saya masih di bumi asing ini, InsyaAllah ada beberapa bahan menarik yang saya ingin kongsi bersama korang semua
sehari dua lagi adalah update baru tu, jaga diri hiasi peribadi
salam Satu Malaysia, chewah!
” Láew Phóp Kan Mài “
Posted in Uncategorized on January 31, 2010| 5 Comments »
saya masih di bumi asing ini, InsyaAllah ada beberapa bahan menarik yang saya ingin kongsi bersama korang semua
sehari dua lagi adalah update baru tu, jaga diri hiasi peribadi
salam Satu Malaysia, chewah!
” Láew Phóp Kan Mài “
Posted in Uncategorized on January 29, 2010| 10 Comments »
barang siapa tak tahu atau tak pernah dengar nama Puduraya maka aku boleh klasifikasikan dia sebagai bukan orang Malaysialah
aku percaya ramai di kalangan kita mempunyai sejarah tersendiri bila bercakap mengenai Puduraya
dulu kat Puduraya ni dahlah padat dengan manusia, tetapi juga menjadi rumah bagi penagih dadah, pengemis, pencopet, orang tua-tua terbiar dan kutu rayau
yang aku nak tulis hari ni adalah mengenai transformasi Puduraya yang bagi aku cukup hebat dan mengkagumkan
semuanya gara-gara keprihatinan PM kita sewaktu membuat lawatan mengejut ke sana beberapa bulan dulu
nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku ke Puduraya, selalunya aku lepak kat luar je, entah macam mana hari tu hati aku tetiba tergerak nak masuk ke bahagian dalam
pada mulanya hati aku berkata, alah tak berubah pun, macam tu je sesaknya
tetapi sebaik saja aku terpandang ke tingkat dua, tetiba aku terlihat satu ruang besar yang tertulis RUANG MENUNGGU
mak ooi….dah macam airport beb!
aku pun naik ke tingkat tersebut dan percayalah, aku sungguh tak sangka Puduraya yang aku kenal dulu rupa-rupanya dah berubah wajah dengan begitu drastik sekali
toilet Puduraya dulu yang cukup ‘ngeri’, kini punyalah bersih dan cantik, walaupun kena bayar 50 sen, tapi berbaloi-baloi rasanya kalau korang nak kebersihan dan keselesaan ketika ‘membuang’
pun begitu, masalah ‘ulat’ atau orang tengah aku tengok dok macam dulu juga
tapi nak buat macam mana, bila kata stesen teksi atau stesen bas, kat mana-mana pun begitulah ragamnya
cuma aku percaya, kalau aktiviti ‘ulat’ yang dah ada kat Puduraya sejak berpuluh tahun ini boleh ‘dibersihkan’, confirm Puduraya akan jadi lebih hebat dan memukau
aku dengar perubahan yang ada sekarang baru di peringkat awal, semua kemudahan yang dirancang di Puduraya melibatkan kos RM22 juta dijangka siap sepenuhnya hujung 2010 atau awal tahun 2011, tak sabar aku nak tengok hasilnya
Puduraya oh! Puduraya
Posted in Uncategorized on January 27, 2010| 4 Comments »
Di wajahmu ku lihat bulan
bersembunyi di sudut keningan
sadarkah tuan kan ditatap insan
yang haus akan beleian
Di wajahmu ku lihat bulan
menerangi hati gelap rawan
biarlah daku mencari naungan
di wajah damei rupawan
Serasa tiada jauh
dan mudah dicapei tangan
ingin hati menjangkou
kiranya tinggi di awan
Di wajahmu ku lihat bulan
yang mengintei di balik senyuman
jangan biarkan ku tiada berkawan
hamba menantikan tuan
buat wanita yang sangat ku sayang, aku bertuah kerana aku dikurniakan cinta dan kasihmu
aku bersyukur kerana aku diberikan kekuatan untuk berteduh dalam pelukan kasih sayangmu
sukar untuk aku gambarkan apa yang aku rasa ketika ini kerana rasa itu terlalu tinggi maharnya
andaikata nyawa ini menjadi galang gantinya, biarlah ia menjemputku seandainya itu dapat membalas apa yang telah kau curahkan
walau aku semakin hilang dari sentuhanmu, namun kasihmu bersemi selalu
di saat kau ku rindukan, di wajahmu itu ku lihat bulan!
