siapa G. Manimaran? mungkin ramai di luar sana tidak tahu siapakah dia
anyway, Manimaran atau Mani merupakan penolong editor berita Utusan Malaysia yang pertama dari kaum India
beliau kemudian berhenti sebelum menyertai Mstar dan kini editor di portal web kontroversi, The Malaysian Insider
Mani ni memang mahir bukan saja bertutur dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam tatabahasa Melayu
untuk pengetahuan korang, Mani juga salah seorang penulis yang menulis buku mengenai ‘grammar’ bahasa Melayu untuk panduan wartawan-wartawan baru di Utusan dulu
namun ada satu perkara mengenai Mani, dia cukup tidak digemari kerana sifatnya yang cerewet dengan wartawan yang bekerja di bawahnya tetapi sebagai seorang yang pernah bekerjanya dengannya, aku tak pula pernah merasa begitu
walaupun tidak serapat mana, namun kami cukup mesra kalau bertemu di mana-mana function
semalam rakan wartawan dari Sinar Harian, Fazli ada memaklumkan pada aku yang Mani telah ‘dihalau’ dalam satu majlis yang dianjurkan oleh NGO, PERKASA semalam
ikutilah luahan hati Mani;
Saya wartawan bangsa Malaysia, mengapa bezakan saya? — G. Manimaran
27 FEB — Buat pertama kali penulis melangkah ke Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di tengah-tengah ibu negara. Ketika melangkah ke pekarangan premis, penulis dapat merasai udara semangat perjuangan orang-orang Melayu, lebih-lebih ia terletak dalam lingkungan Kampung Baru, penempatan milik kaum Melayu.
Kelab Sultan Sulaiman memikul detik-detik bersejarah yang membawa kepada penubuhan Umno, menguburkan usaha menubuhkan Malayan Union dan kemudian kemerdekaan negara.
Walaupun hari ini merupakan cuti mingguan, penulis memutuskan untuk membuat liputan pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang ditubuhkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Program ini menarik perhatian penulis lebih-lebih ekoran perubahan landskap politik yang disaksikan dua tahun lalu.
Tanggal 8 Mac ini merupakan genap dua tahun negara melalui tsunami politik.
Tsunami politik itu secara langsung dan secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai reaksi yang kita sedia mengetahui dan sedia maklum.
Sebagai penulis yang sudah dua dekad berkecimpung dalam dunia kewartawanan, pengalaman pagi ini cukup merimaskan, malah cukup membimbangkan.
Mengapa kita masih mahu melabelkan kita ini orang Melayu, orang Cina dan orang India? Mengapa tidak kita melihat sebagai satu bangsa Malaysia yang diilhamkan Wawasan 2020 dan kini slogan 1 Malaysia dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
LATAR BELAKANG
Penulis dibesarkan di sebuah ladang yang penduduknya terdiri daripada kalangan masyarakat pelbagai kaum. Penulis meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang rata-rata mengutamakan aspirasi nasional dengan bahasa kebangsaan. Penulis pernah berkhidmat di Kumpulan Utusan selama 16 tahun. Penulis pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di universiti-universiti awam yang pelajarnya pelbagai kaum. Penulis pernah terlibat dalam makmal 1 Malaysia akhir tahun untuk menghimpunkan input bagi menyemai perpaduan dan integrasi negara.
Ketua tempat saya bekerja, dari dulu hingga sekarang, adalah seorang Melayu. Mereka tidak pernah membezakan saya ini seorang keturunan India. Saya pernah menyelia staf bawahan saya. Saya tidak pernah melihat mereka mengikut warna kaum dan agama.
Banyak lagi yang boleh diketengahkan bahawa penulis adalah anak bangsa Malaysia.
Sepanjang dua dekad penglibatan dalam dunia kewartawan, penulis selaku wartawan yang bertanggungjawab dan beretika, jika tidak amalkan tapisan kendiri dan menyiarkan segala apa yang diperkatakan oleh sumber berita — sama ada dikeluarkan orang perseorangan, NGO atau ahli-ahli politik secara bulat-bulat, sudah tentu ia sudah lama menyumbangkan kepada kerumitan, kesulitan atau masalah-masalah yang tidak perlu.
Penulis pernah membaca dan menghasilkan tulisan yang bersangkut paut dengan insiden berbaur perkauman. Ini termasuklah insiden bekas ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dan bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar baru-baru ini, sebagai antara contoh. Begitu juga tindakan seorang perwakilan pada mesyuarat agung tahunan MIC tahun lalu yang mahu mengenakan kalungan selipar.
Kami sebagai penulis mengecam tindakan-tindakan sedemikian.
