baru-baru ini aku terserempak dengan dua rakan aku yang sama-sama pernah menjadi wartawan jenayah di Utusan Malaysia hampir 10 tahun yang lalu iaitu Sharilfudin Shaari dan Angelina Sinyang
aku dan Angelina merupakan satu batch yang sama-sama masuk sebagai wartawan kadet manakala Sharilfudin masuk enam bulan lebih awal dari kami
pertemuan tersebut walaupun cuma beberapa minit tetapi ia cukup-cukup menggembirakan aku, apatah lagi sudah bertahun lamanya kami tidak bertemu muka
mana mungkin aku boleh melupakan Sharilfudin, graduan perubatan veterinar yang terjun ke dunia kewartawanan…dengan dialah kami selalu ‘scoop’ akhbar lain bila berjaya membongkarkan banyak kegiatan jenayah seperti pelacuran, kegiatan gay, sindiket dadah dan banyak lagi kalau nak dikenangkan kembali
begitu juga Angelina @ Angie, gadis Sarawak yang mempunyai ramai kenalan di kalangan pegawai polis dan wartawan akhbar Cina. Aku cukup seronok kalau satu syif dengan dia kerana ‘confirm’ kami tidak akan ‘miss’ cerita-cerita menarik.
aku dengan Angie jugalah yang melaporkan penemuan mayat model Norita Samsuddin hingga ia menjadi tajuk utama akhbar Utusan Malaysia ketika itu
kami bertiga jugalah antara wartawan jenayah yang terlibat melaporkan kes-kes jenayah berat seperti Geng Mamak, Geng M16, pembunuhan Canny Ong, pembunuhan Bakarudin Busu, pembunuhan Along Spoon, demonstrasi jalanan, kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) dan macam-macam lagilah…nak cerita sampai esok pun tak habis
(sewaktu menyertai operasi cegah jenayah suatu ketika dulu, masa ni semua slim-slim lagi tau)
actually bukan semua kenangan manis yang kami bertiga lalui, kami pernah disoal-siasat polis kerana berita yang kami tulis, kami pernah menerima ancaman disaman pihak tertentu, kami juga pernah menerima ugutan…malah kami bertiga pernah bermasam-muka kerana salah faham sewaktu bertugas, hehehe
sekarang Sharilfudin dah pun menjadi Penolong Ketua Meja Jenayah setelah bertahun bertugas di Biro Utusan (Sabah) manakala Angie kini wartawan di Meja Am setelah bertahun juga bertugas di Biro Utusan (Perak)
bila dikenangkan kembali, sedih pula rasanya kerana masing-masing dah bawa haluan sendiri
apapun kenangan bersama mereka berdua akan aku kenang sehingga akhir hayat…argh manisnya memori!
aku setuju sgt bila kau kerap sebut: “Utusan itu universiti terbaik aku”… I also agreed that IT has made U what u are today kan…?
terima kasih linn, terharu aku
Sharilfudin Shaari?? his father bkas ketua jurufoto utusan kan?? tp da mninggal dunia..
nice