dalam banyak-banyak pelakon baru yang ada sekarang ni, aku memang minat abis kat Liyana Jasmay
nak kata budak ni lawa, rasanya biasa-biasa saja tetapi lakonan dia aku tetap iktiraf sebagai yang terbaik dari ladang lah buat setakat ni
memandangkan dah lama aku tak cerita pasal jalan-jalan cari makan dalam blog ni, hari ni aku nak story kat korang mengenai Restoran Ikan Sungai milik Chef Kamarul dan keluarga Liyana kat Desa Melawati Hulu Klang (senang je cari, tepi jalan besar MRR2 berhampiran susur keluar ke Setapak)
actually kalau takde Liyana pun, aku memang nak cari restoran macam ni kerana aku ni hantu ikan sungai (walaupun ramai yang tak begitu gemar dengan ikan sungai)
cuma yang tak bestnya, ramai dok bercerita yang restoran ni harganya mahal melampau…tapi bagi aku kalau betul-betul sedap, sekali-sekala apa salahnya…makan kat McDonalds pun baru melahap sebiji dua burger, confirm dah lebih RM20, tapi takdelak aku dengar orang bising
dipendekkan cerita bila sampai di sana, aku disambut sendiri oleh salah seorang chef yang juga adik taukeh
buka saja menu, berpinar gakla mata aku kerana rata-rata ikan sungai di situ dijual dengan harga antara RM15 – RM48 untuk 100 gram, adoyyyyyyy
paham jelah kan, setakat 100 gram tu besar manalah sangat ikannya…aku rasa setakat besar tapak tangan je beb….
selain toman, ada ikan patin, baung, temoleh, tapah dan jelawat
malas nak argue bab harga, aku pun order ikan Toman masak lemak cili padi, kangkung goreng, ayam goreng, sedikit sambal dan air soda bandung
part ni aku nak puji sikit, sebelum ikan tu dimasak, chef tadi bawa dulu ikan yang dipesan dan tunjuk kepada kita beserta harganya sekali
bila kita setuju then baru dia bawa ke dapur untuk dimasak
walaupun customer tak ramai masa tu, tapi dekat 20 minit gak aku tunggu before makanan being served
dari segi presentation biasa-biasa saja tetapi bila makan, mak ooiiiiiiiii, sedapnyeeeeeeeeeeeeeeee!
memang rasa macam makan kat kampung beb, cukup pedasnya, cukup masinnya, cukup lemaknya, gerekkkk sehhhh
pendek kata, kalau nak rasa masakan kampung yang piaw (pure), memang ni lah tempatnya
then tibalah waktu yang mendebarkan, BAYAR TIME!
lepas kira semua, bil aku adalah RM65….ermmmm, memang quit mahal lah tapi bila mengenangkan jamuan tadi sungguh menyelerakan (bagi lidah akulah) so for me its ok meh, tapi sekala-sekala je lah boleh datang, kalau tak Robert Kuok pun bangkrap nih
aku difahamkan yang boleh jadi mahal tu sebab ikan sungai di sini adalah ikan sungai liar yang diambil dari merata tempat kat semenanjung ni
ikan sungai liar berusaha mencari makan sendiri, ia kurang lemak dan rasanya lebih manis berbanding ikan yang dibela dalam sangkar
lagipun bukan senang nak dapat stok ikan sungai, lainlah macam ikan laut seperti ikan kembung tu, yang tu senang nak cari, berlambak
anyway kalau korang nak cuba makan di restoran ni, alamatnya di No. 9, Jalan 2/4 C Desa Melawati
BON APETIT!
Aiseh man bro,kita punya taste samalah.Sure kalau hang datang kat trg nih,ambe bawok gi ke Kuala Brang,di sana ada kedai makan ikan sungai.Selera asam pedas Trg.
ala..bila cite bab mkn, tang ni yg xleh tahan… adeh…lapaq la abg ayen
hampeh btl la abg ayen ni, buat cato tertelan2 ayaq liur
sapa la blh bawak cato pi mkn ni.. adoi…lapaq nasik!!!!!
agak mahal..
Abg Manis, lu bedili lepan lestolan manyak selupa lengan itu hulubalang melaka. Manyak cun OoOoOo. Jgn malah, gua pun selupa itu puteli hang li po. Sama2 kita jaga negala ha…
bukan agak.. tapi mmg mahal.. utk merasa or lepas gian bleh la.. tp klu tetiap kali makan tengah hari g sana.. mau jual diri malam2 camtu..
lambattt..lambattt.. kita da sampai dulu….makan patin masak tempoyakkk… 😛
hahhaha… bila tgk bro makan ikan sungai…. terus rasa nak balik melaka.. mau merasa air tangan bapak mertua punyer masak lemak cili api ikan baung… asam pedas.. melaka… huhuhuhuh
hmmm sedap nya tgk awk makan…baru lah rs nak mkn gak…..nnti lah tgk kat dapo apa yg ada..meegie kut..
yelah awk dpn restoran tu mcm hulubalang atau pun mcm badang!!…
gud luck bro …
SEKARANG SEMUA ORANG BOLEH MAKAN IKAN SUNGAI.
HARGA BARU DISELARASKAN
JANGAN TAKUT. BOLEH CUBA
tak mkn ikan sungai tp husband penggemar ikn sg….so selalu gak masak kan dia ikn sg……nmpk bselera dia mkn..sedap la tu…hehehee
my fav. restaurant. dlm sebulan mesti sekali kami pegi… sedappp…
mmg cun gler msak kat situ..lg2 pekene gulai tempoyak..pergh..mmg menjilat mangkuk..tp klo nk dtg tiap2 hari..tokey balak pn leh bankrup..
Nampaknya Sedap
Terima kasih atasa recipenya 🙂