Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2011

jom amik test Hiv…

aku nampak sekarang ni dah tak ramai ambil peduli atau amik pot pasal HIVAIDS

dulu kempen-kempen penyakit yang paling bahaya dalam dunia ni dibuat bagai nak rak

sekarang ni kita wat endah tak endah je

dan yang paling best, kita menganggap diri kita terlalu POWERFUL sehingga tak ‘mungkin’ mampu dihinggapi penyakit berbahaya itu

malang sekali, makin kita menafikan kehadirannya, jumlah pesakit dan mereka yang dihinggapi penyakit ni di negara kita makin tinggi!

untuk pengetahuan korang, purata 17 penduduk di negara ini dikesan membawa virus ini setiap hari, astaga!!!

yang sedihnya tu, mereka ini tak tau pun mereka rupanya dah jadi pembawa kuman tersebut

so jangan teragak-agak, dapatkan segera ujian saringan HIV, ia mudah dan murah

kalau korang nak rahsia pun, pihak doktor akan ikut

Alhamdulillah aku dah pun melalui ujian itu baru-baru ini, dan aku harap korang semua join sekali

ini untuk masa depan kita dan keluarga juga akhirnya

sanggupkah kita tengok anak cucu kita dibungkus dan disembur dengan Clorox masa proses kebumi nanti, Nauzubillah

Peace Bro!

SAK: Alhamdulillah atas apa yang Allah  kurniakan.

Read Full Post »

Allah Maha Besar

dalam kehidupan ini, benda paling sukar adalah untuk menerima satu-satu kenyataan dan takdir yang Allah tetapkan pada kita, terutama jika ianya tidak memihak kepada kita

namun apa yang mampu kita lakukan?

memusuhi? membenci? menyiapkan bala tentera untuk berperang…atau bagaimana?

namun dalam apa juga keputusan, ingat, kita tidak boleh dan tidak mungkin dapat menandingi kuasa Allah SWT

kerana kita terlampau kerdil…..terlampau kerdil berbanding Dia.

Allahuakbar. Allahuakhbar. Allahuakbar.

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: