Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2010

* gambar Jidin Giding

Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam

Ketika ditemui kira-kira pukul 5.30 petang itu, bayi malang yang dibaluti dengan kain batik tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24 jam

apalagi nak dikata…

Read Full Post »

 

mayat Tok Janggut

 

dulu ketika Tunku Abdul Rahman berusaha mendapatkan kemerdekaan daripada British, ada suara-suara sumbang yang memperkecilkan usahanya, kata mereka, ” Buat apa nak merdeka, kita ni nak buat jarum pun tak reti, apatah lagi nak mentadbir “

lama sebelum Tuanku Abdul Rahman, pahlawan-pahlawan kita seperti Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Hj Abd. Rahman Limbung (sekadar menyebut beberapa nama), bermati-matian mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta hingga ada di antara bermandi darah dan gugur menyembah bumi

selepas merdeka, nama-nama seperti Mejar Zainal Rashid, Kanang Anak Langkau, ASP Zabri Abd Hamid, DSP Sia Boon Chee (juga sekadar menyebut beberapa nama) berhabis-habisan menentang pengganas komunis hingga ada yang terburai perutnya demi Malaysia negara mereka yang dikasihi

tetapi kita sekarang seolah-olah memandang enteng setiap keringat dan titisan darah mereka yang jatuh itu

kita rasa kemerdekaan itu satu perkataan yang ‘biasa-biasa’ saja, tidak lebih dari sekadar perayaan tahunan dan masa untuk kita bercuti

kita rasa Jalur Gemilang itu hanya sejenis kain yang dilukis dan dicat, tempatnya hanya di tiang-tiang sekolah dan bangunan kerajaan

kita malu nak nyanyi lagu Negaraku walaupun selama 11 tahun di sekolah rendah dan menengah, itulah lagu yg kita dok nyanyi hari-hari

bila bendera kita dibakar dan dibaling najis, kita hanya melihatnya sekali lalu, dan itu sajalah, kita langsung tidak ada perasaan nak menunjukkan rasa marah dan kesal kita pada pihak yang melakukan onar itu

kalau pasal politik, kita sanggup kena kejar dengan FRU, sanggup berarak beramai-ramai, berpidato dan berbagai lagi, tapi bila negara kita dihina sehina-hinanya, kita hanya berdiam diri

kita sangat bacul!

mana UMNO, mana Pas, mana DAP, mana PKR? Mana parti yang bukan main lagi nak kita menyokong mereka, tetapi mana pemimpin parti-parti ini sekarang? Mana Ketua Pemuda mereka yang bukan main berapi bila berucap?

Mana Khairy? Mana Guan Eng? Mana Mat Sabu? Mana Chegu Bard? Mana?

.

selamat menyambut hari kemerdekaan, di mana jua, anda berada.

Read Full Post »

 

baru- baru ini aku berkesempatan bertemu dengan ex-staff aku di Sinar Harian, Afra yang baru pulang daripada berpuasa dan mengerjakan umrah

aku pernah menulis dalam entry aku sebelum ini bagaimana Afra yang ranggi dan ‘gila-gila’ ini tiba-tiba mengambil keputusan untuk ke Mekah seorang diri

sewaktu berbual dengannya, aku tak banyak cakap dan hanya terdiam seribu bahasa bila dia menceritakan pengalamannya di Mekah dan Madinah

Alhamdulilah, Afra sempat mengerjakan lima kali umrah selama berada di sana

tetapi ada satu peristiwa telah berlaku sewaktu dia mengerjakan umrah sehingga membuatkan bulu roma aku semuanya tegak berdiri OK!

menurut Afra, sewaktu mula-mula tiba dan masuk ke dalam Masjidil Haram, seorang makcik yang turut bersamanya dalam pakej umrah  tersebut telah berkata sesuatu bila melihat Kaabah

” La, taklah besar sangat ye Kaabah tu Afra,” katanya

Afra tidak membalas apa-apa. Dia dan makcik tu kemudiannya meneruskan solat seperti biasa

namun sebaik saja kedua-dua mereka selesai solat dan memberi salam, makcik itu tiba-tiba menangis dan meraung

korang nak tahu makcik tu kata apa?

” Afra masa makcik bangun daripada sujud, makcik tiba-tiba nampak Kaabah yang sebesar-besarnya betul-betul berdiri tegak depan mata makcik, makcik terkejut, takut sungguh, makcik menyesal ‘tercakap’ pasal tu tadi,” katanya sambil menangis teresak-esak

hambik ko! sebab tu dari dulu orang cakap mulut jangan cabul bila pergi sana, memang kita akan dapat ‘cash’ punya!

apapun keinginan aku untuk ke sana semakin membuak-buak rasanya…ya Tuhan berilah aku peluang…..

Read Full Post »

aku ora mudeng Pak!

Sumatera Utara

Gunung Sitoli, Kabupaten NIAS

aku mempunyai ramai sahabat dan kenalan di Indonesia sewaktu bertugas sebagai wartawan dulu

ini kerana aku terlibat dalam membuat liputan tiga bencana malapetaka besar yang melanda Indonesia beberapa tahun kebelakangan  ini

ia adalah  peristiwa tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias dan gempa bumi di Yogyakarta

banyak entry-entry aku sebelum ini menceritakan pengalaman aku sewaktu bertugas di sana tempoh hari

Alhamdulilah, aku tidak punya masalah besar dengan warganya, aku selesa dengan mereka dan mereka juga selesa dengan kehadiran aku, rasanyalah

cuma aku akui, peristiwa pelanggaran kapal TLDM kita dengan kapal Tentera Laut mereka di Ambalat serta isu Manohara sedikit sebanyak membuatkan ada perasaan ‘curiga mencurigai’ di antara aku dan rakan-rakan di Indonesia , pendek kata ia agak ‘merenggang’ berbanding dulu

ibaratnya air teh yang diminum, makin ‘tawar’ rasanya

semalam salah seorang daripada mereka menghantar SMS kepada ku, bunyinya lebih kurang begini;

KENAPA RAKYAT KAMI SERING MENJADI MANGSA, DIPUKUL, DIDERA, DIBUNUH?

lantas aku pun membalas SMSnya;

Statistik terkini Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan warga kamu terlibat dalam 236 kasus (kes) samun berkawan tanpa senjata api, 429 kasus curi, 45 kasus bunuh, 48 kasus rogol, 23 kasus cabul kehormatan, 21 kasus samun berkawan bersenjata api dan 174 kasus pecah rumah

dan sehingga malam tadi dia belum menjawab SMS aku, bertarawih barangkali…

 

* aku ora mudeng bermaksud aku tak faham dalam bahasa Jawa

Read Full Post »

Pada 7 Jun 2006, aku dan sekumpulan wartawan Malaysia mengikuti rombongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi (yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan) melawat khemah perubatan yang didirikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu mangsa gempa bumi di Dapok Gilangharjo Bantul, Yogyakarta

ketika ATM sampai ke sana, tidak ada mana-mana pasukan perubatan pun yang merawat mangsa gempa bumi di kawasan tersebut

jeritan mangsa gempa bumi kedengaran di sana sini

dalam ramai-ramai mangsa itu, kami menemui adik Elis Krisyanto, kanak-kanak malang yang menghidap penyakit lebihan cecair otak hingga dia tidak mampu melihat

doktor di sana mengatakan Elis tidak mempunyai harapan untuk pulih

hidung Elis sebelum ini gagal terbentuk dengan sempurna manakala matanya juling akibat penyakit ensephalacelo yang dideritainya

sejak itu, usaha membawa Elis menjalani rawatan di Malaysia digerakkan oleh Ahmad Zahid, Utusan Malaysia dan sekumpulan pegawai dan pakar perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Alhamdulilah, berkat sokongan semua pihak, dia berjaya dibawa untuk menjalani pembedahan di PPUM

kos bagi pembedahan dan rawatan Elis sebanyak RM70,000 (kira sendiri kalau nak ditukar dengan duit rupiah) diambil daripada kutipan Tabung Bencana Kementerian Luar-RTM. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan PPUM pula membiayai kos penginapan serta makan minum ibu bapa Elis sepanjang mereka di Malaysia

akhirnya Elis berjaya dibedah dengan selamatnya dengan tak guna walau satu sen pun duit kerajaan Indonesia

aku tak dapat bayangkan sekiranya kerajaan Malaysia tak ambil inisiatif untuk membawa Elis menjalani pembedahan di Kuala Lumpur, barangkali adik Elis telah lama meninggal dunia

apa yang aku ceritakan ini hanyalah sekelumit cerita daripada ribuan program bantuan yang telah kita hulurkan kepada rakyat Indonesia

itu belum cerita mengenai bantuan kita kepada penduduk Aceh masa tsunami, Pulau Nias dan Padang waktu terjadinya malapetaka tempoh hari

bagaimana pula ribuan warga Indonesia yang kaya raya, atau paling tidak pun dapat membina rumah, hasil daripada pendapatan yang mereka peroleh dari majikan masing-masing di Malaysia

hasilnya-> KEDUTAAN KITA DIBALING NAJIS, RAKYAT KITA HENDAK DITIKAM DENGAN BULUH RUNCING , BENDERA KITA DIBAKAR

sekurang-kurangnya binatang pun masih tahu berterima kasih kepada tuannya…

SAK: Percaya masih ramai rakyat Indonesia yang baik hati budinya

Read Full Post »

apalagi yang penunjuk perasaan di Jakarta ini hendak buktikan kepada Malaysia, bakar bendera- sudah, baling najis- sudah, buluh runcing- sudah, lantas apa lagi?

hanya inikah cara kamu hendak tunjukkan kemarahan? hanya inikah cara hendak tunjuk kedangkalan fikiran? hanya inikah cara hendak tunjuk kebodohan?

berapa bayaran yang kamu dapat untuk berbuat demikian? Rp100,000? Sebungkus nasi? sebungkus bakso?

kenapa hanya mahu usir rakyat Malaysia di negara kamu, kenapa tidak minta saja rakyat kamu di Malaysia pulang segera ke tanah asal mereka?

kamu kata Malaysia kejam, kenapa makin hari rakyat kamu makin ramai masuk ke Malaysia? kenapa tidak ke Amerika? Kenapa tidak ke Jepang, atau paling tidak pun ke Singapura?

jawapannya mudah, kerana hanya kami yang ‘kejam’ ini  saja dapat menerima orang yang  BODOH seperti kamu yang membakar bendera, membaling najis  dan membawa buluh runcing itu!

Read Full Post »

air tangan ibu…

aku sangat rapat dan ‘manja’ dengan ibuku, namun biasalah, ‘manja’ anak lelaki ni lain sikit…takdelah sampai peringkat tidur sebantal atau menangis teresak-esak kalau lama tak jumpa

namun Allah saja yang tahu perasaan dan kasih aku pada ibu, aku rasa majoriti daripada kita pun mempunyai rasa yang sama

sepanjang pengalaman aku terlibat dengan kerja-kerja kemanusiaan di ‘lorong-lorong gelap’, acapkali aku bertemu dengan anak-anak kecil termasuk remaja yang beribukan wanita pekerja seks

namun Alhamdulilah, ia tidak sedikit pun membuatkan mereka rasa malu atau rendah diri, bahkan ada yang memberitahuku yang mereka tetap bangga dengan ibu mereka

bangga bukan kerana pekerjaan hina itu, tetapi bangga kerana ibu mereka masih sanggup membesarkan mereka berbanding segelintir insan di luar sana yang rela membunuh dan mencampakkan zuriat masing-masing ke tong sampah hanya kerana untuk mentutup malu

” Mak kita memang menyundal, tetapi dia tak buang kita, susah ke, senang ke, dia tetap besarkan kita…jalang-jalang pun mak saya tau,” kata salah seorang anak jalanan di Chow Kit yang aku masih ingat sampai sekarang

tadi aku berkesempatan pulang menemui ibu yang ku panggil emak, puasa kali ini dia tidak begitu ceria seperti sebelumnya

pembedahan di kaki dan sakit-sakit di seluruh badan sejak akhir-akhir ni membuatkan mak lebih banyak bermuram, tidak begitu ceria

namun mak tetap gagah menjalani ibadah puasa dan tarawih

selalunya bila pulang berbuka puasa dengan emak, aku akan membawanya makan di luar…ini kerana aku tak sanggup melihat dia bersusah payah memasak untuk aku walaupun aku sangat merindui ‘air tangannya’

lagi pun sejak dia tak sihat, mak dah jarang ke dapur…selalunya dia akan makan di rumah kakak aku yang terletak bersebelahan

tetapi entah kenapa petang tadi aku tiba-tiba boleh ‘terlepas cakap’ tentang masak lemak cili api, makanan ‘favourite’ aku

” Mak, buka puasa jap lagi kalau ada masak lemak cili api ikan Talapia best nih,” kata aku

mak hanya tersenyum

memandangkan ada masa lagi sebelum berbuka, aku pun masuk ke bilik dan berehat

apabila tiba saja waktu berbuka, aku pun ke meja makan dan mengangkat tudung saji

alangkah terkejutnya aku kerana sudah tersedia masak lemakl cili api ikan Talapia di atas meja

tak cukup dengan itu, mak juga dah siapkan makanan kegemaranku yang lain seperti telur dadar dan sayur sawi

” Mak beli kat mana semua ni, depa jual kat pasar ramadan ka?,” tanya aku kehairanan

” Dak aih, tadi masa hang tidoq, mak pi market cari ikan, pastu bila balik mak masak la,” kata mak

aku tak berkata apa-apa, aku rasa betul-betul sebak sampai nak suap nasi ke mulut pun aku rasa payah

dalam keadaan dia yang sakit, mak boleh jalan perlahan-lahan, pastu pandu kereta meredah panas terik, pergi ke pasar dalam keadaan lapar dan dahaga, kemudian memasak makanan kegemaran aku

walaupun masak lemak cili apinya tadi sangat sedap, namun bila mengenangkan pengorbanannya itu, nak telan sebutir nasi pun terasa benar payahnya

terasa akulah insan yang paling bertuah petang tadi

semasa pulang, aku terbayang bagaimanakah keadaan teman-temanku yang ibu mereka sudah pun kembali ke Penciptanya

sudah tentu mereka merindui air tangan ibu mereka, sudah tentu mereka mendambakan kasih ibu mereka, sudah tentu mereka dahagakan belaian manja ibu mereka

kepada yang masih mempunyai ibu, janganlah sesekali melupakan atau mengabaikan ibu anda selagi mereka masih bernyawa

ini kerana sesal kemudian sudah tidak berguna lagi

biarlah ibu kita bodoh, biarlah ibu kita pelacur atau hatta ibu kita gila sekali pun, dia tetap ibu kita

ibu yang ‘mengizinkan’ kita menumpang di rahimnya selama sembilan bulan, ibu yang mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan kita di bumi hingga menjadikan kita seperti yang ada sekarang

mak tadi mungkin hanya memasakkan masak lemak cili api untuk aku, tetapi percayalah, jasanya itu tak mungkin dapat ku balas sampai bila-bila

walau sampai ke hujung nyawa!

Read Full Post »

ada orang ‘complaint’  yang blog aku makin hari makin ‘berat’ isunya, takde lagi santai macam mula-mula dulu

ermmm, mungkin sebab aku makin tua kot kwang kwang kwang

dan bila aku belek-belek balik entry aku lately ni, memang nampak macam ada sikit serius….so hari ni kita jangan serius-serius sangat

sempena bulan puasa ni aku nak cerita pasal buka puasa

dulu masa aku jadi wartawan, sampai tak menang tangan memenuhi majlis buka puasa, kat restoran tulah, kat hotel nilah, kat rumah pun ada

bila dah tak kerja wartawan ni aku ingat dah takde siapa yang ingat kat Syahril Kadir ni, rupanya masih ada yang sudi jemput aku berbuka puasa , Alhamdulilah

OK seperti tahun-tahun sebelum ini, restoran favourite aku untuk berbuka puasa ialah restoran ala-Bali,  Bora Asmara yang terletak di Sungai Pencala (dekat area One Utama, Damansara)

selain luas dan suasananya yang memukau, harga buffetnya sangat berbaloi, RM50 seorang…aku rasa lauk pauk  dan kuih muih je dekat 50 jenis adalah….sambil korang kunyah, akan ada kumpulan penyanyi yang akan mendendangkan pelbagai lagu untuk halwa telinga korang, siap datang dari meja ke meja bro

bang, lagu raya satu!

terasa macam dilayan macam VVIP betul, lepas makan ada surau yang luas untuk kita bersolat sambil dihembus angin bukit yang berhampiran, syahdunyeeeeee

err...saya nak dari hujung tanduk sampai hujung kaki boleh tak Chef?

juga disediakan kambing panggang untuk korang makan sepuasnya, jangan sampai tergoleh dah, tarawih pun ‘terbang’ entah ke mana

pendek kata, korang akan rasa macam berbuka puasa di Bali, bukan di Sungai Penchala..berbaloi kalau nak cuba

bila tengok dekorasi ala Bali dia, belum makan pun rasa dah kenyang

ni bukan promosi, tapi kalau nak try boleh call 03-7726 0964

OK, antara restoran yang tak kurang happening yang aku pergi untuk berbuka adalah Chakri Palace yang terletak di KLCC

yang ni segala mak nenek makanan Siam ada dihidangkan…pada yang hantu makanan Thailand, bolehlah cuba kalau nak rasa makanan Siam yang piaw habis tu

yummy!!!!

kat sana, aku dan kengkawan lepak dengan Datuk Garry Chua, jutawan low profile yang juga pemilik restoran eksklusif ni

aku dan jutawan yang low profile, Datuk Garry Chua

Datuk Garry juga adalah antara penaja utama teater Cuci The Musical yang Hans Isaac ngan Afdlin Shauki berlakon itu

tetapi makan kat sini agak mahal sikitlah, RM70 per person, tapi nak buat macam mana, Datuk Garry bagitahu aku, sebulan saja sewa yang dia perlu bayar kat KLCC adalah RM100,000!

apapun still berbaloi, sebut aja makanan Siam yang korang suka, semua ada dalam buffet restoran ini

yang paling membuatkan air liur korang kecur dah tentulah Tom Yam Specialnya

cukup pedasnya, cukup masamnya, cukup ayamnya, cukup seafoodnya, slurrrpppppp!!!

selain itu, restoran ini juga mendapat pengiktirafan Halal jadi kita nak makan pun takdelah was-was

and last but not least, Murtabak International yang dijual oleh sahabat aku Shuhib di Bazar Ramadan Seksyen 6 Kota Damansara (dekat uptown)

kalau korang datang ke Bazar Ramadan kat sini, dari jauh korang dah nampak orang beratur punya panjang macam beli tiket bas semata-mata nak beli murtabak ni

Shuhib tengah melayan customernya walau dalam hujan

isinya punyalah banyak, kalau makan sebiji, confirm tak yah makan benda lain, pasti kenyang ya amat

panas ke, hujan ke, pelanggan tak pernah kurang punya, walaupun harga RM4 sebiji, tapi sedapnya tak terkata beb

setiap biji murtabaknya akan dicampur dengan daging halus, rempah, minyak sapi, kentang, bawang dan dua biji telur

yang membezakan murtabak ini dengan murtabak yang lain ialah, isinya dimasak dulu dalam bekas atau loyang khas

isi/inti murtabak dimasak berlainan

kemudian bila siap, isi tadi akan dibalut pula dengan tepung roti canai sebelum digoreng atas kuali besar

dah nak buka puasa pun masih ramai dok beratur!

pergh, cakap banyak tak guna, try sekali baru baru tahu bro!

 

apapun terima kasihler kepada ‘mereka-mereka’ yang sponsor majlis buka puasa aku kali ini

kalau harapkan aku yang marhaen ini, buka puasa kat kedai mamak je ler

blurrrppppp, Alhamdulilah….

Read Full Post »

aku tidak mahu dilihat sengaja mencipta provokasi, jadi aku memilih untuk menyiarkan dan mengekalkan artikel yang bakal aku siarkan ini dalam bahasanya yang asal;

In protest of what it calls a religion “of the devil,” a nondenominational church in Gainesville, Florida, plans to host an “International Burn a Quran Day” on the ninth anniversary of the September 11, 2001, attacks.

The Dove World Outreach Center says it is hosting the event to remember 9/11 victims and take a stand against Islam. With promotions on its website and Facebook page, it invites Christians to burn the Muslim holy book at the church from 6 p.m. to 9 p.m.

“We believe that Islam is of the devil, that it’s causing billions of people to go to hell, it is a deceptive religion, it is a violent religion and that is proven many, many times,” Pastor Terry Jones told CNN’s Rick Sanchez earlier this week.

Jones wrote a book titled “Islam is of the Devil,” and the church sells coffee mugs and shirts featuring the phrase.

Muslims and many other Christians — including some evangelicals — are fighting the initiative.

The church launched a YouTube channel to disseminate its messages.

“I mean ask yourself, have you ever really seen a really happy Muslim? As they’re on the way to Mecca? As they gather together in the mosque on the floor? Does it look like a real religion of joy?” Jones asks in one of his YouTube posts.

“No, to me it looks like a religion of the devil.”

(artikel ini dipetik daripada http://edition.cnn.com)

aku percaya, apa yang diperkatakan itu bukanlah mewakili suara majoriti pengamal Kristian

kerana seperti Islam, aku tahu semua agama di dunia ini juga bencikan penindasan, keganasan, huru-hara dan sebagainya

yang merosakkan agama, bukanlah agama itu sendiri, tetapi pengamalnya yang mentafsir kehendak dan tuntutan agama mengikut acuan, kehendak dan nafsu masing-masing

semoga Allah melindungi kitab suci Al-Quran yang menjadi pegangan kita selama ini

Allahuakbar , Allahuakbar, Allahuakbar

Read Full Post »

ingat tak baru-baru ini aku menulis mengenai pengalaman kami ke rumah Sinar Salam yang menempatkan pekerja seks, penagih dadah dan bayi terbuang itu?

ermmm…banyak juga feedback yang aku dapat, ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengeji

tapi tak mengapalah, masing-masing ada pandangan tersendiri, aku dan kawan-kawan menghormati setiap pandangan yang diberikan itu, takde rasa marah atau kecil hati langsung

bagi aku dan kawan-kawan, lagi orang marah, lagi orang hina, selagi itulah kami tak akan berhenti membawa pekerja-pekerja seks dan penagih dadah ini pulang ke pangkal jalan

orang boleh kata apa saja tapi kalau sekadar melemparkan pandangan dari  kerusi empuk dan bilik hawa dingin, baik tak payahlah kot…

malam tadi selepas berbuka puasa, aku dan kawan-kawan sekali lagi ke rumah Sinar Salam

kebetulan ada hamba Allah yang menganjurkan majlis berbuka puasa untuk penghuni Sinar Salam, alhamdulillah

Alhamdulilah...

selepas para penghuni rumah ini yang terdiri daripada pekerja seks dan penagih dadah ini menunaikan solat, kami semua mula bergerak ke setiap lorong dan tempat sasaran

tujuannya untuk mengagihkan makanan, minuman dan pemberian pakaian terpakai kepada pelacur dan penagih dadah jalanan di sekitar Chow Kit dan Petaling Street

sambil memberi bungkusan nasi dan air mineral, kak Fidah tak berhenti-henti memberi nasihat kepada golongan ini agar pulang ke pangkal jalan dan berhenti daripada melakukan kerja terkutuk itu

jangan lupa baca Bismillah ye..

cantik gak baju ni kak...

” Dik, akak bukan selalu dapat bagi korang makan, ada orang derma bolehlah akak bagi, kalau takde, takdelah. Sambil makan tu cuba fikir sampai bila nak hidup macam ni, akak tak paksa korang, korang boleh fikir sendiri, kalau nak jalan keluar, akak boleh tunjukkan,” kata kak Fidah pada wanita-wanita berkenaan

memang aku kagum betul dengan dia, approach dia memang berbeza, dia tak paksa, dia tak marah, dia tak hina golongan ini

malah dia bagi makan dan pakaian lagi kepada mereka

aku pernah tanya kak Fidah, kenapa dia buat kerja-kerja macam ni, dia jawab mudah saja

” Kerana sebungkus nasi orang boleh jadi pelacur, orang boleh murtad..dan kerana sebungkus nasi juga orang boleh bertaubat dan kembali kepada Tuhan,” katanya

dalam maksudnyakan….

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: