entry aku hari ini nak menceritakan pengalaman aku berurusan dengan anggota-anggota detektif PDRM sewaktu bertugas sebagai wartawan jenayah dulu
dalam banyak-banyak cawangan dalam PDRM, detektif Cawangan Jenayah Berat (D9) lah bagi aku mempunyai imej dan wajah yang cukup ‘menggerunkan’
para detekftif D9 ini kebanyakannya terlibat dalam mengendalikan kes rompakan bersenjata api, pembunuhan, penculikan dan kes rogol
percayalah, kalau korang tengok diaorang, mati hidup balik korang tak percaya yang mereka ini anggota polis
kalau yang selekeh tu, mengalahkan mat gian yang duduk belakang Chow Kit
kalau yang smart pulak, mengalahkan pegawai bank lagaknya
kalau yang ‘ganas’ pulak, aku rasa mafia Itali tak kelihatan seganas diaorang
ada yang berambut panjang melebihi bahu, ada yang bermisai mengalahkan A. Galak, ada yang berjambang, bertatoo, bertindik telinga dan macam-macam lagilah, kalah Mat Rock!
dulu aku ada sorang member yang aku panggil abang, juga dari D9
dahlah tinggi, misai tebal, rambut mengerbang, muka pulak berkerutu, suara dia mak aiii, kalah Ramli Sarip
dia pernah ngaku kat aku yang ada seorang perogol pernah terkencing dalam seluar bila dia sergah, itu baru sergah, kalau dia jentik aku rasa mau terberak dalam seluar mamat tu
pistol ni pulak jangan ceritalah, kat pinggang ada, kat dalam beg ada, kat kaki pun ada!
” Bukan abang nak sangat pakai gelang ngan berambut panjang ni dik, rimas gak rasanya…tapi demi kerja, kenalah berlakon sikit. Rasanya kalau kami ni di D9 ‘jambu-jambu’, suspek nak ngaku salah pun fikir sepuluh kali, bila ‘dressing’ macam ni, baru dia gerun sikit,” katanya sambil tersenyum
lagipun mereka selalu terlibat dalam penyamaran, so thats why mereka perlu pandai ‘berlakon’ dengan menggunakan pelbagai imej
abang yang aku maksudkan tadi pernah memberkas seorang perompak bersenjata sewaktu dia menyamar sebagai pekerja Telekom Malaysia yang sedang memasang kabel telefon, heheheh, lawak seh
dan sekarang ni dok heboh pasal kes pembunuhan Sosilawati…so kalau korang tengok akhbar dan TV, korang akan perasan para detektif D9 ini sewaktu mereka mengiringi suspek ke lokasi pembunuhan
contohnya gambar di atas, mak aiiii, gila ganas muka diaorang…korang bayangkan kalau dua orang detektif yang mengiringi lawyer di atas itu, adalah orang yang sama menyoal-siasat korang
silap haribulan, baru dia nak buka mulut, kita dah tercirit-birit macam orang kena taun, ngeri sehhhhh….
tahiah kepada semua warga PDRM yang terlibat..
betul tu bro. the first thing i noticed is the detectives. gerun betul tgk yg sebelah kiri tuh. macam gangster filem tamil pun ada hahaha.
respek dgn diorang nih..kalu tgk mesti x tau yg diorang polis..mcm gangster pun ada..lagi ganas dr pembunuh tu..
muka ganas tp hati baik, muka baik mcm peguam tu, perangai….ya Allah!
Tuan Syaril pun nampak brutal jugak…..tapi manis tu ada…he.he.he..
Tapi geng tarik kereta pun muka sikit lebih kurang muka camtu jugak.
Tahniah pada warga PDRM, wa caya lu 🙂
ituler yg aku pelik.. apesal la ada cam mafia rupanya detektif..
wahh memang hebat!!
tahniah PDRM!!!
Betul betul.
Mula2 tengok kat TV dan paper, saya tertanya2 yang muka jahat tu penjenayah ke? Rupa-rupanya polis la. Hu hu tak ingat ganasnya.
Muka polis punyala ganas macam orang jahat.
Muka penjahat punyalah baik macam orang baik2.
So.. kesimpulannya jangan menilai orang melalui muka.
tabik pada D9 cmaner diorang boleh ‘pujuk’ OKT supaya boleh ngaku dan beri petunjuk ngan cepat..
Masa mumula baca paper, kitaorg ingatkan, yg muka brutal tu suspek utama or, yang bersubahat… Ropa2 nyaa…. 🙂
Bagi aku perkara ni aku dh tau lama dh..coz aku dulu keje Polis Bantuan BSN…dulu masa BSN kena rompak kt Kepong..diaorg menyamar jadi pekerja Alam Flora & DBKL…malah seminggu sblm BSN drompak mereka dh tido dlm lori dpn bank selama seminggu..hasilnya 4 perompak ditembak mati…anyway tahniah kpd PDRM kerna berjaya menyelesaikan kes dgn cepat..ini membuktikan PDRM adlh organisasi yg cekap & canggih..malahan diiktiraf dunia…
p/s: tak sangka kes ustazah kena bunuh itupun dh setel..rupanya jiran sebelah rumah…TAHNIAH PDRM!!
tahniah buat PDRM!!!…..terutamanya untuk cawangan-cawangan yang performed la, contohnya seperti cawangan jenayah berat yang gah seantero dunia tu atas ke efektifan dan kehebatan mereka tu. Buat bahagian lain yang agak lemah, harap-harap sesuatu dapat dilakukan untuk membaiki prestasi dan supaya dapat dibuat penambah baikan berterusan.
aku rasa yg paling layak terima ucapan tahniah ialah Usharani. siapa pulak aci ni? bawah ni petikan dari Berita Harian:
Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia.
“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya.
Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanitaIndiabongkarladangmaut/Article
Datuk Sosilawati kalau tak silap dibunuh pada 30 Ogos 2010. Agak lama tu…
Memang dorang ni buat keje, tahniah….cuma sorang dua yang jadi kambing itam tu yang bikin PDRM kadang2 dicemuh namun secara keseluruhannya PDRM memang mantap dan harus diberi pujian. We salute you PDRM.
aku pernah jumpa yang menyamar sbg orang gila dan tukang kutip sampah…tiba2 je dia ada kat satu2 tempat…bila selesai je kes kat kawasan tu dia pun hilang…apa2 pun aku cukup gerunlah tengok detektif yang dua orang ni…
ler memula tngk ari tue…ingatkan yg rambut panjang tue suspek…polis ruper nyer
Aku teringat mat rempit selak baju tunjuk pistol kat aku. Rupanya D9. Kalau menyamar jadi budak sekolah pun org percaya. By the way, kawan kita ni tak lama lagi jadi jutawan.
haha takyah la tutup muka si peguam alien tu..hari2 keluar muka dia kat tv.dah boleh cam muka keruh dia tu
hehe..biasa lah tu bro…kalau D9..gaya ala2 budak2 program realiti..mau penjenayah minta sain otograf…dh tugas bro…respect abis kt PDRM…
mmg pun gerun. memula ingatkan itu la suspek, skali polissss daaaaa
teruskan menulis. tak perlu cite seks/hantu utk melariskan blog.
hanya perlu share fakta/kisah yg menarik 🙂
Demi keselamatan kita semua, mereka ini terpaksa mengorbankan “kekemasan”. Tapi hati dan perasaan mereka tetap mulia.
aku mula-mula tengok tv..ingatkan yang rambut panjang tu yang ‘suspek’ sbb muka memang macam gengster filem tamil!!rupanya dah silap orang dah..sorry..ye….hahaha..
aku ingtkan sdara-mara diorg…ekekekeke…
memang mengerungkan
mmg pun habis kecoh kat kampung ingat yang ganas tu suspek rupanya polis,tapi kenapa abg tak blur jugak muka polis tu,nanti susah plak nak jadi undercover.
ke lepas ni buat pembedahan pplastik.
P/s:masa sekolah rendah dulu pernah tgk pakcik saya dia pegawai BPR,dia menyamar orang tabligh..habis misai di cukurnya.
haha..d9 mmg hebat cre dorg mnyamr…ad yg mnyamar skema2..org gila..gangster..cm2 la…ape pehal tabik PDRM..tp..TENTRA DARAT..nye mnymar..lagi lame..dr polis..msty korang xcye kan….
tapi kesian la kat detektif tu…dah meninggal ….ermmm