Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2011

PAHLAWAN

jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

~ Usman Awang

Read Full Post »

inilah kisah paling tragis yang pernah aku rasa…seharian aku jadi monyok, terdiam memikirkan kisah Ashraf@Aleesha

sebagai umat Islam, aku rasa semua daripada kita menentang hasratnya untuk mengubah apa saja ke atas tubuh badannya, termasuk namanya tetapi aku juga rasa yang kita tak banyak membantu arwah dari segi bimbangan, kaunseling dan sebagainya

dan inilah kelemahan orang kita…hanya tahu menilai yang tersurat tetapi gagal menafsir yang tersirat

Ashraf@Aleesha ‘sakit’ dan ‘sakitnya’ itu bukan macam demam atau selesema yang boleh sembuh dengan mengambil Panadol Asctifast

‘sakitnya’ itu luar biasa, tidak hanya melibatkan lahiriah atau fizikal semata

dia sudah lama terseksa…rambutnya pernah dipotong, dia pernah dihalau oleh keluarganya, tetapi Ashraf@ Aleesha tahu walau macam manapun hina dirinya, dia tetap anak kepada Pakcik Abdul Aziz dan Mak Yah

aku cukup sebak bila Mak Yah memberitahu media, walaupun dihalau dari rumah, Ashraf@Aleesha tetap tak lari dari rumah, bahkan dia sanggup tidur dalam kereta di depan kediaman mereka kerana tak mahu berpisah dengan keluarganya

bukan macam bebudak sekarang, baru frust cinta sikit, baru kena marah sikit, terus masuk baju dalam beg pastu lari ke Kolumpo!

maknanya di sini, di sebalik kata caci dan makian yang diterima Ashraf@Aleesya, banyak juga sifatnya yang lebih baik dan terpuji dari insan lain di luar sana

dan aku lebih sedih…ada media tergamak letak tajuk besar PONDAN GAGAL TUKAR NAMA masa dia kalah kesnya dulu

kalau betul dia pondan, so what? perlukah kita nak tambah ‘deritanya’ lagi?

dan hari ini aku harap mereka yang benci kepada Ashraf@Aleesya gembira dan boleh duduk tersenyum membaca cerita kematian anak Terengganu ini

selamat jalan dik, walau apapun nama engkau…Al-Fatihah

Read Full Post »

aku kurang menulis mengenai kehidupan peribadiku dalam blog ini kerana aku tak nampak kenapa aku perlu berbuat demikian

tiada apa yang menarik mengenai kehidupan aku, semuanya biasa saja, pagi pergi kerja, malam pulang semula

namun hari ini aku ingin beritahu satu dunia betapa syukurnya aku kerana Allah telah menganugerahkan kurniaan yang cukup bermakna pada diriku yang tidak punya apa-apa ini

seorang putera yang bernama Mohamad Ammar Amsyar

diam tak diam, Ammar dah pun berusia enam tahun dan InsyaAllah akan masuk ke Darjah Satu tahun hadapan

berbeza dengan aku yang haru biru, Ammar nampaknya lebih teliti dan observe, tidak banyak bercakap, lebih suka menyendiri dan lebih tertarik dengan gajet seperti handphone adroid dan laptop berbanding perkara lain

Ammar juga suka menyanyi dan gemar menulis (hahahaha no komen)

Alhamdulilah, sejak lancar membaca seawal umur empat tahun, dia tidak berhenti membaca (termasuk nombor plate kereta dan iklan ubat kuat kat tepi jalan!)

seperti insan lain, aku juga mahu yang terbaik untuk Ammar tapi aku sendiri tak tahu adakah aku dah cukup terbaik untuk dirinya

pada kesempatan ini, aku ingin memohon maaf pada Ammar sekiranya aku belum cukup layak untuk bergelar PAPA, tetapi percayalah Ammar, papa mu ini akan buat apa saja demi dirimu sayang

dan hanya sajak inilah yang mampu papa hadiahkan di hari lahirmu nak…

Ammar Amsyar

kau mungkin tidak mengerti apa yang papa katakan

tetapi kau pasti tahu apa yang papa rasakan

sesungguhnya papa tidak sempurna dalam pencarian

tetapi papa tetap berusaha menyusuri perjalanan

Ammar Amsyar,

kau masih mentah untuk mengenal hidup

tapi kau cukup masak untuk mengenal kasih sayang

sesungguhnya papa ingin siramkan kau dengan kemuliaan

walau tubuh ini bersalut dengan lumpur kepayahan

Ammar Amsyar,

tiada apa yang papa harapkan

selain doa yang kau kirim

tika papa di batas pemakaman.

Read Full Post »

ini ada satu kes pelik

mayat Th’ng Boon Siang ditemui di atas lantai di sebuah bilik belakang di tingkat bawah kedai mereka pada kira-kira 7.30 pagi 29 Mei, 2003, di Manjung dengan kedua-dua tangannya diikat

pada 2007, Mahkamah Koroner membuat dapatan berdasarkan testimoni Ketua Jabatan Forensik Hospital Ipoh Dr Mohammad Shafie Othman @ Osman, yang mendapati punca kematian akibat asfiksia seksual (mati lemas)…macam seks ganaslah lebih kurang

kononnya dalam laporan post mortem, mendiang dalam usaha nak sampai ‘kemuncak’,dah buat aksi erotik kendiri hingga membawa pada kematiannya

tapi keluarga dia tak puas hati, mereka anggap mangsa telah dibunuh!

oleh itu keluarga itu meminta satu inkues bagi menentukan keadaan yang membawa kepada kematiannya, dibuka semula

Peguam Gurbachan Singh kata, mereka mahu membuka semula kes itu kerana terdapat pendapat berbeza oleh dua ahli patologi forensik berhubung keadaan yang membawa kepada kematian Th’ng

dua ahli patologi forensik itu ialah Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Dr Mohammad Shafie

semasa inkues itu, Dr Mohammad Shafie mendapati bahawa kematian mangsa disebabkan oleh pengasfiksian dan luka yang dilakukan sendiri semasa melakukan aksi erotik kendiri

dalam keterangan Dr Bhupinder di Mahkamah Tinggi semasa perkara itu disemak, berkata bahawa kematian mangsa BUKAN disebabkan aksi erotik kendiri, pulak dah!

Gurbachan berkata, semasa inkues dan di peringkat semakan di Mahkamah Tinggi, pihak pendakwaan juga gagal untuk memanggil saksi penting, pembantu rumah Indonesia mangsa, yang menjumpai mangsa selepas insiden itu

ermmm…..macam-macam hal dunia sekarang nih…..

SAK: Nak komen pun aku tak reti, seks ganas??? meremang bulu roma den….

Read Full Post »

dia tak bersekolah tinggi dan bermula dengan hanya menjual popiah

kini Sam Goi, 62, bukan saja memiliki empayar perniagaan sejuk beku yang nilainya mencecah USD1.3 bilion, tetapi syarikatnya juga diiktiraf sebagai pembuat kulit popiah terbesar di dunia apabila kilangnya di Malaysia, China, Singapura dan Amerika Syarikat mengeluarkan 35 juta kulit popiah dalam masa sehari!

semoga kisah kejayaannya boleh memberi inspirasi kepada kita semua di luar sana, selamat membaca:

Billionaire Sam Goi, 62, who makes his debut this year among Singapore’s richest, sits in a plush office in the Senoko industrial belt that’s decorated with antiques and rare Chinese paintings by masters like Wu Guanzhong and Fan Zhen.

On tony Nassim Road, the preferred address of Singapore’s uber-rich, Goi’s 50,000-square-foot mansion is even more opulent, filled as it is with his prized possessions: 17th-century baroque figurines and pâte de verre sculptures from Daum, among much else. Parked in his garage is his latest toy, the Lexus LFA supercar.

The good life has come to Goi (born Goi Seng Hui) through a business that seems more hawker-stand than haute cuisine: producing crepelike wraps that are used for spring rolls or popiahs, as they are called in Goi’s native Hokkien dialect. Tee Yih Jia Food Manufacturing, the flagship of his privately held frozen foods empire, with estimated revenues of $1.3 billion, is the world’s largest maker of popiah skins, producing 35 million pieces daily in factories in Singapore, China, Malaysia and the U.S.

