Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2010

baru-baru ini aku terbaca flyers/ iklan mengenai skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh artis terkenal kita yang kini katanya kaya raya, AC Mizal, eh, maaf, Datuk AC Mizal

bab ni aku confused sikit, yang kaya tu satu hal, yang ex-bininya tuntut nafkah pulak apa citer?

kalau dah kaya tu Datuk, baik bagi jelah apa yang ex ko mintak tu, aku rasa takdelah ratus ribu pun, kalau banding dengan kekayaan kau tu, aku rasa celah gigi je kot..tak payah naik turun court, ye tak?

tapi malaslah aku nak komen lebih-lebih, biar mahkamah je lah decide, lagipun kita tak tahu apa kisah sebenarnya yang berlaku dalam kelambu diaorang ni so tak fair gak nak jatuh hukum

OK berbalik pada skim pinjaman peribadi tu, aku difahamkan AC Mizal sanggup bagi pinjam sampai RM150,000 tu beb, makk ooi dah macam Bank Rakyat pun ader nih hehehe

tapi untuk orang gomen je ler, standardlah…kurang sikit risiko

sejujurnya, aku nak tau jugalah apa yang membuatkan AC Mizal boleh kaya gila-gila dalam tempoh sekejap ni, apa rahsianya, apa petuanya, apa kaedahnya

ada orang kata dia cuma guna nama saja, taukehnya orang lain…ada yang kata dia wat bisness ala-ala MLM….ada yang kata itu dan ada yang kata ini

tapi aku taknak lah pandang negatif sangat, at one point aku banggalah kerana anak muda Melayu boleh berjaya sampai macam ni

cuma harapnya janganlah melalui jalan yang salah, negara kita ada undang-undang, patuhilah garis panduan yang telah ditetapkan, InsyaAllah kalau niat baik, cara baik, kaedah baik…Tuhan akan bagi lebih lagi daripada apa yang dia peroleh sekarang

 

SAK: Nak minta kerja kat AC, jadi Chif Khadam pun OK gak


Advertisements

Read Full Post »

rupanya gadis itu…

selepas minum di Hotel Corus berhampiran KLCC malam tadi, aku menghantar kembali teman-teman ke Hotel Seri Pacific dekat PWTC

kemudian bila menghampiri Jalan Raja Laut, tiba-tiba mata aku terpandang seorang anak gadis berpakaian serba hitam sedang duduk di penjuru sebuah lorong

” Bro, cuba kau perhati budak tu, beraninya dia duduk seorang gelap-gelap macam ni, tak takut ke,” kata aku kepada teman yang duduk di sebelah kerusi pemandu

” Eh budak lagi tu rasanya, silap-silap baru Tingkatan 3,” kata member aku

bila lampu isyarat bertukar merah, kereta yang aku pandu berhenti betul-betul dekat dia

mungkin kerana menyedari yang kami sedang memerhati kelibatnya, gadis itu terus tersenyum

serentak dengan itu juga dia melambaikan tangan ke arah kami

” Bro, dia suruh berhenti lah, dia macam nak cakap sesuatu tu,” kata member aku

kemudian dia terus berlari-lari anak ke arah kereta aku

bila dia makin hampir, memang sah, gadis ni memang muda lagi, kalau korang tengok, macam budak baru lepas PMR je

aku yang malas nak keluar kemudiannya hanya menurunkan sedikit tingkap kereta

” hah dik, apasal ni, ada masalah ke?,” tanya aku dengan suara keletihan, aku tgh ngantuk sebenarnya

“ermmm….bang, RM80 sekali servis, sewa bilik abang bayar RM10 kat taukeh, nak tak ?,”

laaaaaaaaaaaaaa! kami bertiga dalam kereta terus tergamam, aku macam tak percaya dengan apa yang budak tu cakap

terus terbayang kena sebat kow-kow dalam penjara, maklumlah bawah umur tu bro, kat neraka jangan citerlah kan

” macam ni lah dik, jap lagi kami datang, nak cari parking dulu,” kata aku

dia kelihatan tersenyum

kami bertiga hanya terdiam…dan kereta aku pun terus memecut meninggalkan gadis itu, meninggalkannya dengan sejuta tandatanya….

SAK: Tak dapat bayangkan sekiranya gadis itu adalah adik aku sendiri

Read Full Post »

tadi aku lepak minum bersama sekumpulan blogger di PWTC sempena Persidangan Agung UMNO

ramailah yang ada, blogger politik ada, blogger sosial ada, blogger sukan ada, blogger hiburan pun ada!

yang bestnya, ramai juga blogger pro-pembangkang yang ada di situ, aku rasa bila diaorang balik kat rumah kang, berjela-jelalah entry diaorang, apataknya,  ‘bahan’ ada depan mata, confirm depa belasah apa yang diaorang rasa tak kena di mata diaorang masa tu

apapun kami semua cukup profesional, kerajaan ka, pembangkang ka, kawan tetap kawan, kat belakang lantak koranglah nak tulis apa pun, kalau kena saman sendiri mau ingatlah, as simple as that

tiba-tiba ada sorang blogger ni terkeluar cerita bagaimana ada seorang awek ni sudah jatuh cinta kow-kow padanya hanya disebabkan tulisannya, uiks!

aku pun tanya dia balik…dia jatuh cinta pada tulisan ke pada penulisnya?

” Mula-mula pada tulisan aku bro, lepas tu dia feeling kat aku pulak,” katanya beria-ria

yang aku hairan tu, blogger ni bukannya terkenal dengan blog cintan-cintun, tapi dia terkenal sebab sering menulis mengenai politik

lepas tu sorang blogger wanita turut ‘pecah rahsia’

” Errr…saya pun macam tu, emel saya penuh dengan lelaki yang nak berkenalan,” katanya yang terkenal dengan blog shoppingnya

mereka ni aku akui mempunyai pembaca yang ramai, ada yang dah cecah dua juta visitors pun

bagi aku mudahlah, cinta ini satu perasaan yang cukup agung sifatnya, tak perlulah jatuh cinta pada penulisnya hanya kerana tulisannya

dia mungkin macam ‘wali’ kalau kita baca tulisannya, namun ia belum tentu menggambarkan keperibadiannya yang sebenar

dia mungkin macam ‘hantu’ kalau kita baca karangannya, namun dia belum tentu seteruk seperti yang disangkakan

kalau ia pun dah ‘terpukau’ dengan penulisnya, kenalilah dulu hati budinya…penulis pun insan biasa, mereka ada sisi gelap dan terang mereka sendiri, macam aku, kau dan korang semualah

yang aku tak tahan, ada seorang blogger yang terkenal dengan ayat-ayat ‘berapinya’  tiba-tiba memandang aku

” Hah kau macam mana, ada tak yang jatuh cinta bila baca blog kau?,” tanyanya bersungguh-sungguh

” Aku ni tulis pasal jenayah, saperlah nak kat aku,” kata aku sambil menghirup teh tarik yang jarang sangat aku order

” Aku rasa blogger jenayah ler yang paling ramai peminat, ramai awek-awek sekarang ni suka lelaki yang BERANI dan GANASSSSSS,” katanya selamba

macam nak tersembur air teh tarik aku masa dia cakap macam tu, BERANI dan GANASSSSSS lah konon

dia tak tahu aku pernah lari lintang pukang masa kena kejar bapak ayam waktu operasi pelacur kat Chow Kit dulu

takkan aku nak tulis yang aku kecut nak mampus  dalam blog aku ni, jatuhlah saham hahahahha

so dengan pengakuan ikhlas aku ni, aku nak tanya….ADA MANA-MANA AWEK YANG MASIH NAK JATUH CINTA NGAN AKU SEKARANG?

SAK: Kenal seorang blogger, dalam blog bukan main ‘suci’ tapi realitinya dialah ‘champion’! Nak tahu siapa…sila layari http://www.poyolahlumamat.com.my ahaks!

Read Full Post »

Bergaduh!

 

Fuad Din: Hairan, hairan aku dengan pemuda seperti kau, terpelajar aje sikit, maju aje sikit, tak sempat-sempat nak memeluk satu keperibadian baru, personaliti yang progresif konon walhal apa yang progresif tu, berbadan kafir berbau hapak!

Farid Din: Kafir? Abang mengatakan saya kafir?

Fuad Din: Aku mengatakan dalam hidup pura-pura kau tu kau telah melupakan dirimu, keturunanmu, usul-asalmu, didikanmu, semuanya kau telah lupakan

Farid Din: Tapi abang menggunakan perkataan kafir!

Fuad Din: Apa pulak perkataan yang menggoncangkan kau sedangkan kelakuannya tidak menghiraukan kau, selama ni kau tak gentar hidup munafik!

Farid Din: Oi! Tok imam! Jangan pandai mengata orang! Awak tu selama ni apa? Orang yang tidak mempedulikan keluarganya apa keturunannya? Orang yang selama 10 tahun berpoya-poya di benua asing apa bangsanya?

Fuad Din: Kau tersilap Farid

Farid Din: ..Orang yang mau menjahanamkan adiknya sendiri, apa ugamanya? Orang yang memalukan mak bapaknya apa tatasusilanya?

Fuad Din: Jangan biadap Farid..

Farid Din: Orang yang mau menggadaikan titik peluh saudara-maranya apa didikannya?

Fuad Din: Farid!

Farid Din: Orang yang mengecewakan…

Fuad Din: …Farid!

klip filem di atas panjangnya 11 minit, tetapi bila sampai minit ke-6, aku minta korang tumpukan perhatian

ia adalah adegan pentengkaran mulut antara Fuad Din (Rahim Razali) dan adiknya, Farid Din (Ahmad Tarmimi Siregar)

bagi aku inilah babak pergaduhan atau lebih tepat scene pentengkaran TERBAIK yang pernah aku tengok dalam sejarah filem Melayu

dialog-dialog yang dipertuturkan cukup menakjubkan, ditambah dengan karisma dua pelakonnya yang membuatkan bulu roma korang pasti meremang

mereka berdua tidak perlu bertumbuk macam Rajinikanth, tetapi ekspressi dan impressi kedua pelakon sudah cukup untuk menyatakan betapa tegangnya situasi mereka berdua ketika itu

korang akan rasa seolah-olah melihat satu persembahan teater di dalam filem!

setelah mendengar dialog nasi lemak 50 sen Farid Kamil kepada Nora Danish yang merujuk kepada saiz buah dada wanita itu dalam filem Cuti-Cuti Cinta, aku sebenarnya terlalu rindukan skrip hebat dari air tangan Rahim Razali

sayang sekali, masa berubah, zaman berubah, skrip yang ditulis penulis skrip kita dewasa ini juga turut berubah…tetapi bukan lagi bagus, lagi hancur!!!

SAK: Nak bergaduh dalam Facebook.

Read Full Post »

gambar hiasan

aku hanya mampu menggelengkan kepala bila mendapat tahu polis menemui rangka manusia tertanam di sebuah kebun kelapa sawit dekat Bukit Broga, Semenyih malam tadi

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata, penemuan itu adalah ekoran pengakuan seorang suspek kes pembunuhan yang kemudian menunjukkan kepada polis tempat dia menanam mayat mangsa.

“Suspek yang berumur sekitar 30-an itu membawa polis ke satu lokasi berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan setelah digali satu rangka manusia yang masih ada sedikit cebisan tisu ditemui…. namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama mangsa mati,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Shakarudin berkata, suspek turut menunjukkan lokasi sebuah kereta yang hangus dibakar, yang dipercayai milik mangsa kira-kira 3 km dari tempat mayat mangsa ditemui.

Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan rangka manusia tersebut milik individu berprofil tinggi namun beliau enggan mengulas lanjut dan katanya ia sedang disiasat.

“Kita tidak tolak kemungkinan ia kes berprofil tinggi tetapi kita kata kemungkinan.. tunggu sahaja keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) nanti baru kita tahu identiti sebenar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek lelaki itu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di tempat lain dan hasil pemeriksaan mendapati dia merupakan penjenayah dikehendaki di daerah Kajang dan kemudian diserahkan kepada IPD Kajang untuk siasatan. – Bernama

laaaaa……siapa pula lagi ni? kalau berprofil tinggi tu maknanya orang terkenal la, tapi setakat ni takde pula aku dengar siapa-siapa orang yang ‘famous’ dilaporkan hilang selain daripada arwah Sosilawati

mungkinkah ada mana-mana personaliti terkenal yang dah lama ‘hilang’ cuma kita saja yang tak tahu?

dalam pada itu Parlimen tadi diberitahu yang bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.

“Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor,”

errr…yang baki tu camne lak eh?

 

Read Full Post »

actually aku sedih gak bila membaca statement yang Jabatan Insolvensi meluluskan 76 permohonan daripada individu yang diisytiharkan muflis untuk menunaikan haji pada tahun ini

mereka adalah di kalangan 12,126 individu yang diisytiharkan bankrap sejak Januari hingga Ogos lalu.

rupanya tahun lalu sebanyak 208 individu bankrap diluluskan permohonannya bagi tujuan sama

Akta Kebankrapan 1967 mengenakan tindakan senarai hitam ke atas individu bankrap yang menyekat mereka daripada ke luar negara.

cuma yang aku rasa tak berapa syok bila  Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Karim Jalal berkata;

“Syarat wajib haji sendiri adalah kemampuan. Jika mereka berkemampuan, mereka sepatutnya bertanggungjawab melangsaikan hutang atau sekurang-kurangnya memberi kerjasama untuk menyelesaikan masalah kebankrapan.

“Pergi menunaikan haji sudah tentu memerlukan belanja, bukankah wang (perbelanjaan) itu sepatutnya melangsaikan dahulu apa yang tertunggak?

ermmmmm…memang betul tu Datuk tetapi aku rasa mereka yang terlibat ni pun berhak juga untuk menjadi tetamu Allah, salah mereka cuma masih belum  mampu menjelaskan hutang, bukannya bunuh orang pun

mungkin berkat daripada menjadi tetamu Allah ini, pintu rezeki mereka akan dibuka seluas-luasnya oleh Allah seterusnya membolehkan mereka melangsaikan segala hutang yang bertimbun itu, siapa tahu kan?

tafsiran BERKEMAMPUAN itu sendiri perlu diperhalusi lagi, mungkin hutangnya RM1juta, ini yang membuatkan si polan belum mampu mengeluarkan dirinya dari status MUFLIS, tetapi kalau setakat RM12 ribu untuk mengerjakan haji mungkin dia mampu, jadi macam mana pula kalau macam tu?

untuk pengetahuan korang, sekarang ni bukan setakat muflis, kantoi tak bayar PTPTN pun dah tak boleh nak pi luar negara, maknanya jangan kata pi haji, pi Golok pun dah tak lepas

so apa status anda sekarang?

 

SAK: Tengah bekerja keras untuk menyelesaikan hutang, sampai bengkak mata-mata tak tidur ahaks!

Read Full Post »

Nora : U kata muka I tak cantik?

Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..

Nora : Haa?

Farid : Nasi lemak 50 sen.. (sambil menunjuk ke arah buah dada Nora Danish)

Nora: HAIK!!!..

itu adalah petikan dialog antara Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem terbaru Cuti-Cuti Cinta yang bakal ditayangkan tak lama

nak tergelak pun ada gak, ada juga penulis skrip yang ‘berani mati’ tulis skrip yang macam ni eh

aku tulis entry ini ketika mendapat SMS daripada seorang teman tentang kejayaan dokumentari Laskar Senoi yang memenangi Anugerah Dokumentari Sejarah Terbaik pada Festival Dokumentari Malaysia 2009 yang berlangsung di dewan Finas kelmarin

Laskar Senoi turut menang dalam dua kategori lain iaitu Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Johari Hamid dan Sinematografi Terbaik oleh Azman Mohd. Kassim dan Azizan Atan.

kesemua mereka ini adalah teman-temanku ketika kami bekerja di bawah bumbung yang sama tidak lama dulu

korang boleh baca keterujaan penulis skripnya, Paulina Oppei Paulus dalam blog beliau DI SINI

yang pasti, aku cukup yakin, Paulina takkan sanggup menulis mengenai saiz buah dada seseorang dalam skrip-skripnya seperti mana dalam filem Cuti-Cuti Cinta itu, confirm!

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: