setelah sekian lama ‘bertarung’ di mahkamah, semalam akhirnya pihak pendakwaan mengakhiri hujah mereka dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi yang lain
dan akhirnya jugalah barulah kita tahu MOTIF DAN SEBAB SEBENAR kenapa kesemua mangsa dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibakar
ia sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi ‘kedai kopi’ mengenai kes pembunuhan yang menggemparkan negara itu
untuk pengetahuan korang, Mahkamah Tinggi diberitahu motif bekas peguam N. Pathmanabhan menghapuskan kesemua mangsa adalah kerana tertuduh tidak memiliki wang yang mencukupi bagi menjelaskan cek bernilai RM3 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu, bertarikh 9 September 2010.
menurut Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berkata Patmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan D, berdepan tekanan hebat untuk mendapatkan sejumlah wang yang begitu banyak dan dia tahu tidak akan mampu berbuat demikian.
“Penyelesaiannya ialah menghapuskan Datuk Sosilawati dan rakannya,” katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan hari ini.
Beliau berkata, cek itu diberikan Patmanabhan kepada Sosilawati untuk urusan penjualan sebidang tanah di Pulau Pinang, selain satu lagi cek bernilai RM4 juta, yang juga bertarikh 9 September 2010.
Saiful Edris juga berkata sebelum ini, anak perempuan Sosilawati iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari memberi keterangan ibunya ke Banting bertemu Patmanabhan bagi membincangkan hal tanah dan untuk mempercepatkan penjelasan cek agar wang itu boleh digunakan sebagai bayaran bonus kepada kakitangannya serta menyambut Hari Raya Adil Fitri pada 10 September 2010.
Beliau berkata Erni menyatakan nilai cek itu ialah RM3 juta.
Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 43; Thilaiyalagan, 21; Matan, 22; dan Kathavarayan, 32; didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Selain itu, Saiful berkata keterangan saksi ke-98 iaitu pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo, setakat 30 Ogos 2010, Patmanabhan hanya mempunyai RM1.38 juta dalam akaunnya.
“(Tertuduh pertama) OKT1 tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi menjelaskan cek bernilai RM4 juta, atau RM3 juta sekalipun,” katanya.
Saiful Edris, pada asalnya, wang RM3 juta itu dimasukkan ke akaun pelanggan firma guaman Pathma Nalli & Partners pada 3 Ogos 2010, namun apa yang berlaku selepas itu ialah hampir semua jumlah tersebut (RM2.9 juta) dipindahkan ke akaun Pathmanabhan.
“Untuk mewajarkan pengeluaran hampir RM3 juta milik Datuk Sosilawati, OKT1 mewujudkan sepucuk surat yang memberi kuasa kepada beliau untuk mengeluarkan jumlah itu daripada akaun pelanggan ke akaun peribadinya. Surat itu bertarikh 11 Ogos 2010,” katanya.
Beliau turut menarik perhatian mahkamah kepada tarikh surat dan tarikh pengeluaran pertama bagi jumlah RM500,000 adalah pada tarikh yang sama iaitu 11 Ogos 2010.
Saiful Edris juga berkata, saksi ke-79 iaitu pegawai forensik komputer Inspektor Suzana Zainal Abidin, yang menganalisis komputer dari pejabat Tetuan Patma Nalli and Partners, memberi keterangan bahawa surat yang memberi kuasa kepada Pathmanabhan mengeluarkan wang Sosilawati daripada akaun pelanggan sebenarnya diwujudkan pukul 11.45 pagi, 30 Ogos 2010 dan kali terakhir ia dikemas kini adalah pada 2.54 petang (hari Sosilawati dan rakannya menemui ajal mereka).
Beliau berkata, sebelum pemindahan itu dilakukan, tertuduh pertama hanya mempunyia RM313.35 dalam akaunnya.
Saiful berkata, pendakwaan berharap mahkamah akan menerima penemuan pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur Dr Nurliza Abdullah bahawa barangan yang dirujuk kepadanya oleh pegawai penyiasat ASP Mohd Ishak Yaakob, yang berkemungkinan besar adalah tulang manusia berdasarkan pemerhatian serta analisis kritika menggunakan mata kasar serta kanta pembesar.
“Penemuan beliau disokong dua pakar lain iaitu odontologis forensik Norhayati Jaafar dan radiologis Zaleha Abd Manaf. Kedua-duanya mengesahkan cebisan tulang itu mungkin kepunyaan manusia,” katanya.
Beliau berkata, penemuan Dr Nuliza adalah konsisten dengan keterangan Siti Hamidah Karnax yang memberitahu mahkamah bahawa pada malam 30 Ogos 2010, beliau nampak satu unggun api yang besar selepas mendengar jeritan seorang wanita sebanyak dua kali.
Sebelum itu, Saiful berkata, Siti Hamidah memberi keterangan beliau ada melihat seorang wanita serta tiga lelaki datang ke Ladang Gadong dan tertuduh keempat iaitu R. Khatavarayan membawa anggota polis ke Sungai Panchau di mana cebisan tulang itu ditemui.
Selanjutnya, beliau berkata pembelaan juga tidak memanggil mana-mana pakar untuk mematahkan keterangan itu.
“Sehubungan itu, selamat jika dikatakan keterangan SP63 (Dr Nurliza) adalah kukuh dan mahkamah yang mulia ini patut menerimanya,” katanya.
Saiful berkata, selain Sosilawati dan rakannya, mahkamah turut dimaklumkan dua ahli perniagaan iaitu Shafiq Davendran Abdullah (orang tempatan) dan warga India Allal Kantan Muthuraja turut hilang selepas ke Banting untuk bertemu Pathmanabhan.
Beliau berkata, kewujudan Syafiq bukan hanya satu kebetulan kerana dokumen banknya ditemui dalam pikap tertuduh pertama dan dalam sebuah fail yang dirampas ASP Khoo Fei Chow, terdapat sebuah dokumen kuasa wakil yang menyatakan Muthuraja adalah pemegang kuasa wakil bagi sebidang tanah di Pulau Pinang. Siti Hamidah telah mengenal pasti Syafiq dan Muthuraja ketika saksi itu ditunjukkan gambar mereka dan memberi keterangan ada melihat kedua-duanya datang ke ladang itu sebelum nampak unggun api seperti dalam kes Sosilawati dan tiga lagi, katanya.
“Hujah kami ialah terdapat persamaan fakta iaitu mereka bertemu OKT1 di Ladang Gadong dan semua mangsa hilang selepas itu.
“Dalam semua kes, saksi tersebut (SP33) berkata dia nampak unggun api. Sehingga hari ini, tidak ada sebarang perkhabaran mengenai Syafiq, Muthuraja, Sosilawati, Kamil, Kamaruddin dan Hisham.”
Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudian menangguhkan prosiding sehingga 30 April dan pada tarikh itu, beliau akan memutuskan sama ada tertuduh dipanggil membela diri atau sebaliknya.
Baik.
Apapun semua yang di atas adalah hujah pendakwa, hanya Akhtar kelak yang dapat menentukan sama ada ianya boleh diterima ataupun tidak.
Di sini aku ingin mengucapkan tahniah kepada tim pendakwaraya, PDRM dan pegawai penyiasat kes ini khususnya, ASP Mohd. Ishak kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini
Ye, betul, segalanya belum tamat kerana kesemua tertuduh belum lagi disabitkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menarik nafas sedikit kerana ia berjaya diselesaikan juga walaupun kes ini agak ‘complicated’ untuk dibereskan
Begitu juga dengan pihak pembela, mereka juga nampaknya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan mahkamah membebaskan anak guam mereka daripada kesalahan yang dikaitkan itu
Terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan wartawan jenayah dan wartawan mahkamah kerana melaporkan kes ini dengan baik dan profesional, tanpa mereka tak mungkin kita tahu apa yang berlaku di luar sana dan proses perbicaraan yang berlangsung
dan sebagai orang Islam, marilah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin Shamsuddin.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan kematian mereka terbela.
Sama-sama juga kita berdoa agar hakim, Datuk Akhtar diberikan petunjuk oleh Allah SWT agar dapat melaksanakan tugasnya dengan adil dan saksama dalam kes ini.
I REST MY CASE.
Alfatihah kepada allahyarham. Semoga waris waris simati terbela serta berdoa agar Allah memelihara kita dari kejahatan seperti ini berlaku.
ermmmm
Alfatihah kepada arwah.. dan salam takziah buat keluarga mereka. Semoga mereka-mereka yang melakukannya mendapat balasan yg setimpal..
Duit bukan segala2nya..tapi segala2nya memerlukan duit…huhhu..al fatihah..
ajal maut di tangan tuhan . dari hang jebat
ni adlh arwah mkcik sy.beliau seorg yg pemurah.mgapa bliau diperlakukan sebegini kejm.smoga roh bliau di tmpt kn d klgn org2 yg briman.smoge mreka yg mlakukn pmbunuhn kejm trhdp mkck sy mndpt hkumn yg setimpal dgn prbuatn mreka.alfatihah buat arwah mkcik cy datuk sosilawati binti lawiya.
semoga arwah dirahmati allah s.w.t dan pembunuh akan dpt hukuman yg setimpal atas perbuatan mereka.duit bukan segalanya