Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2011

anak panah yang menunjukkan muka stress akuuuuuu

dah lama rasanya aku tak update blog ni, jarang benor aku tak update blog aku kecuali berlaku benda-benda yang tak ‘diingini’

betul la tu…ada beberapa perkara yang tak ‘diingini’ berlaku kat aku lately ni

entah apa masalahnya tetiba sistem badan aku jadi tak tentu arah…kepala pening, tekak loya, muntah memanjang

bila pergi check doktor takdelak apa yang serius, darah dan peparu semuanya normal kecuali kehadiran kahak yang agak ‘abnormal’

dalam keadaan yang tak begitu ‘sempurna’ pun seperti biasalah, kerja tetap kerja, sekala sekala MC Ok lah tapi kalau kerap sangat tak syok juga

petang tadi aku membuat liputan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Balai Polis Dang Wangi, aku bab-bab macam ni memang cukup tak suka

bayangkanlah, nak menunggu tu punyalah lama…dalam bab ni aku nak tegur sikit PDRM, kalau nak umum kejayaan bukan main lagi jemput wartawan, tapi bila dalam kes-kes macam ni, jangan kata jemput, nak masuk pagar pun tak boleh!

maka petang tadi berduyun-duyunlah wartawan dan jurugambar berpanas-terik kat pagar balai tu…dekat sejam lebih menunggu baru Anwar keluar dan masa ni barulah kami dapat masuk ke dalam sikit (tak jauh dari pagar tu)

yang Anwar ni pun satu hal, kalau soalan tu beri ‘untung’ pada dia, amboi bukan main baik lagi dia jawab tapi bila soalan tu dia tak gemar, habis semua wartawan disumpah-seranahnya!

pendek kata petang tadi semuanya berada dalam keadaan tertekan, wartawan tertekan, Anwar tertekan, aku lagilah tertekan

STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Read Full Post »

Walaupun sekian lama berada di sebalik tabir, Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon yang cukup popular dengan kartun Aku Budak Minang sekitar tahun 80-an berpendapat bakat kartunis yang dimiliki beliau bukan dicipta, sebaliknya sebati dalam darah dagingnya.

Bukan seorang yang suka berjenama atau melawak seperti yang diduga, Ujang berkata, bakat seseorang kartunis itu tidak boleh dicipta atau diciplak, ianya lahir dalam diri seseorang itu seperti dirinya yang begitu menonjol berbanding kartunis tempatan lain dan dianggap lagenda komik tempatan.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk melahirkan seorang lagi Ujang, bagi saya, bakat ini lahir dalam diri seseorang itu dan bukannya sesuatu yang boleh dicipta atau dididik dalam diri mana-mana individu,

“Saya pasti jika Datuk Siti Nurhaliza pun tidak tahu bagaimana untuk melahirkan satu lagi penyanyi sehebat beliau, ia datang dengan sendirinya dalam diri seseorang itu seperti saya juga,”

ikuti temuramah rakan wartawan aku dengan Ujang DI SINI

Read Full Post »

 selama aku bertugas dalam bidang kewartawanan, boleh dikatakan ramai jugalah personaliti yang aku temui

ada ahli politik, ada artis terkenal dan macam-macam lagilah

sebenarnya itu adalah sebahagian daripada tugas seorang wartawan, bukan saja bertemu, kami perlu menemubual mereka dan adakalanya kami bergaduh dengan mereka

bila dikenang balik, lawak pun ada juga…orang lain terpaksa buat temujanji bagai nak rak, malah ada yang sampai kena hulur duit kerana nak jumpa seseorang VVIP tu sedangkan wartawan ni ada lesen besar, boleh redah je heheheh

tapi terus terang aku katakan, apa yang berlaku petang tadi agak lain daripada yang lain

aku dapat tugasan untuk membuat liputan kehadiran Imam Besar Masjidil Haram, Dr. Abdulrahman Abdul Aziz Assudes di Masjid Wilayah Persekutuan