Tetapi apabila ia dialami hari ini, ia sesuatu yang sungguh mengejutkan. Mengapa ia harus berlaku sedangkan penulis hanya menghadirkan diri pada pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) selaku Editor Bahasa Malaysia The Malaysian Insider demi menolong masyarakat Melayu dengan mengetengahkan luahan dan suara mereka untuk tatapan kaum-kaum lain, juga kepada pihak berkuasa.
Kata orang “tak kenal, maka tak cinta”. Jika kita hendak menulis sesuatu isu atau perkara dengan mendalam, kita sebagai penulis harus menghayati masalah dan isu seseorang, sesuatu kaum dan sesebuah organisasi.
Justeru, dengan berbuat demikian kita boleh menghasilkan penulisan yang bermutu, adil dan bertanggungjawab. Malah, kehadiran penulis juga bertujuan memberi liputan seimbang selepas tercetusnya pelbagai pandangan tuduh-menuduh dan menuding jari ke arah pihak-pihak tertentu dan kaum lain di negara ini sejak 8 Mac 2008.
DIARAH KELUAR
Sekurangnya-kurangnya sebagai wartawan yang lahir di negara ini selepas Merdeka, yang mempunyai perasaan cintakan negara dan turut mahu menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara, penulis melangkah ke Kelab Sultan Sulaiman dengan niat baik.
Tetapi niat baik difahami dari sudut serong oleh beberapa individu tertentu yang mengaku mereka wakil sekretariat MPM. Akhirnya ia mencetuskan persepsi negatif terhadap MPM walaupun sebenarnya ia ditubuhkan dengan tujuan tertentu.
Selepas kira-kira 20 minit berada dewan, penulis dibawa keluar dari dewan majlis dan diminta tidak membuat liputan. Ada anggota sekretariat mengatakan bahawa “ini majlis kami, kita bincang masalah suami isteri, tidak mahu orang lain mendengar dan bimbang akan membuat berita mengelirukan”.
Penulis faham kehendak mereka.
Justeru, jawapan penulis juga mudah, “jika begitu anggaplah majlis ini majlis tertutup dan wartawan lain yang berada dalam dewan juga harus dimaklumkan ini dan diminta keluar sekali”.
Penulis tersentak apabila dikatakan mereka adalah wartawan kalangan Melayu dan tidak akan menghasilkan berita sensitif.
“Saya buat keputusan (mereka akan kekal di dewan),” kata seorang lagi wakil sekretariat. Penulis cuba menjelaskan tujuan kehadiran dan pendirian bahawa mahu memberikan laporan seimbang mengenai MPM tetapi tidak diambil peduli.
Penulis tidak ingin menceritakan panjang perkataan-perkatan lain yang digunakan dalam perbualan dengan sekretariat. Penulis tidak mahu mencetuskan suasana tidak senang di kalangan masyarakat pelbagai kaum negara ini.
Pokoknya, negara sudah lebih lima dekad mengharungi ranjau perjalanan dan pergeseran kaum. Penulis secara peribadi beranggapan bahawa kita sudah lama telah melepasi garis pemisahan kaum apabila melabel orang lain.
Antara yang berucap pada majlis pelancaran ialah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Presiden Mubarak Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Professor Datuk Dr Kamaruddin Kachar yang juga bekas Ketua Pengarah BTN berucap pada majlis pelancaran itu. Presiden Cuepacs Omar Osman juga hadir.
Penulis sudah lama mengenali Ibrahim Ali. Beliau seorang yang lantang bersuara, dan penulis pernah menemu bual beliau selaku ketua Perkasa untuk The Malaysian Insider beberapa minggu lalu. Pernah menemu bual beberapa kali selaku wartawan.
Atas kapasiti itu, Ibrahim secara peribadi menghubungi penulis untuk menjelaskan bahawa sekretariat tidak membuat sebarang keputusan melarang mana-mana wartawan daripada liputan pelancaran MPM.
“Saya sangat sedih, minta maaf dengan apa yang berlaku… saya kesal dengan apa yang berlaku… ini bukan keputusan MPM,” kata beliau yang berjanji akan mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat keputusan sendiri itu.
Setiausaha MPM Dr Hassan Mat juga melahirkan pandangan yang serupa.
“Saya memang ada dimaklumkan kehadiran saudara dan dikatakan bahawa mereka telah meminta saudara keluar, tetapi saya sebenarnya telah meminta mereka membenarkan saudara terus berada dalam dewan.
“Tetapi ada seorang dua pegawai buat keputusan sendiri, tidak mengikut apa yang saya kata… ini bukan keputusan MPM… saya meminta maaf bagi pihak MPM,” kata beliau kepada penulis menerusi perbualan telefon.
Penulis perlu mengakui sikap-sikap negatif begini tidak melibatkan semua orang Melayu di negara. Penulis juga mempunyai ramai kawan daripada kalangan Melayu dan yang beragama Islam. Penulis menganggap mereka sebagai sebahagian daripada anggota bangsa Malaysia.
Kita kena memahami mereka dan menghormati mereka. Itu yang penulis lakukan selama ini. Misalnya sempena sambutan Maulidur Rasul semalam, penulis meluangkan lebih dua hari untuk menghantar mesej selamat menyambut Maulidur Rasul dan masih ada rakan-rakan yang perlu dikirimkan perutusan.
Dalam suasana sebegini kita masih ada golongan yang berfikiran sempit, yang merosakkan segala usaha kerajaan dan dasar negara.
Sebab nila setitik, rosak susu sebelangga!
Tidak kira kaum dan agama, kita tidak harus ada golongan “Little Napoleon” yang menghina dan menyinggung kaum lain.
Bolehkah kita berubah? Saya wartawan anak bangsa Malaysia, bukannya dari India.
Hi n salam perkenalan dari saya.
I rase teruja betul baca blog u ni…bernas n very funny!
xde pe yg sy nak komen about dis post, but I ave 1 question to everybody here..adakah saya rasis bila sy kate sy rakyat malaysia berbangsa melayu…or patut sy ckp saya bangsa malaysia…
BM dia memang bagus dan baik.siapa lagi iya selain dari mani nih,maksudnya di kalangan bukan melayu yang menguasai bahasa melayu dengan baik dan lancar baik di dalam pembacaan dan penulisan.
Sbg manusia yg berakal kita seharusnya menggunakan pendekatan psikologi dlm berinterkasi(berhikmah,lemah lembut dan bertoleransi). Ini adalah penting krn negara kita terdiri dr pelbagai kaum@keturunan yg mana masing2 memiliki mcm2 perangai, sifat & juga kelakuan.
Kesian. Jika dipandang DR SUDUT NALURI, KITA ADALAH SAMA. Tp xdinafikan ada manusia yg berakal, lbh teruk drpd haiwan yg xberakal dlm membuat sesuatu tindakan.
KITA SEMUA HARUS BELAJAR & AMBIL TAHU MENGENAI ADAB SOPAN WALAUPUN KETIKA ITU KITA BERINTERAKSI DGN ORG@PIHAK YANG X SEHALUAN. KRN APA? KRN DGN CARA BERINTERAKSILAH KITA BLH MEMBEZAKAN MAJU@MUNDURNYA SESEBUAH KAUM@SESEORANG ITU.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Akhlak yang buruk adalah dosa yang tidak terampun, sedangkan prasangka buruk (su’uzzhan) adalah kesalahan yang berbau busuk.”
Ramai en. Awang…..mostly converts, or, org melayu panggil Mualaf. Ustaz Ridhuan Tee, Ustz. yg bangsa India tu, Christine Ling, Lim Swee Tin, Baba dan Nyonya melaka, dan ramai juga guru-guru bah. Melayu yg bukan melayu di sekolah-sekolah…kitakan bangsa Malaysia 🙂 Apapun, yg terjadi pd Manimaran ni, perlukan anjakan paradigma yg maha hebat oleh kebanyakan dari kita…termasuk saya…
Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ke -8 di Yayasan al-Jenderami
InsyaALLAH, pihak Yayasan Al-Jenderami berserta kerjasama Madrasah Islamiah Al-Jenderami berhasrat menganjurkan Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ke -8 dan butir-butirnya adalah seperti berikut:
Tema
“Tradisi Salafussoleh Benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah”
Tarikh
18hb – 20hb Rabi’ul Awal 1431
Khamis, Jumaat dan Sabtu
bersamaan
4hb – 6hb Mac 2010
Tempat
Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan
Antara ulama-ulama yang dijangka hadir (sila klik pamplet dibawah untuk paparan lebih jelas)

Tentatif Program (sila klik pamplet dibawah untuk lebih jelas)


Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi saudara Faiz – 0123625192.
Kahkahkahkah….
i amat bangga mempunyai kawan seperti Mr. G.Manimaran (jg kawan baik kpd abg ipar sy yg tlg kembali ke rahmatullah) ingin sekali menyampaikn berita tersebut kpd beliau..tetapi skrng amat sedih sbb dah tau camner nk contact beliau..jika shahril ada contact no. beliau boleh tlg emailkn kpd saya di firstlady_usana@yahoo.com.
T/Kasih.
siapa nama arwah?
basir hassan (BIL) mininggal di Madinah pd Nov 2, 2009..
sy masih belum dapat contact no beliau..harap u dpt membantu utk sy hubungi G.Manimaran..