semalam aku bersama bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Sulaiman mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa program kebajikan yang sedang kami rancang bagi menutup kalendar tahun 2009 ini
untuk itu kami terus ke pejabat seorang ahli perniagaan, bro Nazari yang juga seorang pengusaha produk kesihatan dan teh yang terletak di Plaza Worldwide Seksyen 13 Shah Alam. Turut hadir Nazri, seorang pengusaha sarang burung Bumiputera
bincang punya bincang, aku melahirkan idea agar program kebajikan kali ini dibuat di Rumah Perlindungan Pesakit HIV Darul Ukhuwah
kalau korang baca entry aku sebelum ini, rumah tersebut menempatkan pesakit HIV Islam yang kami keluarkan dari sebuah gereja di Batu Arang tidak lama dulu
lalu kami menjemput orang kuat Darul Ukhuwah, Ustaz Abdullah pergi bersama-sama kami ke banglo yang menempatkan mereka di Petaling Jaya
syukur Alhamdulilah kerana semua pesakit ini nampak ceria berbanding keadaan sewaktu kami mengeluarkan mereka dari gereja dulu
InsyaAllah kalau semua berjalan lancar, sempena Maal Hijrah pada hari Jumaat ini, kami akan menganjurkan kenduri doa arwah dan doa selamat untuk mereka
kebetulan baru-baru ini salah seorang penghuni Darul Ukhwah telah pun kembali ke rahmatullah disebabkan virus itu, jadi elok benarlah kami buat sekali kenduri arwah untuk Allahyarham
jelas perasaan terharu tergambar di wajah penghuni-penghuni ini, yelah, manalah diaorang sangka masih ada yang sayang dan prihatin pada nasib merekadoakan kami agar majlis tersebut kelak akan berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan, InsyaAllah.
* gambar-gambar dari www.ustazamin.com
salam..boleh saye tahu alamat darul ukhwah ni??
Salam, saya nak tahu alamat Darul Ukwah di PJ, saya ada seseorang yang rapat dengan saya mengidap HIV, Saya amat memerlukan bantuan ustaz sekarang ni.
tempat tu terletak sebelah hospital assunta, pj…anyway cik rosnani boleh ke blog http://www.ustazamin.com utk maklumat lanjut
salam, boleh saya dapatkan nombor telefon ustaz, sebab ada sesuatu yang ingin yang saya tanyakan
Assalmualaikum,
sempana aktiviti bulan ramadhan pejabat saya, kami akan mengadakan majlis berbuka puasa & solat terawih di Darul Ukhuwah, inysa Allah.
Minggu lepas sempat buat lawatan kesana berjumpa dgn Ustaz Azmi & Puan Nani.