Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2010

semalam ramai rakan-rakan aku bergegas ke Hospital Selayang untuk menziarahi Din Beramboi yang kini sedang koma dipercayai akibat denggi dan virus kencing tikus

tak siapa tahu mana datang lak virus tu, tapi ada member cerita kat aku Din ada shooting kat Zoo Negara bebaru ni

entahlah, bila dah kelam kabut macam ni pelbagai rumours ngan spekulasi mula timbul

apapun kita doakan yang terbaik jelah buat Din, pada yang tak kenal Din, dia sebenarnya seorang yang cukup baik dan mesra dengan orang

pendek kata, apa yg dia dok merapu kat radio atau kat Raja Lawak tu actually bukanlah totally Din dalam erti kata sebenarnya

aku pun ingat nak pergi ziarah dia hari ni tetapi kengkawan kata bukan boleh masuk pun

hanya doalah senjata aku dan kita sekarang…apa saja yang terbaik untuk Din , kita redhalah…

Read Full Post »

Sungai Buloh merupakan salah satu mukim di antara sempadan Petaling dan Gombak, namun ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

dulu bila sebut Sg Buloh, yang orang ingat hanyalah hospital kusta dan sekarang bila sebut Sg. Buloh, yang orang ingat hanyalah Penjara Sg Buloh (itupun kerana Datuk Seri Anwar kena tahan dekat situ), akak-akak kat rumah pula bila sebut Sg. Buloh, depa akan terbayang kedai jual pokok-pokok bunga (sini banyak nursery)

namun bila hartanah Damansara meletup (seperti Kota Damansara dan Mutiara Damansara), Sg Buloh pun mula mendapat ‘limpahan’ kemakmurannya bila banyak developer terkenal seperti MK Land dan Talam mula mendirikan pelbagai projek komersil dan perumahan di situ dan kawasan pinggirnya (termasuklah rumah aku hehehe)

walaupun kediaman aku bukanlah betul-betul di Sg Buloh, namun Sg Buloh ngan kawasan rumah aku ni leh diibaratkan macam adik beradiklah, tak jauh pun

lebih menarik, Sg Buloh juga boleh dikatakan agak hampir dengan pusat bandar , kalau malam-malam time kenderaan tak banyak di jalan raya, 15 minit pun dah boleh sampai Kuala Lumpur  

Sg Buloh juga cukup strategik kerana ia dihubungkan dengan lebuh raya dan jalan persekutuan seperti Lebuh Raya NKVE, Lebuh Raya LDP serta MRR2

pengangkutan awam seperti  bas berlambak-lambak termasuk perkhidmatan tren komuter

basically dari Sungai Buloh nak pergi One Utama/IKEA (10 minit), Shah Alam (25 minit) dan pusat bandar KL (20 minit)

so bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan yang Sungai Buloh dipilih menjadi hab baru Lembah Kelang, aku cukup teruja 

 difahamkan kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membentuk satu kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di sini

pun begitu, aku agak risau bila mengenangkan kesan daripada pembangunan mega di sini, kesesakan, kepadatan dan pelbagai ‘ke’ lagi

nak buat macam mana, bila sebut pembangunan, mahu tak mahu inilah harga yang terpaksa dibayar, adoyyyyyyyyy

Read Full Post »

Ibrahim berlatarbelakangkan lukisannya

aku amat meminati seni lukis walaupun aku sendiri tidak mahir melukis, menconteng mungkin

dalam dunia lukisan tanah air, ada dua artis yang aku cukup kagumi iaitu Datuk Lat dan sudah tentu ‘the one and only’, jutawan Datuk Ibrahim Hussein atau lebih dikenali sebagai Ib

Ibrahim yang berasal dari sebuah perkampungan miskin di Kedah akhirnya mencipta sejarah apabila setiap lukisan yang dihasilkannya berjaya dijual dengan harga yang lumayan hingga mencecah jutaan ringgit

namun karya Ibrahim tidak boleh dinilai dengan wang ringgit kerana nilai estetika dan falsafah di sebalik lukisannya jauh lebih ‘berharga’ sebenarnya

‘Hidup tiada makna kecuali anda mempunyai jawapan kenapa anda menangis, kenapa anda ketawa.’