SAK: Selamat ulang tahun Hajjah Siti Zaleha Pawanchik…dariku, anakmu.
Posted in Uncategorized on January 27, 2010| 2 Comments »
Salam
di saat umat Islam bersolat Subuh pagi tadi, ada pengkhianat menjadikan Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya sebagai sasaran lemparan objek dipercayai kepala babi hutan
jika dulu pelbagai pihak mengutuk serangan molotov cocktail ke atas gereja, sekarang aku nak tengok, ada tak nada yang sama mengutuk perbuatan biadap ke atas masjid seperti mana yang berlaku pagi tadi
sebab itu aku tidak pernah percaya EMOSI DAN KEGANASAN adalah jawapan kepada semua permasalahan terutama yang membabitkan agama, anutan dan kepercayaan
kita boleh bertindak merusuh, berdemo dan sebagainya namun di penghujungnya apa yang kita dapat?
yang kita akan dapat darah dan airmata serta keyakinan kononnya dengan cara begitu kita akan masuk syurga
dan sementara kita menantikan syurga yang belum tentu kita peroleh itu, kita akan terus menjadi bangsa yang dihina, dipijak dan ditindas
semua agama di dunia mengajar ke arah kebaikan, malangnya ramai di antara penganutnya memilih jalan untuk berseteru dan bersengketa
semoga Allah melindungi aku, engkau dan kita semua, Amin.
Posted in Uncategorized on January 26, 2010| 5 Comments »
”Ada bukti kukuh yang serangan di World Trade Centre pada 11 September dirancang. Jika mereka mampu menghasilkan ‘Avatar’, maka mereka boleh membuat apa sahaja. Membunuh orang yang tidak berdosa sebagai alasan untuk berperang bukan sesuatu yang baru kepada Amerika,”
itulah kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merujuk kepada filem tersebut bila bercakap mengenai peristiwa 9/11 baru-baru ini
begitulah hebatnya impak filem paling hebat abad ini, Avatar, yang sekarang mencetuskan fenomena di seluruh dunia dengan kutipan berbilion-bilion dollar
walaupun sudah agak lama ditayangkan di sini, aku masih tidak berkesempatan menonton filem pengarah pujaan aku tu, James Cameroon
pertama aku bukanlah kaki wayang, kedua aku takde teman kerana yang kamceng ngan aku rupa-rupanya ramai yang dah pergi tengok dulu dan yang ketiga aku bukanlah penggemar filem sains fiksyen
tetapi pelawaan member baik aku di kolej semalam boleh diibaratkan bagai orang mengantuk di sarungkan bantal, bila dia ajak je aku terus cakap ” Orait, jangan citer banyak, jom kita pergi, make sure kita tengok Avatar versi 3D”
untuk pengetahuan korang, Avatar ditayangkan dalam dua versi iaitu 2D (yang macam filem biasa) dan 3D
mengapa aku nak tengok Avatar 3D?
keistimewaan 3D memberikan pengguna satu pengalaman yang berbeza dengan menjadikan korang seolah-olah sebahagian daripada adegan filem berkenaan, contohnya andaikata ada adegan anjing lalu depan korang, kalau filem biasa korang hanya nampak anjing tu lalu macam biasa je, tapi dalam versi 3D, korang akan nampak seolah-olah anjing tu betul-betul lalu depan biji mata korang, hah! hebat tak?
dipendekkan cerita bila sampai sana, orang punyalah ramai sampai kami dapat seat betul-betul depan skrin, full house. Harga tiket lak melambung jadi RM18 sorang, takpelah, janji best
sebelum nak masuk, diaorang bagi cermin mata khas (nak tengok 3D memang kena pakai cermin mata ni)
basically, cerita Avatar ini mengambil tahun 2154 sebagai latar zamannya, tiga dekad selepas sebuah syarikat korporat multinasional melakukan perlombongan di planet Pandora.
bagaimanapun, untuk menguasai galian unobtainium yang amat berharga yang terletak di bawah pohon raksasa yang menyimpan semangat dan kehidupan masyarakat serta dianggap suci oleh puak Na’vi, kumpulan korporat yang diketuai oleh Kolonel Miles Quaritch (Stephen Lang) perlu menghalau puak Na’vi dari kawasan tersebut
untuk melaksanakan operasi tersebut mereka menghantar Jake Sully (Sam Worthington), bekas askar Amerika yang lumpuh melalui program Avatar yang membolehkan Jake menyerap ke klon tubuh bangsa Navi yang membolehkannya menyelidiki kehidupan puak Na’vi supaya kemudian mudah menguasai puak tersebut
Jake Sully yang membuat hubungan dengan Neytiri (Zoe Saldana) anak kepada ketua kumpulan Na’vi ini kemudian telah jatuh hati bukan sahaja dengan Neytiri tetapi juga dengan kehidupan bangsa Na’vi serta alam sekitarnya
tindakan Jake ini bertentangan dengan misi mereka untuk menguasai kumpulan tersebut.
pendekatan naratif pada bahagian awal ini memperlihatkan ideologi barat pada era penjajahan terhadap puak-puak asli di Amerika dan malah pendekatan kolonial semasa menguasai negara-negara dunia ketiga dahulu.
menyedari hasrat penaklukan kumpulan korporat ini, puak Na’vi bersatu dengan puak-puak lain di planet Pandora menentang penjajahan manusia yang dilengkapi senjata yang canggih
memang hebat siot cerita ni, sepanjang aku hidup, tak pernah aku tengok filem gempak gila babi macam Avatar
korang tau tau, untuk nak buat filem ni, diaorang guna pekerja kreatif lebih 3,000 orang dan 10,000 komputer dengan mengambil masa lebih kurang 4 tahun setengah, itu hanya nak cipta untuk Planet Pandora!
ia termasuk untuk menyiapkan makhluk berwarna biru dengan ketinggian 10 kaki yang dikenali sebagai Na’vi. Pergerakan makhluk ini juga perlu dititikberatkan bagi memastikan ia tidak kelihatan canggung apabila proses pemindahan grafik dilakukan.
bila aku baca sejarah pembuatan filem ini, rupanya karektor makhluk berwarna biru itu sebenarnya diambil daripada mimpi ngeri ibu si James Cameroon sendiri
menerusi cerita ibunya, sekumpulan askar dari bumi berperang dengan makhluk biru berkenaan. Ia kemudiannya mencetuskan idea buatnya untuk menghasilkan jalan cerita berkenaan
”Avatar adalah filem hibrid. Ia mempunyai syot penuh aksi digabung dengan karektor rekaan komputer dan kehidupan sebenar. Itu menyebabkan penonton tidak tahu yang mana satu imej sebenar atau palsu. Ini kerana Avatar mempunyai 60 peratus elemen rekaan komputer manakala 40 peratus lagi untuk imej realistik,” kata Cameron
pendek kata aku puas hati gilerlah tengok filem Avatar versi 3D ni walaupun masa nak keluar tu aku pening lalat sikit sebab pakai cermin mata 3D tu
pada korang yang sanggup teman aku semalam terima kasih banyaklah kerana sudi gak ajak aku keluar tengok wayang, siap belanja makan asam laksa lagi
maklumlah aku ni anak yatim kematu…takde siapa sudi nak ajak tengok wayang huk huk huk (sambil buat muka ala-ala Fahrin Ahmad)
Posted in Uncategorized on January 25, 2010| 38 Comments »
malam tadi masa aku tengah makan maggie, aku hampir tersedak bila tengok Fahrin Ahmad menangis teresak-esak dekat TV
aku pun kuatkan volume sikit, nak tahu jugak sebab apa, saham BSKL jatuh merudum ke, atau terharu bila dapat projek juta-juta ke, manalah tahu kan?
rupa-rupanya dia nak saman ex-girlfriend dia si towkey nasi ayam Linda Onn sebab tuduh dia kaki pukul
so dalam dok angin satu badan tu, member kita ni boleh teriak tak hengat dunia!
“Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?.
“Bagaimana jika saya nak berkahwin dan macam mana tanggapan keluarga perempuan terhadap saya? Bagaimana pula tanggapan produk-produk iklan yang ambil saya sebagai duta? Bagaimana dengan rezeki dan masa depan saya nanti?,”
wow! wo! woowwww!!!!
ni yang payah kalau dah jadi artis ni, masa hangat bercinta keluar TV, masa putus cinta keluar TV, masa gaduh pun keluar TV
aku pun tak tahu nak cakap apa pasal kes ni, bagi aku tak perlulah keluar TV berbagai semata-mata nak saman ex-awek dia tu
bukan apa, malu weh bila satu Malaysia tahu kes ni…ala takkan tak leh kowtim kot, Linda Onn tu kalau tak make-up lebih kurang je ngan Ramlah Apam Balik kat rumah aku
Fahrin ni pun kalau tak pakai bedak, serupa gak macam Cikgu Jantan yang ajor aku Kemahiran Hidup dulu
dah, dah jangan nangis ye, nanti abang ajak korang tengok drama Halimah Jongang kat Astro!
SAK: Sesungguhnya putus cinta rasa macam nak tersayat kulit dari daging, perghhh
Posted in Uncategorized on January 25, 2010| 7 Comments »
aku tidak dapat menyembunyikan betapa gembira dan bangganya aku hari ini apabila Sekolah Aminuddin Baki (SAB) Kuala Lumpur, sekolah menengah tempat aku belajar dulu terpilih sebagai salah sebuah daripada 20 buah sekolah terbaik di seluruh Malaysia dan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekali gus bagi mengangkat sekolah ini ke arah sekolah bertaraf dunia
lebih membanggakan lagi, SAB mengalahkan 10,000 buah sekolah dari seluruh negara termasuk sekolah berasrama penuh dalam satu pengumuman khas yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di Putrajaya semalam
ini bermakna SAB diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid
(masa aku Form 5)
malah antara ‘keistimewaan’ lain ialah pelajar dibenar menamatkan persekolahan setahun lebih awal melalui kaedah lompat kelas
untuk dipilih sebagai SBT, sekolah-sekolah berkenaan telah membuktikan mereka yang terbaik daripada segi prestasi dan pencapaian akademik serta kurikulum sekolah, hasil usaha dan kerjasama kepimpinan sekolah, pelajar serta ibu bapa
walaupun SAB tidak mempunyai asrama pelajar sekaligus tidak dianggap sekolah berasrama penuh, tetapi untuk menyambung pelajaran ke sini, setiap pelajarnya perlu memenuhi kriteria SAMA seperti mana mereka yang hendak ke sekolah berasrama penuh dan MRSM
dan kalau korang berpeluang menjejakkan kaki ke dalam sekolah ini, korang pasti terasa suasananya jauh berbeza dengan sekolah-sekolah menengah yang lain
kalau bukan kerana pelajarnya memakai uniform sekolah, korang pasti ingat SAB adalah sebuah kolej swasta
dan sebagai bekas pelajar yang menuntut hampir lima tahun di SAB iaitu dari Tingkatan Dua hingga ke Tingkatan Enam rendah, aku cukup-cukup terharu dengan penghargaan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan ini
penghargaan ini sudah tentu paling layak diterima oleh warga pendidiknya yang tak jemu-jemu memastikan anak murid mereka berjaya
tahniah SAB!
Posted in Uncategorized on January 24, 2010| 2 Comments »
malam tadi kita kehilangan seorang lagi tokoh dan negarawan ulung tanah air, Tun Ghazali Shafie…sehari selepas kita kehilangan Sultan Johor, Sultan Iskandar
tak perlulah aku ulas panjang mengenai jasa dan budi beliau, klik saja DI SINI untuk mengetahui kehebatan insan bernama Ghazali Shafie ini
dan untuk pengetahuan korang, jika tidak kerana desakan ahli UMNO yang mahukan Dr. Mahathir, Tun Hussein Onn dikatakan nyaris-nyaris melantik Ghazali sebagai Perdana Menteri keempat dulu, kat sini korang boleh nampak betapa besarnya pengaruh Ghazali dalam dunia politik tanah air
yang pasti persamaan di antara Almarhum Sultan Iskandar dan arwah Ghazali hanya satu, kedua-dua mereka cukup tegas dan garang dalam menjalankan tugas!
actually siapa tidak kenal Ghazali, dulu wartawan cukup takut kalau hendak mewawancara beliau kerana jika tersalah tanya atau tersalah fakta, percuma saja kena ‘laser’ dengan beliau sampai media menggelarkannya ‘King Ghaz’
boleh dikatakan tidak ramai wartawan generasi baru berpeluang menemuramah Ghazali kerana sejak bersara sekitar tahun 80-an, beliau mula ‘low-profile’
namun dua tiga tahun lepas sewaktu bertugas di Utusan Malaysia, aku tiba-tiba diarahkan oleh editor untuk membuat liputan kunjungan hormat Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Abd Kadir Sheikh Fadzir ke atas Ghazali di rumah anaknya di Subang Jaya
sebelum pergi, aku dah dinasihatkan baca apa yang patut mengenai Ghazali supaya aku tidak tersilap fakta ketika menemuramahnya
” Hang jangan buat pasai Syahril, silap haribulan dia akan ‘tembak’ hang tak hengat punya, make sure you understand your question carefully,”. Itulah pesan editor aku sebelum aku keluar ofis.
dipendekkan cerita, aku boleh terawal pula sampai ke rumahnya berbanding wartawan-wartawan yang lain
so aku ingat ini peluang terbaiklah untuk aku ‘menyesuaikan diri’ dengan beliau sebelum orang lain sampai, dalam erti kata lain, buat PR dululah, at least kalau aku silap tanya nanti, mungkin beliau tak ‘sembur’ aku
namun sebaik saja anaknya mempertemukan aku dengan Ghazali, aku tiba-tiba jadi sedih yang amat sangat
berbeza dengan apa yang dimaklumkan pada aku, Ghazali yang didepan mata aku kini cumalah seorang lelaki tua yang uzur sangat
dia hanya duduk di atas kerusi dan tidak mampu menuturkan perkataan dengan jelas
daripada aku plan nak tanya dia macam-macam, last-last satu perkataan pun tak terkeluar
tapi yang bestnya, dalam pada uzur tu pun, Ghazali sempat menujukkan reaksi yang ‘kurang senang’ dengan soalan yang dikemukakan oleh seorang wartawan yang hadir…tak silap aku reporter tu tanya soalan yang agak ‘silly’ juga la, aku pun dah lupa soalan tu tapi yang pasti Ghazali nampak macam marah
no wonder la zaman Ghazali jadi menteri dulu, wartawan cukup takut nak tanya soalan kat beliau, korang boleh klik pengalaman seorang wartawan senior ni yang menulis mengenai beliau DI SINI
Ghazali juga boleh mengendalikan kapal terbang, namun ia juga nyaris membunuhnya apabila pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu oleh beliau sendiri terhempas di Kampung Janda Baik ketika mereka dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya
bagaimanapun Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh namun pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh
kini semua sudah menjadi sejarah, ‘King Ghaz’ telah pun menghembuskan nafas terakhirnya
biar apa pun tafsiran dan kata-kata orang mengenai beliau, satu yang pasti ialah jasa Ghazali terhadap kita semua tidak mungkin dapat dibalas walau dengan emas yang berkoyan
bagi aku Ghazali Shafie tetap satu dalam berjuta!
Al- Fatihah.
Posted in Uncategorized on January 24, 2010| 6 Comments »
Take a sad song and make it better
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better
Hey Jude, don’t be afraid
You were made to go out and get her
The minute you let her under your skin
Then you begin to make it better
And anytime you feel the pain, hey Jude, refrain
Don’t carry the world upon your shoulders
For well you know that it’s a fool who plays it cool
By making his world a little colder
Na na na, na na, na na na na
Hey Jude, don’t let me down
You have found her, now go and get her
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better
So let it out and let it in, hey Jude, begin
You’re waiting for someone to perform with
And don’t you know that it’s just you? Hey Jude, you’ll do
The movement you need is on your shoulder
Na na na, na na, na na na na, yeah
Hey Jude, don’t make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her under your skin
Then you begin to make it better
Better, better, better, better, better, oh!
Na na na, na-na na na
Na-na na na, hey Jude
Na na na, na-na na na
Na-na na na, hey Jude
Hey Jude merupakan lagu kumpulan Beatles yang mencetuskan fenomena pada tahun 70-an setelah ia diterbitkan pada tahun 1968
lagu yang cukup terkenal itu sebenarnya diciptakan oleh gitarisnya, Paul McCartney khusus untuk anak vokalis utama band itu, Julian Lennon ketika ibu bapanya bercerai
tetapi apa yang aku nak tulis ni bukan pasal kisah lagu tu, tetapi kebanggaan aku bila melihat empat artis muda negara seperti Faizal Tahir, Lan Meet Uncle Hussein (MUH), Aizat dan Noh Hujan bergabung menyanyikan semula lagu itu dengan penuh bergaya dan cukup menarik
ini menunjukkan kita tidak pernah ketandusan penyanyi baru yang berbakat besar seperti mana keempat-empat anak muda ini
dan aku percaya, bakat yang mereka ada lebih besar daripada lagu Hey Jude itu sendiri
syabas!
SAK: Teringat bos aku nyanyi lagu Hey Jude di Manado, Indonesia waktu kami ke sana baru-baru ini
Posted in Uncategorized on January 23, 2010| 5 Comments »
sebenarnya tak ramai yang tahu aku ni dulu aktif dalam dunia sastera tanah air khususnya penulisan puisi, bukan hebat manapun cuma setakat ikut-ikutan je pada awalnya
then mula berjinak-jinak sertai sayembara dan pertandingan, kekadang tu adalah sangkut juga, lebat jugalah poket tu bila menang
yang best tu nama pena aku ni macam-macam, kekadang bila ingat balik tu lawak la jugak
tapi sejak sibuk kerja wartawan ni, aku dah lama tak berkarya dalam erti kata yang sebenarnya..kekadang bila gian sangat aku tulis dalam kertas kosong, pastu aku pun tak tahu kat mana aku buang kertas kosong tu
lately ni teringin pula nak aktif balik, tapi rasanya otak aku pun dah berkarat dah, nak buat satu rangkap pun rasa payah sangat
baru-baru ni adalah aku tulis sikit kat http://suarasyahril.wordpress.com
kali ini aku ingat aku nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan lirik, mana tau leh menang Juara Lagu next year kan, siapa tahu hahahaha
so semalam, pemain gitar bass terkenal dari kumpulan Spider, Tony ajak aku lepak, kebetulan dia suruh aku wat lirik untuk lagu terbaru ciptaannya
aku ingat lagu biasa-biasa saja, tapi sekali bila dia plucking gitar kapok tu, mak aaaiiii meremang bulu tengkok aku, sedap gila lagu ballad yang dia cipta tu
arahan dia ringkas: ” Bro, ini lagu frust cinta, kasi leleh abis, cuma wa nak lagu ni macam bagi motivasilah, jangan lembik kalau frust”
fuh! mencabar tu! last-last aku imagine macam Beyonce tolak pinangan aku…hah, baru idea datang macam air hahahahaha
entahlah boleh pergi ke tak lagu ni, tapi mana tahu rezeki kan
JUARA LAGU, i’m on my wayyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!
WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.