pengaruh iklan TV memang kuat dalam kehidupan kita semua, maklumlah majoriti daripada kita lahir-lahir lagi dah ada TV
dulu masa kecil-kecil, aku sangat teruja bila tengok beberapa iklan di TV, aku ingat lagi, bila keluar je iklan tu akulah orang pertama yang akan berlari melihatnya sampai mak aku akan menjerit,” Ayennnnnn, jangan dekat sangat satgi mata buta!,”
antara iklan yang aku paling suka adalah;
IKLAN BATERI EVEREADY 1984
iklan ni memang aku tak boleh lupa sebab sehari ada kot berpuluh-puluh kali ditayang kat TV. Iklan ni dibuat masa umur aku lapan tahun tapi sampai aku darjah tiga pun dok ada lagi kat TV.
masa ni kat mana-mana pun orang nak bateri Eveready…Energizer takleh cari makan lagi time ni…
IKLAN AIR KOTAK JOY (1982)
bila aku tengok iklan ni, aku mesti jerit nak air Joy kat arwah abah. Masa ni umur aku baru enam tahun. Yang bestnya, walaupun aku akan terlompat-lompat bila tengok iklan ni, percaya tak, sampai sekarang aku tak pernah minum air Joy hahahaha
IKLAN HACKS 1987
Fuh masa ni aku darjah 5 , walaupun iklan ni pendek je tapi masa tu populariti coklat HACKS ni memang famous abis lah kan
pendek kata kalau kat kedai mamak tu jangan mimpilah nak cari coklat lain, mamak akan susun semua perisa coklat HACKS kat kaunter bayaran dia…tak silap masa tu seposen dapat lima rasanya
kononnya HACKS ni bermaksud Hanya Aku Cinta Kau Sorang hahahaha
IKLAN BRYLCREAM 1993
hah masa ni aku dah Form 5, kira dah masuk fasa remaja la…memang remaja semua pakat cari Brylcream dek penangan iklan Azhar Sulaiman ni
korang tau tak, masa tu aku siap beli sikat macam dalam iklan ni konon sebab nak buat rambut macam Azhar Sulaiman…last-last rambut aku sampai nak gugur kerana terlalu banyak bersikat, semua gara-gara sebab nak ikut sangat style tu!
so, agak-agaknya iklan apa yang korang ingat sampai sekarang ekkk?
Bro..
Iklan nespray (tahun 80an)…mak kata susu nespray baik untuk kesihatan…betul tak? betuuuuuullll….
Iklan Bank Simpanan Nasional (tahun 80 an): Anak sapa tu? …cerah masa depan dia…..
Sampai now aku hafal lagu iklan JOY tu tauuu…
Punya la terpengaruh, sampai 1 hari masa kecik2 tu, my mum bought oranges. Pastu, siap pi carik straw coz nak cucuk kat orange tu, nak minum jus mcm dlm iklan Joy… Last2, my mom gak yg kena squeeze d oranges 4 me…
Merah sangat lah mak ngah… mcm zaman duluuu.. 🙂
First baca tajuk kali ni pun aku dah teringatkan Nespray……….kita sebaya rupanya Syahril
eh, apsal hang sebut gula2 tu coklat ekk?… hahahaha!! Aku suka topik ni…
hahahaha…aku ingat sampai sekarang iklan ding dang….sapa tu nama mamat yg dok promote iklan tu…
iklan Nespray – Mak kata susu baik untuk kesihatan. Bila besar nanti, saya tak perlu pakai mekap, sya cume perlu senyum sajerrrr…
Iklan ASB (ke BSN) – Merahnya mak ngah macam zaman dulu.
mat sentul..la
Budak iklan nespray tu abg fara fauzana name die fazreedeen…aku 1 sekolah dgn die dolu2… nakal budak tu dulu hehe
hahahahha….
sampai skrg saya masih ingat iklan Tora & Ding Dang
haaaaaaaaaaaa
Saya amat teruja , best memories