aku tak tahu apa nak jadi dengan Pulau Pinang, negeri bertuah di mana aku dibesarkan, negeri bertuah di mana berasalnya susur galur keturunanku
nampaknya baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat di negeri itu, tidak mampu berbuat apa-apa bila tiba tiba isu pengambil alihan tanah oleh para pemaju lintah darat
Tanjung Tokong mempunyai nilai yang sangat sentimental buat diriku, bukan saja ibuku dilahirkan di sini tetapi aku sendiri dibesarkan di kampung berkenaan sebelum berhijrah ke Terengganu pada tahun 1984
dari segi sejarahnya pula, Tanjong Tokong adalah sebuah perkampungan yang tertua dan mengekalkan kebudayaan Melayu dalam negeri ini, sebuah buku yang berjudul “Penang Lama” menjelaskan kampung Melayu tersebut wujud sejak 200 tahun dahulu sebelum kedatangan Inggeris iaitu Sir Francis Light pada tahun 1786
Tanjung Tokong bukan setinggan for God sake!
namun dalam afidavit yang di kemukakan oleh pemaju iaitu UDA, jelas menyatakan bahawa penduduk kampong ini adalah setinggan
yang menyedihkan hati aku, di saat perkampungan Melayu seperti Tanjung Tokong dicap sebagai sebagai setinggan, perkampungan nelayan kaum Cina di Bang Laud dan juga Jetti diiktiraf pula oleh kerajaan negeri
aku difahamkan, UDA mahu merobohkan kampung ini semata-mata kerana hendak membina 650 unit bungalow dan juga rumah kos rendah di tanah seluas 40 hektar dan menyusun semula penduduk , yang mana ianya bukan pemilik tanah tersebut
aku tak tahu bila episod malang Tanjung Tokong akan berakhir…namun aku tetap optimis bahawa akan ada ‘cahaya’ di hujung perjalanan saga ini walaupun hakikatnya jentera besi sudah semakin hampir untuk melahap tanah bertuahnya
bagi aku, kalau betul kampung-kampung yang ada di Pulau Pinang seperti Buah Pala dan Tanjung Tokong hanya akan menyusahkan kerajaan, baik digugurkan saja bom atom biar semua penghuninya mampus…kemudian ratakan tanah yang ada dan bangunkanlah sebanyak mana banglo mewah dan hotel lima bintang di atasnya
sekurang-kurangnya ia lebih telus daripada terus membohongi rakyat atas alasan pembangunan!
Bro, yg ni hang kena tanya Mat Ismail. Apa UMNO Bukit Bendera dah buat? Tiap kali tanya dia akan ‘kelepiaq’ masalah tu kononnya sbb CM Cina. Tp msalahnya, PM tu Melayu dan UDA tu GLC. Tak kan tak blh buat apa2 kot?
geng2 tanjung tokong kalau bergaduh depa mai dua tiga biji bas hahaha,p mana tan sri dato dr elyas omar.
yang lingkupnya dengan helah pembangunan nih,hanya orang Melayu sahaja yang kena
yang hairannya,kalau penempatan orang Cina dengan India tuh,boleh pulak diiktiraf sebagai kampung warisan walaupun terang2 ambik tanah orang melayu
apa laa pemimpin melayu kita buat untuk mempertahankan hak2 orang melayu?
hampasssssssssssssss jer
Masalah nie dahhhhhh lama dah sejak sebelum PR perintah lagi…..
tu lah nak kata bang, bukan lintah darat yang salah tapi yang bela lintah darat tu tak betul. tak kira lah BN ke, PR ke, kalau kena gigit lintah sama je. itulah kelebihan orang melayu… di mana kemelayuan mereka ni.
[…] artikel tanjung tokong diambil dari :https://syahrilkadir.wordpress.com/2009/09/16/selepas-buah-pala-kampungku-pula-bakal-dirodok-jentera-… […]