bila aku sampai je kat masjid, dah beribu orang menunggu kehadiran beliau

aduh, dalam hati aku berkata, macam mana nak jumpa Imam Besar ni sedangkan nak masuk masjid pun dah payah sebab orang terlalu ramai

tetapi sebaik saja beliau sampai, entah macam mana mudah je aku bersalam dengan dia, siap berjalan bersama dan kami masuk sekali ke bilik VVIP di masjid tersebut

sedangkan kat luar tu aku tengok orang berhimpit-himpit sampai bertolak-tolak, ada dua tiga orang yang bergelar Datuk pun tak dapat masuk

selepas itu aku mundar-mandir kat kawasan masjid sebelum masuk waktu solat, tiba-tiba aku ternampak satu susuk tubuh manusia yang aku sangat familiar

eh! ini Ustaz Aa Gym, pendakwah terkenal Indonesia yang kaya raya tu… di Indonesia sendiri, Aa Gym ni antara yang sering menjadi buruan baik media mahupun pengikutnya yang berjuta tu

mak datuk sempoinya Aa Gym ni, pakai kain pelekat, baju lengan panjang dengan serban je

tanpa banyak bicara aku pun terus pergi kat dia dan kami pun bersalaman

” Ini Ustaz Aa Gym ke, maaf kalau saya salah pak,” tanya aku

” Ya betul, apa khabar?,” tanya Aa Gym sambil tersenyum

ermmm….

Read Full Post »

kelmarin aku pergi ke pejabat penyelidik terkenal kita, Sharifah Mazlina Syed Abd Kadir di Shah Alam…alah wanita pertama Malaysia yang jelajah kutub utara dan selatan tu

baik sungguh orangnya, peramah dan tak sombong

Sharifah Mazlina baru balik dari menjalani latihan di Greenland, sebuah lagi kawasan polar ais

ini kerana tahun depan dia nak menjalankan ekspedisi di sana pula

yang paling menarik dalam perbualan kami ialah kisah bagaimana dia melihat dengan mata kepala sendiri Laut Artik yang sinonim dengan air laut yang beku itu, semakin merekah dan cair, kesan daripada pemanasan global

so, dia pun ambil kamera dan rakam imej Laut Artik tersebut, MasyaAllah…dah teruk sangat broo……

nak tahu citer lebih lanjut klik kat SINI

.

SAK: Dunia makin di penghujung usianya….

Read Full Post »

dulu...

sekarang

malam tadi aku dan kengkawan saja pergi ke Puduraya…nak tengok juga perubahan yang diwarwarkan tu

dari luar memang dah nampak lain macam, bila dah masuk apatah lagi

terima kasihlah pada Datuk Seri Najib yang mengusulkan agar perubahan besar dilakukan pada Puduraya

ternyata sungguh luar biasa!

dulu

sekarang

Puduraya juga mengingatkan aku satu nostalgia yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang…kisah cinta lama dan seorang budak bernama Asraf

aku mengenali Asraf sebagai seorang budak Myanmar yang jual roti canai di Pandan Jaya, Kuala Lumpur lebih 20 tahun dulu

masa tu aku ni berkenalan dengan sorang awek, tapi tak pernah jumpa pun

setelah sekian lama berutus surat, awek tu nak jumpa aku ‘face to face’. Alamak, mati aku!

lalu kami pun berjanji nak ‘blind date’, memandangkan masa tu KLCC semua ni mana ada lagi, so tempat paling strategik dah tentu Puduraya (maklumlah handphone pun takde macam skrg, siapa pakai handphone masa tu kira kaya habislah hehehe)

tepat pada masa yang dijanjikan, aku menyuruh Asraf menyamar sebagai ‘Syahril’…bukan apa, aku segan giler siot

pertemuan diaturkan di Puduraya memandangkan awek tersebut ketika itu singgah di sana sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke kampung.

pada mulanya ‘Syahril’ berjaya menjalankan tugasnya dengan begitu baik sekali. Aku hanya memerhati dari jauh. Last-last kantoi jugak. Mana taknya, lepas bersembang kira-kira 10 minit, si Asraf ni sudah ajak awek ni makan KFC sedangkan dia makan fast food pun tak pernah

dek kerana tak biasa makan pakai garfu, ayam goreng yang dia nak makan itu tiba-tiba terpelanting ke meja sebelah! Pergh! Memang lawak siot!

akhirnya semua plan punah macam tu je, adoyyyyyyyyy

apapun zaman berubah, Puduraya pun dah berubah

bak kata pepatah, sekali pantai berubah, sekali pasir berubah……

Read Full Post »

Norman Kamaru hanyalah seorang anggota polis biasa yang bertugas di wilayah Gorontalo, utara Sulawesi, Indonesia

Namun namanya kini menjadi fenomena di seluruh Indonesia apabila tersiar di Youtube video klip dia sedang meniru tarian dan nyanyian aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan sewaktu sedang menjalankan tugas.

Video yang berdurasi hampir tujuh minit itu menunjukkan Norman membuat ‘ad-lip’ lagu Chaiyya-Chaiyya dengan begitu baik sekali.

Kehadiran video klip berkenaan mencetuskan polemik kerana ada pihak yang mahu kerajaan mengambil tindakan ke atas Norman kerana memalukan pihak berkuasa republik berkenaan.

Namun pada masa yang sama, banyak pihak menentang sebarang tindakan ke atas Norman atas alasan anggota polis berkenaan ternyata mempunyai bakat terpendam yang tidak harus dibiarkan begitu saja

memang lawak siot, kalau nak tahu citer lebih lanjut, klik kat SINI

Read Full Post »

Imam Muda Musim ke-2

malam tadi aku berkesempatan mengikuti majlis pelancaran program Imam Muda musim ke-2 di Pusat Islam Kuala Lumpur

fuh, ‘ganteng-ganteng’ calon kali ni,  yang iras-iras model pun ada gak

tapi yang best tu, antara yang terpilih adalah ahli gimnastik brooo….ada juga yang bertugas sebagai jurutera

wow, ini satu perkembangan yang baik, secara tak langsung ia menunjukkan Islam tu bukan milik orang surau atau orang agama saja, ia milik semua

juara Imam Muda musim pertama, Ustaz Asyraf

oh yea, majlis malam tadi juga agak nostalgik kerana ia berlangsung di tempat di mana aku pernah bertugas dulu

jika selama ni punyalah susah aku nak parking kat Pusat Islam tu, tapi kali ni pak guard senang je bagi masuk, dulu nampak je kereta aku dia dah bagi isyarat parking kat luar hehehehe

owh yea, happy juga dapat bertemu semula wartawan AlHijrah seperti Pijah, Zaimah dan Syafiq Zulakifli

dan pada peminat program Imam Muda ni jangan lupa untuk menonton di Astro Oasis, dengar khabar musim ini menjanjikan content yang lebih menarik

kalau tak, takkan ramai wartawan antarabangsa turut hadir malam tadi untuk membuat liputan

bos Astro OASIS, Izelan Basar ditemuramah wartawan antarabangsa

ini baru betul-betul fenomena bro!

Read Full Post »

Peranan seorang isteri cukup besar di sisi suaminya.

Isteri yang solehah akan bertindak sebagai kawan rapat kepada suami tidak kira ketika dalam apa jua masalah.

Sebab itu wanita sebenarnya memang dikurniakan dengan kelebihan dan satu anugerah dapat membaca dan merasai sesuatu yang unik mengenai pasangannya.

Pagi ini saya menatap akhbar tempatan yang rata-rata menunjukkan keintiman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan isterinya, Puan Seri Ragad Waleed Alkurdi.

Si isteri ternyata cukup gembira dengan kejayaan suaminya, lalu bahunya dipeluk, tangan mulusnya itu dilekapkan ke telinga dan pipi mereka pun bersentuhan melambangkan kebahagiaan yang tak terkata.

Ops, jangan tanya apa terjadi selepas itu kerana hanya Ragad dan Abdul Taib yang tahu apa yang ‘berlaku’ sebaik saja kamar utama banglo di Demak Jaya itu ditutup suis lampunya.

(untuk bacaan lanjut klik  DISINI)

Read Full Post »

 

ermmm, lama aku tak menulis pasal politik kat blog ni semenjak dah jadi orang ‘studio Jalan  Ampas’ sejak akhir-akhir ini hahahaha

well semua orang tahu yang Tan Sri Taib Mahmud masih mantap di Sarawak biar pun macam-macam serangan yang beliau hadapi dalam pilihanraya kali ini

semalam sejarah terukir di mana beliau sekali lagi berjaya mengemudi Sarawak di bawah panji Barisan Nasional untuk lima tahun yang akan datang

apa yang aku ingin tekankan di sini, aku harap sangat-sangat kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang akan terbentuk tak lama lagi ini membalas jasa rakyat Sarawak yang memilih mereka

kita boleh bagi apa saja angka, kita boleh bagi apa saja statistik, tetapi kita kena akui golongan mereka yang terpinggir dan miskin di Sarawak masih lagi wujud terutama di kawasan pendalaman

anak-anak masih lagi terpaksa berjalan berkilometer meredah sungai dan selut untuk tiba ke kelas, si bapa masih lagi ada yang terpaksa bergantung pada sumpit untuk mencari sesuap nasi dan macam-macam lagi

elektrik dan air juga begitu

tolonglah, faktor jarak dan keluasan dah tak relevan sekarang ni, kita dah merdeka sejak sekian lama, alasan geografi semakin dangkal untuk dijadikan alasan tidak berbuat apa-apa

ingatlah, ada yang terpaksa berjalan berhari-hari untuk membuang undi yang cuma sekeping kertas tak bernyawa itu

tapi kertas itu bagi mereka cukup penting kerana ia ‘penyambung suara’ kepada jerit perih yang terpaksa mereka lalui di bumi merdeka ini

aku tidak mengatakan apa yang BN buat selama itu tidak cukup, tetapi bagi aku ia perlu penambahbaikan yang sangat ketara

syabas BN, syabas pada yang berjaya….tetapi ingatlah, rakyat sedang memerhatikan mereka!

Read Full Post »

malam tadi aku membuat liputan Maharaja Lawak di studio FINAS, kalaulah tidak mengenangkan betapa baiknya warga Astro melayan wartawan macam aku ni, nescaya tak kuasa aku nak pergi tengok

apataknya, manusia yang datang beribu, parking seciput, buat pulak pukul 10 malam, adehhhhhhh

tapi takpelah, kebetulan aku bertugas, redah jelah, lagipun follower Maharaja Lawak ni ramai, kalau takde wartawan, macam manalah peminat program tu nak dapat info (lagipun start minggu ni nak tgk Maharaja Lawak dah mula kena bayor)

yang aku nak citer bukan pasal show malam tadi, tapi mengenai bagaimana aku dapat menyelami perasaan beberapa orang peserta dalam program tu

tak payahlah aku sebut nama, antaranya ada yang mengadu kat aku bagaimana mereka asyik bergaduh je dalam grup mereka sehinggakan lain yang mereka praktis, lain pulak yang jadi atas stage

ada juga yang ngadu terkilan kerana tersingkir (sebab depa dah mula nak buat buat kerja melawak ni full time)

ada yang ngadu tak pandai nyanyi sebab tu dah agak akan tersingkir (malam tadi temanya muzikal komedi)

yang best tu, ada yang ngadu lawak dia tak best sebab memamg dia dah semula jadi macam tu, pulak!

dalam erti kata lain, bukan senang nak buat lawak, kita tengok macam simple tapi kalau dah atas stage sambil ditonton berjuta orang, tekanannya cukup hebat

bak kata Zizan, seorang penyanyi boleh nyanyi 70 kali lagu yang sama, tapi seorang pelawak tak boleh buat 70 kali lawak yang serupa…betul gak kan?

.

SAK: Plawok, Plawok, Plawok!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: