segalanya bermula apabila berita lewat malam TV1 dan TV3 melaporkan penemuan mayat rentung/ terbakar di Banting, Selangor
kemudian tak lama lepas itu berbagai kisah yang mengaitkan penemuan itu dengan Datuk Sosilawati Lawiya tersebar di internet dan blog
SMS ni jangan ceritalah….ada yang mengambil ‘jalan tengah’ dengan tidak menyebut nama Sosilawati secara direct, tapi tak kurang juga yang dah buat kesimpulan yang mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang itu
bagi mendapatkan kepastian, aku pun menelefon rakan-rakan media untuk mengetahui kisah sebenarnya yang berlaku, semuanya ketika itu memberitahu yang mereka masih belum mendapat kepastian atau sebarang kenyataan daripada pihak polis
aku sendiri pun tak berani nak jawab bila member-member bertanya…aku hanya mampu menjawab MUNGKIN atau BARANGKALI
masa aku bertugas sebagai wartawan jenayah, kerap juga Bukit Aman mengeluarkan arahan EMBARGO terhadap beberapa kes jenayah terutamanya kes culik
EMBARGO maksudnya kita tidak boleh menulis dan menyiarkan berita itu sehingga ianya ditarik balik, bukan kerana hendak berahsia tetapi selalunya ketika itu polis mungkin sedang menjejaki atau memasang strategi untuk menangkap suspek, so mereka tak mahu berita yang tersiar nanti akan membuatkan suspek melarikan diri
aku tak pasti samada Bukit Aman ada mengeluarkan arahan yang sama terhadap kes Sosilawati
terus-terang, aku harap musibah yang dilaporkan mengenai Sosilawati itu tidak berlaku sepertimana yang diperkatakan
aku masih berharap dia ‘baik-baik saja’ hendaknya
namun segala yang yang ku harap nampaknya tidak kesampaian…dan inilah berita yang ditulis oleh rakan wartawanku, Angelina Sinyang sepertimana yang tersiar dalam Utusan Online kira-kira pukul 3.3o pagi
walaupun hanya menggunakan perkataan ‘sumber polis’ ketika itu, aku percaya Angelina atau nama mesranya Angie, YAKIN dan PASTI dengan berita yang ditulisnya
Al-Fatihah untuk semua mangsa, aku masih tak dapat bayangkan betapa kejamnya manusia yang melakukan perkara sebegini kepada semua mangsa, percayalah ini bukan kerja binatang, kerana binatang pun masih ada sifat belasnya!
kalau itulah arwah sosilawati..innalillahiwainnailaihirajiun..
salam..pertama sekali pd tuan blog ni & semua pembaca blog ni saya nak ucapkan selamat hari raya..mohon ampun maaf andai ada komen saya yg kurang elok…
salam takziah saya buat kesemua keluarga mangsa. Al-Fatihah buat kesemua mangsa. peguam atau datuk tak menghalalkan dia jd pembunuh..kalau betul la peguam yg bergelar datuk tu terlibat dlm pembunuhan ni.
dunia sekarang semakin menakutkan. suami bunuh istri, ayah sembelih anak, abang rogol adik, pembuangan baby..nauzubillahiminzalik….
saya setuju dgn dania..dunia terlalu kejam skrg..manusia hilang pertimbangan, sanggup buat apa saje utk duit hingga membunuh org poun bukan satu perkara yg sukar..
andai betul itu sosilawati dan rakan2 yg terlibat al-fatihah utk mangsa..
MasyaAllah!gempar pagi ni pasal kes bunuh sosilawati dan tiga yang lain..kalau kami yg tiada kena mengena ni pn rasa tersentap dengar berita ni,apatah lagi ahli keluarga mangsa2.al-fatihah buat mereka..mohon dijalankan bacaan yassin dan tahlil serta solat hajat utk mengesan dalang besar yg disebut2 tu..Allah tu Maha Melihat,tunggu la balasan Allah pada pelaku2 pembunuhan tu..celaka lah kamu wahai pembunuh!kepada anak2 dn ahli keluarga mangsa,bersabarlah…kirimkan doa buat mereka yg pergi,semoga roh mereka dicucuri rahmayNya…aminn..
saya sangat2 terkejut & sedih. berharap sgt berlaku keajaiban yg mereka akan balik safe & sound…
sebagaimana kita sedih apatah lagi ahli keluarga norhisham, kamarudin..mereka org2 biasa tp sedihnya nasib mereka jd begini..
tunggu kenyataan rasmi polis
salam takziah buat keluarga mangsa… walau siapa pun jenazah tersebut… Mati dibunuh sesuatu yg mengejutkan buat semua… Hilang tiba2 ditemui dalam keadaan begini… Hari ni paper pon sold out… Dari awal tadi lagi p carik paper dah abis…, So tak sempat nak baca …. sekadar baca berita online jer…..
salam,
abang syahril katakan yang abang batch sama dgn ahmad kamil. saya pun satu batch dengan dia. saya berkawan baik dengan isteri kamil, malah kamil dan isteri lah 2 orang dari UIA yang datang ke majlis perkahwinan saya di johor bahru.
Kemudia kali terakhir saya jumpa kamil semasa open house di rumahnya 2 tahun lepas. saya terlalu busy dengan kehidupan hingga lupa akan teman saya yang sanggup meredah hujan turun ke jb untuk majlis saya.
3 hari lalu, Panggilan telefon dari isterinya amat tenang, mengatakan dia berharap suami nya pulang..
Tapi hari ini berita kematian kamil amat mengejutkkan… saya akan ke rumahnya sekejap lagi.. saya mohon doakan lah semoga mereka di beri syurga oleh Allah.. amin..
innalillahiwainnailaihirojiun
alfatihah
apala nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni..
harap apa yang ditemui itu bukan mereka…
Sedih, kesian, hiba…
Jika benar itu beliau… Mungkin itulah perasaan keluarga allahyarhamah membaca berita ini. Kepulangan yang dinantikan membawa berita sedih dalam catatan sejarah keluarga. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Alfatihah..
alfatihah…
antara perkara pertama yang terdetik dalam fikiran aku bila tahu peristiwa ini sudah menjadi kenyataan….tapi tak lah sampai kepada dibakar dan abunya di buang kedlm air….
al-fatihah untuk keluarga mangsa…kekejaman sudah mengatasi segalanya.wang ringgit menjadi taruhan untuk nyawa dlm kehidupan..
Salam takziah buat keluarga dan rakan sekorban Dato’…
apa pun ia sudah terjadi seperti mana yg kita tidak terfikir sekejam itu angkara mereka yg terlibat,
Pengajaran buat kita semua, sekarang ini fenomenanya cukup2 tragis yg dilakukan oleh org yg saling kenal dikalangan kita semua, perlu berhati2. air tenang jangan disangka tiada buaya.
Saya pun berfikiran seperti Cg Marang….,kalau pun berlaku…( tak payah disebut )….kenapa perlu sampai bakar!!!
Inilah manusia yang bertuhankan duit semara-mata dan mengejar syurga dunia.
Yang paling menyedihkan ini dilakukan oleh bangsa melayu yang beragama Islam…tidak kira hala haram, tidak kira dosa pahala….dan ianya berlaku didalam bulan yang mulia ini… Allah Maha Besar….petunjuknya tidak pernah tidak benar….segalanya akan terungkai.
salam takziah sungguh kejadian yg menyayat hati..semoga roh mereka di tempatkan di sisi orang2 yg beriman amiiin…manusia semakin kejam….
saya terlalu sedih
salam,..
al fatihah buat keluarga mereka..
pada Pihak PDRM dan yang membantu info case ini diucapkan jutaan terimakasih…
salam
Takziah..tuk suma mangsa fmily y tlibat! Sedih aku dgr crita2 gni dbln syawal..
Salam takziah buat family yg mengalami tragis, Banyak banyak bersabar.. walaupun hati ini hampir hilang kesabarannya..
kalaulah perkara ini terjadi kpd keluarga tertuduh… bagaimana pulak jadinye..
tamak haloba.. dan tiada perasaan lansung!!!
Semoga Allah membalas sewajarnye kpd org yg terkutuk itu.
buat family mangsa..
kami semua doakan kesejahteraan kalian dan kesejahteraan almarhum-almarhum dan almarhumah. Semoga Allah memelihara kamu semua
Takziah buat semua ahli keluarga allahyarham dan allahyarhamah. semoga roh mereka dicucuri rahmat
kejamny.. nyawa skali je seumur hidup, xbleh dibeli..
Askom salam takziah buat keluarga mangsa yg t’libat. t’lalu sedih ‘n hiba hati pe bila m’dgr berita yg amat tragis skl. m;nitis air mata ku m’dgr berita ini. walaupon aku bkn ahli kuarga arwah, sbgai hamba allah aku ttp terasa azabnya pe bila arwah d’lakukan seperti itu.sggh kejam skl p’bunuhnya m’lakukan p’bunuhan t’hadap org islam yg mana kt sdg m’yambut hari lembaran.kasian ank2 serta isteri mrk.semoga allah m’cucuri rahmat k’atas roh mrk ‘n d’tmptkan di org yg soleh………….amim al fatihah
ape yg kiter boleh buat…
biar la Allah sahaja menghukum mereka…
itu semua dah ditakdirkan…
“tidak akan mati seseorang sehingga habis rezeki mereka AKU(Allah) berikan”
“sesungguhnya maut seseorang tidak akan AKU(Allah) lambatkan sesaat atau cepatkan sesaat. Dan Maut itu pasti datang kepadamu walaupun kamu berlari sejauh mungkin dan menyorok ditempat tidak diketahui oleh sesiapa.”