Sold under its Spring Home brand, they can be found in Chinatowns in major cities around the world from San Francisco to Kolkata as well as China. Competitors have sprung up, but none matches Tee Yih Jia, which exports 90% of its production to 49 countries.

The Chinese from Goi’s native Fujian Province were the originators of popiahs and popularized what is essentially a healthful peasant food wherever they’ve resettled. Popiahs are stuffed with a mix that includes turnips, bean sprouts, lettuce, carrots–meats can be added, too–and eaten with hoisin sauce. From making just the skins, Goi’s company has expanded into making popiahs themselves and a range of other ready-to-eat items drawn from Asian cuisines, including roti paratha, Indian samosas, glutinous rice balls and prawn rolls.

“I’m a simple man who started in a small way with the humble popiah. But now we’ve gone far beyond that,” says Goi. “Sam has shown that with drive, passion and determination anything is possible. He’s a go-getter,” says his hotelier friend and fellow rich lister, Ow Chio Kiat, who chairs Stamford Land.

Goi is often cited by the government as an example of home-bred success for having built a global business from roots in the tiny island-state. “The ‘Made in Singapore’ stamp helps food exporters to market their goods overseas, and Tee Yih Jia has capitalized on that,” says Azlina Sulaiman, group director for lifestyle business, IE Singapore, the government’s international trade agency. Goi acknowledges that: “The strength of Singapore’s brand equity has opened doors around the world for me.” With his food interests and other holdings, notably in real estate, he debuts at No. 12 among Singapore’s richest, with a fortune estimated at $1.2 billion.

Food wasn’t a business that Goi set out to do. His father, Goi Koh Tong, a farmer in China’s Fujian province, came to Singapore when Goi was 6 years old. The family settled in Geylang, a seedy area known as Singapore’s red-light district, where his father opened a small grocery store. Goi and his three siblings lived in a one-room tenement, but “We were happy,” he recalls.

Goi dropped out of high school to help his father at the store. To escape the monotony, he started doing odd jobs at a mechanical repair shop where he discovered that he had a flair for fixing machines. In 1969, when he was 21, he persuaded his father to lend him $8,000 so he could start his own repair shop. In less than a year the business had to close for want of customers.

Read Full Post »

setelah kecoh kononnya minuman ringan Barbican itu haram, semalam Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa minuman ringan gandum seperti Barbican adalah halal dan boleh diminum oleh masyarakat Islam

produk-produk ini dikatakan bukannya diproses untuk membuat minuman alkohol dan kandungan alkohol yang terhasil daripada pemprosesannya adalah rendah dan tidak memabukkan

“Jadi, minuman seperti ini adalah halal dan boleh diambil oleh umat Islam seperti mana yang telah dipersetujui majlis tersebut dalam muzakarah yang diadakan pada tahun 1984, 1987, 1988 dan 2010,” kata pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam satu sidang akhbar yang diadakan semalam

baik itu cerita Barbican, ni nak cerita pasal rokok pulak

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan bercanggah pendapat mengenai hukum merokok apabila satu pihak mengatakan ia makruh manakala satu pihak lagi memfatwakannya sebagai haram

menurut Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, perbuatan merokok adalah makruh selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau mengganggu kesihatan para penghisapnya

namun katanya, hukum merokok bertukar haram apabila perbuatan itu jelas mengganggu kesihatan atau mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengambil bahan itu

“Pengharaman rokok tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dan khinzir sebab arak dan khinzir jelas diharamkan dalam al-Quran dan hadis tetapi bagi rokok tidak ada.

“Ulama berselisih pendapat dalam pengharaman rokok dan ia lebih kalau mendatangkan mudarat,” katanya

Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, fatwa pengharaman rokok telah lama diwartakan oleh majlis tersebut iaitu sejak 1995 dan ia kekal sehingga sekarang

katanya, pengharaman itu berdasarkan tiga sebab iaitu merokok membahayakan kesihatan para penggunanya, mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling perokok serta alam sekitar dan perbuatan tersebut menjurus kepada pembaziran

bagaimanapun, beliau mengakui pengharaman rokok adalah tidak seragam dan setakat ini ia hanya diwartakan di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor

justeru, beliau meminta negeri-negeri lain supaya segera mewartakan pengharaman rokok bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam

“Kita tidak boleh menguatkuasakan pengharaman rokok kerana walaupun dari segi hukum syarak sudah jelas ia haram tetapi apabila kita buat fatwa, dari segi penguatkuasaan ia mesti fatwa yang digazet.

“Peringkat pusat iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh menggazetkan fatwa, yang boleh gazetkan fatwa adalah di peringkat majlis agama negeri dan perkara agama adalah di bawah bidang kuasa negeri,” jelasnya

baik sekarang bab Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) pula

mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April telah bersetuju memutuskan bahawa pelaburan ASN, ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan ia secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional

Majlis Fatwa Kebangsaan pula memutuskan hukum melabur dalam ASN dan ASB, termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah HARUS

keputusan itu dibuat selepas pihak Majlis Fatwa meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan

adoyyyyyyy, keliru, memang keliru

bagi aku Islam itu mudah tapi jangan terlalu ambil mudah…pada masa yang sama golongan ilmuwan agama kena ‘bijak’ khususnya dalam mengeluarkan fatwa dan sebagainya, mereka kena satu hati dan satu suara agar kita masyarakat Islam tidak terus keliru dan dikelirukan

memang bagus kalau kita ada pelbagai pendapat kerana ia melebarkan horizon pemikiran kita tentang sesuatu perkara namun ia mesti disertai dengan penjelasan yang cukup ilmiah dan terperinci

jangan hanya sesuka hati kata HARAM atau HALAL kemudian biarkan kita semua terpinga-pinga begitu saja

lagi satu janganlah ambil masa yang lama sangat kalau nak keluarkan satu-satu fatwa, dalam isu Barbican contohnya, dah berbulan-bulan masyarakat dok bercakap mengenainya, baru semalam nak umum…tolonglah Ustaz, pro-aktiflah sikit!

SAK: Dalam kalut ada peraturan, peraturan cipta kekalutan, di mana pula kau berdiri…itu kata M. Nasir.

Read Full Post »

gambar di atas adalah sebuah kubur anggota tentera Sarawak Rangers berketurunan Iban, Lans Korporal Ungkok anak Jugam yang dipercayai terkorban di antara tahun 1948 – 1960

nak tahu kat mana kubur dia? KM4 Jalan Langgar, Alor Star, tepi jalan besar je kedudukannya

bayangkan betapa ‘hinanya’ kita melayan anak bangsa yang berjuang bermatian-matian untuk mempertahankan tanah air dari cengkaman komunis

nasib baiklah atas usaha Let. Kol (B) Robert Rizal Abdullah (http://pgbwarrior.blogspot.com) dan rakan-rakannya, kubur mendiang telah dialihkan dan seterusnya dipindahkan ke tempat yang sewajarnya


dan aku sangat terharu hari ini, kerana kerajaan telah membuat satu keputusan tepat untuk mengkebumikan semula kesemua rangka 21 anggota Iban Trackers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis dulu pada 27 Julai ini


Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan kesemua anggota Iban Trackers yang terkorban dikebumikan di tanah kelahiran mereka.

“Keadaan darurat pada masa itu membuatkan mereka (Iban Trackers) dikebumikan serta-merta di tempat mereka terkorban.

“Bagaimanapun negara kini sudah aman. Jadi kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana bersetuju membawa pulang kesemua pahlawan Iban ini dari tempat mereka disemadikan,” katanya pada majlis ‘Miring Ops Mai Pulai’ (Ops Bawa Balik)

anggota Iban Trackers itu antaranya ialah Ungkok Jugam, Jaweng Jugah, Unggat Ujom, Ugap Utut, Letan Kusing, Nyambik Pasang, Kumpang Tinggi, Bulan Kasau, Kelambu Gadung, Untang Engan, Rejap Bagi, Entap Tulu.

turut dibawa pulang ialah Nyantau Juna, Manit Cheling, Nyaru Talap, Mat Akit, Empati Dugu, Adrain Tandang, BS Utot Tanggang, Dampi Berain dan Janggak Ingkoi.

enam kumpulan khas ditubuhkan untuk menggali semula kubur mereka yang terletak di Alor Setar, Kedah; Batu Gajah dan Kemunting, Perak; Cheras, Kuala Lumpur; Terendak, Melaka dan Keranji di Singapura.

kesemua rangka pejuang tersebut akan dikumpulkan di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur pada 25 Julai sebelum diterbangkan ke bandar raya ini menggunakan pesawat Hercules Charlie pada keesokan harinya

ingatlah, jasa para pejuang Iban ini pada negara kita sangat hebat dan tiada galang gantinya…tiada apa yang dapat kita balas bagi membalas keberanian dan kecekalan mereka terhadap negara kita yang tercinta

salut untuk mereka…AGI IDUP AGI NGELABAN!

Read Full Post »

Amy ketika remaja

di awal penglibatannya dalam dunia muzik

hari-hari terakhir Amy...

hari ini penggemar muzik antarabangsa dikejutkan dengan kematian penyanyi terkenal British, Amy Winehouse

bagi yang tahu pasal Amy ini, kematiannya bukanlah mengejutkan sangat…walaupun berbakat besar, Amy juga mempunyai masalah yang ‘cukup besar’ dalam dirinya iaitu ketagihannya dalam seks, dadah dan yang terbaru, alkohol!

nama Amy mula melonjak ke persada seni selepas menggondol lima Anugerah Grammy pada 2006, hasil album keduanya, “Back to Black” dan single popular, “Rehab”

dia mula kemaruk minum arak ketika cuba membuang tabiat mengambil heroin dan kokain selepas bercerai dengan suaminya, Blake-Fielder

aku pernah baca dalam satu artikel, dia boleh minum arak tequila hingga enam gelas dengan ‘one shot’ saja hinggakan mereka yang melihatnya jatuh kasihan

tak cukup dengan itu, Amy juga selalu ingin menyendiri dan kemudian mencederakan dirinya dengan pisau

pengakhiran seorang artis muda...Amy Winehouse

dan gambar di atas sudah cukup menceritakan segalanya tentang Amy, harus diingat, ketika ajal menjemputnya pagi tadi, dia baru berusia 27 tahun!

Read Full Post »

menjadi pendakwah wanita bukanlah sebuah “taboo” dan perkara baru

jika disingkap kembali sejarah Islam, kita akan dapat lihat bagaimana Sayyidah Aisyah isteri Nabi SAW, terkenal dengan peranannya menyampaikan Hadith Baginda SAW, ilmu dan mengeluarkan fatwa pada umat ketika itu samada dari kalangan lelaki dan wanita

dalam masa yang sama beliau adalah isteri Solehah yang bijak menguruskan rumahtangga

mengambil ‘semangat’ itulah, TVAlHijrah melancarkan program realiti mencari pendakwah muda wanita yang berusia antara 20 hingga 30 tahun

syaratnya takdelah susah macam pergi interview nak jadi pramugari Air Asia tu, korang just be yourself…tapi dah nama program agama tu, so kenalah buat homework sikit, lancarkan bacaan Al-Quran korang, banyakkan membaca buku-buku agama dan yang penting korang ikhlas ke ujibakat tu, bukan sebab dalam otak dok teringat nak jadi ala-ala Jaclyn Victor pulak!

lagi satu bab pakaian, tudung dah tentu wajib, cuma janganlah baju tu sendat sana sini….ni program agama dik non, bukan photoshoot poster URTV versi raya ok!

menurut penyelaras ujibakat yang juga member baik aku, Ainur Madihah (betul ke aku eja nama ni), pemilihan calon program Solehah dinilai berdasarkan pengetahuan agama dan am, kepetahan bercakap, ketajaman fikiran dan tinggi budi bahasa

sekarang ni tim ujibakat dah ada kat Merdeka Palace, Sarawak dan UNIMAS, Sabah (23 dan 24 Julai) dari pukul 10 pagi hingga 6 petang, apalagi, cubalah, cubalah, cubalah (Kak Esah kau jangan nak perasan gi ujibakat, kau tu dah cecah 40an dah)

SAK: Jadikan Solehah sebagai platform permulaan untuk anda mengorak langkah yang lebih jauh. Siapa tahu anda adalah pendakwah yang mereka cari?

Read Full Post »

tindakan seorang pencuri mabuk menjamu selera dengan mi segera dan minum kopi di rumah yang dicerobohnya di Kota Bharu semalam membawa padah apabila dia ditangkap polis selepas tertidur di sebuah bilik di rumah itu kerana kekenyangan

kekadang aku terfikir, apalah bangang punya penyamun mcm ni…mungkin dia ingat nak jadi penyamun ni senang kot, cukup dengan screw driver dah kira lulus

perlu diingat, dalam apa juga pekerjaan, kita kena ada ilmu, lebih bagus kalau ditambah dengan pengalaman

gabungan ilmu dan pengalaman inilah yang akan membawa kita ke arah kejayaan dalam satu-satu pekerjaan

sijil menggunung tinggi satu hal, tapi ia perlu diikuti dengan pengalaman dan pengalaman inilah yang sebenarnya lebih mahal dari segala-galanya

dalam karier aku sebagai wartawan, terus-terang aku katakan, Utusan Malaysialah merupakan universiti aku…aku belajar susah dan senang dalam dunia kewartawanan melalui syarikat akhbar itulah

Alhamdulillah, berkat ilmu dan pengalaman yang aku peroleh dari sana, aku tidak begitu menghadapi banyak masalah untuk bekerja di tempat lain

berbalik pada cerita penyangak tadi, aku bukan nak sanjunglah, tetapi so far bagi aku penyangak yang paling handal di Malaysia tetap ‘trofinya’ dimiliki oleh Geng Mamak

geng adik beradik ini berjaya menggunakan kaedah penyamaran mereka sebagai anggota trafik, anggota JPJ dan anggota kastam dengan begitu hebat sekali

dengan perancangan rapi mereka itu, geng ini berjaya mencuri jongkong emas, mikrocip dan pelbagai barangan elektronik yang nilainya mencecah billion ringgit!

Geng Mamak yang ditubuhkan di Kuala Kangsar, Perak oleh Mohd Noor, Rozland, Mohd Yusof, Sharif dan Zainudin pada tahun 1980-an telah terlibat dalam 200 kes rompakan

mereka menyasarkan individu yang mengeluarkan wang dari bank, gudang peralatan komputer, telefon bimbit dan barangan elektrik, lori yang membawa barangan berharga dan kereta mewah

kewujudan kumpulan itu pertama kali terbongkar setelah tiga anggotanya ditangkap kerana terbabit dalam rompakan jongkong emas bernilai RM9.6 juta di Terminal B, Lapangan Terbang Subang pada 31 Ogos 1994

polis berjaya melumpuhkan Geng Mamak dengan tangkapan perancang utama anggota kumpulan, Khairul Affendie Mohd Noor, dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Kampung Sungai Kayu Ara di sini pada 18 Nov 2002

sejak tangkapan itu, 38 anggota Geng Mamak telah ditahan, malah ada yang telah ditembak mati

beberapa anggota Geng Mamak yang ditembak mati di Shah Alam tak lama dulu

aku masa jadi wartawan jenayah di Utusan Malaysia dulu sering pening kepala dengan geng ini kerana kerap melakukan kegiatan jenayah mereka dengan cara yang begitu sistematik dan licik

mereka juga terkenal kerana sering berjaya melarikan diri waktu dalam tahanan polis, contohnya anggota kanannya, Chot

masa kat trafic light pun dia berjaya bolos, pergh!

disebabkan mereka juga, Bukit Aman terpaksa menubuhkan pasukan khas selama bertahun-tahun untuk menjejaki mereka

walaupun ramai anggota ini dah ditangkap, dibuang daerah dan sebagainya, tapi bagi aku mereka tetap ‘legend’ dalam dunia mereka, kalau Hollywood tahu aku ingat dah lama kisah geng ini filemkan…serius!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: