Nora : U kata muka I tak cantik?
Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..
Nora : Haa?
Farid : Nasi lemak 50 sen.. (sambil menunjuk ke arah buah dada Nora Danish)
Nora: HAIK!!!..
itu adalah petikan dialog antara Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem terbaru Cuti-Cuti Cinta yang bakal ditayangkan tak lama
nak tergelak pun ada gak, ada juga penulis skrip yang ‘berani mati’ tulis skrip yang macam ni eh
aku tulis entry ini ketika mendapat SMS daripada seorang teman tentang kejayaan dokumentari Laskar Senoi yang memenangi Anugerah Dokumentari Sejarah Terbaik pada Festival Dokumentari Malaysia 2009 yang berlangsung di dewan Finas kelmarin
Laskar Senoi turut menang dalam dua kategori lain iaitu Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Johari Hamid dan Sinematografi Terbaik oleh Azman Mohd. Kassim dan Azizan Atan.
kesemua mereka ini adalah teman-temanku ketika kami bekerja di bawah bumbung yang sama tidak lama dulu
korang boleh baca keterujaan penulis skripnya, Paulina Oppei Paulus dalam blog beliau DI SINI
yang pasti, aku cukup yakin, Paulina takkan sanggup menulis mengenai saiz buah dada seseorang dalam skrip-skripnya seperti mana dalam filem Cuti-Cuti Cinta itu, confirm!
tu lah qualiti filem melayu…kununnya nak menarik ramai penonton dgn menjual maruah pelakon…apa punya filem la…
dialog filem murahan yang makin mengajar kaum lelaki utk melakukan gangguan seksual terhadap wanita..
20sen..
Bagi saya skrip berani mati nie cuma salah satu elemen yang patut kita lalui dengan experimentasi yang betul. Dalam usaha berkarya adakalanya ianya akan dipandang sebagai hasil seni. Tetapi jika tidak diolah dan disampaikan dengan betul maka akan mengundang gangguan emosi sesetengah pihak dan golongan tertentu. Oleh yang demikian pertimbangan dari pihak yang berkarya dan penonton sangat-sangat diperlukan sebelum mengeluarkan sesebuah hasil seni.
gangguan seksual terhadap wanita… nanti jadi mainan remaja lelaki usik remaja wanita! hmmm dunia dunia. kesian wanita yer…
50 sen tak dapat sekarang bang oi……
kurang2 singgit.. huhuhuhu…..
kalu mcm tu bukan 50 sen bro…2 ringgit kot…hahahahaha
lepas ni comfirm jadi topik bg mat2 rempit menyakat minah2 rempit
golongan artis lah yang banyak merosakkan golongan remaja Islam masa kini…contoh tidak baik mereka menyebabkan anak-anak sekarang tidak tahu mana satu halal-haram..mana satu boleh dan tidak boleh….
publisiti yang hanya mementingkan keuntungan kewangan…
harap ada unsur yang meningkatkan nilai-nilai kekuatan sikap dan pemikiran dalam sesebuah filem