Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2011

sempat lagi gua enter frame hehehe

petang tadi aku pergi berjumpa dengan Ketua BERSIH 2.0, Datuk S. Ambiga di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

dekat sejam jugalah kami tunggu dia yang sebelum itu pergi mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

macam yang korang tahulah, Ambiga kini menjadi perhatian kerana dialah perancang utama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini

personally Ambiga ni lemah lembut orangnya, tapi hati dia keras macam batu beb, ko cakaplah apapun, dia tak peduli

bila bercakap pasal BERSIH 2.0 ni, memang ada banyak versi, ada yang kata OK, ada yang tak OK

dalam erti kata lain, 26 juta rakyat Malaysia ada pandangan sendiri tentang penganjurannya

yang pasti orang yang paling tak senang duduk dah tentulah Tan Sri Ismail sendiri

Ambiga bagitahu, Ismail kata yang beliau risau kalau perhimpunan ini diteruskan…memanglah risau Datuk!

siapa-siapa yang duduk kat kerusi Tan Sri Ismail memang akan rasa macam tu, cuba you sendiri duduk kat kerusi KPN, hah, apa agaknya yang you rasa?

terus terang, sama ada aman atau tak aman, aku tetap tak menyokong BERSIH 2.0 diadakan, betullah kita nak lakukannya secara aman dan tenteram tetapi siapa yang berani memberi jaminan yang perhimpunan tu 100 peratus akan terhindar daripada perkara yang tak diingini?

bila dah berpuluh ribu berhimpun, tak banyak sikit pasti ada ‘sekor dua’ yang dari jenis emosional, keras kepala, baran dan sebagainya

kalau tetiba jadi pergaduhan macam mana…tak ke haru jadinya…benda tak berlaku bolehlah kita eksyen tapi kalau terjadi betul-betul macam mana? ishk,

tak berkenan betul teman yeop! .

SAK: Ada member bagitahu tarikh 9 Julai masa BERSIH nak buat demo itu rupanya sama dengan Hari Bra Sedunia, pulak!

Read Full Post »

ini bukan Masjid Al-Aqsa...ini Masjid Al-Marwan

Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah (yang berkubah emas ini adalah Masjid Al Aqsa.

Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan.

Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini.

Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia ‘amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa.

Dunia ditipu sekian lama!

inilah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya..

Yahudi Zionis mempercayai bahawa dibawah tapak asal Masjidil Aqsa ujud Haykal Sulaiman, atau “kuil Sulaiman”; atau “Istana Nabi Sulaiman”.

Nabi Sulaiman, dan ayahnya Nabi Daud, adalah Nabi yang menjadi pemerintah dan membentuk sebuah Kerajaan.

Sebab itu bendera Yahudi Zionis ada bintang berbucu 6, itu adalah lambang Kerajaan Nabi Daud (mengikut kepercayaan Yahudi Zionis).

Mereka percaya bahawa Kerajaan rejim pemerintah “Messiah” yang ditunggu mereka ini akan memerintah daripada “haykal Sulaiman’ ini bila dia diturunkan nanti.

Dan mereka percaya “Messiah” ini akan memimpin mereka menguasai dan memerintah dunia.

Sebab itu slogan mereka sekarang ialah “Israel 4 All”, “New Order”, “One World” dan lain-lain

Sebab itu apa juga kutukan dan kritikan dunia, Yahudi Zionis tidak akan melepaskan Masjidil Aqsa, mahupun Baitul Maqdis.

Jika mereka tidak menguasai Al Aqsa, bagaimana “messiah”, “penyelamat” mereka akan turun.

Kerana mereka percaya tapak pemerintahan”messiah” mereka letaknya di Masjid Al Aqsa.

Sebab itulah mereka perlu perdayakan umat Islam, dan dunia, bahawa Masjid Al-Marwan dimana terletaknya “Kubah As Sakhrah” adalah Masjid Al Aqsa.

Gambar kubah emas sering ditonjolkan sinonim dengan Baitul Maqdis.

