baru-baru ini aku berpeluang menonton drama Tersasar di Jalanmu yang mengungguli kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama (Erma Fatima), Pelakon Wanita Terbaik Drama (Rosnah Mat Aris), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Norish Ismail) dan Lakon TV Terbaik (Erma Fatima) dalam Anugerah Skrin 2009
sebenarnya drama ini pernah ditolak oleh sebuah stesen tv swasta kerana kononnya takde nilai komersil dan ‘memualkan’, akhirnya RTM yang orang selalu anggap stesen ‘kolot dan kuno’ itu ajelah yang sanggup beli drama tersebut
walaupun aku tak sempat menontonnya sehingga tamat, namun ia sudah cukup untuk aku mengakui inilah antara drama tv terbaik yang pernah aku saksikan!
Tersasar ke Jalanmu antara lain berkisar tentang sebuah keluarga yang tinggal di Lorong Haji Taib, Chow Kit yang selama ini sinonim dengan warna maksiat, dadah, pelacuran dan sebagainya
ia menceritakan kehidupan seorang kanak-kanak yang memasang impian untuk ‘membersikan’ imej Lorong Haji Taib. Niat itu tersimpan selepas dia melihat sendiri seluruh kehidupan ahli keluarganya serta masyarakat di situ hancur disebabkan kehidupan yang tidak sihat
apa yang membuatkan aku lebih tersentuh dengan jalan cerita drama tersebut ialah, semua yang dipaparkan memang realiti sebenar kehidupan di Chow Kit
kira-kira dua tahun lepas, aku dan rakan-rakan sekerja ditugaskan untuk mengetuai program ‘outreach’ melibatkan pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan para pegawai agama dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) di sana
ketika itu majikan aku dipilih untuk mengendalikan program berkenaan kerana kami sering ketengahkan masalah pelacuran di situ melalui program dokumentari yang kami hasilkan untuk stesen ASTRO
untuk pengetahuan korang, di Chow Kit ada sebuah rumah kebajikan yang dipanggil Rumah Nur Salam, tempat di mana anak-anak pekerja seks ini tinggal ketika ibu mereka ‘bekerja’
rumah ini adalah inisiatif Kak Arfidah dan suaminya, Abang Raja yang prihatin dengan nasib anak-anak ini
memang sedih kalau korang tengok anak-anak yang tidak berdosa ini, semuanya comel-comel belaka tetapi sayang desakan hidup menyebabkan ibu mereka memilih untuk menjual tubuh di lorong hanyir itu
jadi bila ibu mereka selesai ‘bekerja’, masing-masing akan pulang semula ke rumah dan begitulah aktiviti mereka sehari-hari

inilah rumah sebenar anak-anak pekerja seks ini, mereka kembali ke sini selepas ibu mereka selesai 'bekerja'
jadi bila Erma Fatima buat drama Tersasar di Jalanmu, percayalah, itulah realiti yang berlaku di Chow Kit
akhir sekali, aku harap, kalau korang semua ada kelapangan, senang-senang pergilah melawat anak-anak ini di Rumah Nur Salam…mereka di sana bukan untuk jadi ‘pameran’ tetapi untuk menyedarkan kita semua bahawa betapa bertuahnya kita dilahirkan di dunia yang ‘putih’ dan bukan ‘gelap’ seperti mana dunia mereka
Rumah Nur Salam terletak di No.24A-B Jalan Chow Kit, mereka yang ingin membantu/ menderma bolehlah menghubungi nombor telefon 03-4045 4021. Fax: 03-4045 4031. Raja Azizan: 017-300 9055
* credit gambar untuk Azmi Ali, Zuhrie (Shutter Asia) dan Redmummy. Saudara Fansuri, permintaan tuan saya tunaikan, tq.
abg..teringat sy n kak afra pergi rumah kat jalan chow kit dan ikut gi belakang kat jalan chow kit tu…siap dapat kondom free..sedih gile la tgk keadaan mereka..thanks abg syahril..banyak beri perangsang dan ilmu pada saya dan kawan2….
sama-samalah kita ye…
Salam,
Sedih membaca wording tajuknye membuat airmata saya mengalir.
Saya pernah bekerja di salah sebuah hotel di KL dan ada seorang pelacur menetap bersama 3 orang anak nya yang mungkin berlainan bapa (muka mereka bermacam bentuk). Upsetnya setiap mlm pompuan tu bawak lelaki berbeza ke biliknya bermlm bersama-sama anak2 nya yg masih kecik tu…..
Story di atas mengganggu pemikiran saya n mengingatkan kisah-kisah dulu………..
saya selalu jugak menjenguk ke rumah sinar salam, semuanya bermula dengan cerita gelandangan dan kisah pelacur. di situ saya mula kenal bayi lelaki penghidap HIV positif. masih teringat kisah bagaimana amar dilahirkan, ibunya masih sempat mencucuk benda haram tue walaupun ketika itu sakit untuk beranak.
ibunya kini masih menjalankan kehidupan sebagai pelacur dan amar kini dijaga oleh kak fidah…kali terakhir saya menjenguk amar empat bulan lalu, sudah besar kini. orangpun banyak juga belajar dari abg syahril…(^_^)
terima kasih azah, apalah sangat ilmu yang abang bagi kat korang…
dahsyat tu pengalaman u linda..thanks for sharing the info sis…
Never ending storyla…sebagai wanita , saya leh rasa sempit dilorong hitam tu!
Salam,
X sgka ada tempat jugak yg bagus kat Chow Kit. Sy sbgai student UniKL nak wat something yg boleh tolong kanak2 nie. If any ideas, cadangkan r. Yg cnfirm, sy akan lawat tmpat nie dalam mase terdekat n tgok mane kurang n lebih.
sy ingat chow kit tu bagus rupa-rupanya….
tmpt pelacur, maklumlah org puchong mn tau semua dkt kL.lainlah sY ni duk kt kL KAN…
dunia dah tua inilah tanda2 nya