SEWAKTU bertugas sebagai wartawan jenayah dulu, saya sering juga menyertai pertandingan menembak yang dianjurkan oleh beberapa agensi keselamatan negara terutama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Entah di mana silap saya, selalunya daripada 10 biji butir peluru hidup yang dibekalkan penganjur, jarang sangat tembakan saya mengenai sasaran.
Adakalanya hanya dua atau tiga butir saja yang mengenai target, yang lain tu entah ke mana!
Selalunya sebelum pertandingan dimulakan, jurulatih bertugas akan menerangkan kepada kami tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian.
Masih segar diingatan bagaimana saya teruk dimarahi seorang anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) hanya kerana saya terleka menghalakan muncung rifel automatik Styer ke arah orang ramai sewaktu dihantar menyertai pertandingan menembak di atas sebuah kapal TLDM di Lumut, Perak beberapa tahun lalu.
Sejak pada itu saya tidak pernah ambil mudah lagi bila menyertai mana-mana pertandingan menembak. Tak sanggup lagi dimarah ‘buta-buta’ seperti mana kejadian di Lumut tempoh hari. Lebih pada itu, saya tidak sanggup melihat berlakunya kemalangan hanya kerana kecuaian saya mengendalikan senjata.
Apa yang saya nak kongsi di sini, hampir kesemua pertandingan menembak yang saya sertai, para hakim akan terlebih dahulu mengingatkan kami bahawa SENJATA ITU BERHANTU!
– petikan dari artikel terbaru aku di www.mstar.com.my, cerita lanjut boleh korang baca kat SINI
teringat lagu sanisah huri. Nasib baik kene maki je bang, Kot die suruh ‘forward roll’ muntah tayak akakakakakakakakakkakakak
tak semua orang mampu dan terpilih untuk bermain dengan senjata api nih
SENJATA ITU BERHANTU! satu kenyataan yang pernah aku lihat
wow! gambar posing sambil menembak ni memang gempak. cumanya pistol di mcm pistol zaman koboi. mungkin sebab tu la sudah nak kena sasaran. try le guna pistol mcm dlm CSI
cools
nasib baik senjata 2 yg hantu klu msuk skali org yg pgng 2 hantu nak kata apa