semalam aku dijemput oleh pihak ASTRO untuk menghadiri majlis pelancaran serta sidang akhbar mengenai drama serta dokumentari penjenayah terkenal Botak Chin di Carcosa Seri Negara
mulai 3 Mac ini, satu drama bersiri arahan Saw Teong Hin (pengarah filem Puteri Gunung Ledang) berjudul Tangkal Besi akan ditayangkan di saluran Astro Citra (channel 131) diikuti dokumentari Sepandai-Pandai Tupai Melompat di Astro Prima (channel 104)
terus-terang aku katakan, inilah peluang kepada kita semua rakyat Malaysia untuk mengetahui maklumat sebenar mengenai Botak Chin yang sebelum ini digembar-gemburkan sebagai ‘Robin Hood Malaysia’ suatu ketika dulu
dalam drama tersebut, pelakon terkenal, Aaron Aziz akan memegang watak pegawai polis manakala pendatang baru yang juga anak Menteri Besar Perlis, Munif Datuk Mohd. Isa akan memegang watak Botak Chin
cuma dalam versi drama, nama Botak Chin ditukar kepada Huat
menariknya, Munif sendiri sangat fasih dalam bahasa Mandarin dan Hokkien
manakala dalam segmen dokumentari pula, korang dapat menyaksikan bagaimana wadar yang pernah ditikam oleh Botak Chin, Tuan Turrady serta pakar psikologi yang ditugaskan untuk memeriksa penjenayah berkenaan, Tan Sri Mahadevan, berkongsi pengalaman mereka mengenai Botak Chin
turut ditemuramah adalah pegawai kanan polis yang terlibat menangkap Botak Chin seperti Insp. Gilbert Ang, Insp. Kenny Woodworth dan Insp. Bhawandi Hiralal
aku sendiri turut ditemuramah dalam dokumentari itu, ini kerana aku pernah menemubual pegawai polis, mendiang S. Kulasingam yang dulunya cedera parah setelah ditembak Botak Chin dalam satu insiden balas dendam
dalam sidang akhbar tersebut, Turrady serta Mahadevan turut hadir memeriahkan majlis
gimik pergelutan Botak Chin dengan pasukan polis juga ditontonkan pada majlis itu
bagi aku inilah peluang terbaik untuk kita semua melihat satu drama bersiri serta dokumentari terbaik yang aku rasa pernah diterbitkan di Astro

dari kiri Pengurus Astro Prima (Nizam), Pengarah Astro (Zainir Aminullah) Maha, Turrady dan Pengurus Astro Citra
syabas Redcom (penerbit drama), FM Prod (dokumentari) serta semua yang terlibat!
huh!
abang, ermm … untuk drama, Munif pegang watak Huat. 🙂 bukan Botak Chin.
Saya turut merasa gembira.
hyper aktif btl la abg ayen ni
klu cato la duduk kat tmpt abg ayen, mau mencungap
cato afundi abg ayen….
Qasidah Mimpi :
cpt skit siapkan cite tu, cato xsabar nak baca
bertemu di Mstar.com :
alahai…comey nya gambaq abg ayen ms kecik….
klu dpt kat cato la budak comey2 cam gitu, mmg cato belek dia 24jam…
Jadi ‘Mat Belia’ :
Setahu cato la, baju tempah lg mahal dr baju yg dah siap tu tau… tgk gaya abg ayen pun cato dah tau…lu celewet punya olang…
“Bukankah kau sekadar jari yang berdarah? Apapun keadaanmu semuanya dianggap fii sabilillah” (Syair Rasulullah s.a.w)
huh?
thanks, dah betulkan lin
we hv to be happy, this is our product, setuju ngan anda!
cato, first time org bagi empat komen dalam satu entry, hehehehe, apapun terima kasihlah ye
toksah lah dok puji melangut sgt, saya pun banyak kelemahan, saya masih lagi dalam proses belajar dan belajar cato…
apa-apa hal pun gambar bro dengan pelakon aaron aziz tuh rasa-rasa boleh jual kat mana-mana produksi filem.Kot-kot ada talent yang orang lain berkenan.
Setuju juga dengan cerita perihal Botak Chin nih,sekurang-kurangnya generasi sekarang tahu kisah sebenar dan apa cerita di sebalik orang yang bernama Botak Chin
ok gak tuh.. bila agak yer tarikh siaran tuh.. nak booking masa.. nanti berebut plak dgn anak2 yg suka kartun tuh… hahhha
oh.. 3 march… sorry…. terlepas pandang…
melangit…bkn melangut…
tak sabar nak tengok..
syabas bro….emmm blazer lagi…!!!