petang tadi aku ke Kompleks Karangkraf di Shah Alam, ia agak nostalgik kerana aku sendiri pernah bertugas sebagai penyunting kanan di akhbar Sinar Harian (terbitan syarikat tersebut)
bezanya bangunan yang aku pergi tadi lebih besar dan lebih cantik dari bangunan sebelumnya
aku ke sana untuk membuat liputan bersejarah iaitu pertemuan di antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Al-Tantawi
kedua-dua mereka berkongsi satu pentas bagi membicarakan topik Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman
memang best kerana kedua-dua mereka cukup bernas dan hebat dalam mengutarakan hujah masing-masing
walaupun aku bukanlah minat sangat kat Khairy ni tetapi aku kena akui, beliau cukup hebat dalam berhujah dan berdebat…sampai satu ketika pengacara majlis pun kena ‘smash’ dengannya kerana tersalah bagi soalan, hahahaha
Nasaruddin pun apa kurangnya, ini pertama kali aku tengok beliau berhujah secara ‘live’, memang ada tokoh, aku rasa dia layak kalau Pas nak cari pengganti Hj. Hadi di masa depan
dan yang paling membuatkan aku teruja semestinya Dr. Asri Zainal Abidin
beliau yang turut diundang ke majlis itu berjaya memberikan hujah seimbang tanpa menyebelahi mana-mana pihak
Pas pun beliau hentam, UMNO pun beliau hentam tapi yang nak tergelak tu, ada satu ketika, pengerusi majlis pulak yang hentam dia…tapi Dr.Asri tetap ‘cool’ dan berhujah dengan penuh keyakinan
apapun memang best kalau ada forum macam ni lagi di masa hadapan, bukan nak cari siapa handal atau siapa hebat tapi kita nak dengar pandangan daripada kedua-dua pihak, so barulah adil
sama ada kita setuju atau tidak dengan hujah mereka, terpulanglah pada penilaian masing-masing
tahniah Sinar Harian, tahniah KJ, tahniah Nasaruddin, tahniah Dr. Asri, SALUT!