Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2009

keluar kota sekejap…

aku nak keluar kota sekejap kerana ada tugasan yang perlu dibereskan

kalau ada masa dan kesempatan bolehlah update sikit sebanyak

pada para blogger yang selalu singgah kat sini, InsyaAllah lagi sehari dua ni kita sambung balik pertemuan kita di alam virtual ini cewah

jaga diri bebaik, gua ni pun bukan sihat sangat ni tapi redah jeeeeee

Salam,

SYAHRIL A. KADIR

Read Full Post »

aku nak tergelek terkekeh-kekeh pagi ini bila baca taktik seorang pencuri yang bantai berak dalam kereta peronda polis sewaktu dalam perjalanan ke balai polis di Kuching semalam

dek tak tahan bau busuk, anggota polis dalam kereta tu pun bukalah tingkap….tapi nak dijadikan cerita, mamat tu ambil peluang tersebut untuk buka pintu kereta sebelum melarikan diri dan terjun ke dalam sungai berhampiran dengan kedua-dua tangannya bergari

bila polis nak tangkap, dia ambil pula kayu nak pukul polis yang ada di situ

memang tempah nahas la kan…tak pasal-pasal sebutir peluru dari pistol polis hinggap kat bahu dia, amik kau!

sepanjang 10 tahun aku jadi wartawan jenayah dulu, inilah first time aku dengar kes suspek berak dalam petrol car, hahahahahha

jangan lepas ni pejuang hak asasi minta PDRM sediakan petrol car yang bertoilet dahlah ye, mana nak cari tuuuu

nampaknya ini bukan malang tidak berbau…ini malang jenis BERBAU!!!!!

SAK: Aku rasa abang polis tu lagi trauma daripada suspek tu, suweyyyyyyyyy siot

Read Full Post »

degil betul lembu aku yg sekor ni, ngan aku pun kau nak tendang!

errr....sakit tak?

Duda rebutan kat taman aku, Nayan, sedang lapah daging (dia menghilang main poker kat facebook selepas gambar ini diambil)

Ketua tukang masak, Shuhib sedang menabur garam secukup rasa ke dalam kari yg dimasaknya (katanya secukup rasa tu bersamaan tiga guni garam, pergh!)

 

Read Full Post »

seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, memang aku betul-betul berhajat nak buat korban setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk berbuat demikian

simpan duit sikit-sikit, lama-lama dapatlah juga tumbang seekor lembu

pada awalnya aku ingat nak suruh pihak masjid saja uruskan, tetapi bila mengenangkan kat sini ada persatuan penduduk, lalu aku terfikir, lebih baik kami sama-sama gotong royong, selain dapat pahala…ia juga dapat mengeratkan tali silaturrahim di antara sesama kami

maklumlah orang Kolumpo, kuar siang balik malam, kekadang dah bertahun duduk kat sini pun tak kenal jiran sebelah menyebelah

lalu aku dan kengkawan pun menubuhkan satu jawatankuasa ad-hoc, yelah, kerja kenduri ni bukan leh buat memain

tetapi bila meeting, kami semua agak sugul kerana seeekor lembu tak mungkin cukup untuk diagihkan di kawasan perumahan kami ni kerana penduduknya agak ramailah juga

ternyata Tuhan mendengar suara hati kecil kami, tiba-tiba ada seorang hamba Allah mengesyorkan agar kami cuba menulis surat kepada Masjid Negara, manalah tahu mereka boleh sumbang seekor, tak besar kecil pun jadilah, pun kami tidaklah berharap sangat

tiba-tiba kelmarin kami mendapat tahu permohonan kami diluluskan, terkejut kataklah kami dibuatnya, tak sangka pula Masjid Negara nak sumbang lembu pada taman perumahan kami!

sedang kami membuat persiapan, tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang enggan dikenali menyumbang pula seekor lagi lembu…maknanya daripada planning nak tumbang seekor, tetiba dah jadi tiga ekor!!!

syukur sangat-sangat pada Allah, tetapi kami mula panik takut orang nak tolong korban tak cukup, maklumlah orang Kolumpo ni pantang je cuti, mesti nak balik kampung

satu strategi last minit pun dirancang, malam tadi aku dan kengkawan kumpul duit dan beli dua ekor kambing, kami jemput orang ramai kat sini join kami buat barbecue

Alhamdulillah, ramai yang datang, kami guna kesempatan di majlis itu untuk menjemput mereka yang hadir untuk sama-sama menjalankan ibadah korban

Tuhan maha kaya, pagi ini tak kurang dari 100 orang penduduk turun untuk bantu aku dan kengkawan buat korban

yang sembelih, yang lapah, yang masak…akhirnya dalam tempoh dua jam je semua dah settle

lebih mengharukan, adik-beradik aku pun turut datang memberi sokongan moral pada aku yang first time buat ibadah korban ni

dalam erti kata lain, inilah hari raya korban yang cukup bermakna…bukan saja kepada aku, tetapi juga kengkawan lain yang ada kat sini

mungkin selama ini orang ingat kami yang muda-muda ni tak pandai wat kerja-kerja kenduri, hari ini membuktikan bahawa kami juga mampu melakukannya, berkat pertolongan orang-orang lama

sesungguhnya bila kita mempunyai niat yang baik dan ikhlas, nescaya Allah memudahkan hajat tersebut…dan inilah hasilnya

terima kasih pada sahabat semua, jasa korang aku takkan lupa hingga akhir hayat aku

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Read Full Post »

 ‘‘Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”

Hari ini adalah hari wukuf di Arafah. Keistimewaannya Hari Wukuf atau Hari Arafah kerana di sana turut berkumpul para anbia, wali-wali Allah, orang-orang soleh dan para malaikat bersama-sama para jemaah hari dari seluruh dunia

Apabila memperkatakan mengenai ibadat haji, hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jemaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual.

Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘‘Haji itu adalah wukuf.” Hal ini memperlihatkan betapa pentingnya hari wukuf.

Selain di tanah suci Mekah, banyak pengalaman dan cerita pelik-pelik yang pernah kita dengar melibatkan sesetengah jemaah ketika berada di Padang Arafah iaitu kawasan suci yang doa kita mudah diangkat ke langit.

Di kawasan itu, setiap jemaah dinasihatkan agar perlu sentiasa menjaga perbuatan, tutur kata, apa yang diniat dalam hati kerana biasanya ia cepat ditunjukkan oleh Tuhan.

Malah, ada guru agama mengingatkan bahawa perkara-perkara yang kita anggap gurauan semasa bersembang-sembang di Padang Arafah, tetapi bagi Allah ia adalah serius dan apa yang kita gurauankan itu kadang-kadang berlaku ketika itu juga.

Cerita dari mulut-mulut mengenai peristiwa pelik pada hari Wukuf, adakalanya membuat sesetengah umat Islam yang merasakan diri mereka pernah melakukan terlalu banyak dosa, keberatan untuk mengerjakan ibadat haji kerana bimbang dan takut jika perkara ganjil dan pelik akan turut dialami atau diperlihatkan kepada mereka.

suasana di Arafah pada hari Wukuf turut menyaksikan manusia paling banyak menitiskan air mata kerana di situ, perasaan untuk mengadu kepada Tuhan amat kuat

di puncak bukit inilah Adam dan Hawa dipertemukan semula

dan di Padang Arafah ini jugalah menjadi saksi di mana Adam dan Hawa dipertemukan semula di Jabal Rahmah selepas 4o tahun dipisahkan setelah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

* Mengikut perkiraan waktu Wukuf atau waktu Zuhur bagi Arab Saudi adalah pada pukul 12.07 tengahari. Ia bersamaan pukul 5.07 petang waktu Malaysia. Manakala waktu terbenam matahari (Maghrib) bagi Arab Saudi ialah pada pukul 5.37 petang. Atau bersamaan pukul 10.37 malam waktu Malaysia.

Read Full Post »

mengenang A. Ramlie…

aku rasa generasi baru sekarang ramai yang tak pernah dengar nama A. Ramlie

tetapi kalau sebut lagu Oh Fatimah dan Hidup Bersama mungkin ramai yang tahu..itupun bila XPDC ‘rockkan’ gila-gila lagu Hidup Bersama tu sampai dah jadi heavy metal

bagi yang tak tahu, A. Ramlie lah penyanyi asal lagu-lagu yang aku sebutkan tu

untuk pengetahuan korang, di zaman 60-an dan 70-an,  A. Ramlie adalah penyanyi yang cukup famous, sebaris dengan Ahmad Jais dan Jeffridin lah

A. Ramlie nyata memiliki suara ’emas’ yang telah memikat ribuan penggemar lagu Pop Yeh Yeh dari Singapura, Malaysia, Brunei dan juga Indonesia.

popularitinya begitu menyerlah sehingga majalah Berita Filem tahun 1960-an memberinya gelaran ‘Budak Ajaib’

A. Ramlie telah merakamkan lebih 200 buah lagu dalam 20 album dengan beberapa label dalam tempoh 30 tahun

walaupun aku ni tak hidup lagi di zaman kegemilangan A. Ramlie, tapi dari kecil lagi aku cukup minat dengan lagu-lagu A. Ramlie, semuanya bila arwah abah suka kuatkan lagu-lagu dia bila lagu-lagu tu berkumandang di radio

uniknya A. Ramlie ni adalah suara dia…suaranya cukup mendayu-dayu terutama bila bawa lagu sedih, aduhhhhh, boleh meleh airmata beb hehehehe

semalam aku sambar CD A. Ramlie kat kedai Uncle Sim dan aku boleh layan dari tengah malam sampai subuh, nasib baik CD, kalau kaset mau putus talinya

memang he’s the one and only lah…legend…tapi macam biasalah penyanyi kita terutama zaman-zaman dulu bukanlah mewah macam sekarang

selepas berpisah dengan isterinya yang juga penyanyi Mariah Bachok (dulu time 70-an kira diaorang ni macam Erra ngan Yusry ler, couple yang cukup famous), A. Ramlie seolah-olah semakin menyepi dari dunia seni hinggalah kesihatannya semakin teruk akibat penyakit Parkinson yang dihidapinya

lepas divorce, beliau tinggal di Tampines, Singapura bersama-sama ibu dan adiknya, Suraya

pada tahun 1995, satu konsert khas (masih ada yang sayang) untuk membantu beliau telah diadakan di Stadium Negara yang telah diusahakan oleh Alahyarham M.Shariff  serta rakan 60 an yang lain

walaupun uzur beliau tetap mengagahkan diri demi peminat dan penonton yang hadir

saksikan persembahan terakhir beliau menyanyikan lagu “Hidup Bersama” sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1999

Al-Fatihah buat Ramlie Ahmad @ A. Ramlie.

Read Full Post »

sekarang ni industri muzik global  terutama di negara kita sedang menuju ke arah kemerosotan yang cukup ketara

selain di kompleks membeli-belah, boleh dikatakan agar sukar untuk mencari kedai yang menjual kaset, CD dan VCD asli…yang cetak rompak mungkin banyak

malam tadi aku dipelawa oleh blogger Awang Sulung Merah Menyala untuk pergi ke Muzik Ekspres, sebuah kedai menjual kaset, CD dan VCD asli yang masih cuba untuk ”bertahan’ di sebalik kesuraman industri berkenaan 

terletak di Seksyen 17 Shah Alam, kedai yang dimiliki Uncle Sim ini berada tidak jauh dari  terminal bas ekspres bandar di situ

walaupun secara luarannya ia hanya sebuah kedai biasa tetapi sebaik saja aku melangkah masuk ke dalamnya, aku sangat terkejut dan teruja

apa tidaknya, ia dipenuhi dengan ribuan kaset, CD dan VCD artis dalam dan luar negara, baik yang terkini mahupun yang usianya berpuluh tahun dulu

malah yang lebih menariknya, tuan punya kedai iaitu Uncle Sim boleh menjawab setiap persoalan mengenai album artis yang korang cari, bahkan jika kau tanya pasal album dikir barat, dia ngan selambanya boleh tanya, ” Lu mau cari kaset Jen Endoro, Mat Keretapi, Pak Ku Kamal atau Tuan Kob Raja Saring?”

Pergh! Aku pun tak pernah dengar nama-nama ni

so kalau setakat nak cari album Dio, Marcy Gray, Dire Straits, Mark Knopfler atau Chicago, rasanya semua tu celah gigi Uncle Sim je lah kan

dan the best part is, boleh dikatakan korang boleh jumpa semua kaset, CD dan VCD baru dan lama-lama di kedai ni…yang penting korang kena rajin cari dan belek-belek sebab kedai Uncle Sim dah macam sarang tikus beb hahahahaha

namun siapa sangka, di sebalik semua ini, Uncle Sim sebenarnya menyimpan seribu satu kisah duka sepanjang berkecimpung dalam dunia perniagaan kaset, CD dan VCD ini

Blogger Awang Sulung dengan Uncle Sim

“Saya masih ingat lagi sewaktu zaman kaset, album Hukum Karma nyanyian Wings dan Kita Peng Yu nyanyian XPDC cukup laku kat kedai saya, rasa seronok betul berniaga masa tu

” Tetapi kepesatan teknologi memusnahkan segalanya, orang boleh download saja lagu mereka suka, tak payah bayar, cetak rompak makin teruk, radio pun banyak, orang sudah tak mau beli album, nasib saya sekarang betul-betul teruk.

” Ikut hati nak tutup saja kedai ni, tapi saya sudah tua, anak mau sekolah….takpelah, saya buka saja kedai ni, ada orang nak beli kaset kah, CD kah, saya jual…tapi kalau taknak, saya tak boleh paksa. Inilah dunia saya”  kata Uncle Sim

melihat riak muka Uncle Sim saja kita boleh tahu betapa ‘sengsaranya’ dia hendak meneruskan perniagaan yang ibarat hidup segan mati tak mahu ni

apapun, bagi aku, Uncle Sim ibarat ‘pakar rujuk’ bidang muzik yang susah untuk kita temui lagi ketika ini

dan kesanggupan serta kecekalan dia meneruskan perniagaan tersebut membuktikan bahawa kehadirannya dalam industri ini bukan kerana wang semata-mata, tetapi juga kerana minat dan ‘passion’ yang dia miliki

aku cukup kagum dengan Uncle Sim, namun aku sendiri tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan dan terus bertahan.

SAK: Sempat sambar VCD Tan Sri S.M Salim ngan arwah A. Ramlie lagi kat kedai Uncle Sim.

Read Full Post »

Thailand hari ini kehilangan bekas Perdana Menterinya yang gila memasak dan paling kotroversi, Samak Sundarej yang menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat penyakit kanser

Samak akan diingati sebagai tokoh politik paling ‘warna-warni’ dalam sejarah politik negara gajah putih itu

siapa boleh lupa bagaimana dia kehilangan jawatan Perdana Menteri hanya kerana terlibat dalam rancangan memasak, aku ada menulis mengenai perkara tersebut kira-kira setahun yang lalu…baca DI SINI

kematian Samak mengingatkan aku pada sebaris sajak daripada penyair terkenal Indonesia, Sutardji;

” walau huruf habislah sudah alif bataku belum sebatas Allah…”

Read Full Post »

Perodua Alza

tak boleh buka lagi...pukul 6 petang baru boleh....

semalam pagi-pagi lagi aku dah terpacak kat sebuah showroom Perodua, semuanya gara-gara nak melihat sendiri produk terbaru mereka yang dikatakan sangat ‘hot’ itu

rupa-rupanya aku bukanlah orang pertama yang ada di situ, dah jadi macam pasar borong pulak showroom tu bila orang ramai mula membanjiri premis tersebut seawal pukul 8 pagi lagi

hampanya kami bila diberitahu yang kereta berkenaan hanya akan dibuka untuk tatapan umum pada pukul 6 petang, alamak spoil betul la

then seperti yang dimaklumkan, aku datang balik ke showroom tu pada waktu yang dijanjikan..tepat je pukul 6 petang, kanvas yang menutupi kenderaan itu pun dibuka, jeng,jeng, jeng….inilah hasilnya, Perodua Alza!

phewwwwiiiittttt!!!!

kalau tengok betul-betul, terutamanya bagi jenis Advance, memang menarik beb, macam Honda Jazz pun ada.

Alza yang bermaksud kebangkitan dalam bahasa Sepanyol itu merupakan satu pencapaian bermakna kepada Perodua dan vendornya kerana dibina menggunakan 90 peratus komponen tempatan

ceria dalam gundah, yang gundah tu takde kena mengena ngan keter tu, hukhukhuk

Alza yang membabitkan pelaburan RM300 juta untuk direalisasikan, ditawarkan dalam enam jenis iaitu masing-masing dua standard, dua premium dan dua versi yang dipertingkatkan (advance)

jenis standard dan premium dijual pada harga di antara RM56,000 dan RM64,000 seunit, manakala jenis advance yang akan memasuki pasaran bermula Mac 2010 dijual pada harga antara RM67,000 hingga RM70,000.

Alza didatangkan dalam enam pilihan warna yang menarik iaitu Classy Purple, Ebony Black, Ivory White, Pearl White, Medallion Grey dan Glittering Silver.

tahniah pada warga kerja Perodua, tahniah Malaysia, ternyata Alza memang meletopppppp!!!!

Read Full Post »

macam nak tersengih pun ada gak bila aku tengok Duta Malaysia ke US yang baru, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis atau JJ berbaju macam Panglima Hang Tuah masa serah watikah pada Presiden Obama baru-baru ni

bukan nak tersengih pasal apa pun, sepanjang aku kenal beliau, aku aku tak pernah tengok dia dressing macam ni…apapun memang bagus dan memang tepatlah pada masanya untuk JJ berbuat demikian

aku ingat lagi, masa Tan Sri Razali Ismail membuat ucapan di United Nation sebagai Pengerusi United Nation General Assembly (UNGA) dulu pun, beliau pun membuat kejutan apabila berbaju Melayu dan bercakap dalam Bahasa Melayu di awal ‘opening speechnya’ kepada ratusan pemimpin dunia ketika itu

aku difahamkan, JJ juga ada menuturkan beberapa patah perkataan Melayu pada Obama dan Obama ternyata memahaminya

malah Obama juga memberitahu JJ bahawa dia pernah melihat pakaian yang dipakai oleh JJ sewaktu menetap di Indonesia dulu

sebagai orang yang agak selalu juga berurusan dengan JJ, aku berharap sangat JJ akan menggunakan peluang dan pengalamannya sebagai ahli akademik (beliau bekas Dekan), ahli perniagaan (usahawan kelapa sawit) dan ahli politik (bekas Menteri Sains dan Innovasi) untuk mengeratkan lagi seterusnya membawa era baru dalam hubungan Malaysia – Amerika Syarikat

selamat bertugas Datuk Seri!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: