aku sentiasa bersyukur kerana sepanjang karier aku dalam bidang kewartawanan, aku berpeluang untuk bekerja di media cetak dan media elektronik…maknanya aku pernah bekerja sebagai wartawan akhbar, pada masa yang sama aku pernah bekerja sebagai wartawan televisyen
ramai orang bertanya, apa beza antara keduanya…basically bagi aku ia adalah benda yang lebih kurang sama tetapi masing-masing menjanjikan cabaran yang tersendiri
kalau sebagai wartawan akhbar, cabaran aku adalah bagaimana hendak menceritakan kepada kepada pembaca aku mengenai sesuatu isu dengan hanya menggunakan PERKATAAN
tetapi sebagai wartawan televisyen, cabaran aku bagaimana hendak menceritakan kepada penonton aku mengenai sesuatu isu dengan menggunakan VISUAL
sekali imbas, mungkin ada yang menyatakan menjadi wartawan televisyen lebih mudah kerana visual itu sendiri akan menceritakan segalanya namun percayalah, ia tidak semudah seperti yang disangkakan
semalam, aku terpaksa mengorbankan waktu cuti Aidil Adha aku kerana diberi tanggungjawab sebagai Penerbit Eksekutif kepada sebuah program siaran langsung untuk stesen televisyen baru, TV Alhijrah
inilah pertama kali aku memikul tanggung jawab yang cukup besar
program siaran langsung atau ‘live’ bukan satu tugas yang mudah kerana ia dipancarkan ke seluruh negara, kita tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesalahan
sebagai penerbit eksekutif, aku bertanggung jawab ke atas kelicinan program berkenaan
aku perlu memastikan tim teknikal dan jurukamera aku menjalankan tugas mereka dengan cemerlang, aku perlu memastikan pengacara aku lancar dalam perbualan mereka, aku perlu memastikan wartawan penyiaran aku menyediakan skrip yang terbaik
malah sampai ke peringkat makanan, sama ada cukup atau tidak cukup pun aku kena monitor
bajet yang berpuluh-ribu tu aku juga yang perlu bertanggungawab, ini belum masuk bab disiplin setiap staf yang terlibat
apapun Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali sepertimana yang dirancangkan
pujian harus juga diberikan kepada rakan-rakan sekerja aku seperti penerbit program live berkenaan, Fitri, penerbit teknik, Wan Zulkifli, pengarah studio, Aizat, ketua jurukamera, Arabi, para pengacara, wartawan dan jurukamera, audioman dan banyak sekali lah kalau nak disenaraikan di sini
ada lebih kurang 40 orang kesemuanya
mereka ternyata profesional dalam menjalankan tugas sehingga ia banyak mengurangkan beban dan stress aku ketika di lokasi
apapun walau tidur hanya sekitar 3-4 jam sehari, terpaksa bertugas di musim perayaan, namun segalanya berbaloi bila program ini dapat disiarkan untuk tatapan penonton di luar sana
ya syukur kepada Allah, syukur sangat-sangat!
tahniah bang..mmg tgk ‘sedondong’ ngan si tudung ‘pink’ tuh kikikikik
JB dapat kan tv al-hijrah?
tapi tak cari2 lagi frekuensinyaa..
untuk bro SAK – tahniah!
Tahniah SAK! tapi tak sedar pulak bila Rancangan ini ke udara?
Tengok gambar last tu….nak masuk TV Al-Hijrah pulak. Tp kat sana aku kena bersopan kat OB pulak. Payah pulak nak control sopan, kang aku pergi buat OB TV Al Hijrah pakai seluar pendek pulak. Kirim salam kat Wan Zul.
Ermm…patut pun…kerja besaq…stress pun besaq…tak berani aku nak join…hehehehe…
Anyway..syabas kat semua warga TV Al-Hijrah…semoga “transformasi” ini berkekalan dan tidak “hangat-hangat taik ayam”…heheheh…aku sokong 1000%
Tanggungjawab besar menyampaikan maklumat/info yg BENAR kepada seluruh rakyat jelata biarpun disaat keluarga memerlukan kehadiran engkau disisi.. Inilah pengorbanan..
Kat Ipoh bila lagi nak sampai siaran tv ni?
Bro….nampak sangat kurus….penat kerja ke…?
hehe. fifi yang ‘ayu’ tu x tahan. ;o
Salam bro.. aku menunggu pelancaran siaran tv alhijrah ni 1 muharram ni..semoga dapat buat terbaik utk station tv yg baru ini.Aku pun keje sbgai krew tv di rtm..
akhirnya dapat juga tengok di channel astro.. baru tau malam tadi..
http://aizamia3.blogspot.com/2011/06/tvah.html