semalam aku dan Syarul ke sebuah penempatan dan kubu kuat Parti Komunis Malaya (PKM) yang terletak di sebuah perkampungan terpencil dalam Taman Negara Khao Nam Khang, Nathawi
Khao Nam Khang atau dalam bahasa Melayunya membawa erti Gunung Berkabus itu terletak di selatan Thailand. Lokasinya ialah dua jam perjalanan dari bandar Hatyai
perjalanan kami ke tempat persembunyian bekas pengganas komunis itu menyusuri kampung-kampung tradisional, ladang getah sebelum memasuki kawasan hutan yang membawa kita ke kaki pergunungan
era 70-an dan 80-an dulu kalau korang datang ke sini alamatnya balik dengan kain kafan jelah, ini kerana banyak jerangkap samar dipasang di kawasan tersebut bagi melengahkan pergerakan pasukan keselamatan yang memburu mereka
tetapi sejak PKM meletakkan senjata pada tahun 1989, perkampungan ini mula dibuka dan dijadikan tempat tarikan pelancong
yang menariknya, di sini korang berpeluang untuk berbual dengan bekas-bekas anggota komunis yang kebanyakannya berasal dari Malaysia…namun sejak menyerah diri, mereka lebih senang untuk tinggal terus di perkampungan tersebut
mereka enggan pulang kerana takut disumbat dalam penjara, lagipun kerajaan Thailand dah bagi tanah untuk diaorang usahakan penanaman getah di sini, so saper taknak kan?

semua dalam tu gambar di atas adalah bekas komunis yang berasal dari Malaysia. Yang kiri sekali tu je bukan, dia bekas kadet polis je hahahaha
secara tak langsung juga diaorang jadi pemandu pelancong kat sini
di perkampungan ini juga korang boleh lihat bagaimana ‘kreatifnya’ pengganas-pengganas komunis ini menebuk sebuah gunung dengan tulang empat kerat mereka untuk dijadikan terowong-terowong rahsia yang menyimpan lebih seribu satu macam kegiatan dalam PKM
kami diberitahu, terowong Khao Nam Khang dibina pada 1971 dan siap dua tahun kemudian. Ia merupakan terowong tiga tingkat menempatkan 100 bilik, bilik mesyuarat, hospital dan kilang senjata, bilik menembak, dapur, bilik komunikasi dan dewan latihan
kalau korang perhatikan, persekitaran di luar terowong tidak ubah seperti hutan di Malaysia
keadaannya sejuk dan nyaman, pendek kata ia seolah-olah seperti hutan dara yang tidak pernah diterokai
panjang terowong berkenaan dianggarkan satu kilometer dan boleh menempatkan sebanyak 200 orang bekas pengganas komunis dalam satu masa, malah ia dipercayai terowong yang paling panjang di Thailand
kerja-kerja menggali terowong yang dikatakan boleh menembusi Betong yang bersempadanan dengan Pengkalan Hulu, Perak itu dilakukan oleh anggota Rejimen Ke-8, Ke-10 dan Ke-12 PKM
yang paling menakjubkan, mereka hanya menggunakan tukul besi dan pahat untuk menebuk permukaan batu-batuan granit yang keras dan menjadikannya terowong seperti yang ada sekarang
kami diberitahu juga, ketika zaman darurat, Rejimen Ke-10 dan Ke-12 dalam PKM mengetuai gerakan gerombolan di sempadan Hulu Perak berdekatan Betong di Thailand dan ia dikatakan diletakkan di bawah teraju Rashid Mydin
di samping sebuah pintu masuk utama di kaki bukit yang bertentangan dengan sebatang anak sungai, terowong itu juga mempunyai tidak kurang daripada 16 pintu masuk di sekitarnya
lubang-lubang rahsia untuk memasuki terowong itu banyak terdapat di atas bukit, di celah pokok, di bawah batu dan dalam belukar yang begitu rapi bentuk kedudukannya
garis pusat terowong itu hanya memuatkan saiz badan seorang lelaki bertubuh sederhana dan jika berselisih, salah seorang perlu mengeseng badan dengan berhati-hati untuk melepasinya
mula-mula aku ingat badan aku tak lepas, tapi rupanya muat juga
setiap pintu masuk ke dalam terowong itu mempunyai tidak kurang daripada 54 anak tangga dan semuanya akan bertemu dengan sebuah lorong utama yang seakan-akan lebuh raya, mengah dan berpeluh-peluh aku dibuatnya sheikh!
anak-anak tangga dalam terowong terlalu curam dan lebarnya pula terhad. Jika tersilap langkah seseorang itu boleh jatuh tersungkur dan mungkin akan mendapat risiko cedera parah
keadaan dalam terowong gelap dan hanya diterangi samar-samar cahaya lampu yang menerangi kawasan anak tangga malah ruang lain seperti bilik komander dan komrad dibiarkan bergelap
asalnya, terowong itu bukan sahaja menempatkan bilik untuk pengganas malah ia juga mempunyai bilik-bilik tamu, kilang senjata, bilik pembedahan dan bilik untuk tetamu agung seperti Chin Peng yang sering ke situ bertemu anggota PKM
cerita banyak tak guna, kalau berminat, buatlah rombongan Cik Kiah ke sini
yang penting, kita bukan nak agungkan komunis-komunis ni, tetapi ia sebenarnya memberi keinsafan pada kita bahawa kita jangan sekali-kali menggadaikan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini
harganya bukan murah, ia adalah dari keringat dan airmata…argh emosi pulak aku…
bagus cerita ni
saudara paling awal komen entry ni, jam kat Thailand baru 5.30 pagi…macam tahu-tahu je saya update blog masa time subuh, saya baru siap taip seminit saudara dah komen heheheh, tkasih ye!
cantik kupasan isu ni. bukan senang sebenarnya mengupdt blog. otak kena selalu ‘senget’. ada tu smpi pecah kepala nak cari cerita tp bro blh wat selamba.
jelas terbukti betapa kecintaan bro dlm bidang penulisan & xpernah lokek dgn pengalaman
thanks setinggi gunung krn slalu berkongsi pengalaman dgn pembaca
“saya xpernah mmbaca surat2 cercaan yg ditujukan kpd sy, xpernah mmbuka sampulnya, apalg mmbalasnya; sbb jika sy mnyibukkan diri utk mmbaca surat cercaan tsebut, sy akan khabisan waktu utk bbuat ssuatu bg rakyatku”-Abraham Lincoln
la…patut col harem tak dapat.p sana lagi.selain melawat tempat peninggalan komunis rasanya ada GF kat sana nih hehe
Salam SAK,
Saya pernah ke tempat ini pada tahun 2002. Saya difahamkan Khoa Nam Khang tu bermaksud ‘Gunung Berkabus’ atau dalam bahasa Inggeris ‘Dew Mountain’. Tapi dalam artikel ini menyebut maksud Khoa Nam Khang adalah ‘Muhibbah’. Mungkin SAK tertukar dengan maksud sebuah kampung bekas komunis di Yala kot.
ni blog bekas ahli PKM, menarik gak untuk dibaca. mungkin ada rahsia yg kita tidak tahu.
http://matamin02.blogspot.com/
Antara petikan menarik dari blog tersebut:
Dalam masa Perang Anti-Jepun, tentera kita telah menggunakan lambang “Bintang Tiga” sebagai mencerminkan perpaduan antara tiga bangsa utama negara kita (Melayu, Tionghua dan India) dalam perjuangan melawan pencerobohan Jepun.
oh ye ke, nanti saya buat pembetulan
cato, saya suka quotation abraham lincoln itu!
trimas sbb sentiasa ‘up’ kan komen sy. terasa dihargai. sy minta maaf klu semua komen sy tu ada menyinggung hati pembaca bro. xde niat pun. sy tulis without prejudice…
setiap apa yg sy tulis tu sebenarnya adalah untuk renungan bersama dan diri sendiri. sebagai manusia kita ada banyak kelemahan. tp biasalah-dah nama pun manusia – kan xbaik bila masing2 sibuk mengukur kekurangan org
adakala bahasa sy kasar-sebenarnya sy sedang ‘mencari’
manusia ada mcm2 karekter-paling susah utk dibaca adalah seorang yg suka memendam. apa yg sy tau org yg suka memendam ni sebenarnya dia cuba menjaga hati org lain.
dgn nama Allah-sy xpernah ada niat buruk pd sesiapapun
‘bila kita xtau isi hati seseorg, jgn sekali2 cuba untuk mentafsirnya dgn mcm2 cara – sekurang2nya hormati perasaan dia. jangan terlalu memaksa dia utk meluahkan, kelak nanti akan merosakkan dia. klu blh jgn biarkan air mata nya tumpah utk kesekian kalinya.’
sesungguhnya doa org yg teraniaya itu selalu dimakbulkan Tuhan
sy suka baca tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj(santai)
kebelakangan ni sy sertakan hadis – sy rujuk melalui buku La Tahzan @ Jangan Bersedih @ Don’t Be Sad(bukan mana2 laman web). kata2 Abraham Lincoln juga dari buku tu
kat sini baru lepas hujan. ‘penat’ la bro. nak rehat. teruskan usaha murni bro dalam bidang penulisan. sy doakan semoga makin rmi pembaca akan singgah disini.
dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan kembali
zodi=cato
menarik sya sgt teruja,,so saudara da byak pic ttg lawatan ini bleh kita kongsi
betul tu bro aku dah gi pun tempat tu…
saya dh p mlawat tmpat ni 1family..naik tgga mcm nk pengsan..panjang sgt terowong tu,,kbetulan sja p sna sbb ada knduri kahwin saudara mara dekat betong,,so ptg tu diorang pn ajk p naik trowong komunis katanya..mulanya takut jgk..tp sepupu ckap xpa,,komunis dh xdk..hehehe…,,bila dh kluar trowong tu dh masuk senja..pnya lah seram semacam..sempat jgk tgk gambar2 komunis kt bangsal tu..huhuhu..dlm pala otak ni mula la pikir bkn2..elok smpai bwh..dh gelap.