Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2009

tahun baru di bumi asing…

minah ni asyik ushar aku je...ke aku yang perasan nih hahahaha

malam ni first time aku sambut tahun baru aku di tempat orang

tak tahu macam mana situasinya, actually kat KL pun macamlah aku sambut sangat

kalau tidak kerana tugasan masa jadi wartawan dulu, tak kuasa tengah-tengah malam aku tercanguk dekat Dataran Merdeka atau Bukit Bintang melihat gelagat warga kota yang cukup memeningkan kepala

bercakap pasal pengalaman, aku cukup tension kalau kena bertugas waktu malam tahun baru

sudahlah terpaksa menempuh kesesakan lalulintas ke Dataran untuk buat liputan, kemudian terpaksa siapkan tugasan dengan pantas kerana akhbar nak cetak cepat, yang lebih memeningkan kepala function pula lambat habis, jalan pula sini tutup sana tutup, letih bangat deh!

anyway tak tahulah happening atau tidak new year kat sini tapi tak beri sebarang perbezaan pun

aku bukanlah jenis yang suka celebrate new year, aku lebih senang duduk depan TV sambil makan kuaci hehehehe

tapi nak keluar jugalah malam ini, kata orang lain padang, lain belalang, lain tempat lainlah ragam

agaknya bagaimana Phnom Penh on new year eve ya?

SAK: Pada yang nak keluar malam ni…buat apa pun, ingat pada orang yang tersayang…dun drink n drive!

Read Full Post »

suor sdei Phnom Penh!

kereta pinjam uncle Truanh

guest house je yang mampu...bajet! bajet!

SAK: Nak jumpa orang kanan Pol Pot jap lagi…minta autograph!

Read Full Post »

Sungai Mekong

kupilih namamu

kerana aku begitu sepi

kan kubenamkan dadaku

ke dasarmu

kaki kananku ke bulan

kaki kiriku ke matari

kan kuhanyutkan hatiku

ke kalimu

namaku ke muara

suaraku ke gunung

 

Sungai Mekong

nafasmu begitu tenang

lenggangmu begitu lapang

di tebingmu

ada ibu bersuara sayu

mencari suara puteranya yang hilang

waktu ia merebahkan wajahnya

ke wajahmu

kau masih bisa senyum senang

 

Sungai Mekong

akhirilah tarisiang riakmu

kulihat di dasarmu

kuntum-kuntum berdarah

batu-batu luka

malam ini

ribut dari utara akan tiba

tebingmu akan pecah

airmu akan merah

dan arusmu akan lebih keras

dari Niagara

(A. Latiff Mohidin)

SAK: Mungkinkah di muara yang aku sedang berdiri sekarang pernah mengalir darah insan yang tidak berdosa? Argh, rokok Dunhill ku menyala lagi…

Read Full Post »

zaman sekolah

malam tadi lama juga aku berbual dengan teman rapat aku mengenai zaman persekolahan kami

bila bercakap pasal sekolah, aku percaya majoriti orang akan cakap….’rindunya zaman itu, bestnya masa sekolah, seronoknyeeee…’ dan macam-macam lagilah

tetapi percayalah, aku tidak pernah merasa enjoy di waktu persekolahan aku, aku sendiri tidak tahu mengapa, bahkan kalau waktu  itu dapat diputarkan kembali, aku tidak ingin kembali semula ke zaman tersebut

the only things yang membuatkan aku suka hanyalah bila aku mendapat ilmu dan dapat kenal dengan guru serta rakan-rakan

nak kata aku kena buli, tak juga..nak kata aku budak jahat dan selalu kena denda ngan cikgu, tak jugak..

nak kata aku tak pandai pun..tak jugak…at least lepas jugalah masuk universiti

sampai sekarang aku tertanya-tanya mengapa aku tak excited langsung bila cakap pasal zaman sekolah

tapi jangan salah sangka…not because aku tak suka dengan ilmu tetapi aku tak dapat nak menikmati ‘keindahan’ waktu sekolah seperti yang sering diperkatakan itu

entah, jangan tanya aku, sampai sekarang aku tak dapat jawapannya!

SAK: Tetap kenang jasa guru yang mendidik aku menjadi manusia…sekurang-kurangnya sehingga ke hari ini!