demikian antara petikan ungkapan penuh bermakna yang tertera bersebelahan biografi Ib di laman web Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein yang ditubuhkan atas usaha payah jerihnya pada tahun 2000

namun takdir telah menentukan apabila Ib meninggal dunia pada Februari tahun lalu, terkesan dengan berita mengejut itu, aku dan rakanku Azra bergegas ke rumahnya di Bukit Pantai untuk memberikan penghormatan terakhir, klik di SINI

 lalu apabila pihak pengurusan Bangsar Village mengadakan pameran lukisan bagi memperingatinya, aku adalah antara insan yang paling teruja

kelmarin aku sempat menghabiskan masa hampir sejam melawat ke pameran tersebut, sayang kerana hanya sedikit lukisan Ibrahim yang dapat dipamerkan

namun ia suduh cukup untuk mengubat kerinduan peminat lukisannya seperti aku

menariknya, sebuah lukisan terakhir arwah bertajuk Myanmar turut dipamerkan, ia mengisahkan sekumpulan sami Budha yang sedang melutut di depan para anggota tentera yang bersenjata automatik, menarik bukan? sayangnya, Ibrahim tidak sempat menyiapkan lukisan itu sepenuhnya kerana beliau terlebih dahulu dijemput Allah SWT

yang pasti, melihat pada hasil seninya, kita tidak akan terasa yang Ibrahim sudah tiada…ternyata yang mati cuma jasadnya, bukan magisnya!

di bawah ini adalah beberapa karya agung allahyarham;

 

 

 

Read Full Post »

lately ni aku tengok dah ramai artis kita berniaga restoran..so far adalah dua tiga restoran yang aku pernah masuk seperti Cheng Ho (Amy Search), Rest. Ikan Sungai (Liyana Jasmay) dan Bangi Kopitiam (Kid Search)

terbaru vokalis kumpulan rock Amuk, Bandi pun dah buka restoran, senang je nak cari, kat Seksyen 7 Shah Alam (dekat Restoran Nasi Ayam Linda Onn)…nama restorannya ialah RESTORAN BUN-D

tempat dia memang strategik (corner lot), actually kat S. Alam ni berniaga makan ni memang cukup laku, maklumlah penuh dengan budak universiti je, orang Melayu pun ramai, bak kata Juliana Banos…BERDOYON-DOYON!

yang bestnya restoran ni ada persembahan live band, walaupun tak segempak macam Hard Rock Cafe, tapi untuk sekali-sekala lepak tu kira OK lah

WELKAM TU DI HOTEL KALIFOOONIYAAAA (layan je, janji bunyi lebih kurang...)

semua lagu diaorang main (kecuali Dondang Sayang hehehe), makanan? ermmmm, susah nak cakap, nak kata tak sedap, sedap gak, nak kata sedap, kira bolehlahhhhh

nasi goreng cili padi yang ternganga punya pedas

harga standard la, takkan bila restoran gempak siap live band nak caj nasi goreng RM2.50 sepinggan, dah tentulah paling koman pun RM5

anyway tak banyak leh komen sebab aku lepak sana pun tak lama, ada ‘benda’ lain yang aku tengah bincang actually

so pada artis-artis di luar sana, kalau rasa nak income korang lebih terjamin, apakata korang mula berbisnis, tapi jangan sekadar guna nama dahlah, kang pelanggan tahu korang tipu terus diaorang dah taknak datang

lepas ni aku nak gi restoran yang dibuka oleh para blogger lak, ada ke? jemputler, confirm aku bagi promosi free dalam blog aku ni

syarat mudah je, belanja aku nasi goreng ngan Milo ais, confirm aku sampai hehehehehe

so tunggu apalagi, jomlah singgah restoran saya, yea! yea!

BON APETITE!

Read Full Post »

urat dawai tulang besi!

kalau korang baca Utusan Malaysia lately ni, korang pasti akan tengok berita mengenai Mohd. Noor Amin, jurugambar Utusan Malaysia yang kini sedang dalam usaha untuk mencatatkan rekod menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali yang dijadual berakhir 20 April ini

Mohd. Noor  juga akan melakukan 111 kali pendakian di Menara KL dari 1 hingga 7 Mei ini untuk melayakkan dirinya melakar nama dalam Guinness World of Records

Projek Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 tersebut yang bertemakan 1Pendakian, 1Kemuncak dan 1Malaysia keseluruhannya mengambil masa selama lima bulan

Rekod pendakian Mohd. Noor terdahulu adalah pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu Merdeka (2007), Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur (2008), pendakian Merdeka (2008) dan Pendakian Solo tanpa henti selama 24 jam di Menara Kuala Lumpur (2008)

actually dia adalah antara member aku yang paling rapat, apatah lagi kami berdua pernah  digandingkan bersama bila bertugas di luar negara dulu

bestnya kerja dengan Mohd Noor ni, dia ni tak banyak songeh, ko suruh la buat apapun,  kat mulut dia tu beres aje

kalau tengok badan dia tu, kecil je orangnya tapi aku sendiri tak tahu makjun apa yang dia makan sampai stamina punyalah dahsyat, pergh!

memori paling indah dengan Mohd Noor apabila kami berdua diarahkan membuat liputan gempa bumi dan letusan gunung berapi yang menggegarkan bandar Yogyakarta, Indonesia beberapa tahun dulu

actually kami berdua hampir maut apabila terowong persembunyian yang kami pergi di Gunung Merapi, tetiba boleh dihujani lava gunung berapi dan wap panas tidak lama selepas kami beredar dari situ, korang boleh klik DI SINI

namun yang menjadi sejarah, sudah tentulah apabila aku dan Mohd. Noor berjaya menemubual Abu Bakar Bashir, tokoh Majlis Mujahidin Indonesia dan penggerak Jemaah Islamiah yang sangat dikehendaki CIA di pondok perguruannya di Solo, Indonesia, korang boleh klik KAT SINI

aku, Abu Bakar dan Mohd. Noor Amin

selepas berhenti dari Utusan Malaysia, kami dah jarang berhubung kecuali sekali sekali ngeteh bersama, seperti biasa akulah orang yang paling kuat ‘mengutuknya’ bila kami berjumpa, terutama bila dia asyik dok cerita projeknya…bukan apa, sebenarnya aku cukup risau bila dia kata nak panjat sana, nak panjat sini

dan seperti biasalah dengan loghat Terengganu yang pekat, Mohd. Noor akan menjawab: ” Mu jangang risau, no probleng punyeee,”

ketika aku menulis entry ini, Mohd. Noor dah pun menyelesaikan pendakiannya yang ke- 83

dan untuk pertama kalinya dalam sejarah persahabatan kami, aku ingin mengatakan;

MAT NOOR, AKU BANGGA GILER DENGANG MU!!!

Read Full Post »

Insp. Wai Leong adalah antara pegawai polis yang parah ditembak perompak dalam satu operasi khas tidak lama dulu

hari ini adalah hari ulang tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke 203

sejak penubuhannya, hampir 2,000 orang pegawai dan anggota PDRM mati dan cedera demi menjaga keamanan bangsa dan tanah air yang tercinta ini.

Semasa komunis bermaharajalela dulu, seramai 1,346 warganya iaitu 511 anggota polis biasa, 593 anggota polis khas dan 243 anggota polis tambahan mati dibunuh sewaktu menjalalankan tanggung jawab mereka

Malah sejarah juga menunjukkan bagaimana Ketua Polis Negara sendiri maut di tangan anasir subversif seperti mana yang menimpa Tan Sri Abd  Rahman Hashim

ini bukan fakta Syahril A. Kadir, ini adalah fakta yang tercatat sejarah kemerdekaan negara

memang benar, kita benci polis rasuah, kita benci polis berlagak, kita benci polis menyeleweng dan kita benci polis samseng

tetapi kita juga akui polis berjasa, kita akui polis cekap dan kita juga akui polis telah memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan kita semua

lalu di antara kebencian dan kekaguman kita kepada PDRM, di mana titik penyelesaiannya?

Read Full Post »

baru-baru ini entah macam mana aku boleh duduk depan TV dan menonton sebuah drama Melayu

seperti biasa, drama TV kita kalau takde adegan orang kaya, banglo besar, kereta mewah dan mak Datin yang kaya maknanya itu bukanlah drama terbitan Malaysia, kalau elemen itu takde maknanya drama itu adalah terbitan stesen TV Myanmar, barangkali

dan seperti biasa juga, dalam drama TV di negara kita, orang yang kaya raya itu selalunya akan digambarkan sebagai jahat, gila kuasa, kaki dangdut dan tamak haloba (dan orang kaya di Malaysia juga takkan benarkan anak mereka kahwin dengan orang biasa!)

entahlah, apalah salah dan dosa orang-orang kaya di Malaysia ni pun aku tak tahu hingga selalu benar para pengarah drama ‘mengangkat’ golongan ini menjadi watak antogonis dalam hasil karya mereka

realitinya, sama ada miskin atau kaya, kita ni semua sama saja…biarpun miskin, tetapi kalau dah jahat tu, jahatlah juga. Biarpun kaya raya, kalau dah baik tu, baiklah juga

dan korang jangan terkejut, berdasarkan pengalaman aku, kekadang masjid di kawasan perumahan mewah lebih ramai jemaahnya berbanding masjid di kawasan flat kos rendah, so macam mana tu?

tujuan aku tulis entry ini bukan apa, baru-baru ini ‘orang kuat’ Amcorp, Datuk Mustafa telah bermurah hati menaja 12 orang anak yatim dari Yayasan Al-Ijabah untuk menunaikan umrah di tanah suci Mekah

Datuk Mustafa (kanan sekali) meraikan anak-anak yatim yang ditajanya ke Mekah di rumahnya baru-baru ini

kalau seorang RM5,000….maknanya Datuk Mustafa telah membelanjakan RM60,000 untuk tujuan ini, dah boleh dapat kereta Proton Saga atau sebuah rumah pangsa kalau diikutkan

sebelum itu aku just nak bagitahu, Datuk Mustafa tak bagi aku upah pun untuk tulis entry ini, bahkan aku pun tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku!

aku dapat tahu cerita ni pun daripada blog sahabat aku, www.ustazamin.com

bagi aku, Datuk Mustafa mempunyai hati yang sangat mulia kerana sanggup mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk merealisasikan hasrat murni kanak-kanak ini, anak yatim pula tu

korang pun sendiri tahulah betapa besarnya pahala kita membantu anak yatim ini, apatah lagi bila mereka mendoakan kita di depan Kaabah

Datuk Mustafa dan Ustaz Abdullah dari Yayasan Al-Ijabah

dan sesungguhnya bukan Datuk Mustafa saja orang kaya di Malaysia ini yang mempunyai hati dan sifat yang terpuji, cuma seperti mana Datuk Mustafa, mereka semua tidak memerlukan ‘sidang media’ untuk menujukkan kebajikan yang telah mereka lakukan, itu yang pasti!

Read Full Post »

sebelum aku pergi lebih lanjut, aku nak bagitahu yang entry aku kali ini hanya ditujukan untuk mereka yang beragama Islam saja, ia tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain kerana aku percaya masing-masing ada hak untuk memilih Tuhan yang layak untuk mereka sembah

tadi ketika aku sedang minum di sebuah restoran, aku lihat ada ramai orang Melayu yang sedang beratur membeli nombor ekor, kemudian mereka duduk berhimpun dekat satu meja sambil berbincang mengenai nombor ekor yang mereka beli tadi

dengan memesan secawan kopi sambil menghembus rokok kretek, masing-masing berhujah macam kat bursa saham, nombor ni mungkin ‘naik’, nombor ni perlu ‘pau’, nombor ni ‘suweiii’, nombor ni ‘kena pulun’ dan berbagai istilah yang hanya mereka saja yang tahu apa maksudnya

aku hanya tersenyum sendiri, bukanlah kata aku ni ‘suci’ sangat, cuma aku terhibur dengan gelagat para ‘penganalisis saham’ ini

tidak lama kemudian lalu seorang lelaki Bangladesh, dengan pantas dia mengedarkan kertas iklan pada setiap mereka yang ada di situ, termasuk aku

mula-mula aku ingat ni iklan Along, rupa-rupanya ia adalah iklan mengenai seorang tok sami yang kononnya pakar dalam meramalkan nombor ekor yang bakal menang!

tapi yang paling mengejutkan, brader-brader kaki nombor kat meja tu boleh excited dengan iklan tersebut, adoyyyyyyy

” Woi, ini lubang baeeekkkkk ni, apalagi kasi call la, kalau setakat dua tiga ratus kita hulur je, janji nombor naik,” kata salah seorang brader ni sambil disokong kengkawannya yang lain

aku betul-betul terkedu, aku betul-betul tak sangka orang Melayu yang beragama Islam macam diaorang sanggup bertuhankan tok sami itu semata-mata nak menang nombor ekor

sedangkan bila aku baca balik, terang-terang iklan itu menyatakan bahawa sumbangan perlu dibuat kepada tokong tok sami itu jika menang

 ” Ok aku dah call, esok gak kita pergi jumpa tok sami tu, minyak ngan duit tol tu kita kongsi tau,” kata mamat tadi. Semua yang ada kat situ setuju.

Darah aku menggelegak betul masa tu, bagi aku kalau nak sangat beli nombor ekor tu, beli ajalah, janganlah punya teruk sampai sanggup pergi merayu tok sami sana, tok sami sini, semata-mata nak jadi kaya!

kalau betul tok sami tu handal, dah tentu dia dulu dah kaya raya, baik dia je gi beli sendiri nombor ekor tu daripada bagi kat korang!

SAK: Teringat motor member aku yang dipanah petir masa dia on the way nak gi beli Magnum, dan dia adalah antara pembaca aktif blog aku sekarang ni hahahahhahaha!!!

 

Read Full Post »

generasi sekarang mungkin ramai yang tak kenal siapa Tan Sri Dr Sulaiman Daud yang meninggal dunia di HKL pagi tadi

namun secara peribadi, nama beliau tidak asing bagi aku kerana sejak di bangku sekolah rendah lagi, arwah abah sering menyebut nama pemimpin yang murah dengan senyuman ini

untuk pengetahuan korang, beliau adalah di antara pemimpin yang paling lama memegang jawatan Menteri iaitu selama lebih kurang 18 tahun

bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999)

anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960

Al-Fatihah.

Read Full Post »

Emel dari Afrika

Ceritanya mudah saja.

Kelmarin aku diperkenalkan dengan sepasang suami isteri dari Kedah oleh seorang kenalan. Kenalan itu meminta aku menggunakan ‘contact’ atau kenalan aku di Kastam KLIA untuk melepaskan ‘barangan’ milik suami isteri berkenaan yang kononnya ditahan jabatan tersebut.

” Barangan apa pula ni bang, jangan main-main, kang kalau benda tu dadah, mampus saya kena gantung,” tanya aku pada mereka

” Bukan dadah, tetapi duit….kalau sikit takpe dik, tapi nilainya USD4.5 juta. Kalau adik dapat keluarkan duit itu, abang bagilah berapa banyak adik nak, ” kata si suami.

Bila aku dengar je pasal benda tu, aku dah nak tergelak terkekek-kekek. Tapi kerana menghormati orang yang lebih tua, aku tahan je walaupun Milo yang aku minum tu dah hampir-hampir nak tersembur.

” Err…cuba abang cerita dulu dengan lebih detail, saya tak tahu hujung pangkal ni,” tanya aku dengan muka seposen.

Abang tu pun bila tengok aku bersungguh-sungguh nak bantu dia, dia pun bukalah cerita.

Katanya, ada seorang jutawan dari negara Afrika telah meninggal dunia dengan wang berjuta-juta, tetapi warisnya tak dapat nak simpan duit tersebut kerana bimbang dengan negara mereka yang porak-peranda.

Lalu si waris meminta pertolongannya ‘menyimpan’ sementara wang tersebut sehingga pergolakan politik di negara mereka kembali stabil.

Untuk itu, si waris telah mengupah seorang diplomat untuk membawa wang itu ke sini kerana sistem bank di negara mereka masih belum pulih bagi sebarang kerja-kerja pemindahan wang melalui akaun.

Namun abang itu memberitahu, dia perlu menanggung kos perjalanan diplomat berkenaan yang jumlahnya kira-kira USD2 ribu. 

” Sekarang abang dah hantar duit tu pada diplomat berkenaan, maklumlah, tiket dari Afrika bukannya murah. Cuma diplomat tu suruh abang pergi ambil duit USD4.5 juta tu kat KLIA kerana Kastam dah tahan ‘duit’ tu,” kata abang berkenaan dengan muka confident.

Astaga! Dalam hati aku berkata, apa punya bodohlah orang Melayu macam kau ni. Budak kecil pun tahu benda ni semua tipu. Aku hairan betul dengan sikap orang kita yang mudah percaya benda karut-marut ni

” Abang, maaf cakap, sebenarnya abang dah kena tipu. Duit USD4.5 juta tu sebenarnya tak wujud. Ini semua sindiket penipuan internet yanng dibuat melalui emel. Cuba terus-terang dengan saya, abang sebenarnya tak kenal pun waris atau pun jutawan yang meninggal tu kan? Abang dapat cerita ni melalui emel kan?,” aku saja provoke dia

” Err…emm…betullah tu, abang dapat dari emel,” katanya dengan nada tersangkut-sangkut.

AKu hanya mampu menggelengkan kepala. Yang bestnya, walaupun sedar diri dah ditipu, abang ni semahu mungkin masih nak simpan harapan akan dapat balik duit USD4.5 juta itu

” Tapi dik, tak mustahil juga kalau duit tu benar-benar ada, mana tahu benda ni ‘genuine’,” tegasnya.

AKu diam seribu bahasa. Bagi aku orang macam ni boleh diibaratkan macam pepatah Melayu: Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditegur!

” Macam nilah bang, saya kena beredar dulu, kebetulan saya banyak kerja ni. Lagipun kawan saya yang kat Kastam tu ramai yang dah pencen. Semua dah duduk surau,” kata aku. Saja aku sindir brader tu.

Dalam hati aku berkata, ORANG MACAM DI PUN ADA!!!

SAK: Entry aku mengenai pemergian Yanie Mentor ke rahmatullah semalam mencatatkan lebih 5,000 orang visitors dalam masa sehari…harapnya jumlah yang sedekahkan Al-Fatihah juga begitu

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: