kampung aku ada dua buah masjid, jarak antara satu masjid dengan sebuah masjid yang lain taklah jauh sangat
so dalam erti kata lain, orang kampung ada dua pilihan, sama ada nak pergi ke masjid A atau ke masjid B
namun dulu aku hairan juga, kenapa keluarga aku lebih suka ke masjid B tetapi tidak ke masjid A?
” Kita ikut mazhab Shafie…Masjid A tu masjid ‘orang muda’ Ril, kekadang rasa macam pelik kalau sembahyang kat sana, kalau Subuh depa tak baca qunut, orang masa sembahyang Jumaat azan dua kali tapi depa sekali ja, talqin pun depa tak mau baca bila dah kebumi mayat…tu yang malas nak pi masjid A ni, ” kata salah seorang saudara aku
mula-mula aku pelik juga, dalam hati ada gak berkata-kata, masjid A ni amal ajaran sesat ka?
bila aku dah semakin membesar baru aku tahu apa yang dimaksudkan dengan aliran ‘orang muda’ ni atau lebih popular dengan nama Wahabi
aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan ia popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania
Di Malaysia, ia dikembangkan oleh tokoh-tokoh Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957
asas-asal fahaman aliran ini dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah – tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad – yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid’ah dan tahyul dalam agama
aku menulis pasal entry ni kerana sekarang di Perlis kecoh bila dua imamnya diberhentikan kerana dikatakan tidak mengamalkan aliran Wahabi, for ur info, Perlis lain sikit, depa memang kuat dengan aliran ‘orang muda’ berbanding negeri lain kat Malaysia ni
apapun aku harap orang-orang kuat agama seperti mufti, pensyarah, Jakim atau badan agama negeri-negeri kena banyakkan bincang dan keluarkan satu ketetapan berhubung isu aliran dan fahaman yang dah mula orang dok kalut sekarang
jangan bagi orang kita keliru…perbezaan bab-bab fekah ni bagi aku tidak boleh dibiarkan tanpa ada satu jawapan yang meyakinkan
orang Melayu di negara ini dah berpecah kepada banyak puak hanya kerana politik, jangan pula orang Melayu berpecah sekali lagi disebabkan kegagalan untuk memahami mazhab dan aliran seperti ini
so soalannya ialah, ko Shafie atau Wahabi?
wallahualam.
bank wahabi ada jawapannya.bankwahabi.wordpress
macam kita nih bro bukan golongan ustaz dan ulama kita nih suka karaoke tapi iyelah bro asalkan kita jangan sesat dah la bro ikut ajaran ayah pin atau rasul melayu huhuhu.
kita ikut al quran dan hadis serta alim ulama dan imam imam yang sedia kita ikut.
say no to wahabi.
Panas soalan kau ni syaril… kalau aku nak jawab soalan kau ni susah gak. Apa2 pon kalau dalam periksa lebih kurang ginilah jawapan aku. “Secara dasar dan dari aspek keturunan tentulah aku ni ber mazhab Shafie”. Tapi bagi aku aliran muda ni pon tak nampak salahnya. kalau nak kata salah dah tentu sejak dulu lagi pihak2 tertentu dari kerajaan akan meyekatnya seprtimana kumpulan Al-Arqam dahulu. Cuba kita tengok persoalan yg ko timbulkan tu pasal bacaan Qunut. Kita tengok rukun sembahyang yang 13 perkara tu. takder pon kenyataan yang mengatakan mesti baca qunut pada sembahyang subuh. Kemudian bab azan jumaat. Kalau dari segi ertinya Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang. kalau macamtu rasanya cukuplah sekali ajer. Ttg bab talkin ni pulak bagi aku segala peringatan ttg alam kubur adalah untuk orang yang masih hidup. Bagi org yg telah mati telah sampai titik noktah hubungan duniawi antara dia dgn tuhannya. Hanya menantikan saat utk dinilai baik buruknya. Wallahualam.
Bro ! kita ni ahli sunnah wal jamma’ah, Mahzab Shafie paling halus & lembut. Renungkan lah…….
Asalkan Assunnah Wal Jama’ah….
minta simpang le bab2 sesat ni awang, sesat kat bukit tinggi takpe hahahaha
aku pun fikir gak macam kau fikir tu hamzul, cuma kau bijak lagi lah kan…
saya akan renung dan tenung bosssss
Aku Dasuki…
sebenarnya, dalam bab nih, apa yg jelas nampak adalah berlakunya perpecahan..datang org baru, bawa benda baru, org lama xble terima, jd berpecah..bab talkin, qunut, azan ke, yg menuntut lebih dalam, lebih akan faham..tapi..tapi..tapi..andai kata ia dikekalkan, tidak mengundang sebarang mslh..yg jd mslh, terlalu drastik untuk mengubah sehingga menganggap sesuatu yang jd amalan biasa sesuatu yang salah..ia bukan salah secara total..masih ada nas yang menyokong..terang lagi bersuluh, aku mengikut Syafie.bro, tmpt aku ada 2 surau sejak 15 tahun yang lalu..atas sebab yang sama..