Read Full Post »

aku nak tergelak sebenarnya bila baca statement pengacara TV terkenal Awal Ashaari yang mendakwa air kencingnya tak boleh keluar sewaktu anggota polis menyuruhnya berbuat demikian dalam ujian air kencing atau ‘urine test’ di sebuah disko awal pagi kelmarin

ini menyebabkan dia terpaksa di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur

lepas diberi minum tiga botol air oleh pihak polis, barulah Awal dapat mengeluarkan air kencingnya…nasib baik negatif dan dia pun dibebaskan

sebenarnya kes air kencing tak keluar ni bukalah satu benda baru, bunyinya mungkin senang tetapi bukan semua daripada kita dapat melakukannya terutama bila sedang stress atau gabra

sepanjang aku bertugas sebagai wartawan jenayah dulu, dah berpuluh kali aku menyertai operasi ujian air kencing oleh pihak polis bagi mengesan pengunjung pusat hiburan yang berada di bawah pengaruh dadah

terus-terang aku katakan, kes sebegini memang kerap berlaku..adakalanya pihak polis terpaksa tunggu berjam-jam hanya kerana nak tunggu suspek buang air kecil

namun aku akui, ada juga yang guna alasan tak boleh kencing itu untuk mengelak daripada menjalani ujian tersebut, tetapi sorrylah, jangan harap polis akan terpedaya dengan taktik basi macam tu

tidak lama dulu aku pernah menyertai operasi narkotik di sebuah bilik hotel,  ada seorang personaliti TV ni sampai kesudah bagi tahu dia tak boleh kencing…last-last pegawai polis bertugas bagi dia lima botol mineral untuk diminum

” Kalau minum lima botol air ni pun kau tak boleh kencing, aku nak bagi pili bomba pulak kat kau,” katanya pada personaliti berkenaan hingga membuatkan aku terkekeh-kekeh ketawa

last-last memang betul, air kencing personaliti ini ternyata positif dadah jenis syabu, hah, amik kau!

dalam kes Awal ni mungkin betul dia tidak boleh kencing malam tu, yang pasti ujian ka atasnya negatif,  itu yang lebih penting

inilah harga yang perlu dibayar kalau nak jadi artis, kalau Awal tu driver bas RapidKL aku ingat saper pun tak peduli

macam-macam hal….dunia, dunia…

Read Full Post »

Selamat Pengantin Baru Fiha

aku sangat bertuah kerana selalu dikurniakan staff yang rajin dan tak banyak kerenah walaupun adakalanya degil mereka boleh membuatkan aku kena heart attack hahahaha

salah seorang daripada mereka adalah Noor Fiha Kassa, gadis kelahiran Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang

dia yang bertugas sebagai penerbit rancangan TV  ‘Penglipurlara ‘ di Astro Prima sebelum ini adalah pengacara sebuah program di Astro Awani

Fiha bukan sekadar seorang staff, malah kami banyak bercerita dan berborak, sekali gus banyak kisah yang kami kongsi bersama, baik suka mahupun duka

kebetulan tunang dia pun aku kenal jugak, semuanya dulu dibawah satu bumbung

hari ini Fiha akhirnya bergelar ratu sehari setelah hampir 10 tahun menjalinkan rasa cinta dengan kekasihnya, Hishamuddin yang kini mengajar di Terengganu

ketika menghadiri majlis perkahwinan mereka di Kuantan hari ini, perasaan aku bercampur-baur di antara gembira dan sebak sebenarnya 

gembira kerana sudah tentu kehidupan Fiha kini lebih bererti dan lengkap dengan kehadiran seorang suami, sebak kerana mengenangkan betapa dia sekarang perlu menghadapi satu lagi episod dalam hidupnya yang menuntut satu pengorbanan dan tanggung jawab yang cukup tinggi sifatnya

maklumlah, kehidupan berkeluarga ini bukan mudah, sedangkan lidah lagikan tergigit apatah lagi suami isteri

tetapi aku percaya, Hisham dan Fiha mampu mengharungi apa juga yang melanda, berkat doa daripada kita semua

Selamat Pengantin Baru Fiha, Selamat Berkekalan Hingga Ke Hujung Nyawa, aku akhiri entry ini dengan sekalung doa,

” Ya Allah…
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka
Dengan menjadikan perkawinannya sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan mereka kepada sunnah Rasul-Mu.”

Amin.

Read Full Post »

antara kegemaran aku sama ada waktu lapang atau waktu senggang adalah mendengar lagu di radio, jadi bilik masuk je dalam kereta, aku akan on my radio dulu then baru aku akan switch on aircond
kekadang belum start engine kereta lagi aku dah on radio dulu, jahanam bateri kereta aku hehehe
sekarang stesen radio tetap aku adalah SinarFM dan KLFM….nostalgia betul lagu-lagu yang diorang mainkan
kebetulan pula aku ni lebih suka lagu-lagu awal 80-an…maklumlah aku membesar pun dengan lagu-lagu tu
tetapi dalam beribu lagu yang pernah aku dengar, ada tiga lagu yang aku tak pernah jemu mendengarnya..daripada kecil sampailah sekarang
bukan saja aku sangat suka dengan tiga lagu tersebut, tetapi hati aku boleh jadi sedih dan sayu tak tentu pasal bila ia berkumandang
actually semua lagu tu memang ada sejarah dalam hidup aku
tak perlulah aku cerita lebih lanjut kerana lirik lagu tu sendiri telah MENCERITAKAN segalanya…

HELLO

walaupun aku suka dengan penyanyi asal lagu ini, Lionel Rithchie, tetapi bagi aku Hello versi mendiang Luther Vandross lebih syahdu dan memukau
lagu ni memang akan jadi top list aku sampai bila-bila
lirik yang paling aku suka bila sampai part chorus…” tell me how to win your heart, coz i havent got a clue”
aduh, touching siot….

SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

walaupun Elton John ni gay, tetapi bila dia main piano dan nyanyi lagu ni, aku boleh terlupa yang mamat poyo dan macam Lim Kok Wing ini adalah penyanyi lagu tersebut
lirik yang buat aku ‘terbang’ bila dia sebut di rangkap pertama iaitu ” what i got to do to make you love me”
huarghhhhhhhhhhhh, sedihhhhhhhhhhhhhhhhhh

SELINGKAR KASIH

okay, lagu ni memang adalah sejarah yang dahsyat yang pernah berlaku dalam hidup aku
untuk pertama kalinya aku membuat pendedahan terbuka betapa dialah orang pertama yang pernah mencintai dan mencuri hati aku
tetapi tu cerita dulu-dululah…dah jadi sejarah pun, sejarah yang tak mungkin tertulis di arkib atau muzium negara
inilah lagu terakhir yang kami berdua dengar sebelum kami dengan rasminya memacakkan ‘batu nisan’ ke atas hubungan yang terjalin itu
noktah.

Read Full Post »

kali pertama aku mendengar Pyanhabib mendeklamasikan sajak Seluar Dalam ini adalah di Kelab Darul Ehsan, Ampang beberapa tahun lalu di majlis dinner Malam Jalan Lima

Malam Jalan Lima adalah dinner tahunan yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia bagi meraikan petugas medianya

aku walaupun tidaklah rapat sangat dengan Pyanhabib, tetapi kami agak mesra kerana meja kerja aku dengan dia boleh dikatakan sebelah menyebelah

Pyanhabib ketika itu bertugas sebagai Penyunting Utusan Malaysia…masalah kami hanyalah dari segi komunikasi kerana beliau dari azali lagi mengalami masalah pertuturan

selalunya aku dengan Pyanhabib akan guna isyarat tangan kerana ia lebih memudahkan kami berdua bekerja

namun di sebalik kecacatannya itu, semua orang tahu Pyanhabib adalah penyair yang cukup hebat dan prolifik

dia tidak pernah ada protokol, kalau perlu dia puji, dia puji

kalau perlu dia kritik, dia kritik

sajak Seluar Dalam karyanya itu sebenarnya adalah satu sajak berbentuk kritikan dalam masyarakat

tetapi itulah Pyanhabib, kekadang karyanya tak terfikir dek akal, namun ia penuh dengan makna yang tersurat….apatah lagi tersirat!

Read Full Post »

pengaruh iklan TV memang kuat dalam kehidupan kita semua, maklumlah majoriti daripada kita lahir-lahir lagi dah ada TV

dulu masa kecil-kecil, aku sangat teruja bila tengok beberapa iklan di TV, aku ingat lagi, bila keluar je iklan tu akulah orang pertama yang akan berlari melihatnya sampai mak aku akan menjerit,” Ayennnnnn, jangan dekat sangat satgi mata buta!,”

antara iklan yang aku paling suka adalah;

IKLAN BATERI EVEREADY 1984

iklan ni memang aku tak boleh lupa sebab sehari ada kot berpuluh-puluh kali ditayang kat TV. Iklan ni dibuat masa umur aku lapan tahun tapi sampai aku darjah tiga pun dok ada lagi kat TV.

masa ni kat mana-mana pun orang nak bateri Eveready…Energizer takleh cari makan lagi time ni…

IKLAN AIR KOTAK JOY (1982)

bila aku tengok iklan ni, aku mesti jerit nak air Joy kat arwah abah. Masa ni umur aku baru enam tahun. Yang bestnya, walaupun aku akan terlompat-lompat bila tengok iklan ni, percaya tak, sampai sekarang aku tak pernah minum air Joy hahahaha

IKLAN HACKS 1987

Fuh masa ni aku darjah 5 , walaupun iklan ni pendek je tapi masa tu populariti coklat HACKS ni memang famous abis lah kan

pendek kata kalau kat kedai mamak tu jangan mimpilah nak cari coklat lain, mamak akan susun semua perisa coklat HACKS kat kaunter bayaran dia…tak silap masa tu seposen dapat lima rasanya

kononnya HACKS ni bermaksud Hanya Aku Cinta Kau Sorang hahahaha

IKLAN BRYLCREAM 1993

hah masa ni aku dah Form 5, kira dah masuk fasa remaja la…memang remaja semua pakat cari Brylcream dek penangan iklan Azhar Sulaiman ni

korang tau tak, masa tu aku siap beli sikat macam dalam iklan ni konon sebab nak buat rambut macam Azhar Sulaiman…last-last rambut aku sampai nak gugur kerana terlalu banyak bersikat, semua gara-gara sebab nak ikut sangat style tu!

so, agak-agaknya iklan apa yang korang ingat sampai sekarang ekkk?

Read Full Post »

salah seorang anak pekerja seks di Chow Kit

baru-baru ini aku berpeluang menonton drama Tersasar di Jalanmu yang mengungguli kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama (Erma Fatima), Pelakon Wanita Terbaik Drama (Rosnah Mat Aris), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Norish Ismail) dan Lakon TV Terbaik (Erma Fatima) dalam Anugerah Skrin 2009

sebenarnya drama ini pernah ditolak oleh sebuah stesen tv swasta kerana kononnya takde nilai komersil dan ‘memualkan’, akhirnya RTM yang orang selalu anggap stesen ‘kolot dan kuno’ itu ajelah yang sanggup beli drama tersebut

walaupun aku tak sempat menontonnya sehingga tamat, namun ia sudah cukup untuk aku mengakui inilah antara drama tv terbaik yang pernah aku saksikan!

Tersasar ke Jalanmu antara lain berkisar tentang sebuah keluarga yang tinggal di Lorong Haji Taib, Chow Kit yang selama ini sinonim dengan warna maksiat, dadah, pelacuran dan sebagainya

ia menceritakan kehidupan seorang kanak-kanak yang memasang impian untuk ‘membersikan’ imej Lorong Haji Taib. Niat itu tersimpan selepas dia melihat sendiri seluruh kehidupan ahli keluarganya serta masyarakat di situ hancur disebabkan  kehidupan yang tidak sihat

apa yang membuatkan aku lebih tersentuh dengan jalan cerita drama tersebut ialah, semua yang dipaparkan memang realiti sebenar kehidupan di Chow Kit

kira-kira dua tahun lepas, aku dan rakan-rakan sekerja ditugaskan untuk mengetuai program ‘outreach’ melibatkan pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan para pegawai agama dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) di sana

ketika itu majikan aku dipilih untuk mengendalikan program berkenaan kerana kami sering ketengahkan masalah pelacuran di situ melalui program dokumentari yang kami hasilkan untuk stesen ASTRO

untuk pengetahuan korang, di Chow Kit ada sebuah rumah kebajikan yang dipanggil Rumah Nur Salam, tempat di mana anak-anak pekerja seks ini tinggal ketika ibu mereka ‘bekerja’

Rumah Nur Salam

rumah ini adalah inisiatif Kak Arfidah dan suaminya, Abang Raja yang prihatin dengan nasib anak-anak ini

Kak Arfidah

memang sedih kalau korang tengok anak-anak yang tidak berdosa ini, semuanya comel-comel belaka tetapi sayang desakan hidup menyebabkan ibu mereka memilih untuk menjual tubuh di lorong hanyir itu

di rumah ini, ada beberapa orang sukarelawan yang akan mengajar anak-anak ini membaca, bermain, bergurau senda dan berbagai lagi…namun tidak semua daripada mereka tinggal di sini kerana Rumah Nur Salam tidak mampu menampung jumlah mereka yang ramai

jumlah mereka bukan sedikit!

jadi bila ibu mereka selesai ‘bekerja’, masing-masing akan pulang semula ke rumah dan begitulah aktiviti mereka sehari-hari

inilah rumah sebenar anak-anak pekerja seks ini, mereka kembali ke sini selepas ibu mereka selesai 'bekerja'

jadi bila Erma Fatima buat drama Tersasar di Jalanmu, percayalah, itulah realiti yang berlaku di Chow Kit

akhir sekali, aku harap, kalau korang semua ada kelapangan, senang-senang pergilah melawat anak-anak ini di Rumah Nur Salam…mereka di sana bukan untuk jadi ‘pameran’ tetapi untuk menyedarkan kita semua bahawa betapa bertuahnya kita dilahirkan di dunia yang ‘putih’ dan bukan ‘gelap’ seperti mana dunia mereka

Rumah Nur Salam terletak di No.24A-B Jalan Chow Kit, mereka yang ingin membantu/ menderma bolehlah menghubungi nombor telefon 03-4045 4021. Fax: 03-4045 4031. Raja Azizan: 017-300 9055

* credit gambar untuk Azmi Ali, Zuhrie (Shutter Asia) dan Redmummy. Saudara Fansuri, permintaan tuan saya tunaikan, tq.

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: