aku selalu bertemu dengan pakcik ini di depan pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abd. Rahman
sebenarnya aku selalu keliru, nak kata dia ada masalah mental, tak juga…nak kata dia minta sedekah…tak juga
kekadang aku habiskan masa dengan hanya memerhatikan gerak-gerinya
yang pasti mulut pakcik ni asyik bercakap memanjang…pot pet pot pet, apa yang dia bebelkan aku pun tak tahu
pernah juga aku nak tegur dia tapi takut pula dia bertindak agresif tak tentu pasal
dan semalam aku cukup terkejut apabila dia muncul dalam Youtube, terima kasih pada teman blogger IbnuKhusairi yang memuat-turunkan klip ini
lebih mengejutkan lagi dia berjaya memberi kupasan tersendiri mengenai demo Bersih dengan argument yang cukup menarik untuk dihayati
ya, mungkin dia ada hujahnya yang tersendiri tetapi apa yang beliau katakan membuatkan aku tertanya-tanya…siapa pakcik ini yang sebenarnya???
uii..salute aku ngan pakcik ni…
pakcik ni lagi waras dari orang kat luar tu
Salam Sahabat…
Sebab tu aku memang sejak dulu tak pernah pandang rendah orang macam ni…walau di negara mana sekalipun…depa punya pengetahuan memang sampai kita last sekali akan timbul soklan “Sapa dia ni sebenarnya nih”…
Kesian pakcik ni..saya kerap juga ke Sogo tapi tak jumpa pulak pakcik ni…persoalannya kenapa dia ada disitu ye?Dia tak ada anak ke?
Ada member nak interview sehhh — sikit lagi fofular la pakcik ini… macam cikgu Shida pun da fofular.
[سم الله
Kepada saudara Syahril A Kadir, saya ada sedikit ilmu untuk dikongsi dengan saudara.
Di antara cara untuk mengetahui seseorang itu tidak siuman atau waras secara tepat ialah
1) saudara perhatikan adakah semua hukum syarak pakcik ini patuh atau tidak. Contohnya, seperti kalau waktu solat sudah masuk, adakah dia pergi solat. Kalau saudara dapati pakcik ini pergi menunaikan solat maka sah lah pakcik ini bukannya tidak siuman. Bahkan waras. Qiaslah untuk hukum syarak yang lain. Seperti sentiasa menutup aurat.
Ini kerana, mana-mana manusia yang zahir nampaknya macam orang gila tetapi kalau saudara dapati semua hukum syarak dia buat dan patuh maka ketahuilah orang itu tidak gila. Bahkan, manusia itu bukan sebarang manusia di sisi Allah.
Tetapi, kalau manusia itu melanggar semua hukum syarak maka barulah kita boleh menganggapkan manusia itu tidak waras.
Pernah tercatat dalam sejarah, satu orang telah dianggap gila oleh masyarakat. Kerana zahirnya, kerjanya mengutip sampah, Jumpa sampah dia kutip. Dia kutip sampah tidak kira tempat. Dia pikul berguni-guni sampah. Semua orang ramai kata dia gila. Pakaiannya zahirnya amat comot. Tidak peduli dengan manusia lain. Tidak peduli makan minum. Tidurnya dibawah jambatan. Semua orang kata dia gila.
Tetapi, pada satu hari, dengan kehendak Allah ada satu manusia lain yang mengikuti dan memerhati gelagat “orang gila” ini. Maka didapati apabila masuk sahaja waktu solat dia pergi ke bawah jambatan. Semua timbunan sampah dia bakar. Kemudian dia pergi mandi dalam sungai.Membersihkan diri. Memakai pakaian bersih. Dan kemudian dia menunaikan solat di bawah jambatan itu. Maka setelah selesai menunaikan solat “pengintip” pun pergi berjumpa dengan “orang gila” ini dan bertanya siapakah beliau sebenarnya.
Maka ringkas cerita. Kata “orang gila” itu. Bahawa dia sebenarnya tidak gila tetapi sedang bermujahadah dengan dengan nafsunya. Dalam usaha untuk membuang keegoan dan keras hatinya. Dalam usaha untuk medidik jiwa supaya zuhud.
Setelah beberapa waktu ” orang gila” itu pun sudah tidak ada lagi kelihatan mengutip sampah.
Kebetulan Allah takdirkan Ibnu K nak berada di depan dan boleh mendengar apa yang dia nak luahkan.. Ianya hanya nasib bila dia keluarkan bab BERSIH 2.0 tu. Kebetulan juga Ibnu K letakkan kamera dan rekod saat itu. Niat saya hanya nak berkongsi ilmu yang dikhabarkan.. tidak lebih dari itu…
syabas pakcik ni … walaupun pada zahirnya begitu, tetapi jelas beliau rajin membaca. 🙂
aku pun wonder gaks….
special branch kut