Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2010

pergi kat mana-mana sekarang, ramai dok bercerita insiden tembak mati yang mangsanya seorang pelajar Tingkatan 3, Aminulrasyid Amzah

gambar di atas aku peroleh dari blog http://milosuam.blogspot.com

katanya, inilah gambar terakhir mangsa  pada malam tersebut sebelum kejadian menyayat hati itu menimpa dirinya, dan baju kuning itulah menjadi saksi bagaimana darah merah itu mengalir dari kepala arwah

seperti mana orang lain, aku juga tak dapat menyembunyikan perasaan marah aku terhadap kejadian tersebut

aku rasa korang sendiri selalu tengok di dalam televisyen dan dalam internet, bagaimana pasukan polis di negara barat bersungguh-sungguh mengejar kereta yang disyaki dipandu oleh penjenayah

adakalanya sampai berpuluh kereta peronda mengejar kereta suspek, tak cukup dengan itu, polis mereka siap arahkan helikopter untuk mengesan kenderaan penjenayah tersebut

kalau boleh mereka rempuh kereta suspek, mereka rempuh

kalau boleh mereka kepung kereta suspek, mereka kepung

namun untuk melepaskan tembakan begitu saja tidak sama sekali, tembakan hanya dilepaskan bila mereka merasakan suspek betul-betul MERBAHAYA terutama bila nyawa orang awam juga terancam dek perbuatan suspek

justeru bila berlaku kejadian tembak melibatkan adik Aminulrasyid, aku tertanya-tanya, sejauh mana TERANCAMNYA anggota polis terlibat sehingga dia perlu melepaskan tembakan ke arah mangsa?

aku juga tertanya-tanya, adakah polis telah benar-benar menggunakan segala kaedah yang perlu,  sampaikan  mereka tiada pilihan terakhir melainkan menembak mati adik Aminulrasyid?

pada masa yang sama, aku juga bersetuju agar pihak bertanggung jawab dibenarkan menjalankan siasatan mereka terlebih dahulu, ini kerana tidak adil juga pada ketika ini untuk menunding jari pada sesiapa

yelah, kita bukan ada di tempat kejadian pun, kita pun tahu benda ni daripada media massa

begini sajalah, kita tengok hasilnya nanti bagaimana, aku percaya, kebenaran pasti akan muncul akhirnya

aku percaya, orang ramai masih perlukan polis, tetapi aku juga percaya, orang ramai tidak memerlukan pegawai atau anggota polis yang menyalahgunakan kuasa mereka

kita pun tahu, ramai anggota dan pegawai polis meninggal dunia atau parah apabila dirempuh, ditembak, dicederakan sewaktu hendak menahan suspek

anggota polis ini parah ditikam suspek

anggota trafik ini patah kaki dirempuh pesalah jalan raya

aku harap pegawai dan anggota PDRM faham kerana dalam hal ini bukan mereka yang dibenci, tetapi pegawai dan anggota yang cuai dan yang melakukan kesalahan itu yang rakyat sakit hati! 

Al-Fatihah buat adik Aminulrasyid Amzah.

Read Full Post »

Farinnie Mohd. Farid baru berusia 24 tahun, namun kesilapan memilih ‘kasih sayang’ dari seorang lelaki Lubnan, Elie Yousseff  Najiem, telah mengheretnya ke neraka dunia yang tak pernah disangkanya sebelum ini

suaminya itu suka melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap dirinya, orang gajinya termasuk mencabul, seks oral, berjalan bogel dalam rumah serta memaksa pembantu rumah memandi dan mencukur bulu kemaluannya.

Katanya, jika perbuatan itu ditegur, suaminya akan mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat

suaminya juga suka meliwatnya serta memaksa mengadakan hubungan kelamin walaupun ketika haid atau sedang berpantang dan jika enggan, Elli akan mengamuk dan memukulnya

Elli juga bertindak zalim dan menganiayanya dengan menarik rambut, menengking dan bergaduh tanpa sebab

Elli turut sering menghalang isterinya menunaikan solat serta memaksanya makan di hadapan khalayak ramai ketika Ramadan.

Farinie seterusnya mendakwa Elli memaksanya memakai salib, tetapi gagal dan pada 20 Jun 2009 dia menerima beberapa keping gambar suaminya bersama seorang perempuan yang diakui sebagai isteri dan defendan memakai lambang itu

aduh, aku tak dapat membayangkan betapa sengsaranya Farinnie dikerjakan pak Arab sial tu

akhirnya Allah memakbulkan doa Farinnie, semalam

Mahkamah Rendah Syariah  membenarkan tuntutan cerai fasakh wanita tersebut.

Farinnie, 24, selaku plaintif kelihatan tenang ketika Hakim Syarie Mamat Haizan Salleh membacakan keputusan tersebut

Dia yang ditemui media selepas selesai prosiding bagaimanapun kehilangan kata-kata.

“Tak tahu nak cakap apa,” kata wanita itu dengan nada suara bergetar

semoga Farinnie mengambil iktibar dengan apa yang menimpa dirinya..malangnya ramai lagi isteri di luar sana yang terus menerima nasib malang diperlakukan macam binatang oleh suami masing-masing

tetapi bila ditanya kenapa tidak report polis atau ke mahkamah, jawapannya,

” Aku masih sayang kat dia”.

Jahanam.

Read Full Post »

Korang pernah dengar tak Automobile Association of Malaysia (AAM)? Bagi yang tak pernah dengar, AAM ni basically adalah syarikat yang memberikan perkhidmatan bantuan kerosakan kenderaan.

Ada orang tanya, perlu ke jadi ahli AAM? Buat rugi je bayar kalau kereta tak rosak. Jawapan aku memang ler rugi kalau korang bayar tapi kereta korang tak rosak, masalahnya korang boleh tahu ke BILA dan WAKTU kereta korang akan rosak?

Contoh lebih mudah lagi macam nilah, memang buat rugi je beli insurans kesihatan kalau korang tak masuk hospital, tapi korang tahu ke bila korang akan sakit?

Jangan terhantuk baru tergadah, jangan bila dah rosak baru kelam kabut nak call sana, nak call sini.

Bagi aku, memang bagus masuk AAM ni terutama bagi kaum wanita, maklumlah, kekadang nak tukar tayar masa pancit pun kita tak reti, kekadang tu masa tengah mencangkung nak ganti tayar, nampak abis g-string akak-akak kita ni, so kalau masuk AAM, takyah susah-susah, semuanya akan dihandle oleh abang-abang mekanik kita dengan percuma, just call saja!

Lagi satu andai kata kereta kita rosak kat tempat sunyi ke, tepi kubur ke, tengah ladang kelapa sawit ke, kekadang kawan-kawan nak datang tolong pun fikir dua tiga kali, hah, masa ni lah baru kita tahu betapa untungnya masuk AAM, andai kata area tu takde mekanik AAM, AAM akan pastikan mekanik dari panel workshop mereka akan datang untuk tolong korang

lagi satu katakanlah kereta korang rosak teruk dan perlu ditarik ke bengkel, seribu kali setahun nak tarik masuk bengkel pun korang tak perlu bayar towing charges, semua free of charge

ada tanya aku, kena bayar ke kalau mekanik AAM datang? Jawapannya tak payah.

Selagi dia boleh repair kat situ, dia akan repair sampai siap tapi kalau rosak teruk dan perlu penukaran spare part, hah time tu korang kena lah bayar kan, melampaulah kalau spare part pun nak free!

AAM sebenarnya ada 2 jenis membership iaitu Basic dan Ordinary

Basic merupakan jenis keahlian berasaskan kereta, bermaksud, jika kereta yg didaftarkan tu rosak, sesiapa sahaja yang memandu kenderaan tersebut pada masa itu boleh memanggil AAM untuk bantuan.

manakala Ordinary plak adalah keahlian yg berasaskan pemandu, bermaksud, jika berlaku kerosakan , maka pemandu yang berdaftar dengan AAM sahaja yang berhak untuk mendapatkan bantuan dan pemandu tersebut kena berada di lokasi kerosakan utk membership verification.

berapa bayaran? Cuma RM75 setahun jeeeeeeeee!

steadylah bro!

aku tulis pasal AAM ni sebab malam minggu lalu kereta aku tetiba boleh rosak dekat basement parking The Curve, Damansara

nasib baiklah AAM ada, tak sampai setengah jam mekanik dia pun sampai dan selesaikan masalah itu dalam tempoh 15 minit je, kalau takde AAM, matilah aku, tengah malam pulak tu…so kalau berminat korang boleh call 1800-88-0808, then tanyalah macam mana nak join

bukan apa, kalau korang nak aku tolong bila kereta korang rosak pun aku boleh tolong, tetapi setakat TOLONG TENGOK jelahkan, manalah aku expert bab2 kereta ni, setakat isi angin tayar ngan isi minyak bolehlerrrrr….chow!

