aku rasa mana-mana family pun terutama yang mempunyai anak cucu yang ramai, pasti berhadapan dengan masalah berebut toilet setiap kali di pagi raya
maklumlah rumah atok kat kampung tu tandasnya satu saja, untung-untung ada dua tiga bilik tandas, tapi itupun aku rasa masih belum dapat menyelesaikan masalah berebut toilet ni
apataknya, semua berebut hendak mandi dalam tempoh yang serentak, maklumlah kang terlepas sembahyang raya pula
yang bangun solat Subuh taknak pula mandi awal-awal, maklumlah kampung atok airnya sejuk…yang tak sembahyang apatah lagi
lebih memeningkan kepala, ada pula cucu-cucu yang tak reti fikir orang belakang, dia bantai mandi dekat sejam, entah apa yang digosok dan disabunkan aku pun tak tahu
dalam keadaan kelam-kabut macam nilah, dalam toilet tu akan jadi ‘pertunjukkan fesyen’, ada yang bra tergantung kat pintu, ada underwear terjatuh kat lantai, ada yang panties tersangkut kat paku, abis semuanya nak cepat, naik kelabu biji mata!
berus gigi ni jangan cakaplah, kalau dekat 20 orang anak cucu yang balik, kita pun leh terlupa berus gigi kita yang mana tu, sampai penuh atas para
yang perempuan pula, kalau sorang ada dua tiga koleksi pencuci (shampoo, facial wash, make-up cleanser, pencuci tut! tut!), korang bayangkan kalau dah 20 orang bawa bawa benda yang sama, sampai penuh toilet atuk, macam-macam brand
yang kerja eksekutif ngan manager tu aku tengok brand diaorang ala kadar je, tetapi yang kerja ‘kuli-kutif’ ni makkk oooiiii, ngalahkan mak-mak datin seh…ada Loreal, DKNY, Estee Lauder…pergh!
tetapi perkara-perkara sebeginilah yang menceriakan pagi Aidilfitri sebenarnya, sampai kekadang aku tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak buah aku ni
pagi raya semalam juga mencatat sejarah dalam hidup aku bila aku tersalah bawa seluar untuk dipakai bersama baju Melayu
ikut plannya aku nak bersampin la kononnya, jadi aku pun bawa sehelai baju Melayu berwarna kuning pinang
disebabkan kelam kabut, aku terbawa seluar yang berwarna kuning cerah, adoyyyyy gila tak matching!
last-last aku pakai baju Melayu dengan seluar slack je lah… tak kisah lah tu, yang penting raya ni bukan untuk bermegah, tetapi untuk menginsafi diri dan bergembira setelah sebulan mengharung lapar dan dahaga (ayat cover line, hehehe)
orait pada kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan yang aku tulis dalam blog marhaen ini menyinggung mana-mana pihak atau orang perseorangan
yang baik datang dari Tuhan, yang buruk datang dari aku sendiri
terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sentiasa memberi komen atau menjadi silent reader aku selama ini
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…Walillahilham
ikhlas dari,
SYAHRIL A. KADIR
selamat hari raya, maaf zahir batin..
Ya..saya pun mengalami perkara yang sama dengan Syahril..berebut toilet… Lebih lebih lagi kalau dapat atok yang macam ‘General’.semua mesti on time .Selalunya kaum ibu le yang paling akhir dapat gunakan toilet..Tapi tu yang syoknya.Memeriahkan pagi raya.
Disini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Syahril dan keluarga serta pembaca pembaca setia blog Syahril A Kadir.
Jadi ke tuan rumah nak adakan open house untuk kami di ‘KAYANGAN’?….hehehe
selamat hari raya bro. post aku yg maba menyakitkan hati harap dimaafkan ya.
Ptd pun cuti lah juga, aku raya KL je thn ni. Kalau sudi nak beraya kat kedai mamak pekena teh, bgtahu lah.
sesamalah kita marina ye..
jangan kata kayangan, daratan pun boleh mami!
insyaallah bro, jgn lupa duit raya aku ahaks!
baju melayu berseluar slack takper lagi bro….,jangan sampai butang baju melayu tak sepadan sudah ler….nanti dah macam traffic light ler pulak he he he….
Selamat Hari Raya Ril….Salam kemaafan dari akak dan keluarga…. mudah2an Ril berbahagia di hari raya…. Kalau arwah masih ada pastinya dia yang akan mengucapkan selamat hari raya untuk Ril….dan tak pernah lupa bercerita tentang isu2 dalam blog Ril…. ada sahaja cerita dan komentar untuk mengingati dan memuhasabah diri…salam…
ko tak minta maaf lagi ngan aku…itu hari dgn secara tiba2 ko ilang ehh…takot jammed le katanya…hehehehe..duit raya cekkk….
wah..cantik gak le baju raya tu walaupun tak matching..! kehkeh..
selamat hari raya..!