Maka umat Islam, dan dunia sering menumpu kepada Kubah As Sakhrah.

Malah rejim Yahudi Zionis begitu menjaga dan memastikan agar Kubah As-Sakhrah sentiasa cantik dan terpelihara.

Kerana apa? Supaya umat Islam dan dunia tidak memberi tumpuan kepada Masjid Al Aqsa yang sebenarnya.

Dengan cara licik itu, rejim Yahudi Zionis ini menjalankan kegiatan merobohkan Masjid Al Aqsa yang asli, sedikit demi sedikit.

Ini semua sebagai persediaan mereka menerima kedatangan “messiah”, “penyelamat” mereka.

Tapak pemerintahan “haykal Sulaiman” mesti disiapkan!

(petikan dari tulisan peguam terkenal, Datuk Zulkifli Noordin)

SAK: Artikel yang menarik untuk renungan kita bersama, Wallahualam

Read Full Post »

27 Jun 2007 – 5 petang
FM Productions, SS 15 Subang Jaya

suasana di pejabat hiruk pikuk

banyak tim akan ke luar negara kerana terlibat dengan penggambaran dokumentari untuk Astro

seperti biasa, jurukamera dan pembantunya sibuk menyediakan kelengkapan, produser sibuk menyiapkan jadual, pre-script, dokumentasi dan segala mak nenek lagi

aku kemudian ternampak kelibat Jaidi, mukanya nampak letih sangat, matanya kemerah-merahan

tapi macam biasa dia sempat senyum kat aku aku walaupun tidak bersuara, sesuatu yang jarang dibuat oleh Jaidi…Jaidi selalunya akan membuat lawak atau paling tidak berbual dengan kami semua…penat sangatlah tu gamaknya

Jaidi pula kami hantar ke Bosnia Herzegovina jadi kami faham sangatlah ‘stress’ yang sedang dia lalui

28 Jun 2007 – 9.00 pagi
Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan Putrajaya

aku dan my bos, Akmal menghadiri mesyuarat dengan Ketua Pengarah AADK

banyak laporan perlu dibentangkan, banyak isu perlu dibangkitkan, semua big gun hadir

tetiba telefon bimbit Akmal berbunyi, argh sudah, hangin gak aku kerana dia boleh tak matikan handsetnya dalam mesyuarat besar macam ni, semua mata tertumpu kat dia

tetiba perkataan Innalilah keluar dari mulut Akmal, serentak dengan itu juga dia menarik aku keluar dari bilik meeting

” Jaidi meninggal!,” kata Akmal

aku macam nak pengsan bila dengar berita tu

rupanya Jaidi yang baru berusia berusia 41 tahun itu , meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi akibat serangan jantung setelah pulang menghantar anaknya dari sekolah berdekatan.

Jaidi yang merupakan anak kelahiran Kampung Balan Dalat, Sarawak, meninggalkan seorang balu, Nurzalina Ismail, 40 dan dua orang anak, Ahmad Baihaqi, 15 dan Zarazuri, 2 tahun

yang lebih menyedihkan, sewaktu meninggal, pen masih lagi berada di jarinya kerana dia sedang menulis ketika itu (dah nama pun wartawan)

disebabkan proses bedah siasat dan sebagainya, jenazah hanya dapat dikebumikan
di Tanah Perkuburan Islam Batu Lima, Jalan Ipoh kira-kira pukul 9.30 malam.

untuk pengetahuan korang, Allahyarham mula bertugas di Utusan Melayu (M) Berhad pada Julai 1994 sehingga tahun 1998 sebagai wartawan di Meja Sukan sebelum ditugaskan di Meja Mingguan Malaysia.

beliau juga pernah bertugas di Natseven TV Sdn. Bhd. (NTV7) sebagai penyampai berita sukan.

pada 2005 dan 2007 Jaidi pernah bertugas di MMP Communications Sdn Bhd sebagai Wartawan dan kemudiannya sebagai pemangku Editor untuk majalah Milenia Muslim

dan hari ini genap empat tahun dia meninggalkan kami semua…

ya, kami masih merindui gelak tawanya,

kami masih merindui suara ‘machonya’

kami masih merindui kegigihannya,

kami masih merindui segala-galanya tentang dia

semoga rohmu dicucuri rahmat sahabatku, Ahmad Jaidi Sahar.

Al-Fatihah

Read Full Post »

hari ini 29hb Jun bersamaan 27 Rejab

mungkin ramai kita yang tak sedar, pada tarikh inilah berlaku satu peristiwa besar dalam sejarah agama kita di mana junjungan besar Rasulullah SAW pada satu malam telah dibawa dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Al Aqsa di Baitulmaqdis

pada malam 27 Rejab ~620M itu, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt.

Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak.

Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain.

Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama

dalam hal ini, aku tertarik dengan tulisan saudara Maulana Arif dalam ruangan agama Utusan Malaysia

menurut Maulana, kehebatan peristiwa itu bukan sekadar dalam ruang lingkup perjalanan Rasulullah dengan menunggang buraq (haiwan seakan kuda putih) bersama Malaikat Jibril dari Mekah ke Baitulmaqdis (Israk), tetapi perjalanan seterusnya ke langit ketujuh amat mengagumkan

menurut Maulana, bayangkan betapa teknologi angkasa lepas yang terhebat pada masa kini hanya boleh menerbangkan manusia ke bulan, tetapi Rasulullah telah melakukan pengembaraan angkasa lepas sehingga ke langit penghujung tanpa memakai pakaian khas yang angkasawan gunakan hari ini.

saintis hari ini menganggarkan perjalanan ke bintang-bintang tinggi memakan masa beribu-ribu tahun. Maka tidak masuk akal tanpa iman untuk mempercayai Nabi Muhammad boleh melakukan perjalanan hingga ke langit ketujuh dalam satu malam.

Tetapi di sisi Allah SWT tiada yang mustahil. Apa jua kehendak Allah pasti berlaku.

Peristiwa tersebut telah menguji keimanan umat Islam yang bilangannya masih kecil ketika itu. Lalu sebilangan mereka mendatangi Saidina Abu Bakar yang memberikan jawapan bahawa apa jua yang Rasulullah katakan adalah benar. Sejak itulah Abu Bakar diberi gelaran As Siddiq (Pembenar).

aku terkasima…Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!

Read Full Post »

tahniah Wan Din!

aku memang biasa dengan beliau tapi bukanlah rapat sangat ngan pengacara yang terkenal dengan tagline ‘Apa Kejadahnya’ ni

actually aku pernah berkerjasama dengan Wan Kamaruddin (pengacara Edisi Siasat NTV7)sewaktu bertugas di sebuah syarikat production dulu

yang pasti aku cukup kagum dengan kehebatannya yang bukan saja dalam bidang pengacaraan, tetapi juga dalam membina empayar perniagaannya

dalam usia yang boleh dikatakan agak muda, beliau sudah berjaya membuat harta yang ‘bukan kecil anak’ istilahnya

aku sendiri pernah ke pejabatnya di Kota Damansara…memang aku kagum beb

anyway selamat melangsungkan upacara ‘pusat bertemu pusat’ dengan Wan Nur Saleza Mazuin binti Dato’ Wan Abdul Muttalib pada 3 Julai ni bro, hehehehe, TAHNIAH!

SAK: Rasa macam nak pergi je kenduri kau ni bro…

Read Full Post »

Maharaja Lawak…

maka berakhirlah sudah sebuah pertandingan jenaka yang mencipta fenomena semenjak dua menjak ni

kat mana-mana orang dok memperkatakannya, yang takde Astro pergi cari kat Youtube, yang takde internet sanggup pergi cyber cafe…ada yang nak tengok Sepah, ada nak tengok Jozan, ada nak tengok Jambu dan macam-macam lagilah

malam tadi tercipta sejarah apabila Sepah berjaya muncul sebagai juara sekaligus memperoleh RM350,000 untuk dimasukkan ke dalam kocek mereka

entah kenapa, dalam kemeriahan final semalam, hati aku tiba2 teringat pada pelawak yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita

arwah AR Tompel, M.Zain, Ibrahim Din, Ibrahim Pendek, mendiang Param, R. Jaafar dan ramai lagilah

bagi aku skill lawak mereka tetap terbaekkkk dan tak mampu ditandingi pelawak masa kini

andai kata mereka masih hidup, tentu mereka tidak menyangka betapa untungnya insan yang bergelar pak lawak zaman sekarang

ini berbeza di zaman mereka, ada nama yang aku sebutkan tadi ‘pergi’ dalam keadaan yang menyedihkan, tiada duit satu sen pun dalam poket, apatah lagi di dalam akaun…bahkan ada yang menghembuskan nafas terakhir di rumah yang usang (itu pun atas ihsan DBKL!)

namun mereka tetap cekal ‘berlawak’ asalkan insan-insan macam kita tertawa dan bahagia walaupun mereka sendiri hidup menderita

tahniah pada yang menang namun jangan lupa beringat, kerana sejarah telah membuktikan, tidak mustahil yang dulunya terkenal tetapi penghujungnya mereka sengsara

masih ingat kisah P. Ramlee?

Read Full Post »

hari ini pagi-pagi lagi aku dah tercegat di Mahkamah Jalan Duta kerana trio Datuk T dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video lucah melibatkan seorang yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sebelum itu ketiga-tiga mereka tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9.10 pagi.

Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi: “Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani.

Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal kemudiannya menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said

nanti aku citer lagi ye…tengah sibuk ni heheheh, chow!

(live dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta)

Read Full Post »

Old Spice…

baru-baru ini aku masuk ke sebuah kedai gunting India, memang aku tak reti gunting rambut kat saloon, tak kisahlah amoi tu seksi ke, fesyen dia up-to-date ke, kalau nak gunting rambut konpom aku tetap ke kedai rambut India

kenapa kedai gunting India?

aku suka suasananya, walaupun kekadang naik pening kepala bau colok diaorang tapi deretan bedak ‘Holiday On Ice’ (bedak yg ada gambar orang main salji tu hehehe, thanks Mr. Khair Nizam), tonik rambut pelbagai warna ‘Bay Rum’ dan bunyi lagu Tamil seolah-olah menjadi satu terapi pada aku di kala rambut sedang digunting

itu belum lagi part dia pusing-pusingkan kepala, prakkkkkkkk!!!!, pergh, best siot!

tapi baru-baru ini bulu roma aku ‘meremang’ bila masuk ke sebuah kedai gunting India yang terletak tidak jauh dari ofis

apa tidaknya, aku ternampak sebotol pewangi badan berjenama Old Spice…ya, Old Spice!

kenapa dengan Old Spice?

kira-kira 30 tahun lalu, setiap malam selepas mandi, arwah abah akan menyapu Old Spice ke badannya…apalagi,satu rumah pasti terbau aromanya yang cukup wangi dan menyegarkan

zaman 70-an dulu, Old Spice ni kira antara pewangi  yang paling terkenal ler

paling unik bila bercakap pasal Old Spice adalah rekaan botolnya yang ‘pelik’

jadi bila terpandang Old Spice kat kedai gunting India tu, hati aku tetiba rasa sedih sangat

teringat gelak tawa arwah abah, teringat kasih sayang abah, teringat semuanya tentang arwah abah

dan aku takkan jemu menulis tentangnya dalam blog ini

yang pasti walaupun kehadiran Old Spice semakin dilupakan, namun memori bersama arwah tak pernah dan tak akan luput dari ingatanku sampai bila-bila

Al-Fatihah.

Read Full Post »

antara perkara yang ‘syok’ bila jadi wartawan ni, pendapat akulah, kita boleh memahami banyak isu daripada pelbagai sudut

contoh aku sendirilah, kelmarin aku interview orang kuat kerajaan, semalam aku interview orang NGO, hari ini aku interview presiden Majlis Peguam

orang-orang kuat Majlis Peguam

kelmarin aku mendapat input mengenai polisi kerajaan, semalam aku dapat maklumat mengenai isu kepenggunaan dan hari ini aku dapat info pasal undang-undang pula

ia secara tak langsung membuatkan aku sentiasa ‘update’ dengan apa yang berlaku di sekeliling kita

tadi aku ke Majlis Peguam, presidennya bercakap pasal perhimpunan haram

rupanya baru aku tahu dalam Akta 10 Perlembagaan, kita dibolehkan untuk menyertai mana-mana perhimpunan selagi ianya aman dan tidak melibatkan senjata

tetapi pada masa yang sama, Seksyen 27 Akta Polis pula memerlukan kita  memohon permit untuk menyertai satu-satu perhimpunan…nampak tak ‘percanggahan’ yang berlaku

maknanya kalau aku tak pergi sidang akhbar di Majlis Peguam petang tadi, sampai sekarang aku tak tahu pasal benda nih

esok aku tak tahulak nak pergi mana…yang pasti, aku pasti akan mendapat satu pengetahuan yang lebih baru rasanya, yessss!!!

Read Full Post »

aku tiada masalah dengan Singapura…dengan orangnya, dengan budayanya, dengan politiknya

yelah republik itu dulu pun sebahagian daripada kita so secara tak langsung mereka lebih kurang kita juga

cuma sebagai rakyat kepada negara Malaysia yang berdaulat, apa yang dilaporkan oleh Malaysia Insider ini bagi aku adalah sesuatu yang cukup menggusarkan

laporan itu menyebut, pesawat Tentera Udara Singapura telah menceroboh (tanpa kebenaran) ruang udara Malaysia hampir 2,508 kali sejak 2008, wow!

baik itu sejak 2008, kalau kita kira sejak 1998 berapa kali agaknya, kalau kira dari 1988 berapa kali agaknya?

persoalan yang aku nak tanya adalah, sampai bila kita nak biarkan perkara ini berlaku?

apa makna kedaulatan kalau ‘orang luar’ begitu mudah keluar masuk rumah kita dengan tanpa memberi salam dan sebagainya

kalau masuk dengan niat suci, Alhamdulilah…tetapi kalau masuk dengan niat hendak mengintip macam mana pula…apatah lagi kalau ‘masuk’ dengan niat hendak menyerang!

aku percaya orang Singapura semua ‘gerek-gerek’, takkan buat sesuatu yang ‘gila-gila’ pada jirannya

tetapi sejarah juga membuktikan, kekadang jiran sendiri yang makan jiran!

KUALA LUMPUR, June 20 — Singapore Air Force (SAF) aircraft illegally entered Malaysian airspace 2,508 times since 2008, the Defence Ministry said today.

Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said Malaysia’s “diplomatic” objections against SAF’s trespassing started when the International Court of Justice ruled that Batu Puteh, Batuan Tengah and Tubir Selatan belonged to Singapore in March 23, 2008.

In a written reply to Khairy Jamaluddin (Rembau-Umno), Zahid provided a breakdown of the 2,508 airspace violations:

  • In 2008, 985 Singaporean military aircraft were detected in Malaysian airspace with an average of 164 incidents a month. In 2009, 1,286 Singaporean military aircraft were detected, amounting to 107 incidents a month. Last year, 218 aircraft were detected with 18 incidents a month.
  • From January to May 2011, 19 aircraft were detected in Malaysian airspace with an average of four incidents a month.

“There have been many trespasses, even though it has decreased in numbers this year. This been going on beyod our knowledge. We do not know the reasons for the trespass.

“Singapore is careful and protective of its airspace, but it appears we are not,” Khairy told reporters today.

.

SAK: Suka makan putu piring kat Geylang Serai.

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: