mak aku punya sejarah yang cukup panjang sebagai baby sitter
seingat-ingat akulah, celik-celik mata lagi aku dah ada ramai ‘adik angkat’
ada anak cikgu, ada anak orang gomen, ada anak nurse…macam-macam lagilah, kekadang mak aku sampai tak menang tangan, nak tolak, tak sampai hati
kelebihan mak aku ni dia cukup cermat kalau jaga anak orang, kekadang aku jealous gak kerana aku selalunya paling lambat mandi atau makan, selalunya anak yang dia jaga dulu akan dia utamakan, pergh!
dalam ramai-ramai tu, antara yang paling lama mak aku jaga adalah Ahmad Syafiq
tak silap aku dekat lima tahun lebih mak aku jaga dia, kebetulan pula mak bapa dia sangat baik dengan keluarga kami
Syafiq ni cukup ‘gerun’ dengan aku, aku pula suka usik dia…kekadang aku saja tinggikan suara, confirm tak sampai seminit dia akan menangis teresak-esak, satu hal pula aku terpaksa pujuk dia balik hahahaha
Syafiq panggil aku Achu (Pak Su)…hubungan kami kemudiannya terpisah apabila kami dan keluarganya berpindah ke daerah lain
pun begitu, sekali-sekala keluarga mak bapa Syafiq akan singgah ke rumah kami bila ada kelapangan
diam tak diam, Syafiq dah pun meningkat remaja, makin hensem kata mak aku
tapi aku ada dengar dia menghidap leukimia, hairan pula, sepanjang dia duduk dengan kami dulu nak dengar dia batuk pun payah, cuma semput tu adalah sekali-sekala
seperti yang aku tulis sebelum ni, dua tiga hari lepas aku berada di luar negara…sedang aku duduk di sebuah restoran, aku dapat mesej;
SYAHRIL, SYAFIQ DAH MENINGGAL DUNIA KAT HOSPITAL SELAYANG SEMALAM. TERUS BAWA BALIK MELAKA UNTUK KEBUMI
sampai saja ke tanah air, aku pun menanyakan perkara tersebut kepada emak
kata emak, beberapa minit sebelum meninggal, Syafiq ada bersama ibunya di wad
Syafiq kata dia dah tak mahu buat kemoterapi, katanya cukuplah dia dah buat dulu rawatan itu sebelum ini
kemudian Syafiq tiba-tiba tertidur dan berdengkur…rupa-rupanya pada ketika itu jugalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir
sebak betul bila mengenangkan nasib yang menimpa Syafiq, dia baru berusia 22 tahun
tak mengapalah, Allah lebih menyayanginya, selamat jalan Syafiq, maafkan salah dan silap Achu yea…
aku tak mampu menulis lagi, Al-Fatihah.
Al Fatehah utk arwah Shafiq, kematiah dtg tak mengira usia…..bila pula saat kita?
nota: lama tak dtg sini, org tu pun tak ingat kita agaknya…nnti dah takde baru nak jengah!
AL FATIHAH….Sy juga ada pengalaman berdepan situasi ini..kawan sepejabat..amin.
MALAM INI KULIYAH MAGHRIB: Oleh Syeikh Nuruddin di Surau al-Falah, SS 6, Kota Damansara.
POSTER KLIK :
http://melayucyber.blogspot.com/2011/01/kuliah-maghrib-oleh-syeikh-nuruddin-di.html
inna lillah wa inna ‘ilayhi raji’un. semoga ditempatkan dalam golongan orang² yang beriman, InsyaAllah..
takziah utk keluarganya. tak nmpk la nama blog kat gmbr tu….kasi clear bro
Al-Fatihah buat arwah Syafiq, semoga rohnya dicucuri rahmat