kalau korang baca Utusan Malaysia lately ni, korang pasti akan tengok berita mengenai Mohd. Noor Amin, jurugambar Utusan Malaysia yang kini sedang dalam usaha untuk mencatatkan rekod menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali yang dijadual berakhir 20 April ini
Mohd. Noor juga akan melakukan 111 kali pendakian di Menara KL dari 1 hingga 7 Mei ini untuk melayakkan dirinya melakar nama dalam Guinness World of Records
Projek Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 tersebut yang bertemakan 1Pendakian, 1Kemuncak dan 1Malaysia keseluruhannya mengambil masa selama lima bulan
Rekod pendakian Mohd. Noor terdahulu adalah pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu Merdeka (2007), Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur (2008), pendakian Merdeka (2008) dan Pendakian Solo tanpa henti selama 24 jam di Menara Kuala Lumpur (2008)
actually dia adalah antara member aku yang paling rapat, apatah lagi kami berdua pernah digandingkan bersama bila bertugas di luar negara dulu
bestnya kerja dengan Mohd Noor ni, dia ni tak banyak songeh, ko suruh la buat apapun, kat mulut dia tu beres aje
kalau tengok badan dia tu, kecil je orangnya tapi aku sendiri tak tahu makjun apa yang dia makan sampai stamina punyalah dahsyat, pergh!
memori paling indah dengan Mohd Noor apabila kami berdua diarahkan membuat liputan gempa bumi dan letusan gunung berapi yang menggegarkan bandar Yogyakarta, Indonesia beberapa tahun dulu
actually kami berdua hampir maut apabila terowong persembunyian yang kami pergi di Gunung Merapi, tetiba boleh dihujani lava gunung berapi dan wap panas tidak lama selepas kami beredar dari situ, korang boleh klik DI SINI
namun yang menjadi sejarah, sudah tentulah apabila aku dan Mohd. Noor berjaya menemubual Abu Bakar Bashir, tokoh Majlis Mujahidin Indonesia dan penggerak Jemaah Islamiah yang sangat dikehendaki CIA di pondok perguruannya di Solo, Indonesia, korang boleh klik KAT SINI
selepas berhenti dari Utusan Malaysia, kami dah jarang berhubung kecuali sekali sekali ngeteh bersama, seperti biasa akulah orang yang paling kuat ‘mengutuknya’ bila kami berjumpa, terutama bila dia asyik dok cerita projeknya…bukan apa, sebenarnya aku cukup risau bila dia kata nak panjat sana, nak panjat sini
dan seperti biasalah dengan loghat Terengganu yang pekat, Mohd. Noor akan menjawab: ” Mu jangang risau, no probleng punyeee,”
ketika aku menulis entry ini, Mohd. Noor dah pun menyelesaikan pendakiannya yang ke- 83
dan untuk pertama kalinya dalam sejarah persahabatan kami, aku ingin mengatakan;
MAT NOOR, AKU BANGGA GILER DENGANG MU!!!
satu kenyataang bahawa orang Trg ni kelah maha n hebat jugok,tu baru Mohd.Noor sorang,dok tubik lagi hok laing tuh.
shang, ganu sokmo mu…
hebat betul kawan-kawan hang ni Syahril………tak kurang jugak hang sendiri.
chaiyok… chaiyok… bro Mohd. Noor Amin
cube daki gunung everest…
apa kata saya? aku nak folow mum mat nor..bleh bwk aku dop?
EVEREST 2015 – Brands of MALAYSIA AKAN DIBAWAKAN OLEH PENDAKI SOLO… anda setuju….