aku macam nak menitik airmata bila baca akhbar yang 20,000 penduduk dari pelbagai daerah di Jawa Timur berhimpun untuk mendapatkan duit zakat yang diedarkan oleh pihak pengurusan syarikat rokok Gudang Garam semalam
puluhan ribu penduduk itu berhimpun di luar kilang rokok itu sejak awal pagi lagi
menurut seorang pegawai bahagian perhubungan masyarakat polis di sini, bilangan penduduk yang datang untuk mendapatkan wang zakat itu lebih ramai daripada tahun lalu
“Mereka (penduduk yang datang) berasal dari berbagai daerah di Jawa Timur seperti Nganjuk, Jombang, Trenggalek, dan daerah lain,” katanya.
dia menyatakan pihak polis menempatkan kira-kira 700 anggota keselamatan untuk mengawasi ketenteraman
kebanyakan penduduk yang mahu mendapatkan duit zakat itu termasuk kanak-kanak dan orang tua
mereka berhimpun untuk mendapatkan wang antara 10,000 rupiah (RM3.45) hingga 20,000 rupiah (RM6.90)
korang bayangkan, dengan nilai macam tu kat Malaysia ni, hanya layak bayar duit tol dari Damansara ke Shah Alam je
malang sekali, dengan kedaifan yang macam inipun, semalam masih ada rakyatnya yang maki hamun, panjat serta nak serang bangunan kedutaan kita di Jakarta
sebab tu dek kerana jumlah yang sama juga, depa sanggup dirasuah untuk bakar bendera kita
kekadang nak marah pun, payah juga….biasalah manusia, bila perut lapar, semua sanggup buat apa saja
bersyukurlah kita semua kerana dilahirkan di bumi bertuah ini
aku harap teman-teman di sana insaflah, dan belajar bersyukur walau dihimpit susah..kerana sekurang-kurangnya kita masih punya nyawa!
Salam aidil fitri..
Hmmm sedih sangat baca…anak buah saya rm 5 pun tak pandang!..mak ngah duit raya mesti nak yang kaler merah..perghhh ..
kadang diorang ni pun satu ‘macam’ seperti yang brader cakap..saya ni tengah pening dengan diorang ni..janji PKR..janji nak kerja partime on hariraya..last minit , tak jadi..blalaalblala alasan nya.. Saya bersabar tahap dewa je nih..
Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin..( batin ada ka?..ahaks..))
salam buat family tercenta
Salam Tuan Syahril,
Salam Aidilfitri dari saya. Selalu membaca entri blog tuan secara senyap sahaja.
Sebelum puasa dahulu saya ke Jakarta untuk program bantuan makanan Ramadan untuk fakir miskin. Pengagihan terpaksa dijalankan di dalam rumah,bimbang jika dilakukan di luar, akan menimbulkan kekecohan.
tuan iskandar, terima kasih ye, senang calling2, kita jumpa kat luar pekena teh, emel saya no tuan…mybluesgang@yahoo.com
ini batin yang menjurus pada hati, bukan mcm urut batin hahahaha, selamat hari raya, naper tak cakap nak pakai part time, anak buah saya ramai nganggur ni!
Teringat saya masa mengagihkan roti untuk rumah anak-anak yatim…masih tergiang-giang di telinga suara salah seorang anak yatim di situ apabila mendapat roti…”pakcik..bagi dua boleh?…adik demam…dia tak boleh beratur”…
( masih menitiskan airmata bila/ masa teringatkan dan menaip kisah nie… )
Ya Allah…bertapa beruntung saya ini walaupun dalam keadaan yang sederhana..,walaupun ada dosa yang mungkin terlanjur…walaupun ada perkara yang terlalai…masih diberikan keberuntungan, keberkatan dan rezeki tanpa mengira sejarah dan keadaanku….dan orang2 tersayang masih disisi…Syukur Alhamdullilah.
cerita panjang2 pasal indon ni pun tak guna. Cuma saya baru2 ni terfikir, kaum mrk yg dtg kerja sini walau pun mungkin tak jauh beza dari mrk yg ada di sana namun dgn datang ke sini boleh lah dianggap bagaikan meningkat ke satu fasa hidup yg lebih baik. Kira macam org kita yg pernah merasa gi oversea la. Minda dah terbuka sikit. Yg masih di sana tu, dgn segala bentuk kedaifan dan tindasan, mana mungkin minda mereka akan terbuka. Jadi kisah2 ganyang Malaysia ni rasanya akan sentiasa segar dalam perkembangan semasa indonesia..
sedih bila kenangkan nasib orang miski…nkan… kita ni beruntung sangat kat sini…. kalaulah saya jutawan…. tapi ada seram juga ek kalau sampai tahap jutawan…. ramai yang khianat