. Man Kidal apatah lagi kan.

Obama 2008

dan untuk pengetahuan korang, keyboard laptop aku dibahagian kiri nampaknya makin ‘tenggelam’ berbanding dibahagian kanan, semuanya kerana aku menekan lebih kuat di bahagian kiri

itulah ‘seksanya’ menjadi orang kidal…

SAK: Syukur je…at least ada tangan, kidal pun kidal lah!

Read Full Post »

lama aku tak menulis bab politik dalam blog aku ni, hari ini aku nak sentuh pasal kemenangan calon Pas, Salleh Man dalam pilihan raya N11 Permatang Pasir malam tadi

memang benar, majoriti Pas dah berkurangan tetapi menang tetap menang, walaupun bezanya cuma satu undi

cuma sekadar nasihat kepada Salleh, eh silap, Y.B Salleh, ingatlah..rakyat makin bijak dan makin kritis, mereka kini mahu YB yang benar-benar berkhidmat, bukan sekadar menumpang nama parti semata-mata

Lee masa jadi YB, ke hulu ke hilir bawa borang sebab nak tolong rakyat yang kesusahan

Lee masa jadi YB, ke hulu ke hilir bawa borang sebab nak tolong rakyat yang kesusahan

aku dalam hal ni tak dapat tidak terpaksa mengaitkan nama Tan Sri Lee Lam Thye dalam soal menjadi wakil rakyat

Lee dulu adalah wakil rakyat DAP di kawasan Bukit Bintang

.
untuk pengetahuan korang, Lee ketika menjadi wakil rakyat dulu, sentiasa membawa mesin taip bagi memudahkan beliau memberi perkhidmatan kepada rakyat
.
di dalam bonet keretanya ada pelbagai borang, dan sekiranya ada penduduk yang meminta pertolongan, beliau akan terus membantu dengan menaip surat pada waktu itu juga
.
dan jika dulu Lee boleh buat begitu, aku tak nampak kenapa Y.B lain seperti Y.B Salleh tidak boleh berbuat demikian, ingat, undi walaupun sekeping, adalah manifestasi kepada harapan dan amanah rakyat kepada pemimpinnya
.
yang rakyat mahu dari pemimpin mereka adalah khidmat, bukan rumah banglo atau berapa banyak perempuan yang wakil rakyat mereka boleh rembat!
.
fikir-fikirkanlah. 

Read Full Post »

satu perubahan…

aku tahu Tuhan maha pengampun, aku tahu Tuhan maha pengasih, aku tahu Tuhan maha penyayang

yang aku tak tahu cuma diri aku..di mana aku meletakkan diri aku, di antara amarah dan keredhaan-Nya

aku ingin berubah, aku ingin berhijrah, aku ingin menjadi seorang yang baru

aku ingin meng ‘overhaul’ kan diri aku, aku ingin enjin aku diturunkan sepenuhnya dan diganti dengan yang baru

aku mahu catnya ditukar kepada cat baru, aku mahu tayarku ditukar, di ‘alignment’ kan, di’balancing’kan

akhir sekali aku ingin ‘keluar’ dan kembali semula dengan satu jasad dan pemikiran yang baru, yang sama sekali berbeza daripada yang sebelumnya

 

rasanya kamu-kamu semua pun seperti aku,

persoalannya, bila semua ini hendak kita mulakan?

Read Full Post »

fasha22

hahahahaha

hari ini aku jadi super duper active dalam blogging…semuanya gara-gara aku tak leh tidur lepas sahur tadi

kali ini aku nak kongsi pengakuan Fasha Sandha dalam akaun myspacenya

panjang gak cerita minah ni

apa yang pasti dia cerita kisah dia masuk hospital sebab telan pil tidur dan kisah macam mana dia sebelum ni pernah dilamar pengacara TV3, Ally Iskandar, VVIP dari Brunei, ex-husband Nora Danish dan terbaru, ahli ekuestrian terkenal, Qabil Ambak….amboi dashsyatnyaaaaaa

nak tahu lebih lanjut, klik je kat sini

cuma aku tertanya-tanya, adakah Fasha yang untung atau abang-abang kita ni yang untung?

argghhhh malas fikir, puasa! puasa!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: