Rasulullah SAW bersabda;
“Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk daripada bangkai, sedang botol khamar itu dikalungkan di lehernya dan gelas di tangannya, sedang di antara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala jengking dan mereka memakai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir’aun dan Haman.”
sesiapa saja yang sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Shah Alam khususnya yang menggunakan Federal Highway, pasti akan melihat ‘mercu tanda’ ibu negeri tersebut iaitu kilang arak terbesar di Malaysia, Carlsberg yang terletak di sebelah kiri jalan
nasib baiklah ada Masjid Sultan Salahuddin yang terletak tidak jauh dari situ, kalau tak confirm orang ingat Shah Alam tu Denmark, tempat ‘kelahiran’ beer terkenal itu
aku difahamkan ada seorang dua orang Melayu yang jadi ahli lembaga pengarah kilang berkenaan
tetapi sungguh aku tak sangka, bukan setakat lembaga pengarah, rupa-rupanya sebahagian pekerja kilang Carlsberg tu pun orang Melayu, astaga!
dan the best part is, dalam kilang tu juga ada surau!
semua ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang berkunjung ke kilang berkenaan kelmarin
Khalid pergi ke sana kerana nak berbincang dengan syarikat tersebut mengenai cadangan untuk mendirikan terminal bas Shah Alam di situ
ini ayat yang aku petik dari blognya. www.khalidsamad.com
” untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.
” Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam
” Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam. Ketua persatuan pekerja juga seorang Melayu,”
adoyyyyy, memang aku musykil bab ni
aku pun hura-hara gak orangnya tapi bab arak ini kita pun tahu, jangan kata minum, nak hidang pun dah dianggap haram
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam daripada anas bin malik radhialllahu ‘anhu berkata :
Maksudnya : “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak.”
(hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)
aku teringat dengan perbualan aku dengan seorang pakcik baru-baru ini
katanya, dulu sekitar tahun 70-an, orang-orang Melayu memang ramai yang ‘kaki tunggang’
hingga satu peringkat, sewaktu kilang Guinness Stout hendak beroperasi di Seberang Perai, Pulau Pinang dulu, ramai anak muda Melayu yang berebut-rebut hendak bekerja di situ dengan harapan dapat ‘tunggang’ free
entahlah, apa komen korang?
benda dah jelas hukum. jelas sejelasnya tp buat juga. sendiri mkn pengat sendiri mau ingat..
matlamat hidup walaupun jujur dan ikhlas tetap tidak boleh mengubah sesuatu hukum yang telah ditetapkan
salam saudara seIslamku sheikh syahril kadir al tanjungtokong,
utk pengatahuan saudara saya pernah bertugas sebagai pembuat atau pelayan minuman mabuk,.ia berlaku kira-kira berbelas tahun yang lalu.kelab yang saya bekerja itu pengerusinya ialah……seorang muslim dan abang kepada seorang tokoh politik yang terkenal serta termahsyur di seantero dunia.pada ketika itulah sekarang pun dia masih terkenal di seantero dunia.
berbalik cerita saya,jikalau dahulu sememangnya anak-anak muda dan org tua melayu suka tunggang bir dan whiski namun senjak zaman saya perkara itu dah berkurangan,cthnya saya walaupun saya bertugas sbgai penuang arak dan pembuat arak namun saya tidak minum bir dan jack daniel,malahan saya cukup termelugai dengan haruman bir.
biarpun begitu demi mencari rezeki walaupun dikatakan ia tidak halal saya terkilan dan terpaksa meneruskan juga utk beberapa bulan.lalu saya pun stop bekerja di tempat lain,saya sungguh tidak tahan dengan hinaan dari kawan-kawan saya yang kerja mereka kununnya lebih baik dari saya.biarpun begitu pengalaman bekerja sebagai pembuat minuman keras juga rupanya amat berguna.kita akan tahu bagaimana untuk memabukkan orang dan mengurangkan kemabukan orang.
pada saya lebih baikm jauhkan diri dari tempat sebegitu,kalau terdesak sangat-sangat mungkin boleh utk seketika terdesak sangat,sangat,sangat.daripada menajdi toy boy baik p keje kat situ.ini pendapat sayalah.
oh saya difahamkan pada satu ketika dulu ada pelahjar daru universiti perlis telah melawat kilang tersebut.em,ntah lah sheikh….
salam…dr arak lah punca segala kejahatan..nauzubillahiminzalik.
sama2 lah kita berdoa moga Allah melindungi agama islam, Al-Quran, saudara seagama kita dr kejahatan org kafir.
kenapa amerika nak bakar Al-quran ek, apa kena-mengena Al-quran dgn wtc.
bace artikel ni teringat member kejer stewert…
org susah beb… carik kejer x dpt…
tp last2 duit gaji tu pun tak berkat…
habis mcm tu jer…
betul ker gaji berkaitan arak ni mahal????
tp yg masih aku musykill… kilang arak ade surau…. ade persatuan kebajikan islam…
nak kenal gak ar sape imam nye????
aku pun terkejut, kalau YB Khalid tak buat lawatan tu sampai bila2 pun kita tak akan tahu realiti sebenar. kalau dia jemput bro Syahril masuk dalam tu pasti banyak lagi benda2 menarik. cuba la pergi sana malam Jumaat ni, silap haribulan mungkin ada majlis berbuka puasa, baca yasin, solat tarawih dan qiamullail bersama Imam Surau Carlsberg!
Salam, buleh tahan jugak anak murid aku ni, alang2 ustaz bahang ke dia, tahniah.
Orang2 tua ada pesan:tolong jangan buat 3 perkara ni
i. derhaka kepada ibu bapa
ii.cakap dusta
iii. minum arak
saya setuju cikgu, tepat sekali
jom kita gi sama-sama silver, hang bawa pisang sekali!
kena kaji tu saudara armad
Assalammualaikum…,isu ini ada tempias sikit dengan isu pelajar university pegang khinzir siap posing2 ambil gambar lagi macam pegang barbie doll.
Sudah jelas kepada kita semua berdasarkan prinsip beragama…,jika kita tidak melakukan kemungkaran tetapi bertindak, bersikap dan menyokong ke arah itu tetap berdosa.
Nak Itot…
Yo bro-bro semua. Actually benda nie dah lama dah. JAIS wat bodo jerr. Fyi, dlm tawun 2004, Ust. Zawawi ada dijemput utk memberi kuliah agama oleh “Persatuan Pekerja-Pekerja Islam”. Perkara yg membuatkan beliau terkezut beruk ialah ianya dtg dr “Persatuan Pekerja-Pekerja Islam Calsberg”. Beliau pergi jua memberi kuliah pd bulan posa. Pergi dijemput dgn bagus. Baliknya sendiri tampa d wakili oleh geng pekerja islam Carlsberg. Coz, Ust.Zawawi kasi smash baik punya. RM sesen pun Xdiambilnya. Maklumat lanjut blhlah bertanyakan Ust.Zawawi.
Adios!
kalau YB tak buat lawatan, aku telah tahu ramai orang melayu islam kerja di calsberg serta juga Guiness Anchor Bhd. aku kenal HR Manager di GAB seorang Islam, mendirikan surau di situ.
dia solat tak tinggal, tapi yang aku tak faham, dia dengan pendirian dia, kerja di GAB.
berbalik kepada orang Islam minum arak, sejak kerja di salah satu MNC di PJ, aku dapati ramai orang muslim minum arak. apa lah nak jadi dengan orang islam zaman skrg ni.
errmmm…susah nak cakaplah cik tahan lama…
bagi aku gaji yang pekerja2 melayu yang berkerja kat sini di kira haram la..itu jer komen aku