semalam sewaktu pulang daripada mengambil kawan di perhentian bas Puduraya, aku saja memandu melalui Jalan Bukit Bintang dan Jalan P Ramlee untuk melihat suasana Kuala Lumpur di malam minggu
macam biasalah, bila sebut nama dua batang jalan itu, dah tentu malam minggunya meriah dengan warga kota yang memilih kelab malam dan disko untuk berhibur hingga awal pagi
tetapi kali ni ada sedikit pelik…aku tengok ramai yang memilih untuk bersolek dan memakai baju yang ala-ala hantu dan sedikit ‘gothic’, argh sudah, apa kejadah pulak ni bisik hatiku
rupa-rupanya kawan aku beritahu yang kebanyakan pusat hiburan malam tadi memilih tema Halloween untuk para pengunjung mereka
sedikit mengenai Halloween, pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan ini atau juga dikenali sbg All Saints’ Day
perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19
menurut ceritanya, perayaan ini disambut atas kepercayaan bahawa pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar, maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia
dipercayai juga, malam Halloween adalah malam dimana roh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat
whatever lah kan, itu kepercayaan mereka so aku kena respect tetapi yang menghairankan aku, apa kejadahnya bebudak Melayu kita pulak yang lebih-lebih nak sambut Halloween ni????
kat Bukit Bintang semalam, anak Melayu lah yang aku tengok lebih Halloween daripada bangsa yang sepatutnya celebrate Halloween tu sendiri
itulah ‘hebatnya’ Melayu abad ini, kan?
apo nak dikato.
SAK: Dulu minat band rock nama Halloween, ingat lagi nama Don Guerrier, George Neal dan Brian Thomas “T” , hidup lagi ke idok puak-puak tu…