Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2011

bulan ni boleh kira berapa hari saja aku kat rumah

penat berkonvoi ke Myanmar pun tak habis lagi, aku diminta pula ke Merlimau, Melaka

yang ni ‘busuk-busuk’ pun dekat seminggu jugalah

dipendekkan cerita, aku dan jurugambar, Yumni bertolak dari ibu negara kira-kira pukul 8 malam tadi

kami berdua singgah sekejap untuk berehat di RNR Dengkil sebelum terus ke Melaka

selepas melalui Telok Mas dan Medan Selera Umbai yang terkenal dengan ikan bakar tu, kami pun tiba ke destinasi

sampai dah

kami menginap di sebuah chalet ala-ala kampung di kawasan berhampiran

OKlah not bad walaupun lokasinya agak ‘scarry’ (kena masuk celah hutan lagi)

inilah chalet kami

yang boleh membuat kami hangin, lama juga kami mundar-mandir nak cari chalet yang dimaksudkan

rupanya kat internet nama lain, sekali bila dah sampai nama chalet tu lain pula

” Maaf bang, taukeh saya belum sempat tukar nama chalet ni, signboard pun belum tukar” kata Mat, kerani kat sini dengan mukanya yang selamba

kalau ikutkan rasa penat aku, nak je aku humban mamat tu dalam Selat Melaka!

aku dan Yumni berposing depan 'istana' kami

tapi takpelah, janji kami ada tempat untuk tidur dan mandi sepanjang seminggu ni

so kepada sesiapa yang nak lepak ngan gua kat Melaka ni sila angkat tangan, jom kita gi ngeteh, lebih afdhal kalau korang yang belanja hahahahah, cheers!

Read Full Post »

ya, aku dengan muzik ni memang tak boleh dipisahkan

walaupun aku tak pernah belajar muzik, tak pandai main alat muzik, dan tak pernah sekali pun menulis mengenai artis sepanjang 10 tahun menjadi wartawan, tetapi aku memang minat muzik

apa genre muzik pun aku tak kisah, aku layan semua…baik dari Rosiah Chik hinggalah ke Pink Floyd, dari Ahmad Jais hinggalah ke Black Eyed Peas, dari A. Ramlie hinggalah ke Beyonce, aku layan belaka (tak terkecuali Herman Tino dan Lady GaGa!)

lately ni aku layan Maher Zain, sedap pulak dengar zikir dan pujian terhadap Allah dialunkan dalam bahasa Inggeris…kebetulan pula lagu-lagu dia takde bunyi macam tipikal nasyid

dipendekkan cerita, petang tadi aku pergilah Stadium Malawati di Shah Alam sebab nak tengok konsert mamat tu

ini adalah konsert hari keduanya..fuh dashyat beb, jarang artis luar yang perform dua hari berturut-berturut, seingat aku hanya Micheal Jackson je yang pernah buat macam tu masa di datang KL sepuluh tahun lepas

mula-mula aku ingat artis macam Maher Zain tak perlulah nak booking tiket awal-awal, confirm ada seat punya

jangkaan aku silap, tiket SOLD OUT brooooooooooo!!!!

stadium yang boleh muat hampir 8,000 orang tu rupanya dah tak mampu nak tampung ribuan manusia yang nak tengok Maher Zain perform

sah, Maher Zain ni betul-betul dah cipta fenomena kat Malaysia ni

percaya atau tidak, seorang taukeh CD kat Shah Alam pernah bagitahu aku, inilah kali pertama dia jual CD yang orang tak putus-putus beli…CD itu adalah CD Maher Zain

berbalik pada konsert tu, jangan kata nak beli tiket murah, tiket paling mahal yang harganya beratus tu pun takdak, habis!

last-last  aku balik je ke rumah, daripada nak layan Maher Zain, aku terus buka VCD Labu Labi

bezanya yang ni bukan Maher Zain, tapi M.Zain….kira OK gak la tu kan?

Read Full Post »

D’ADZA yang memukau!

malam tadi aku bertemu dengan beberapa rakan lama di Hotel Concorde Shah Alam

selepas dinner, kami mengambil keputusan untuk lepak sekejap di lounge hotel tersebut

terasa lama pula tak layan live band, maklumlah masing-masing punya komitmen tugas yang tidak membolehkan kami berbuat begitu seperti mana waktu muda-muda dulu (actually sekarang pun taklah tua sangat ahaks)

bila kami sampai, ada tiga orang gadis cantik tengah perform dengan diiringi seorang keyboardist dan seorang lead guitarist

nampak lounge kat situ happening giler..crowd sporting habis, yang bertepuk, yang menari-nari bersama band tu, dalam erti kata lain band tersebut memang dah berjaya menambat hati pengunjungnya, bukan senang bro

dulu aku pernah tengok ada satu band perform kat sebuah hotel five star, mereka punyalah nak rak menyanyi dan menari tapi crowd macam tunggul kayu je, hukum aku senang je…maknanya band tu dah gagal le

tapi band yang perform kat Hotel Concorde Shah Alam malam tadi memang lain macam

pilihan lagu mereka memang meremang bulu roma, dari yang paling slow sehinggalah ke irama salsa

then ada satu kali tu salah seorang pengunjung bantai request lagu Guns N Roses, Sweet Child O Mine

korang nak tahu apa jadi, si gitaris tu sudah ‘goreng’ tak hengat dunia, aku rasa kalau Slash tengok confirm dia tabik spring kat mamat tu, power giler!

dan yang paling membuatkan aku teruja sudah tentu ‘tiga bunga’ yang kat atas stage tu, MEMANG MANTOP!

dahlah muka masing-masing sikit punya cun, suara pula merdu giler…dan yang paling aku tak tahan bila diaorang menari, bergegar jantung siot

masa tu dalam hati aku berkata, patutlah hotel-hotel suka ambil band Filipina, memang diaorang ni sangat berbakat

dekat pertengahan persembahan aku terkejut, rupa-rupanya mereka bukan artis Filipina, tetapi dari Malaysia rupanya…nama band mereka D’ADZA

lagi membuatkan aku respek, ketiga-tiga mereka ini adalah adik beradik

apalagi, bila habis show je, terus kami ‘terkam’ grup ini

akhirnya kami boleh bantai borak dekat sejam jugalah dengan mereka ni…aku tengok mamat-mamat lain yang ada kat situ muka macam tak puas hati je bila kami dapat lepak dengan para jelitawan ini hahahaha

D’ADZA ni terdiri daripada Iyani dan suaminya, dan dua orang adik mereka iaitu Tuty dan Rina

Tuty ni untuk pengetahuan korang adalah ex kumpulan G.I.M

aku dan Tuty

aku dan Rina

mereka berdua juga banyak terlibat dengan filem dan drama

apa yang aku nak cerita kat sini, sebenarnya kita juga tak ketandusan band yang hebat-hebat

sayangnya banyak hotel kat Malaysia lebih mengutamakan band dari Filipina, band kita macam melukut di tepi gantang je

sekurang-kurangnya malam tadi telah membuka mata ramai pihak yang band kita juga boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan band luar negara

cakap tak guna, kalau tak percaya korang boleh datang Hotel Concorde Shah Alam dan lihat sendiri bagaimana tiga anak muda ni perform…hari Ahad je diaorang off

u go girls!

Read Full Post »

Malam minggu yang lalu , saya bersama-sama seorang kenalan lama pergi ke Lorong Hj. Taib di Chow Kit

Satu nama yang cukup tipikal untuk mereka yang dahagakan ‘kasih sayang’ bersifat sementara di kota besar bernama Kuala Lumpur

Sebenarnya Lorong Hj. Taib sudah banyak berubah berbanding zaman-zaman ‘kegemilangannya’ dulu

Banyak hotel-hotel murah kini sudah bertukar menjadi kedai barangan borong, kedai buah dan restoran

Jumlah penagih dadah, pelacur dan maknyah pun sudah berkurangan dengan drastik

Namun untuk mengatakan yang kawasan itu bersih daripada segala masalah maksiat pun tak boleh juga.

Nak buat macam mana, selagi ada ‘permintaan’, selagi itulah ada ‘penawaran’…teori mudah dalam ekonomi.

Justeru kita masih boleh melihat ada Mat Gian yang masih berjalan dalam keadaan terhoyong-hayang, ada maknyah yang masihmelakukan ‘tawar-menawar’ dan ada pelacur tua yang masih mengenakan singlet ketat walaupun tubuh mereka dah menggelebeh sana dan sini.

Teman yang saya maksudkan itu adalah seorang sukarelawan yang menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di kawasan itu.

Tak perlulah saya dedahkan identitinya, dia pun tidak mengharapkan saya berbuat demikian.

Hanya mahu dikenali sebagai Rahim, dia sebenarnya seorang akauntan yang berkelulusan dari London School Of Economics, sebuah institusi pengajian terkenal di United Kingdom.

Sejak pulang ke tanah air kira-kira empat tahun lalu, Rahim banyak mendekatkan diri dengan kerja-kerja NGO dan dakwah.

Jadi pada malam itu, Rahim mengajak saya ke Lorong Hj. Taib untuk bertemu seorang pondan yang bernama Eva Natasya, fuh!

Kata Rahim, Eva Natasya minta dia membantunya mendaftarkan diri dengan sebuah agensi memandu, nak buat lesen motor katanya.

” Rahim, pondan tu boleh ke bawa motorsikal, ” kataku sambil tersenyum.

” Kau jangan tak tahu, malam je ngalahkan Misha Omar, sebelah siang dia bertukar jadi Harun Salim Bachik,” katanya sambil ketawa.

Selepas memberhentikan kereta di sebuah lorong, Rahim terus mengeluarkan telefon Blackberry putihnya.

Tidak sampai lima minit dia berSMS dengan Eva Natasya, terlihat satu kelibat menghampiri kereta kami.

“Hah, apa lagi, masuklah,” kata Rahim. Malam tu Rahim membawa kereta Naza Forte yang baru dibelinya kira-kira lima bulan lepas.

” Hai abang, saya Eva Natasya Koraila Portman,” katanya sambil menghulurkan tangan.

Saya pun menyambut tangannya yang halus mulus tu. Apa salahnya, nampak je macam perempuan tetapi hakikatnya kami semuhrim hehehe.

” Amboi panjangnya nama…nama tu sama macam dalam I/C ke awak,” tanya aku

” Confirmlah beza bang ooi…nama betul Yushairi, hah, puas hati ke,” katanya sambil mencemik.

Saya betul-betul nak ketawa. Rasanya nama Yushairi tu lebih sedap daripada Eva Natasya Koraila Portman!

Kami kemudiannya ke sebuah warung kecil yang terletak berhampiran. Rasa segan pun ada sebenarnya.

Masakan tidak, semua mata asyik memerhatikan saya, Rahim dan tentunya Eva Natasya.

Apatah lagi Eva Natasya malam tu punyalah seksi. Dari jauh dah boleh nampak seluar dalam hitamnya.

Blouse yang dipakainya dahlah sendat, jarang pula tu.

Dalam hati saya berkata, kalaulah dia ni perempuan, silap haribulan tak sampai seminit bertambahlah angka dalam statistik rogol Balai Polis Dang Wangi hehehe

kisah lanjut klik di SINI

Read Full Post »

Fullamak…Kampung Pandan bakal jadi Daerah Kewangan Antarabangsa!

Kampung Pandan adalah di antara beberapa ‘saki baki’ kampung yang ada di Kuala Lumpur ni selain daripada Kampung Baru, Kampung Kerinchi dan lain-lain lagi

tetapi masalah hartanah di Kampung Pandan ni taklah serumit di Kampung Baru

yang pasti nilai harga tanah di Kampung Pandan tetap meletup, pendek kata kalau korang ada tanah di Kampung Pandan, status jutawan kira dalam tanganlah

Kampung Pandan ni ada unsur sentimental sikit dalam diri aku

ini kerana di sinilah aku bersekolah dulu iaitu di Sekolah Aminuddin Baki

masa tu aku tinggal di Pandan Jaya, tak berapa jauh dari situ

so setiap kali lepas habis sekolah, aku dan rakan-rakan aku akan ‘menapak’ atau naik bas mini nombor 25, ataupun bas Tong Fong untuk ke Kampung Pandan

kat sana kami akan cari cendol, goreng pisang atau apa saja makanan ringan untuk alas perut sebelum pulang ke rumah masing-masing

itu kisah lebih 20 tahun dulu

semalam aku lepak dengan seorang rakan aku yang kini bertugas sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat perunding kejuruteraan terkenal di ibu kota

dia beritahu, tidak lama lagi Kampung Pandan bakal berubah wajah ‘gila-gila’ punya

katanya, tidak jauh dari kampung itu akan didirikan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bernilai RM26 bilion khusus untuk sektor kewangan, pembinaan dan pelaburan

pembangunan tanah seluas 34.4 hektar yang diketuai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), itu dijangka bermula pada pertengahan tahun depan

mak datuk, RM26 Billion tu bro!

KLIFD Kampung Pandan

KLIFD Kampung Pandan

maknanya kalau KLCC tu harganya RM2 Billion, di KLIFD kita boleh bina 13 biji KLCC!

betul-betul hebat KLIFD ni

actually kat mana-mana negara maju, pasti akan didirikan derah kewangan antarabangsa mereka sendiri, cuma kat Malaysia ni je yang belum nampak ada ciri-ciri seumpama itu

dalam erti kata lain, memang tepat pada masanyalah Malaysia pun ada daerah kewangan antarabangsa sendiri

dalam dok sembang-sembang tu, aku bisik-bisik dengan member aku, siapa yang nak biayai kos KLIFD?

rupa-rupanya 1MDB lagi cekap, awal-awal lagi diorang dah dapat pancing syarikat pak Arab, Mubadala Development Company Abu Dhabi untuk bekerjasama dengan diaorang…bijak, bijak

 

 

1MDB juga menerbitkan Nota-nota Jangka Sederhana Islam 30 tahun bernilai RM5 bilion tahun lepas

” Kau nak tahu tak, dalam projek KLIFD, sekurang-kurangnya kerajaan akan bagi ‘job’ hampir RM20 Bilion kat warga tempatan, tu belum dikira daripada segi peluang pekerjaan

” Belum apa-apa lagi,  dah lebih 1,000 permohonan kerja yang kita terima melalui emel yang berminat untuk bekerja di KLIFD,” kata member aku tu, wow!

apapun mari kita tunggu dan lihat hasilnya nanti

apapun, walau sebesar mana dan sehebat mana perubahan di Kampung Pandan tak lama lagi, aku pasti akan merindui zaman remajaku di sini…di sebuah kampung yang bernama Kampung Pandan

arghhh indahnya kenangan…

Read Full Post »

Sudirman Sudah Mati

SUDIRMAN SUDAH MATI

 

itulah tajuk muka depan Harian Metro yang aku baca pada 22 Februari 1992

masa tu aku kat Dataran Merdeka kerana menyertai satu raptai perbarisan kawad…waktu tu aku masih dalam Tingkatan 4

aku bukanlah dalam kategori peminat nombor satu Sudirman, tetapi hampir kesemua lagu ballad arwah adalah lagu kegemaran aku sejak dulu lagi

tapi disebabkan ‘key’ suara Allahyarham ni sangat tinggi, boleh kira dengan jari lagunya yang aku boleh melalak kat karaoke

anyway, tak perlulah aku citer lebih-lebih pasal arwah kerana korang boleh baca kat dalam akhbar dan internet

yang pasti, aku boleh berbangga kerana sempat merasa air tin jenama SUDI yang pernah dihasilkan syarikat arwah masa dia hidup

boleh kata fenomena jugaklah time tu, memanjang bila pergi kedai runcit atau restoran, orang minta air tin Sudi

aku rasa bos Coca-Cola kat Malaysia time tu confirm cuak giler

bahkan aku juga sempat merasa memakai kaca mata hitam ala Sudirman yang suatu ketika dulu cukup terkenal di kalangan anak muda

cermin mata Sudirman ni tak ada bingkai dan tangkai, ia umpama negatif filem yang korang boleh terus lekatkan kat mata, sempoi tak?

masa tu siap ada sebuah kedai jual merchandise Sudirman kat Plaza Sungei Wang, hebat tul, tak jumpa lagi artis yang seberjaya Sudirman setakat ni

pelajaran tinggi, ahli korporat, peguam, penghibur, pelakon…pakej!

 

spek Sudirman yang pernah jadi kegilaan anak muda

apapun dia dah takde…yang ada hanya kenangan dan lagu-lagunya yang terus menjadi siulan hingga ke hari ini

aku tinggalkan entry ini dengan salah sebuah lagu arwah yang paling meninggalkan kesan dalam hidupku, Hilang Berganti

maaf Sudir, hilangmu tiada pengganti, benarlah, kaulah satu dalam sejuta…the one and only, SUDIRMAN HAJI ARSHAD

Al-Fatihah.

 

Read Full Post »

hari ini blogger Shamsul bagi gambar eksklusif bagaimana seorang peragut mati terperosok dalam parit akibat terlanggar kereta mangsanya sendiri

si peragut ingat mangsa copetnya yang juga seorang gadis tak akan melawan, nampaknya dia dah salah tafsir

gadis berusia 28 tahun ini bertindak nekad mengejar suspek dan rakannya dengan keretanya

sampai kat satu simpang, suspek yang salah masuk jalan berpatah balik dan ketika inilah mereka berdua gagal mengawal motor lalu merempuh kereta gadis itu

citer banyak tak guna, sila ke portal website kami di  http://mynewshub.my atau www.ondescene.blogspot.com

Read Full Post »

Surat Thani, Thailand

akhirnya setelah lima hari memandu, berpuluh perhentian yang kami singgah, konvoi jelajah Thailand dan Myanmar kini hampir melabuhkan tirainya

malam ini kami sudah berada di sempadan, InsyaAllah jika selesai saja proses imigresen di Sadao, Thailand,  destinasi terakhir kami adalah dua buah sekolah pondok di Kedah

khabarnya pak menteri akan turun dan menyambut kepulangan kami, ermmm…terasa macam VIP lah pulak

tak mengapalah, yang lebih bermakna adalah kejayaan misi ini mencapai matlamat dan tujuannnya

segala puji bagi Allah, Allah maha besar, Allah maha agung.

.

SAK: Keletihan yang melampau.

Read Full Post »

dah sampai punnnn.....

selama ini aku hanya mendengar nama Aung San Suu Kyi, junta tentera, komunis dan pelbagai lagi perkataan yang sering dikaitkan dengan Myanmar

dan hari ini adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku kerana akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi yang paling sukar untuk kita jejakkan kaki itu

Myanmar terkenal dengan rejim komunis yang cukup selektif dalam menerima tetamu di negara mereka

benar, semua tekaan dan persepsi itu benar tiada yang benar melainkan benar belaka

untuk pengetahuan korang, dalam banyak-banyak negara yang aku pergi, inilah pertama kali aku diawasi setiap pergerakan aku oleh perisik dan juga pegawai keselamatan negara itu!

percaya atau tidak, setelah berhari-hari menempuh perjalanan darat dari Kuala Lumpur merentas Thailand, kemudian menaiki bot merentasi lautan, kami disambut dengan muka pegawai imigresen paling masam dalam dunia

pekan Kawthaung, Myanmar

paling ‘best’ dengan selamba mereka memberitahu – KAMU HANYA ADA MASA TIGA JAM DI BUMI MYANMAR, TAK BOLEH PERGI LEBIH 500 METER DARI KAWASAN IMIGRESEN INI, DAN PERLU KELUAR DENGAN SEGERA DARI SINI BILA TEMPOH TIGA JAM ITU BERKAHIR!

wow! inilah pengalaman paling ‘best’ dalam sejarah aku mengembara di tempat orang

tak kisahlah tu, tiga jam pun tiga jamlah, yang pasti banyak yang ingin aku kongsikan bersama korang semua

dalam masa terdekat, aku akan menulis semua pengalaman itu di dalam portal http://www.mynewshub.my

serius….aku dah tak sabar nak hayun jari jemari aku ni di papan kekunci laptop aku (skima tak ayat?)

tungguuuuuu……..

Read Full Post »

aku ke Myanmar…

InsyaAllah kalau takde halangan, pagi ini aku akan berangkat ke Myanmar selama seminggu untuk bertemu saudara seagama kita di sana

terima kasih kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kerana memberikan kepercayaan kepada blogger seperti aku untuk turut bersama-sama dalam misi dakwah mereka

selain aku, rakan media lain yang akan turut terlibat adalah TVAlhijrah, Berita Harian dan lain-lain lagi

InsyaAllah, aku akan menulis mengenai pengembaraan tersebut di dalam mynewshub.my dan blog syahrilkadir sendiri

doakan kami semua agar selamat pergi dan selamat kembali

“Selamat Menyambut Maulidur Rasul”

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: