aku tidak dapat membayangkan betapa hancur dan luluhnya hati Teh Afifah Shahirah apabila suami yang baru empat jam dinikahinya itu pergi dan tidak akan kembali lagi buat selama-selamanya
malam tadi ketika menonton Buletin Utama, aku dapat melihat dengan jelas jari-jemari Teh Afifah yang masih bersalut inai merah itu berdoa sambil menitiskan airmata melihat jenazah suaminya
aku yakin akan ada ungkapan…’ Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup ni kena teruskan perjuangan’…tetapi itu adalah kata, kata lebih mudah untuk dilafazkan tetapi tidak semudah untuk diangkat menjadi nyata
sebenarnya aku sangat hiba, ya bukan aku saja, semua orang akan merasa hiba dengan peristiwa tragis ini tetapi aku bukan Teh Afifah, insan yang terpaksa melalui semua ini, insan yang terpaksa memikul semua ini, bersendiri!
betul lah kata orang, kadangkala kita rasa ujian yang Tuhan berikan pada kita sudah terlalu berat, rupanya ada lagi ujian yang lebih berat diturunkan kepada hambanya yang lain
jika pagi tadi Teh Afifah mencium tangan suaminya selepas selesai akad nikah, siapa sangka di sebelah petangnya dia terpaksa menatap wajah suaminya itu dibilik mayat dan disebelah malam pula menabur bunga di pusara kekasih yang sangat dicintainya itu
semoga Allah memberikan kekuatan untuk Teh Afifah menjalani kehidupan yang sungguh mencabar ini…ini harinya, hari kita belum tentu bila
ingatlah, walaupun cuma hanya empat jam bergelar isteri, namun itu bukan bermakna kau hilang segala-galanya
dia tetap suamimu dik walau yang tinggal cuma pusara, dia tetap suamimu dik walau yang ada cuma kenangan, dia tetap suamimu dik walau yang tinggal cuma tangisan
dia akan terus hidup dalam nafasmu, dia akan terus berjaga dalam mimpimu, dia akan terus bernyawa dalam impianmu
malam tadi aku sempat Google nama Teh Afifah, dari sana aku bertemu laman Friendsternya, kata Teh Afifah;
ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami…[18:10]
aku terkedu.
SAK: Teh Afifah Shahirah adalah isteri kepada Allahyarham Mohd Ariff Abdul Kadir yang meninggal dunia bersama-sama ibu, bapa dan rakannya dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar- Padang Besar. Kejadian berlaku kira-kira empat sejam selepas mereka berdua diijabkabulkan. Al- Fatihah.
Bro…Arwah Mohd Arif aku kenal sejak dia sekolah lagi…kami berjiran lama dulu…arwah ayah dan emak dia pun baik…dan mangsa keempat, Farhan pun dari kecik dok main rumah aku jugak…kejiranan situ amat best…
Aku masih macam tak percaya lagi ni…Ada aku tulis sikit pasal ni…
Hanya doa dan Al-Fatihah yang mampu kita iringkan buat mereka…
ya aku dah baca…pada blogger yang lain, silalah ke blog bro azhar kita, ada yg boleh dikongsi bersama. Gua sedih bro..
aduhai…
hanya yang menanngung merasai bebanana.
AL-Fatihah untuk mereka.. Takziah untuk keluarga
Besar sungguh dugaannyer! Aduh terasa diri ini kecil sangat.Semoga dia tabah mengharungi dugaan yang maha hebat ini…Amin.
terkesima dgn berita ni. Salam Takziah buat Teh Afifah Shahirah serta keluarga.
“Cinta bukan sesuatu utk diperdebatkan, diberikan alasan & tawar menawar, cinta adalah sesuatu utk diberi, untuk dirasai” – Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj
salam bro. sy fathiyyah, sister Mesir. minta izin copy entry ni. boleh?
sedang inainya masih merah menyala…
salam,
mintak copy artikelnye juge ye?
Salam ziarah dari blog cik tedi..
sangat2 sedih..
yang hidup renungilah yang telah pergi..
takziah buat keluarga mangsa.. Al-fatihah untuk mangsa2..
Takziah pada keluarga mangsa. Moga tabah menghadapi dugaan hidup ini. Semuanya sudah suratan takdir yg ditentukan oleh ilahi. Anggap lah ini ujian dari yang maha Esa. Ingatlah Allah xkan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak dapat ditanggung oleh hanbanya. Aminn..
Buat Teh Afifah..
Andai ku punya satu lg nyawa,akn ku pinjam kn..agar yg satu menangis,yg satu lg ketawa…yg satu tidur dn satu lg berjaga..yg satu sedih hiba dn yg satu lg berpeluang ketawa gembira…apa kan daya aku dn kau hanya insan biasa yg hanya mampu redha dgn ketentuan Nya…
Bersabar lah ye..Allah hanya menguji untuk yg mampu menerima ujian Nya..Al fatihah..
SAk..terima kasih atas perkongsian rasa ini..
Pilu hati tatkala membaca berita ini.
Semoga Teh Afifah tabah mengharungi ujianNya.
Ya Allah…
berikan kekuatan untuk mereka mengharungi semua ini…
Sesungguh nya Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang….
wat adikku teh afifah syahirah….
tabah kan hati mu…
kuat kan semangat mu syg…
teh afifah bersabar lah…..
allah lebih menyayangi yer…..
apa yg terjadi adalah ddlm qada dan qadarnya….kerana bg roh aruah telah allah tempatnya ddlmnya kediaman syurga abadi…amin…
setiap ujian yg dtg kpd diri kita,kerana ddlmnya ada hikmah yg tersembunyi d sebaliknya….al-fartehha..amin.
salam..abg..pnjm eh entry ni..
Sabarlah Teh Afifah…
InsyaAllah…Suami mu akan menantimu dipintu syurga…
Sesungguhnya ada hikmah dari Allah atas apa yang terjadi…
Mungkin salah satunya..Afifah bebas dari dosa terhadap arwah suami…sedangkan isteri yang masih punya suami terdedah kepada dosa terhadap suami masing-masing…]
dari itu…kepada para isteri…hargailah suami anda sebelum terlewat…dan begitu juga sebaliknya kepada para suami yang budiman sekelian…
al-fatihah…
teh afifah adalah sahabat baik saya masa form 3 dulu..xsangka seberat ini dugaan untuknya..semoga terus tabah dan bersabar dgn dugaan Allah…tentu ada yg lebih baik yg Allah ingin berikan utk teh…al-Fatihah utk arwah Ariff…
terasa kecil dugaan saya dibandingkan dugaan Teh..saya terlalu memikirkan tentang perasaan Teh…bercinta dari skolah, setia hingga ke hari ijab..tapi terpisah selepas 3 jam bergelar isteri.
Teh..tabah kan hati…
Assalamualaikum,
Firman Allah ” setiap yang hidup pasti akan mati ” sama-samalah kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat- AlFatihah
Kepada yang ditinggalkan semoga tabah menghadapi semua ujian ini.
terkedu mendengar berita ini…walaupun tak mengenali arwah akh Ariff dan ukhti Teh…namun rasa amta bersimpati, namun mungkin ada hikmah besar disebalik semua ini…rasa amat memahami hati teh memandangkan saya baru saja melangsungkan pernikahan…tabahkan hati…mungkin saya juga takkan setabah ini…
Alhamdulillah,
Dia sangat kuat…
Seteguh iman yang ada di padanya…
InsyaAllah…
Doakan yang terbaik untuk Teh Afifah… dan sedekah Al-Fatihah kepada arwah dan keluarga yang telah pergi meninggalkan kita….
Semua ini ada hikmahnya dan kami redha….
al fatihah buat arwah mohd arif dan kedua ibu bapanya serta arwah farhan..
buat saudari teh afiffah..
kuatkan semangat mu..
abg syahril org tersentuh bila baca rangkap terakhir ibarat sepert puisi……walau jasad sudah terpisah, namun kenangan lalu masih tersimpan dan diingati
ermmm smoga tabah mghadapi ujian tuhan….al-fatihah
Saya baru mendengar berita ini sekarang tentang suami afifah shahira yg meninggal maklum aku ngepan baru satu bulan. Sabar aja ya teh semoga aja cepat mendapatkan gantinya yg sayang sm te2h.