
aku cukup tertarik dengan artikel yang ditulis rakan kampusku dulu, Hafizahril Hamid
dia ni dulu masa kat kolej, perangai lebih kurang aku, suka mengelamun dan tidak begitu gemar melibatkan siri dalam kegiatan kolej
kami lebih suka bercampur gaul dengan orang luar, kami di kampus hanya untuk belajar dan tidur, then kami ‘lesap’ hehehe
Hafizahril kini bertugas sebagai wartawan di Mingguan Malaysia, hari ini dia menulis satu artikel yang bagi aku cukup menarik dan boleh memberikan semangat terutama mereka yang rendah diri kerana gagal atau tercicir ke universiti
berikut adalah sedutan daripada artikel itu;
Lihat saja barisan manusia terkaya dunia ramai di antara mereka sebenarnya tidak menamatkan pengajian atau persekolahan seperti mana yang dilalui oleh Bill Gates, Steve Jobs, Richard Branson. Keadaan ini juga berlaku kepada mereka yang lebih senior seperti Walt Disney, Henry Ford, Ingvar Kamprad atau generasi muda sekarang seperti Mark Zuckerberg, dan beberapa nama lagi.
Melihat kepada barisan generasi yang menempa nama dalam dunia perniagaan sehingga ada yang bergelar bilionair, pastinya kisah bagaimana mereka bermula adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.
Apatah lagi mereka ini bermula tanpa sebarang sijil ditangan malah “hanyut” ketika disekolah lagi.
Generasi terawal ini seperti Walt Disney, Henry Ford mahupun taikun perjudian Malaysia, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong semuanya memiliki satu persamaan tidak menamatkan persekolahan atas faktor kemiskinan.
Melihat kepada apa yang berlaku kepada Henry Ford yang menawan dunia dengan penciptaan kereta murah Model T, beliau sememangnya mencipta kejayaan dari bawah.
Tidak menamatkan persekolahan apabila mencecah usia 16 tahun, lelaki yang dilahirkan pada 30 Julai 1863, kemudian bekerja sebagai jurumesin dan sebelum berhijrah menjadi mekanik yang pakar dalam enjin stim.
Beliau membuktikan tanpa pelajaran yang tinggi namun berjaya menjadi jurutera di Edison Illuminating Company yang dimiliki oleh pencipta terkenal, Thomas Edison.
Dengan sokongan kewangan dari beberapa jutawan seperti Alexander Y. Malcomson, John dan Horace E. Dodge Ford mula membina model kereta Ford 999
Meneruskan legasi jutawan yang tidak menamatkan pendidikan, antara yang paling paling menonjol dalam generasi seterusnya adalah pengasas syarikat IKEA, Ingvar Kamprad.
Beliau yang kini berusia 84 tahun memulakan perniagaan pada usia muda dengan menjual pelbagai barangan yang dibeli pada harga yang murah kepada kenalan dan ahli keluarga.
Selepas berhenti sekolah pada usia 17 tahun, beliau telah membuka IKEA dengan pemberian wang oleh bapanya berikutan keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Begitu juga beberapa nama dari Asia seperti Li Ka-shing yang kini menduduki tempat ke 14 terkaya dunia.
Merantau pada usia yang muda ke Hong Kong walaupun dilahirkan di Guangdong, China, kemudian kematian bapa ketika berusia 15 tahun telah memaksa beliau berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kilang plastik.
Hasil dari kepayahan hidup telah memberi beliau pengalaman luas dan kemudian memulakan perniagaan pertama, Cheung Kong Industri pada 1950 dalam bidang barangan plastik sebelum berkembang dalam pelbagai industri lain seperti hartanah, tenaga, telekomunikasi dan pelbagai lagi.
Bagi generasi seterusnya nama-nama mereka yang tercicir ketika pengajian tidak lagi perlu diperkenalkan. Antaranya Bill Gates dan rakannya Paul Allen yang berhenti belajar di Harvard untuk menumpukan perhatian dalam pembangunan perisian komputer pada 1975.
Begitu juga yang berlaku kepada seorang lagi tokoh industri teknologi maklumat Steve Jobs. Pada penghujung 1970-an, Jobs, dengan pengasas bersama Apple Steve Wozniak dan Mike Markkula telah mereka bentuk, membina dan memasarkan komputer peribadi pertama di dunia.
Setelah keluar dari Apple pada 1985 akibat perebutan kuasa dan masuk kembali pada 1996, beliau kini membuktikan tindakan meninggalkan pengajiannya satu ketika dahulu telah berjaya membuahkan hasil yang sangat lumayan.
Begitu juga yang berlaku kepada pengasas Virgin Records, Richard Branson. Walaupun bapa dan datuknya merupakan hakim-hakim terkenal dan berpengaruh di England namun jejak itu tidak terdapat pada Branson.
Beliau menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun dan kemudian menerbitkan majalah Student sebelum membuka syarikat rakaman Virgin Records pada 1982.
Jenama Virgin semakin mengembang pada 1980-an dengan tertubuhnya Virgin Atlantic Air dan kini sudah mula terlibat dalam pelancongan ke angkasa lepas untuk masa depan.
Bagi generasi yang lebih muda mungkin mereka mengagumi pemuda seperti Mark Zuckerberg yang kini menakluk dunia melalui facebook.
Beliau yang hanya berusia 26 tahun juga tidak menamatkan pengajian di Harvard kerana mahu mengembangkan potensi Facebook.
Hafizahril bagaimanapun menamatkan artikelnya dengan satu kesimpulan yang cukup menarik
” Tapi jika hanya sekadar mahu berhenti sebab malas dan kemudian berangan-angan untuk menjadi kaya pasti itu satu tindakan paling bodoh yang seseorang lakukan dalam hidupnya,”
kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai artikel tersebut, korang boleh klik DI SINI
SAK: Yang penting kalau dah bodoh, jangan berlagak pandai…kalau dah pandai, jangan hina yang bodoh. Ingatlah, di mataTuhan, kita semua sama saja.
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »