ramai kawan-kawan dan pembaca blog ini marah-marah bila aku kaburkan wajah suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dalam salah satu entry aku baru-baru ini
justeru izinkan aku berkongsi sedikit maklumat mengapa aku bertindak demikian
apa yang korang perlu faham di sini, bukanlah niat aku hendak menunjukkan rasa ‘simpati’ terhadap suspek
aku juga seperti korang semua, marah dan mengutuk perbuatan lahanat yang bertanggungjawab membunuh kesemua empat mangsa yang tidak berdosa itu
cuma buat sementara, kita ketepikan sekejap emosi membara itu dan melihat kes ini dari segi teknikal perundangan
betul, pada asalnya gambar itu tidak dikaburkan tetapi aku sendiri yang membuat tindakan sedemikian, kenapa agaknya eh?
beginilah, jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh dibuat dengan menggunakan peruntukan seperti dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Kanun Keseksaan (PC)
dalam CPC dan PC, prosedur tangkapan adalah sama
dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan
kena ingat, selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek
namun kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk satu-satu tempoh, paling maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat
sekiranya polis gagal melengkapkan siasatan selepas tempoh tersebut, suspek akan dituduh di mahkamah – itupun jika polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara
jika tidak, suspek perlu dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara
itulah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC
perkara ini diterangkan dalam kursus undang-undang yang beberapa kali telah aku lalui sewaktu bertugas dulu
maknanya di sini, jika kita DIREMAN, ini belum bermaksud kita telah disabitkan dengan kesalahan, kita mungkin boleh dibebaskan begitu saja
dalam hal Sosilawati ini, sama ada suka atau tidak, kita kena akui selagi peguam tersebut dan konco-konconya belum didakwa di mahkamah, mereka masih dianggap ditahan hanya UNTUK MEMBANTU SIASATAN
sebab itu media selalunya akan kaburkan wajah mana-mana suspek yang masih dalam tahanan reman
bayangkan sekiranya kesemua atau salah seorang daripada suspek dibebaskan setelah polis berpuas hati mereka/dia tidak terlibat, mana dia nak letak muka sedangkan wajahnya dah keluar kat media-media?
jangan terkejut sekiranya dia pula ambil tindakan mahkamah terhadap media
kes sebegini dah banyak kali berlaku, lain yang direman, lain yang didakwa, lain yang disangka, lain yang dituduh
ini kerana tanpa bukti yang kukuh, susah untuk polis mengaitkan seseorang suspek itu dengan perbuatan jenayahnya
dan inilah yang diajar kepada aku sejak hari pertama bergelar wartawan jenayah
tetapi bila dituduh nanti, nak siar-siarlah, takde siapa pun menghalang
namun nampaknya media sejak dua menjak ini tidak berpegang pada etika itu lagi, tak mengapalah, itu hak mereka, mungkin mereka juga ada alasan mereka yang tersendiri
tetapi sebagai wartawan yang diajar DO and DONT’S, aku tetap berpegang pada amalan tersebut
mungkin aku salah, mungkin aku betul, kalau ada lawyer kat sini yang nak tolong hurai isu ini, silakanlah berkongsi ilmu, aku alu-alukan
wallahualam…
ya, betultu.kenapa nak ikut orang lain kan? Kita berpegang pada peraturan/undang – undang yang memang sudah jelas.Ikut hati mati, ikut rasa binasa!
So, go on, keep up the good works..May success always be yours.Ameen!
salam aidilfitri,
you are right bro,inilah yang dikatakan undang-undang yang sebenarnya penuh dengan misteri.org2 yang pandai memutar belit cakap berbelit sahaja boleh menakluki undang-undang.
pengalaman aku berbelas tahun sebagai PO faham sangat dengan situasi sebegini.malahan aku telah menelah bahawa si polan tuh…..
urm…ngko orang akan terkejut nanti namun inilah dia dengan undang-undang ia juga perkara yang berseni.
thanks..
.banyak info yang baru yang aku perolehi …setidak2nya baru aku tahu pasal apa gambar suspek di blurkan…
sokong saudara syahril..
patut media kena berpegang pada etika kerja..
ada yang KENE buat..ada yang JANGAN buat..
sokong 100%..
abang, gambar kat atas tu abg pakai aplikasi paint kan..cat hitam..heheheh..saje ngusik abg…
cik mala, terima kasih atas komen yang cukup menarik tu ye
bro awang, kebenaran pasti muncul akhirnya…
no prob cg marang, apa yg aku tahu aku akan share, tak rugi apa-apa pun kan?
takusahrisau, setiap apa yg ada di muka bumi ni ada undang-undang dan peraturannya ye tak
tepat sekali cikgu donna, hahahaha, amaturlah katakan
benda-benda blur kan gambar tu, rasanya bukan susah pun nak difikirkan oleh org-org yang buat kerja media ni baik arus perdana, tabloid dan termasuklah blog-blog (aku pun sama lah tu)
cuma pada mereka yg berkenaan tu, barangkalilah .. darjah kepentingan berbeza. etika mengatasi hit, atau langgar je etika janji hit naik .. tu jer.
ntah le bro, betul ke tak betul aku tulis ni.
Kalau hukum buatan boleh diikut..bagaimana hukum Al-Quran? awat xikut semua?? ikut yg suka2 je..manusia akhir zaman~~
Tepat sekali just ikut undang-undang
its fact SAKadir,what uve learns,the praktical does it better,,ur way,ur own believe,,carings whats peoples thought,,makes u crookets.