SAK: Pernah dua tahun kerja AAM

Read Full Post »

bonet oh! bonet

lately ni aku minta maaf kepada mereka yang sering jenguk blog aku kerana aku kurang produktif skit, banyak benda yang sedang berlaku hingga ‘merencat’ aktiviti blogging aku

but rasanya aku dah kembali temui rentak itu but maybe it takes time sikit kot nak agresif macam dulu, slow-slow ya…pelan-pelan kayuh

hari ini aku nak cerita sedikit pengalaman yang bagi aku agak lawak jugalah masa aku tengah drive tadi

sewaktu melalui kawasan USJ Taipan, Subang Jaya, aku telah terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang agak teruk jugalah

depan kereta aku ada sebuah kereta Proton Saga putih,  pada mulanya aku tak perasan apa-apa

tiba-tiba aku nampak macam ada sesuatu kat bonet belakang kereta tersebut

aku perhati dan tenung betul-betul….tak cukup dengan itu, aku ambil handphone dan ‘zoom in’ dekat objek berkenaan

LAAAAAAAAAAAAAAAA….KORANG TAHU TAK BENDA APA? RUPANYA DIA TUTUP BONET KERETA DIA GUNA MANGGA !!!!!!!!!

aku pun apalagi, snaplah gambor dua tiga keping, sambil tu aku punyalah dok menahan perut kerana asyik ketawa

agaknya apalah yang dia isi dalam bonet kereta dia sampai siap taruk mangga bagai…

kekadang aku angkat topi ngan rakyat Malaysia kerana sifat kreatif mereka dalam dok modified kereta, tetapi dalam bab kereta mamat ni, aku tak tahu nak kategorikan dia dalam apa, kreatif ka? innovatif ka? atau kategori haru biru ka???

tapi takpelah, as long as dia tak kacau orang dahlah, janji dia bayar roadtax tiap-tiap tahun, bab mangga dia tu…suka hati kaulah Labuuuuu…..janji kau bahagiaaaaaa….hahahahahah

Read Full Post »

ceramah Anwar di Stadium Kuala Kubu yang mendapat sambutan hangat

ceramah Datuk Seri Najib di Taman Bunga Raya pun ramai gila..

hari ini tibalah masanya pengundi Hulu Selangor memilih siapa yang mereka rasakan terbaik untuk menjadi wakil mereka di Parlimen

sempat jugalah aku ke sana untuk melihat kemeriahan suasana berkempen, baik di kem BN mahupun di kem PKR

bukan takdak pendirian, tetapi bagi aku kita harus berfikiran terbuka bila bercakap mengenai politik

apa yang relevan dulu, mungkin tidak relevan pada hari ini dan begitulah sebaliknya

aku dengar apa PKR beri, aku dengar apa yang BN janji

aku terhibur dengan apa yang Anwar Ibrahim ucap, aku juga teruja dengan apa yang Najib sebut

cuma dalam keghairahan berpolitik, ingatlah, jangan sampai maruah kita tergadai dek kerana persengketaan dan perbezaan ideologi serta fahaman

malam tadi juga aku gembira kerana berjumpa dengan ramai teman-teman lama dalam dunia media termasuk juga beberapa orang blogger

aku dan blogger Wanfai dari Berita Harian

yang paling kelakar dah tentulah pertemuan aku dengan wartawan TV3, Shahrir Kadir

Syahril A. Kadir dan Shahrir Kadir

dari dulu orang sering confuse antara aku dengan Shahrir, so semalam bila kami terserempak berdua, apalagi bergambor ler

apapun malam ini keputusan siapa yang menang akan dinobatkan, aku harap esok semua akan kembali seperti biasa 

tiada lagi permusuhan dan hina-menghina

SELAMAT MENGUNDI!

 

Read Full Post »

Jom urut kaki!

baru-baru ini aku dengan sahabatku, Azri tetiba teringin nak pergi berurut…nak pergi urut badan takutlah, kang lain lak jadinya, apatah lagi kalau yang mengurut tu spesis cewek seberang atau amoy dari mainland, duit terbang dosa pun melekat

lagipun alang-alang nak pergi mengurut, biarlah pada mereka yang betul, urut bukan boleh buat main-main, silap haribulan datang berjalan, balik merangkak, pergh!

pada mulanya kami nak gi cari pakar-pakar urut tradisional kat kampung-kampung ni, tapi kami pun tak tahu kat mana, lagipun hari dah larut malam sangat

so sambil pusing-pusing kat Bukit Bintang tu, kami nampak lah sepasang suami isteri yang berumur dalam lingkungan 50-an sedang duduk menunggu pelanggan, kesianlak tengok, di saat orang lain dah beradu kat katil, diaorang masih lagi dok berembun mencari nafkah sesuap nasi

pakcik ngan makcik ni ambil upah urut kaki atau ‘foot reflexology’

fikir balik, daripada buang duit kat pusat refleksologi yang mahal-mahal tu, bagus juga bagi duit kat pakcik ngan makcik ni

actually Azri ni dulu pernah lumpuh dan koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, so disebabkan itu, dia cukup yakin dengan kaedah mengurut ni kerana kaedah itu juga yang buat dia boleh sihat sampai sekarang

disebabkan aku ni ‘kecut’ sikit bab urut ni, aku bagi Azrilah buat dulu…Ya Rabbi, aku nak pecah perut tengok Azri bila diurut, menjerit-jerit hahahahahaha

ADOYYYYYYY!!!!

tapi tak sampai setengah jam, hujan turun pulak…so kami decide pergi ke Lorong Hj Taib kat Chow Kit

hah jangan salah sangka, Lorong Hj Taib dah banyak berubah dah berbanding dulu, so kat situ memang ramai pengamal tradisional urut kaki

memandangkan Azri dah urut kaki, kali ni dia urut badan pulak, nak tergelak pun ada bila dia diarah ‘separuh bogel’ kahkahkah, tetapi pakai kain pelikat la noks, nak mampus kalau bogel terus, kat tepi jalan lak tu, mau terbalik Chow Kit dibuatnya!

memang sempoi tempat tu, tempat urut tu di kaki lima kedai, so kalau nak urut satu badan, diaorang pasanglah kain penghadang bagi elak pemandangan 18SX hahahah

akulak sekadar ambil urut tapak kaki, rupa-rupanya urut tapak kaki ni bagus

semua urutan ini berpandukan titik-titik akupunktur atau ‘acupuncture point’ yang telah ditetapkan dibahagian tertentu badan.

Urut tapak kaki atau reflexology, sememangnya terasa sakit, mengikut teorinya, tempat-tempat yang mempunyai masalah kesihatan akan terasa sakit bila dipicit dibahagian tertentu tapak kaki.

kalau korang nak tahu, kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot

jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut,tegang pada bahu dan masalah buang air besar

menurut kajian pakar perubatan moden, urutan atau rangsangan tertentu pada urat-urat saraf yang sebanyak 7200 di telapak kaki, boleh merangsang pengeluaran Endorphins (sejenis kimia yang dikeluarkan oleh tubuh badan secara semulajadi untuk mengurangkan kesakitan – natural painkillers), melancarkan peredaran darah pada seluruh organ-organ tubuh badan yang lain dan seterusnya menyembuhkan penyakit, baik yang baru atau lama dideritai, baik yang ringan atau yang kronis, secara berperingkat-peringkat

dekat nak Subuh barulah kami balik…nak tahu berapa upahnya?

urut kaki hanya RM20 dan urut badan cuma RM60, murah seh! Sampai je rumah terus tidur tak hengat dunia, betul la orang kata, urut ni cukup sesuai dengan mereka yang ada masalah tak boleh tidur macam aku ni, zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Read Full Post »

(pix Mstar.com)

dah lama tak dengar khabar pelakon terkenal Ida Nerina, selepas jatuh tangga di rumahnya hingga mengalami kecederaan parah, Ida khabarnya terpaksa menjalani rawatan di India

semalam dia muncul ditemani dua rakan karibnya, Susan Lancaster dan Atilia di mahkamah syariah

kesian pula terpaksa diusung guna kerusi roda, maklumlah selama ini Ida kan dikenali sebagai pelakon hebat dan lincah, bila dah jadi begini, off course rasa simpati aku tetap ada

c’monlah, kita kan manusia

dengarnya sebelum insiden itu, Ida dah sempat menunaikan umrah di Mekah

takpelah, tu ‘bahagian’ dia, ‘bahagian’ kita belum tahu macam mana

semoga Ida akan tabah, begitu juga aku, begitu juga engkau, ermmm….

Read Full Post »

Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 telah mencatatkan sejarah apabila menghasilkan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga yang mula dikeluarkan pada 9 Julai 1985

sebenarnya aku ada banyak kenangan dengan kereta Proton Saga ni

ketika mula-mula kereta ini berada di pasaran, aku masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kerteh, Terengganu

aku ingat lagi, ketika perhimpunan pagi baru hendak dimulakan iaitu sewaktu baru hendak menyanyikan lagu Negaraku, kami semua boleh bertempiaran keluar dari perhimpunan hingga menyebabkan guru-guru terpinga-pinga, rupa-rupanya cikgu disiplin kami yang garang, Cikgu Ong sampai ke sekolah dengan kereta Proton Saga hijau yang baru dibelinya

bayangkan, hampir 400 orang murid-murid mengerumuni kereta Cikgu Ong kerana jakun dengan kereta tersebut sehingga guru besar terpaksa memanggil semula kami masuk ke dalam perhimpunan

” Dahlah tu, esok boleh tengok lagi kereta Cikgu Ong, mari nyanyi dulu lagu Negaraku ni,” katanya berkali-kali menggunakan mikrofon

tak lama kemudian, abah pula beli kereta Proton Saga 1.3S, aku ingat lagi, kereta itu berwarna merah dengan nombor plate CY 6570

apalagi, dekat seminggu aku tak mahu naik bas sekolah semata-mata  nak suruh abah aku hantar, bukan apa, saja nak eksyen ngan kawan-kawan hahahaha

di sini ada satu insiden kelakar, masa pulang ke Pulau Pinang, kami ikut jalan lama, maklumlah sekitar tahun 85 ni highway pun banyak yang belum siap, tetiba abah nak terkencing, mana ada R & R masa tu

lalu abah masuk ke sebuah kawasan belukar, ketika dia baru nak ‘melepaskan hajat’, tiba-tiba muncul beberapa orang kanak-kanak

” Wei ada kereta Proton Saga, jom kita pergi tengok, jom kita pergi tengok!!!,” jerit kanak-kanak tu

apalagi terkejutlah abah aku, aku masih ingat lagi sampai sekarang bila dia kata, ” Nasib baik abah tak terkencing dalam seluar, terkejut abah dibuatnya,”

satu lagi peristiwa yang tak dapat aku lupa dengan kereta Proton Saga merah kami tu apabila terdapat satu kejadian yang hampir meragut nyawa kami sekeluarga

sewaktu hendak pulang ke Pulau Pinang dari Terengganu, masa tu lagi beberapa hari nak raya, abah tak dapat mengawal kereta yang dipandunya ketika melanggar lopak air di Gambang, Pahang

ini menyebabkan kereta kami terjunam ke dalam sungai, nasib baiklah ada akar-akar kayu dan paya bakau, so ia menahan kereta kami tu daripada tenggelam, kalau tak confirm tak dapatlah korang baca blog aku sekarang ni, pergh!

so agak-agak korang ada tak memori dengan kereta Proton Saga ni? atau, korang ada simpan lagi tak gambar-gambar menarik masa Proton Saga diperkenalkan dulu?

kalau ada, korang mungkin berpeluang membawa pulang wang tunai RM25,000 hanya dengan menggunakan sekeping gambar kereta Proton Saga yang dihantar kepada peraduan The Saga Snap & Win Photo Contest.

peraduan tersebut bertujuan mengembalikan nostalgia yang mungkin menyentuh hati peminat model itu sejak ia diperkenalkan di pasaran sehingga versi terkini atau mengimbau pengalaman indah pemiliknya yang mempunyai nilai sentimental

ia bersempena aniversary ke 25 tahun Proton Saga dalam pasaran

korang boleh layari http://www.proton.com untuk maklumat lanjut

mana tahu, daripada hanya sebuah  memori, ia boleh bertukar menjadi rezeki, siapa tahu kan? cubalah.

Read Full Post »

kalau sekitar tahun 90-an dulu, siapa tak kenal penyanyi Farra yang terkenal dengan lagu Bagaikan Puteri itu

terus terang, waktu itu aku rasa Farra adalah artis yang paling lincah, seksi dan paling hebat menari, ala-ala Paula Abdul gitu

kalau korang tengok dia menari kat stage, fuh, dah macam artis Hollywood bro! Kalah Linda Jasmine, serius

hari ni actually bukan aku nak cerita pasal Farra, aku tak kenal dia secara personal pun tetapi aku ada sejarah dengan BAPAK dia!

masa tu aku belajar di matrikulasi UIA dekat Universiti Malaya

actually semua pelajar baru UIA kena mengikuti ujian pembacaan Al-Quran, WAJIB

kalau ‘pitching’ lari kira dimaafkan, tetapi kalau tajwid ke mana, bunyi ke mana, maknanya siaplah korang, kena masuk kelas mengajilah jawabnya

ramai juga budak yang kantoi terutama yang bukan dari background sekolah agama, bukan sebab takleh baca langsung tetapi bab ‘nun mati’ ni memang fail habislah, sampai lecturer siap sound kami; ” Korang ni baca Quran macam gi marathon, semua korang redah, yang panjang jadi pendek, yang pendek jadi panjang, dah confirm masuk kelas ngaji!”

dipendekkan cerita, pensyarah Al-Quran aku tu namanya Ustaz Arshad, boleh tahan gak garangnya, serius je

rupa-rupanya dah dekat satu semester dia ngajor, baru kami tahu yang dialah bapa Farra!

kekadang yang lawak tu, bila nampak dia dari jauh, aku dengan member2 aku akan nyanyi…’tapi sayangggggg, hanyalah impian, bulan tak bisa tumbuh di tamannnnnn’

entah dia dengar ke tak wallahualam, kekadang ada gak member2 aku sindir dia…bapak punyalah alim, tapi anak TAK HENGAT!

tapi tulah, sedangkan pantai lagikan berubah, apatah lagi manusia

bila aku baca Kosmo! tadi, aku rasa kagum yang amat sangat kerana Farrah yang dulu punyalah lincah dan seksi-meksi, kini telah melalui transformasi tersendiri

tiada lagi dunia tarian, tiada lagi dunia nyanyian…sebagai ibu tunggal, Farra kini lebih selesa meninggalkan dunia glamournya dulu dan kini hanya menumpukan usaha membesarkan anaknya yang comel itu

kisah Farra yang terkini boleh korang KLIK kat sini

agaknya di mana Ustaz Arshad sekarang?

Read Full Post »

pejabat TV Hijrah di Pusat Islam, Kuala Lumpur (credit to FB Syirfan)

bagi mereka yang berada di luar lingkungan dunia penyiaran, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa tidak lama lagi akan ada satu saluran TV Islam sepenuhnya yang boleh dinikmati secara percuma oleh penonton di seluruh negara, tak silap aku akhir tahun ini atau awal tahun depan

ia diterajui oleh AlHijrah Media Corporation yang diketuai bekas bos besar TV9, Bukhari Che Muda

aku difahamkan pengerusinya ialah Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, ermm mungkinkah maknanya di sini ia akan menggunakan duit Felda sebab Yusof sendiri Pengerusi Felda? Wallahualam

nampaknya tak lama lagi berpinarlah mata kita semua sebab menjelang menjelang tahun 2012, apabila RTM memasuki era penyiaran digital, dilaporkan sekurang-kurangnya 19 lagi saluran baru diwujudkan. Ini bermakna, kalau Astro sendiri sekarang sudah menyediakan kira-kira 150 saluran, bayangkan berapa banyak saluran lagi yang boleh kita dapat, ini belum dicampur tujuh stesen TV berbayar yang khabarnya dah dapat kelulusan untuk beroperasi

sebenarnya aku tidak ada langsung prejudis terhadap kehadiran TV Hijrah atau mana-mana stesen tv yang baru dalam pasaran

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: