Ketika melintas sebuah rumah banglo di kawasan perumahan mewah di Subang Jaya, penulis tidak terlintas ia didiami seorang ‘maknyah’ yang lebih 30 tahun menceburkan diri dalam dunia kecantikan dan andaman.
Setelah sekian lama berusaha memajukan dirinya sekali gus menepis ‘tuduhan liar’ yang sering dikaitkan dengan golongan maknyah, Ismail Jantan atau lebih selesa dengan panggilan Kak Is kini boleh berbangga dengan titik peluh yang dia curahkan selama ini.
” Saya sudah puas diejek dan dicaci, malah sampai satu peringkat ada orang yang mahu saya berikan saja kemaluan saya pada anjing, betapa hinanya saya di mata mereka.
” Kini saya mahu katakan pada dunia, saya bahagia dengan kehidupan sekarang tanpa perlu mengambil satu sen pun harta atau duit ringgit mereka,” tegas Kak Is.
‘Menjadi’ Kak Is bukanlah suatu perkara yang mudah.
Anak jati Kuala Lumpur ini pada mulanya hanya sempat menghabiskan pelajaran peringkat menengah tanpa apa-apa sijil yang boleh dibanggakan.
Demi mencari sesuap nasi, Kak is mengambil keputusan untuk bekerja kilang, namun dek kerana persepsi negatif yang terlalu tebal terhadap golongan sepertinya, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Menurut Kak Is, dia tidak minta dilahirkan seperti ini tetapi naluri kewanitaan terlalu kuat di dalam dirinya hingga dia tidak mampu lagi menipu terhadap diri dirinya sendiri.
Namun gelaran ‘maknyah’ itu sendiri telah membuatkan dia terpaksa menanggung beban yang bukan sedikit, hampir ke semua majikan enggan mengambil dia bekerja.
Disebabkan mempunyai raut wajah yang ‘manja’ dan tubuh yang ‘gebu’ di waktu mudanya, Kak is pernah ‘dipelawa’ oleh rakan-rakannya untuk menghambakan diri di lorong-lorong gelap sekitar Chow Kit.
Namun kerana mengenangkan keluarga dan agama, Kak Is nekad untuk tidak terjerumus ke lembah noda itu walaupun ia menjanjikan pulangan wang yang cukup lumayan.
” Sebab itu ramai maknyah terjebak dalam dunia pelacuran, bukan itu yang mereka hendak tetapi mereka sudah tidak ada pilihan, mereka juga mahu hidup, mereka juga ada keluarga di kampung yang perlu dibela…bagi yang kurang iman, melacurlah jalan terakhir,” katanya.
Disebabkan terlalu minat dengan dunia kecantikan, Kak Is mula bekerja secara sambilan dengan beberapa butik dan salon terkenal di sekitar ibu negara.
Hasil pendapatan yang tidak seberapa itu, Kak Is mula mendaftar diri dengan sebuah akademi persolekan sebagai pelajar sehinggalah berjaya memperoleh diploma dalam bidang solekan setahun kemudian.
Tidak cukup dengan itu, Kak Is melanjutkan pelajaran di sekolah andaman rambut terkenal, Peter and Guys sehingga berjaya dalam kursus tersebut.
Dengan kelayakan akademik dalam bidang persolekan dan andaman itulah, Kak Is akhirnya diterima untuk menjadi jurumekap kepada beberapa produk solekan terkenal seperti Lancome dan Christian Dior.
Sejak dari itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang. Apa saja tawaran yang ada dijayakan dengan penuh iltizam dan bersungguh-sungguh.
Malah dalam tahun sekitar awal 90-an, Kak is adalah ‘nama besar’ dalam dunia hiburan kerana sering menjadi rebutan para pelakon filem dan penyanyi terkenal tanah air.
Antara yang sering mendapat sentuhan solekannya adalah Nasha Aziz dan Fauziah Latif.
Namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan tiba-tiba datang di tengah hari.
Semangatnya untuk cuba untuk berniaga sendiri dengan membuka sebuah salon di Desa Pandan, Kuala Lumpur akhirnya musnah apabila ia gagal menarik pelanggan seperti mana yang diharapkan.
” Entah di mana silapnya perniagaan yang saya kongsi bersama seorang kawan itu gagal, walaupun pada awalnya mereka yang datang sampai ‘tak menang tangan’, tetapi makin lama perniagaan kami makin lesu.
” Ada yang kata perniagaan kami terkena ‘buatan orang’, entahlah, mungkin ya dan mungkin juga tidak,” katanya sambil tersenyum.
Disebabkan terpaksa menanggung kerugian yang cukup tinggi, Kak Is mengambil keputusan untuk memindahkan semua peralatan di salon itu ke banglonya di Subang Jaya.
Ternyata keputusan itu tidak sia-sia, perniagaan andaman dan solekannya mula menjadi sebutan dan ia terus kekal sehingga ke hari ini.
Mengenai hobi masa lapangnya, Kak Is akui yang dia cukup ‘obses’ dengan pakaian dan minyak wangi sehingga membuatkan dia sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli produk- produk tersebut.
Antara jenama kesukaannya ialah Bvlgari, Christian Dior, Gergio Armani, Channel, Louis Vuitton dan banyak lagi.
” Sekali imbas orang akan kata saya kaya tetapi tidaklah sampai macam tu sekali, poket saya pun ada pasang surutnya, kalau dah kaya lebih baik saya makan dan tidur saja, tak perlu susah-susah pergi solek orang sana dan sini,” ujarnya sambil tersenyum manja.
Bagaimana kehidupan seks Kak Is?
Wow, apa bentuk soalan ni (sambil ketawa). Tidak, saya tidak mengamalkan seks bebas, terpulanglah apa pandangan orang terhadap saya, lagi pun saya dah tua, dalam kepala saya ini nak buat amal sebanyak mungkin. Bahkan saya mengalu-alukan mana NGO atau pertubuhan amal yang mahu menggunakan khidmat saya dalam bidang solekan atau andaman. Jangan risau, nampak saja saya mewah macam ni, tapi saya akan kenakan yuran yang cukup rendah berbanding harga pasaran. Zaman nak caj ‘gila-gila’ dah berlalu, sekarang ni saya hanya nak ‘enjoy’ dengan kerja saya. Telefon saja 016-3445330 atau 013-3775436
Tidak ingin menamatkan zaman bujang dan berkeluarga seperti insan normal yang lain?
Ermm….siapa yang tak mahu tapi ada ke wanita di luar sana yang nak kahwin dengan maknyah macam saya (sambil ketawa)., Lagipun untuk pengetahuan awak, umur saya dah cecah 60 tahun, lebih baik saya manfaatkan masa dengan ahli keluarga dan anak-anak buah saya, kehadiran mereka dah cukup membuatkan hidup saya ‘terisi’.
Pernah tak terfikir untuk membuat pembedahan tukar jantina?
Soalan yang menggerunkan untuk saya jawab, ermm, memang pernah. Pada tahun 1974, saya sudah pun mendaftarkan diri di sebuah hospital untuk menukar jantina saya daripada lelaki ke wanita. (Terdiam agak lama)
Boleh teruskan, atau Kak Is dah pun menjalani pembedahan tersebut?
Choooyyyyyyy!!!!! Nauzubillah dik. Nak tengok bukti ke (sambil ketawa). Sebenarnya begini, lagi beberapa jam saya hendak diusung dewan bedah, ada pesakit yang baru menjalani pembedahan itu telah menasihatkan saya agak membatalkan saja niat tersebut. Ini kerana pesakit yang berasal dari Singapura itu menyatakan kesan pembedahan itu sangat menyeksakan. Saya sendiri melihat bagaimana dia terpekik-terlolong sewaktu hendak membuang air kecil. Ibaratnya setitik air kencing yang keluar, bagaikan nak terputus nyawa!
Yang paling penting agama sendiri melarang perbuatan itu, saya bersyukur kerana keputusan untuk membatalkan pembedahan berkenaan, sangat tepat!
Ada tak insan di luar sana yang selalu mengurat atau menggoda Kak Is?
Awakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!
Oleh SYAHRIL A. KADIR / Foto MOHD YUMNI HARUN (www.mynewshub.my)
oit eid aku col hang tak angkat,waktu mula-mula aku tgk dlm mynews aku renggah gelak kahkahkahkah,sbb tuh aku col nak cakap dgn hang kahkah,eid eid…
60 tahun? memang rahsia mak andam ni…hehehehe
Awaaaaaaaaaaaakkk?? mengorat kak Is???
abg syahril..sy teringat kak is dengan rambut perangnye dulu…n skang rambut dia sudah hitam uolz…..thanks abg sebb bg sy peluang kenal ngan kak is..precious moment
saya tak de masalah dgn golongan sebegini cuma saya terpk, bila mereka mati kelak, mcm mana nak kapankan, sebagai lelaki? perempuan? Bagi yang dah ubah jantina tu; nauzubillah… betapa singkatnya akal mereka! Jgn la dengan alasan “naluri lebih kepada perempuan” tiba2 amik keputusan membawa jasad ke arah naluri yang terlebih tu… bukankah itu sebenarnya ujian dari Allah yang ingin menduga hambanya? Sengaja Allah menjadikannya lelaki tetapi kemudian naluri bersifat keperempuanan…. sebagai manusia Allah beri otak utk berfikir….jngn fikir ikut naluri…. bahagia dengan kehidupan skrg tak menjamin bahagia di kehidupan akan datang….
Maafla… rase terpanggil nak luah pendapat sahaja…. terima kasih!
Very nice story…. I like it
lawa..
doakan yang baik2 untuk orang seperti mereka..jangan fikir lain2..serah pada Allah..islam mengajar kita doa mendoakan..dia pun manusia..please..
Setuju ngan brader Terra. Kita doakan yang baik2.
https://syahrilkadir.wordpress.com/2011/07/14/kisah-mak-nyah-bernama-kak-is/
http://www.fishmalaysia.com