baru-baru ini aku sekali lagi dijemput tim produksi program KES terbitan TV3 untuk ditemuramah mengenai kumpulan penjenayah terkenal, Geng M16
ya, aku cukup familiar dengan Geng M16 kerana sewaktu mereka mengganas dulu, aku sering membuat liputan mengenai perbuatan jenayah kumpulan ini
pada mulanya aku agak keberatan untuk menerima undangan tersebut kerana hambatan tugas, namun disebabkan penerbitnya, Liana asyik call aku siang malam, aku pun mengalah…lagi pun sebagai orang tv (walau di stesen berbeza), aku faham betapa sukarnya untuk menyiapkan sesebuah rancangan, so basically aku faham benar kerisauan Liana untuk menyiapkan program ni
walaupun tanpa bayaran, aku gagah jugalah ke TV3…itu pun masa tu dah dekat pukul 11 malam
sampai di sana, aku terus dibawa masuk ke sebuah gudang yang menempatkan set-set yang selalu kita tengok dalam tv
rupanya tempat yang mereka nak temuramah aku tu adalah di set program MHI yang selalu kita tengok pagi-pagi kat TV3 tu
aku nak gelak pun, punyalah buruk set tu, wayar dan kabel bersimpang siur
tapi disebabkan permainan kamera dan lighting yang hebat, set yang buruk tu akhirnya jadi sangat cantik dan mewah kalau dilihat didalam tv!
inilah bezanya kalau sesebuah stesen tv itu mempunyai staff yang berpengalaman dan kreatif, benda yang jelek pun akhirnya akan jadi gah
harapnya stesen TVAlhijrah pun akan mempunyai staff yang hebat seperti itu suatu hari nanti
apapun aku difahamkan oleh Liana, rancangan yang memuatkan temuramah aku tu akan disiarkan pertengahan bulan depan
entah macam manalah rupa aku nanti, maklumlah masa tu muka pun dah comot dan rambut pun dah kusut masai, baru balik kerjalah katakan
apa-apa jelah, yang penting bukan wajah aku tapi maklumat yang ingin aku sampaikan, chewah, poyo tak? Hahahahaha
awak nampak kurus dah..mata cengkung…
but maintain cute n great!
jaga kesihatan bro…
wah, bestnye abg dapat masuk tv biarpun tak dapat bayaran..yang penting dah advertise muka free of charge…lepas tu boleh la kitorang makan nasi minyak abang..
abg klu dlm tv nmpk serius,tp klu kat dlm blog ni kelakar abis.. anyway,keep it up abg syahril…best sgt blog abg ni..
feewit! tabik la. walaupun tanpa bayaran, digagahi jua. hehe