Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2010

ramai kawan-kawan dan pembaca blog ini marah-marah bila aku kaburkan wajah suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dalam salah satu entry aku baru-baru ini

justeru izinkan aku berkongsi sedikit maklumat mengapa aku bertindak demikian

apa yang korang perlu faham di sini, bukanlah niat aku hendak menunjukkan rasa ‘simpati’ terhadap suspek

aku juga seperti korang semua, marah dan mengutuk perbuatan lahanat yang bertanggungjawab membunuh kesemua empat mangsa yang tidak berdosa itu

cuma buat sementara, kita ketepikan sekejap emosi membara itu dan melihat kes ini dari segi teknikal perundangan

betul, pada asalnya gambar itu tidak dikaburkan tetapi aku sendiri yang membuat tindakan sedemikian, kenapa agaknya eh?

beginilah, jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh dibuat dengan menggunakan peruntukan seperti dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Kanun Keseksaan (PC)

dalam CPC dan PC, prosedur tangkapan adalah sama

dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan

kena ingat, selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek

namun kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk satu-satu tempoh, paling maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat

sekiranya polis gagal melengkapkan siasatan selepas tempoh tersebut, suspek akan dituduh di mahkamah – itupun jika polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara

jika tidak, suspek perlu dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara

itulah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC

perkara ini diterangkan dalam kursus undang-undang yang beberapa kali telah aku lalui sewaktu bertugas dulu

maknanya di sini, jika kita DIREMAN, ini belum bermaksud kita telah disabitkan dengan kesalahan, kita mungkin boleh dibebaskan begitu saja

dalam hal Sosilawati ini, sama ada suka atau tidak, kita kena akui selagi peguam tersebut dan konco-konconya belum didakwa di mahkamah, mereka masih dianggap ditahan hanya UNTUK MEMBANTU SIASATAN

sebab itu media selalunya akan kaburkan wajah mana-mana suspek yang masih dalam tahanan reman

bayangkan sekiranya kesemua atau salah seorang daripada suspek dibebaskan setelah polis berpuas hati mereka/dia tidak terlibat, mana dia nak letak muka sedangkan wajahnya dah keluar kat media-media?

jangan terkejut sekiranya dia pula ambil tindakan mahkamah terhadap media

kes sebegini dah banyak kali berlaku, lain yang direman, lain yang didakwa, lain yang disangka, lain yang dituduh

ini kerana tanpa bukti yang kukuh, susah untuk polis mengaitkan seseorang suspek itu dengan perbuatan jenayahnya

dan inilah yang diajar kepada aku sejak hari pertama bergelar wartawan jenayah

tetapi bila dituduh nanti, nak siar-siarlah, takde siapa pun menghalang

namun nampaknya media sejak dua menjak ini tidak berpegang pada etika itu lagi, tak mengapalah, itu hak mereka, mungkin mereka juga ada alasan mereka yang tersendiri

tetapi sebagai wartawan yang diajar DO and DONT’S, aku tetap berpegang pada amalan tersebut

mungkin aku salah, mungkin aku betul, kalau ada lawyer kat sini yang nak tolong hurai isu ini, silakanlah berkongsi ilmu, aku alu-alukan

wallahualam…

Read Full Post »

kalau ikut laporan akhbar, rupa-rupanya peguam yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain baru-baru ini telah ‘mengumpan’ jutawan kosmetik itu dengan memberikan arwah ‘post-dated’ cek bernilai RM1 juta

pemberian cek itu bagi menyakinkan Sosilawati yang dia (suspek) benar-benar telah berjaya mencari pembeli sebidang tanah kepunyaan arwah di Pulau Pinang

justeru pada hari malang tersebut, suspek meminta arwah datang ke pejabatnya kerana dia mahukan bayaran komisyen atas ‘kejayaannya’ menjual tanah berkenaan bagi pihak arwah

sebab itu pada hari kejadian, Sosilawati membawa peguam dan pegawai bank bersama-samanya untuk bertemu suspek bagi urusan pembayaran komisyen berkenaan, namun apa yang berlaku kesemua mereka telah dibunuh dan dibakar!

itu cerita arwah Sosilawati dan ceknya yang bernilai RM1 juta, aku sendiri pula hari ini turut mendapat 1 juta, tetapi bukan berbentuk cek

hari ini aku bersyukur kerana blog aku yang ntah apa-apa ini rupanya telah mencatatkan visitors/ pembaca yang ke 1,000,000 (satu juta), walhal aku baru dua tahun lebih menulis di dalam blog ini

Alhamdulilah, walaupun tanpa cerita hantu dan cerita seks, nampaknya masih ramai yang sudi menjengah ke blog aku

terima kasih tak terhingga kepada korang kerana menyokong penulisan aku selama ini

terima kasih juga kepada mereka yang sering memberikan komen pada setiap entry yang tersiar

 ucapan terima kasih sekali lagi juga aku ucapkan kepada semua ‘silent readers’ di luar sana

sesungguhnya yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri aku sendiri

semuanya ini memberikan aku semangat untuk terus berkarya dan berkongsi pengalaman yang telah aku lalui sepanjang melibatkan diri dalam dunia kewartawan

terima kasih banyak-banyak!

SYAHRIL A. KADIR

Read Full Post »

dua detektif D9 mengiringi suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati

entry aku hari ini nak menceritakan pengalaman aku berurusan dengan anggota-anggota detektif  PDRM sewaktu bertugas sebagai wartawan jenayah dulu

dalam banyak-banyak cawangan dalam PDRM, detektif Cawangan Jenayah Berat (D9) lah bagi aku mempunyai imej dan wajah yang cukup ‘menggerunkan’

para detekftif D9 ini kebanyakannya terlibat dalam mengendalikan kes rompakan bersenjata api, pembunuhan, penculikan dan kes rogol

percayalah, kalau korang tengok diaorang, mati hidup balik korang tak percaya yang mereka ini anggota polis

kalau yang selekeh tu, mengalahkan mat gian yang duduk belakang Chow Kit

kalau yang smart pulak, mengalahkan pegawai bank lagaknya

kalau yang ‘ganas’ pulak, aku rasa mafia Itali tak kelihatan seganas diaorang

ada yang berambut panjang melebihi bahu, ada yang  bermisai mengalahkan A. Galak, ada yang berjambang, bertatoo, bertindik telinga dan macam-macam lagilah, kalah Mat Rock!

dulu aku ada sorang member yang aku panggil abang, juga dari D9

dahlah tinggi, misai tebal, rambut mengerbang, muka pulak berkerutu, suara dia mak aiii, kalah Ramli Sarip

dia pernah ngaku kat aku yang ada seorang perogol pernah terkencing dalam seluar bila dia sergah, itu baru sergah, kalau dia jentik aku rasa mau terberak dalam seluar mamat tu

pistol ni pulak jangan ceritalah, kat pinggang ada, kat dalam beg ada, kat kaki pun ada!

” Bukan abang nak sangat pakai gelang ngan berambut panjang ni dik, rimas gak rasanya…tapi demi kerja, kenalah berlakon sikit. Rasanya kalau kami ni di D9 ‘jambu-jambu’, suspek nak ngaku salah pun fikir sepuluh kali, bila ‘dressing’ macam ni, baru dia gerun sikit,” katanya sambil tersenyum

lagipun mereka selalu terlibat dalam penyamaran, so thats why mereka perlu pandai ‘berlakon’ dengan menggunakan pelbagai imej

abang yang aku maksudkan tadi pernah memberkas seorang perompak bersenjata sewaktu dia menyamar sebagai pekerja Telekom Malaysia yang sedang memasang kabel telefon, heheheh, lawak seh

dan sekarang ni dok heboh pasal kes pembunuhan Sosilawati…so kalau korang tengok akhbar dan TV, korang akan perasan para detektif D9 ini sewaktu mereka mengiringi suspek ke lokasi pembunuhan

contohnya gambar di atas, mak aiiii, gila ganas muka diaorang…korang bayangkan kalau dua orang detektif yang mengiringi lawyer di atas itu, adalah orang yang sama menyoal-siasat korang

silap haribulan, baru dia nak buka mulut, kita dah tercirit-birit macam orang kena taun, ngeri sehhhhh….

Read Full Post »

seperti yang aku pernah tulis, aku terlibat secara langsung dalam membuat liputan beberapa kes jenayah berprofil tinggi sebelum ini seperti Geng M16 dan kes pembunuhan melibatkan arwah Noritta Samsudin, mendiang Canny Ong dan Altantuya Shariibu 

sebenarnya sampai sekarang agak sukar untuk aku memberi tafsiran atau definisi sebenar apa yang dimaksudkan dengan kes berprofil tinggi 

walaupun dekat 10 tahun juga aku menjadi wartawan di mana sebahagian besarnya di Meja Jenayah, aku pun payah nak beri maksud yang tepat bila orang tanya – APA ITU KES BERPROFIL TINGGI 

tetapi secara dasarnya, aku boleh membuat kesimpulan yang kes berprofil tinggi adalah kes yang melibatkan kepentingan umum, orang-orang kenamaan dan menjadi perhatian seluruh negara, seperti yang terbaru kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang lain 

sebenarnya korang kat luar sana hanya perlu bayar RM2 untuk membaca perkembangan kes berkaitan atau sekarang ni dah boleh baca secara percuma melalui internet 

tetapi tahukah korang betapa ‘seksanya’ kami sebagai wartawan jenayah untuk menghasilkan berita-berita kes berprofil tinggi ini 

pertama, kami terpaksa bersaing dengan akhbar-akhbar atau stesen TV untuk menghasilkan laporan yang terbaik dan terkini, dalam hal ini kami tidak boleh tertinggal walau satu pun fakta penting mengenai kes yang sedang kami laporkan 

jika kami gagal, atau dalam erti kata lain, kami ‘miss’ mana-mana fakta kes berbanding akhbar/TV lain, jawabnya kami akan dihamun oleh editor kami, malah sampai satu peringkat kami mungkin akan ditukarkan ke bahagian lain atau diberikan surat tunjuk sebab kenapa kami gagal dalam tugasan yang diberikan 

kedua, kami terpaksa berhati-hati dalam setiap kes yang kami laporkan kerana jika kami tersilap fakta, atau dikesan menambah-nambah cerita yang sebetulnya tidak ada, kami PASTI akan dipanggil oleh polis untuk diambil keterangan atau disoal-siasat 

lebih teruk jika kami dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan, peguam atau pendakwaraya confirm akan ‘basuh’ kami cukup-cukup jika mereka merasakan kami terlebih ‘rempah ratus’ ketika menulis berita mengenai kes yang mereka kendalikan 

dan yang paling ditakuti oleh setiap wartawan adalah jika disaman pihak yang tidak berpuas hati dengan berita yang dihasilkan, silap haribulan, company boleh bangkrap dan kerja pun boleh melayang! 

selain itu, sebagai wartawan, kami juga perlu tahan lasak 

tahan lasak maksudnya bukan macam Hulk Hogan tu, tapi kami perlu tahan kena maki, tahan berjemur di lokasi contohnya duduk berjam-jam di lokasi pembunuhan, berkampung di luar pagar rumah orang (macam kat rumah arwah Sosila), tahan bekerja kekadang sampai 24 jam sehari dan macam-macam lagi dugaan 

namun adakalanya kami perlu BERANI, kerana kalau asyik takut kena soal-siasat dengan polis, kalau asyik takut disergah peguam dan kalau asyik takut disaman, percayalah, takkan ada akhbar di dunia ini! 

sebab itu kami cukup berhati-hati dalam menulis, sumber kami perlu ada kredibiliti, fakta kami perlu ada integriti dan tulisan kami perlu ada ‘maturity’ 

dalam erti kata lain bukan BERANI MEMBUTA TULI tetapi BERANI YANG ADA ISI! 

berbalik pada isu kes pembunuhan berprofil tinggi ini, selain daripada kenyataan rasmi daripada pihak polis, kami juga pasang ‘kaki’ atau informer dalam PDRM sendiri 

kekadang mekanik polis pun boleh beri ‘info’ yang cukup berguna kepada kami 

ini belum lagi ‘kaki’ kami di bilik mayat, bomba, RELA, Imigresen, kastam, tentera, petugas hospital, operator trak tunda dan sebagainya 

percayalah, semua ‘kaki’ ini tak perlu diberi rasuah seperti yang disangka (reporter pun sengkek sebenarnya), selalunya mereka bersedia memberikan kerjasama jika kita hormat dan pandai mengambil hati mereka, maklumlah mereka juga manusia, kekadang dengan hanya satu senyuman pun kita boleh mendapat ‘info’ daripada mereka-mereka ini 

sebab itu menjadi wartawan bukan hanya perlu bagus dalam penulisan, kami juga perlu mempunyai teknik PR (perhubungan awam) yang baik dan perlu pantas dalam membuat keputusan 

yang paling penting, kami perlu bijak dalam menilai sesuatu maklumat, merungkai sesuatu info, menganalisa sesuatu fakta dan mempunyai rangkaian atau network yang baik 

kalau takde kawan, ‘kaki’ atau informer, itu bukanlah wartawan 

kalau nak cerita pasal karier kewartawanan ni sampai esok pun tak habis, saya sendiri walaupun pernah jadi wartawan, masih belajar dan belajar untuk menjadi wartawan yang baik 

susah memang susah nak tulis berita kes jenayah yang berprofil tinggi ini, tetapi bila pembaca puas membaca hasil tulisan kita, itulah kenikmatan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata sebenarnya…

Sharilfudin, Angelina dan aku...kami bertiga selalu terlibat dalam membuat liputan kes jenayah berprofil tinggi dulu

blogger Shamsul (www.ondscene.my) - PAKAR WARTAWAN KES TEMPAT KEJADIAN

Mazidul, wartawan jenayah TV3 yang cukup dikenali

Read Full Post »

segalanya bermula apabila berita lewat malam TV1 dan TV3 melaporkan penemuan mayat rentung/ terbakar di Banting, Selangor

kemudian tak lama lepas itu berbagai kisah yang mengaitkan penemuan itu dengan Datuk Sosilawati Lawiya tersebar di internet dan blog

SMS ni jangan ceritalah….ada yang mengambil ‘jalan tengah’ dengan tidak menyebut nama Sosilawati secara direct, tapi tak kurang juga yang dah buat kesimpulan yang mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang itu

bagi mendapatkan kepastian, aku pun menelefon rakan-rakan media untuk mengetahui kisah sebenarnya yang berlaku, semuanya ketika itu memberitahu yang mereka masih belum mendapat kepastian atau sebarang kenyataan daripada pihak polis

aku sendiri pun tak berani nak jawab bila member-member bertanya…aku hanya mampu menjawab MUNGKIN atau BARANGKALI

masa aku bertugas sebagai wartawan jenayah, kerap juga Bukit Aman mengeluarkan arahan EMBARGO terhadap beberapa kes jenayah terutamanya kes culik

EMBARGO maksudnya kita tidak boleh menulis dan menyiarkan berita itu sehingga ianya ditarik balik, bukan kerana hendak berahsia tetapi selalunya ketika itu polis mungkin sedang menjejaki atau memasang strategi untuk menangkap suspek, so mereka tak mahu berita yang tersiar nanti akan membuatkan suspek melarikan diri

aku tak pasti samada Bukit Aman ada mengeluarkan arahan yang sama terhadap kes Sosilawati

terus-terang, aku harap musibah yang dilaporkan mengenai Sosilawati itu tidak berlaku sepertimana yang diperkatakan

aku masih berharap dia ‘baik-baik saja’ hendaknya

namun segala yang yang ku harap nampaknya tidak kesampaian…dan inilah berita yang ditulis oleh rakan wartawanku, Angelina Sinyang sepertimana yang tersiar dalam Utusan Online kira-kira pukul 3.3o pagi

walaupun hanya menggunakan perkataan ‘sumber polis’ ketika itu, aku percaya Angelina atau nama mesranya Angie, YAKIN dan PASTI dengan berita yang ditulisnya

Al-Fatihah untuk semua mangsa, aku masih tak dapat bayangkan betapa kejamnya manusia yang melakukan perkara sebegini kepada semua mangsa, percayalah ini bukan kerja binatang, kerana binatang pun masih ada sifat belasnya!

Read Full Post »

aku rasa mana-mana family pun terutama yang mempunyai anak cucu yang ramai, pasti berhadapan dengan masalah berebut toilet setiap kali di pagi raya

maklumlah rumah atok kat kampung tu tandasnya satu saja, untung-untung ada dua tiga bilik tandas, tapi itupun aku rasa masih belum dapat menyelesaikan masalah berebut toilet ni

apataknya, semua berebut hendak mandi dalam tempoh yang serentak, maklumlah kang terlepas sembahyang raya pula

yang bangun solat Subuh taknak pula mandi awal-awal, maklumlah kampung atok airnya sejuk…yang tak sembahyang apatah lagi

lebih memeningkan kepala, ada pula cucu-cucu yang tak reti fikir orang belakang, dia bantai mandi dekat sejam, entah apa yang digosok dan disabunkan aku pun tak tahu

dalam keadaan kelam-kabut macam nilah, dalam toilet tu akan jadi ‘pertunjukkan fesyen’, ada yang bra tergantung kat pintu, ada underwear terjatuh kat lantai, ada yang panties tersangkut kat paku, abis semuanya nak cepat, naik kelabu biji mata!

berus gigi ni jangan cakaplah, kalau dekat 20 orang anak cucu yang balik, kita pun leh terlupa berus gigi kita yang mana tu, sampai penuh atas para

yang perempuan pula, kalau sorang ada dua tiga koleksi pencuci (shampoo, facial wash, make-up cleanser, pencuci tut! tut!), korang bayangkan kalau dah 20 orang bawa bawa benda yang sama, sampai penuh toilet atuk, macam-macam brand

yang kerja eksekutif ngan manager tu aku tengok brand diaorang ala kadar je, tetapi yang kerja ‘kuli-kutif’ ni makkk oooiiii, ngalahkan mak-mak datin seh…ada Loreal, DKNY, Estee Lauder…pergh!

tetapi perkara-perkara sebeginilah yang menceriakan pagi Aidilfitri sebenarnya, sampai kekadang aku tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak buah aku ni

pagi raya semalam juga mencatat sejarah dalam hidup aku bila aku tersalah bawa seluar untuk dipakai bersama baju Melayu

ikut plannya aku nak bersampin la kononnya, jadi aku pun bawa sehelai baju Melayu berwarna kuning pinang

disebabkan kelam kabut, aku terbawa seluar yang berwarna kuning cerah, adoyyyyy gila tak matching!

last-last aku pakai baju Melayu dengan seluar slack je lah… tak kisah lah tu, yang penting raya ni bukan untuk bermegah, tetapi untuk menginsafi diri dan bergembira setelah sebulan mengharung lapar dan dahaga (ayat cover line, hehehe)

orait pada kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan yang aku tulis dalam blog marhaen ini menyinggung mana-mana pihak atau orang perseorangan

yang baik datang dari Tuhan, yang buruk datang dari aku sendiri

terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sentiasa memberi komen atau menjadi silent reader aku selama ini

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…Walillahilham

ikhlas dari,

SYAHRIL A. KADIR

Read Full Post »

 

aku macam nak menitik airmata bila baca akhbar yang 20,000 penduduk dari pelbagai daerah di Jawa Timur berhimpun untuk mendapatkan duit zakat yang diedarkan oleh pihak pengurusan syarikat rokok Gudang Garam semalam

puluhan ribu penduduk itu berhimpun di luar kilang rokok itu sejak awal pagi lagi

menurut seorang pegawai bahagian perhubungan masyarakat polis di sini, bilangan penduduk yang datang untuk mendapatkan wang zakat itu lebih ramai daripada tahun lalu

“Mereka (penduduk yang datang) berasal dari berbagai daerah di Jawa Timur seperti Nganjuk, Jombang, Trenggalek, dan daerah lain,” katanya.

dia menyatakan pihak polis menempatkan kira-kira 700 anggota keselamatan untuk mengawasi ketenteraman

kebanyakan penduduk yang mahu mendapatkan duit zakat itu termasuk kanak-kanak dan orang tua

mereka berhimpun untuk mendapatkan wang antara 10,000 rupiah (RM3.45) hingga 20,000 rupiah (RM6.90)

korang bayangkan, dengan nilai macam tu kat Malaysia ni, hanya layak bayar duit tol dari Damansara ke Shah Alam je

malang sekali, dengan kedaifan yang macam inipun, semalam masih ada rakyatnya yang maki hamun, panjat serta nak serang bangunan kedutaan kita di Jakarta

sebab tu dek kerana jumlah yang sama juga, depa sanggup dirasuah untuk bakar bendera kita

kekadang nak marah pun, payah juga….biasalah manusia, bila perut lapar, semua sanggup buat apa saja

bersyukurlah kita semua kerana dilahirkan di bumi bertuah ini

aku harap teman-teman di sana insaflah, dan belajar bersyukur walau dihimpit susah..kerana sekurang-kurangnya kita masih punya nyawa!

Read Full Post »

disebabkan aku fobia tersangkut dalam jem berjam-jam kat highway menjelang lebaran ni, aku ambil keputusan untuk balik awal sikit ke kampung

so lepas buka puasa petang tadi, aku bersama emak dan dua orang anak saudara aku pun campak luggage dalam kereta dan terus cabut tanpa banyak citer lagi

Alhamdulillah, percaturan aku kira OK lah, walaupun kenderaan banyak tapi takdelah sampai tak boleh bergerak, pendek kata lancar je driving

cuma sampai kat Bidor, kesian aku tengok satu family ni bila kereta mereka bantai langgar buntot kereta yang didepan, maka berteraburlah beg-beg baju dan kuih raya atas jalan, nasib baik semuanya selamat…sedih sikit sebab anak mereka masih kecil-kecil lagi, ada yang masih dok nyonyot puting dok berdiri tepi jalan menunggu bantuan trak tunda

kalau kereta aku kosong nak je aku tumpangkan semua tu balik sekali ngan aku, tapi kereta aku sendiri pun dah macam sardin Cap Ayam!

owh terlupa nak bagitahu, tahun ni aku balik beraya di rumah kakak aku di Laguna Merbok Sungai Petani, Kedah

yang kelakar tu, sebaik saja kereta aku melintasi Pulau Pinang, aku tetiba teringat nasi kandar Line Clear

dengan sekelip mata aku terus ambil singnal kiri dan meluru ke Jambatan Pulau Pinang, hahahaha

” Awat tak bolehkah kita balik Sungai Petani dulu, esok-esok kita pi lah makan nasi kandaq tu,” kata mak aku

aku senyum je, sorylah mak, nafsu I dah bergelora tahap dewa ni bisik hati ku

bila sampai je kedai nasi kandar tu, aku terkejut beruk bila lihat perubahan kedai nasi kandar tersebut

sekarang kedai tu dah jadi ala-ala restoran kopitiam la pulak

kalau dulu dinding kedai ni sampai nak berkarat dan berlumut, sekarang dah ada wall paper OK

 

apapun, kesedapan nasi kandar Line Clear tetap maintain walaupun interiornya ada sikit kelainan

macam biasa, aku order sepinggan nasi kandar, telur goreng dan bendi, itu saja menu aku kalau pergi Line Clear

yummy!!!

tapi memang meletup la cakap ko, seingat aku, aku makan nasi kandar Line Clear ni dari aku kecil….rasanya tetap marvellous dan sedap macam dulu, sangat sedap!!!!

patutlah satu Malaysia tahu nasi kandar Line Clear ni

aku sampai rumah kakak aku kira-kira pukul 3 pagi, penat drive campur kekenyangan

apapun Alhamdulilah di atas perlindungan yang Allah berikan pada kami sepanjang perjalanan

 pada yang nak balik kampung, aku doakan korang dilindungi sepanjang perjalanan, yang penting kalau letih atau ngantuk, rehat kejap, jangan paksa diri, tak lari pun kampung korang tu

chow!

Read Full Post »

sebenarnya aku dah tahu mengenai berita kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati ni dah dua tiga hari lepas daripada kengkawan reporter aku

cuma disebabkan belum dapat confirmation daripada pihak polis, so tiadalah mana-mana media yang siarkan berita tersebut

petang tadi seorang lagi rakan menelefon aku, rupa-rupanya peguam yang turut hilang bersama Sosilawati adalah rakan lama aku di UIA dulu

sebenarnya aku tak sedap hati sangat bila berlaku kes-kes sebegini, pengalaman aku sebagai wartawan jenayah dulu, normally kes sebegini terutama yang melibatkan golongan berada seperti Sosilawati akan berakhir dengan….aaargh, Nauzubillah

aku tak dapat bayangkan perasaan anak-anak beliau sekarang, orang lain sibuk nak balik kampung, mereka pula terpaksa menunggu ibu kesayangan yang entah bila akan pulang

aku harap polis dapat segera mengesan Sosilawati dan Kamil yang hilang itu, dalam keadaan cemas sebegini, satu saat saja boleh memisahkan antara hidup dan petaka!

SAK: Bersamalah kita berdoa agar Sosilawati dan rakanku, Kamil berada dalam keadaan baik-baik saja hendaknya, Amin.

Read Full Post »

(pix VKeong, tq bro)

penat dan letih dengan perkembangan serta pergolakan politik tanah air sekarang ni, yang ni kutuk orang ni, yang tu kutuk orang tu, yang ni kutuk kaum ni, yang tu kutuk agama tu, so aku dan ‘menteri kabinet’ aku tetiba plan nak pergi buka puasa di satu tempat yang special sikit, chewah

maksud special tu, tempat yang menarik, makanan yang OK dan paling penting harga yang tak cekik darah, maklumlah, raya ni nanti dah dekat tengah bulan, silap perhitungan makan serdak kuih raya jelah sementara tunggu cukup bulan ahaks

so kami decide nak pergi Restoran Haven, yang terletak nun di atas puncak bukit dekat menara tinjau Hulu Langat sana

actually nama je Hulu Langat, takler jauh pun, dekat area Ampang je

kalau korang dari Kuala Lumpur, ia terletak hanya lapan kilometer selepas simpang ke Taman Sri Watan, manakala dari Cheras atau Kajang, anda boleh menggunakan Lebuhraya Cheras-Kajang.

gunakan susur keluar Pekan Batu 9 melalui persimpangan lampu isyarat pekan Batu 14 dan ia hanya tiga kilometer dari situ.

kalau tak jumpa gak, call je managernya di talian 019-773 8965, pastu terus booking meja

untuk pengetahuan korang, restoran ni terletak kira-kira 960 kaki atau 250 meter dari aras laut

so sambil makan, korang akan nampak panorama Kuala Lumpur daripada atas, romantik tu sheikh!

terutama pula bila nak dekat senja/ malam, lagilah syahdu, sejuk je rasanya, takpayah pergi Genting Highland

cuma parking sebelah atas tu limited, so kalau nasib tak baik, korang hanya boleh parking kat bawah, maknanya mencungap gak ler kalau nak naik ke atas, tapi jangan risau, ada tangga, jangan bantai pulak korang bawa tali macam nak panjat Gunung Kinabalu, kang tak pasal-pasal digelakkan orang

actually, kat atas tu banyak restoran cuma untuk berbuka kali ni kami pilih restoran Haven, lebih kurang RM30 je sorang untuk buffet Ramadan

apa yang pasti, memang best dan berbaloi kalau datang makan kat sini, lagi satu jangan lupa bawa kamera, lepas makan leh posing dan upload kat Facebook hehehehe

anyway, tinggal tiga empat hari je lagi nak Raya, nampaknya surau kat rumah kami dah makin berkurang safnya

harap-harap dapat ler lagi bertarawih sebelum balik kampung nanti, chow!

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: