malam tadi selepas keputusan pilihan raya umum DUN Merlimau diumumkan, aku mengambil keputusan untuk terus pergi ke Markas Pas
bukan apa, simpati juga aku kat diaorang…maklumlah kerja-kerja pilihan raya ni cukup memenatkan fizikal dan mental
bila dah kalah tu, Tuhan sajalah tahu betapa ‘seksanya’ nak menerima keputusan tersebut
(Yuhaizad mengucapkan kata-kata terakhir kepada wartawan dan penyokongnya)
dulu masa pilihan raya kecil Kuala Terengganu pun macam tu, kebetulan aku pun buat liputan di sana
aku tengok orang BN naik lembik jugalah bila diumumkan yang mereka kalah pada Pas
sebelum pulang aku sempat berbisik pada calon Pas DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah
“Biasalah Ustaz, kalah menang adat bertanding,” kataku
” Terima kasih, senang-senang nanti kita pergi minum ye,” kata Yuhaizad
aku hanya tersenyum kelat, yang pasti senyuman Yuhaizad sepuluh kali ganda lebih kelat dari aku
apa pun tahniah BN, selamat bertugas YB Roslan Datuk Ahmad!
SAK: Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Apa kata anda?