Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2010

andai bisa aku berlari dalam hujan yang lebat ini
maka akan aku bawa cangkir kenangan
untuk didalamnya aku isi sejuta rasa yang pernah memenuhi
tiap sudut dan dimensi yang mengelilinginya

didepanku sekarang adalah hujan yang turun dengan galaknya
menutup bumi dan tanah dengan lapisan amarah
lalu pasir rinduku pun berubah sifat dan semangat
menjadikan ia becah dengan memori yang telah lama terbunuh

hujan ini telah menyingkir pesona
ribut ini telah menghakis asmara
guruh ini telah menikam kasih dan cinta
kilat ini telah merobohkan tembok jiwa
dan bah yang terjadi telah menalkinkan segalanya

wahai mentari jangan cuba kau sembunyi
aku kini lemas dibawa puing kata
carilah jasad rindu ini dimana-mana
kuburkan ia di pusara yang bernisankan sejarah

kaulah hujan yang menyingkir pesona
bawalah aku kemana saja yang kau suka!

SYAHRIL A. KADIR
Taman Tasik Perdana

Advertisements

Read Full Post »

gambar di atas adalah ‘newsroom’ atau dipanggil Bilik Berita

ia adalah NADI sesebuah jabatan berita, di sini tempat wartawan, di sini tempat editor, di sini segalanya dirancang untuk tatapan jutaan penonton atau pembaca di luar sana

gambar di atas diambil pada hari Sabtu, jam kira-kira pukul 3 petang

lengang dan tidak berpenghuni

yang ada cuma meja, kerusi dan komputer

aku tersenyum melihat keadaan ini, keadaan dan suasana seperti ini bukanlah fitrah sesebuah bilik berita

kalau nak tahu, bilik berita umpama sebuah medan perang, kelam-kabut, manusia terkejar sana, terkejar sini…semuanya mengejar dateline yang perlu dibereskan dan disempurnakan pada waktu dan hari itu juga!

tak mengapalah, lengang pun lenganglah, semuanya masih belum bermula, semuanya masih diperingkat awal

semuanya masih diperingkat belajar, baru nak mengenal dunia, baru nak mengenal rentak

omputih kata- step by step

tapi percayalah, semuanya takkan sama lagi selepas ini

seseorang wartawan itu bukanlah wartawan yang baik kalau hanya fikir kerjanya 9 to 5, hanya fikir nak berehat di hujung minggu,  hanya fikir hendak kejar glamour dari nak kejar ilmu

prinsip aku mudah, kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

dalam konteks ini, kalau nak jadi wartawan tapi tak mahu rasa susah, percayalah, inilah bukanlah karier yang tepat

ada orang kata..dont work hard but please work smart, maaf, ini bukan tempatnya

untuk jadi wartawan, seseorang itu perlu work hard dan perlu work smart

kalau salah satu itu tiada, tempanglah ia, rosaklah lagu, pincanglah irama

SELAMAT DATANG KE BILIK BERITA!

.

.

SAK: Adrenalin aku semakin bergerak laju…

Read Full Post »

kaya oh! kaya

nasib baik ada Kaya...

ketika sedang tidur kelmarin, mulut aku tiba-tiba terasa pahit hingga menyebabkan aku terjaga dari lena

pada masa yang sama, aku terasa lapar yang amat sangat

sebenarnya memang aku terlepas dinner kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja aku

so dalam keadaan mamai atau ‘blur’, aku terus capai sekeping roti Gardenia dan menyelongkar peti sejuk untuk mencari Kaya

kebetulan aku memang suka makan roti sapu Kaya

sebaik saja keluarkan dari peti sejuk, aku pun buka botol Kaya yang ada tu

tapi aku hairan, mengapa Kaya ni warna merah sedangkan Kaya selalunya warna hijau

lepas aku belek punya belek, laaaaaaaaaaaaaa….tu bukan Kaya, tetapi itu CILI GILING rupanyerrrrrrr!

nak tergelak pun ada gak, tak dapat aku bayangkan sekiranya aku termakan roti dengan cili giling tadi, mau haru dibuatnya!

kaya oh! kaya…..

.

.

SAK: Kaya senyuman…

Read Full Post »

hari ini aku membuat sesi ‘brainstorming’ terhadap sekumpulan wartawan muda yang baru menceburi bidang media ini

masing-masing ada pelajaran, ada rupa, ada gaya

namun tak banyak yang aku tahu tentang sejauh mana pengetahuan mereka mengenai isu-isu semasa

ini penting, kerana ada di antara mereka yang akan diminta mengendalikan rancangan bual bicara, pengacara, penyampai berita dan sebagainya

dan sebagai orang yang bertanggung jawab untuk menyediakan serta memperlengkapkan mereka ke arah itu, aku wajib memastikan mereka bersedia dan ‘alert’ dengan berita dan perkembangan semasa

sebagai contoh, bagaimana mereka hendak menemubual seorang pemimpin politik sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang berlaku di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini?

bagaimana mereka hendak menemuramah seorang menteri sedangkan mereka sendiri tidak tahu ‘kewujudan’ menteri itu di dalam barisan kabinet negara?

 memang sejak dua menjak ni ramai di antara mereka yang dah kena sound tepat ngan aku, maaf, aku tidak dibayar untuk jadi bos yang baik tetapi aku dibayar untuk membentuk mereka menjadi wartawan yang baik

aku sendiri sehingga sekarang masih belajar dan belajar untuk menjadi wartawan yang baik, justeru aku tidak nampak kenapa mereka juga tidak boleh berbuat demikian

namun Tuhan saja yang tahu betapa aku sangat sayangkan anak-anak buah aku ini, Tuhan saja yang tahu betapa aku mahu mereka dihormati dan disegani suatu hari nanti, Tuhan saja yang tahu betapa aku mahu mereka menjadi terkenal dan menjadi sebutan suatu hari nanti

aku mahu mereka menjadi wartawan hebat, wartawan terkenal, wartawan tersohor

aku mahu mereka dipandang tinggi dalam masyarakat

biarlah sekiranya mereka sakit hati ngan aku sekarang, biarlah andainya mereka benci dengan aku sekarang, biarlah sekiranya mereka jelek dengan aku sekarang, aku tak kisah

InsyaAllah, bila mereka berjaya nanti, mereka akan sedar mengapa aku berbuat demikian

dan aku harap mereka tidak cepat putus asa, aku mahu mereka belajar biarpun susah kerana akhirnya yang pahit itulah yang akan jadi penawar

dan walau seteruk mana pun prestasi mereka dalam sesi brainstorming tadi, aku tetap yakin mereka boleh sukses dan pergi jauh dalam bidang ini

pegang kata aku, mereka akan berjaya!

.

.

SAK: Dari runtuhan kota Melaka, mari kita bina Putrajaya!

Read Full Post »

aku letih…

sejak akhir-akhir ini life aku lari dari kebiasaan

bangun awal pagi, memandu dalam kesesakan, lewat malam pulang, sebelum tidur menulis pula

blog pun jarang update, FB cuma jeling-jeling

atas meja aku takde kertas, tapi dalam otak aku wujud kertas yang berkajang

semuanya kerja, makan kerja, minum kerja

dalam tempurung kepala aku fikir macam-macam

nak buat itu, nak plan ini, nak cuba itu, nak set yang ini

yang parahnya, penyakit pelupa aku mula menyerang

tadi aku nak tergelak, aku bertanyakan soalan pada kenalan aku…rupanya soalan itu dah tiga kali aku tanyakan padanya hari ini

sebentar tadi aku capai Blackberry aku dan cuba menghubungi rakan-rakan, sekurang-kurangnya aku nak borak ngan diaorang untuk meringankan sikit stress

rupanya aku terlupa nak top-up prepaid, dan paling parah, aku terlupa rupanya dah pukul 2 pagi!

kekadang aku teringin nak pulang ke kampung, menghirup udara segar di pergunungan, menyaksikan camar putih yang berterbangan, melepaskan lelah kat pondok di tepi bendang

makan nasi dengan ikan masin, minum kopi O pekat, jamah ubi kayu dengan kelapa, sedut dua tiga pam rokok daun

tapi aku terlupa lagi, kerana aku tak punya kampung seperti itu dan tidak makan semua makanan yang aku sebutkan di atas

akhirnya aku terpaksa terima hakikat, aku perlu tidur, aku perlu tutup laptop aku, aku perlu bangun awal, dan aku perlu memenuhi temujanj yang telah diaturkan sebelum ini

ya aku letih…tapi aku lebih letih kalau tidak berbuat sesuatu!

.

 

SAK: Nak layan lagu A. Ramlie lepas ni, adoy, terlupa CD scratch…lupa lagi!

Read Full Post »

masih ingatkah kisah bagaimana kami mengeluarkan sejumlah pesakit HIV Melayu dari sebuah gereja di Batu Arang, Selangor tidak lama dulu?

Alhamdulilah, berkat bantuan dan sokongan orang ramai, para pesakit ini telah berjaya kami tempatkan di sebuah banglo lama berhampiran Hospital Assunta, Petaling Jaya

dan kini, setelah berusaha ke sana dan ke sini, Ustaz Amin dan rakan-rakannya akhirnya berjaya mengumpul sejumlah dana untuk mendirikan sebuah rumah perlindungan untuk pesakit HIV/Aids khusus untuk orang Islam di Puchong, Selangor

walaupun menempuh pelbagai kesukaran dan keperitan, khususnya stigma masyarakat kita sendiri terhadap pesakit HIV/AIDS, namun Ustaz Amin dan rakan-rakannya tak pernah putus asa

pernah satu ketika, Ustaz Amin hampir ‘menyerah kalah’, namun demi membela nasib umat Islam yang mempunyai kuman berbahaya ini, beliau terus berjuang walaupun bukan sedikit tohmahan dan hinaan yang beliau dan kami semua terima

akhirnya doa Ustaz Amin, kami dan rakan-rakan semua dimakbulkan Tuhan

dan pujian yang tertinggi sudah tentu buat Ustaz Amin yang tidak pernah give up untuk berdoa dan berusaha agar usaha murni ini mendapat keredhaan Allah SWT

InsyaAllah, tidak lama lagi, para pesakit HIV/AIDS Melayu ini akan mendapat pembelaan yang sewajarnya dengan berdirinya bangunan ini

ya mereka pernah berdosa…namun bukan tugas kita untuk terus menghukum mereka

syukur kami padamu ya Allah…

.

.

SAK: Aku tetap bersama kalian…susah atau senang!

Read Full Post »

Merapi yang menyedihkan…

seperti yang pernah aku tulis dalam entry aku sebelum ini, Gunung Merapi di Yogyakarta ‘sangat dekat’ di hati aku

apa tidaknya, lebih dua minggu aku dan jurugambar Mohd. Nor Amin berkampung tidak jauh dari gunung tersebut kira-kira lima tahun lalu kerana membuat liputan di sana

pernah satu ketika, aku ngan Mohd. Nor sempat bergambar di satu kubu bawah tanah berhampiran gunung berkenaan…rupa-rupanya tak sampai 24 jam selepas itu, dua orang penduduk tempatan mati di kubu yang sama selepas terperangkap dalam letusan gunung tersebut

semalam, aku melihat imej-imej menyedihkan kesan daripada letusan gunung berapi tersebut

ia cukup menyebakkan dada kerana empat tahun dulu panorama di sekelilingnya cukup indah dan mempersonakan

malah aku dan Mohd. Nor pernah bermalam di sebuah villa bernama Cangkringan yang terletak tidak jauh dari kaki gunung itu

Gunung Merapi empat tahun lalu...

semua ini adalah mesej yang cukup jelas dari Tuhan

dan kita perlu menyahutnya dengan segera!

.

SAK: Terima kasih kerana mengingati.

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: